You are on page 1of 2

Wacana

1.

2.

3. 4

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik.

5.

6.

7.

Ia dapat digambarkan seperti berikut:

8. 9.

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana. Fungsi 1. Tambahan 2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh 5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan 11. Pengesahan Contoh dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping. pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan. apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya. oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan. sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

You might also like