You are on page 1of 2

Bahagian B (5 soalan)

Arahan : Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Hasan dan Suresh baru pulang dari menghadiri kelas tambahan di sekolah. Di


pertengahan jalan, Suresh terjumpa dompet. Dompet itu berisi beberapa keping wang RM50, kad
bank dan kad kredit.

Hasan mencadangkan mereka membahagikan wang itu sama rata dan membuang dompet


itu ke dalam semak. Suresh tidak bersetuju dengan cadangan Hasan itu.

“Ini bukan wang kita. Tidak elok kita ambil. Bukankah Cikgu Liza selalu berpesan
supaya kita tidak ambil barang orang lain.” kata Suresh.

“Maafkan saya, Suresh. Marilah kita serahkan dompet ini kepada polis.” Kata Hasan.

Mereka berjalan kaki ke balai polis yang berdekatan. Kebetulan pula, pemilik dompet itu


berada di sana. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka. Beliau menghulurkan wang kepada
mereka, tetapi mereka menolak pemberian itu kerana mereka menolongnya dengan ikhlas.

31. Dari manakah Hasan dan Suresh?


A. Dari kedai C. Dari sekolah
B. Dari rumah D. Dari pasar malam

32. Apakah yang mereka jumpa?


A. Beg C. Jam tangan
B. Dompet D. Sebiji bola sepak

33. Berikut ialah benda yang terdapat dalam dompet itu, KECUALI?
A. Cek C. Kad kredit
B. Kad bank D. Beberapa keping wang RM50

34. Apakah cadangan Hasan kepada Suresh?


A. Menyerahkan semula dompet itu kepada tuannya.
B. Menyerahkan dompet itu ke balai polis berhampiran.
C. Membuang dompet itu ke dalam sungai.
D. Membahagikan duit itu sama rata.

35. Mengapakah Suresh tidak bersetuju dengan cadangan Hasan.


A. Suresh ingat akan pesan guru besar.
B. Suresh ingat akan pesan Cikgu Liza.
C. Suresh ingat akan pesan ibu bapa.
D. Suresh ingat akan pesan kawan.
Bahagian C (5 soalan)

Arahan : Susun semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat-ayat yang betul.

36. sedang memberi rawatan ibu Doktor kepada.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

37. Ahmad masakan Melayu suka dan Ravi.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

38. sakit berkerja kerana dapat tidak Ayah.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

39. balai polis dengan terletak berhampiran saya Sekolah.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

40. hari Ahad Setiap kami sekeluarga akan bersenam.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

- KERTAS SOALAN TAMAT -

You might also like