You are on page 1of 1

KARANGAN PELANCONGAN DI MALAYSIA

Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada
tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah
melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing
seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya selain daripada
pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan kedatangan
mereka ke negara kita.
Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara
kita mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang
sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih,
cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan
sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-
manda sambil menikmati keindahan alam.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh
pelancong. Para pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit
atau bangunan bersejarah yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya
terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan
pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah.

Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh
kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai
masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati
makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India
seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian
zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina. Keunikan budaya
ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.

Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana


disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap
mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke negara
kita.

You might also like