You are on page 1of 22

Draf 15Jan2014

DRAF

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


TAHUN LIMA
Draf 15Jan2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI
TAHUN LIMA
Draf 150114

Cetakan Pertama 2014


Kementerian Pelajaran Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 Putrajaya.
Draf 17Mac14
KANDUNGAN MUKA SURAT

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

Pengenalan 1

Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2

TMK Sebagai Mata Pelajaran 2

Matlamat 2

Objektif 2

Fokus 3

Perancangan Kandungan 3

Pelaksanaan 4

Kandungan Standard Kurikulum TMK 4

Perkakasan dan Perisian 5


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 7

Pentaksiran 9

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran 11

iii
Draf 17Mac14

iv
Draf 17Mac14

v
Draf 17Mac14

vi
Draf 17Mac14

PENGENALAN insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) disiplin ilmu tertentu iaitu:
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal
berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah 1. Komunikasi
Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kebangsaan. 3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah Rendah 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
Matlamat Pendidikan Prasekolah:
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua Reka Bentuk Kurikulum
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan Komunikasi
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke Penggabungjalinan
Sains & Teknologi kemahiran berbahasa
sekolah rendah. semasa berinteraksi dalam
Penguasaan pengetahuan
bahasa Malaysia, bahasa Kerohanian, Sikap &
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Inggeris, bahasa Cina dan Nilai
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah: Penguasaan pengetahuan
bahasa Tamil Penghayatan amalan
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara dan kemahiran matematik agama, kepercayaan,
Penguasaan pengetahuan sikap dan nilai
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan dan kemahiran berasaskan
ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan teknologi Insan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis seimbang
Kemanusiaan
dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu Penguasaan ilmu dan
bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa Perkembangan Fizikal & amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
Estetika
untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani sekitar setempat, negara
Perkembangan jasmani dan
dan global
cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. kesihatan untuk
Penghayatan semangat
kesejahteraan diri
patriotisme dan perpaduan
Pemupukan daya imaginasi, Keterampilan Diri
kreativiti, bakat dan apresiasi Pemupukan kepimpinan
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi kokurikulum

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan


berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk

1
Draf 17Mac14

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet,
Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.
Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalam
bentuk pernyataan standard kandungan dan standard MATLAMAT
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah untuk
Standard Kandungan menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmuTMK yang
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan
dan nilai. pembelajaran yang menarik.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran OBJEKTIF
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
i. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
Standard kandungan dan standard pembelajaran ii. Memahami ukuran data dan keselamatan
diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang komputer.
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan
telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan aplikasi khusus untuk membangunkan
kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang persembahan multimedia tak linear.
dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. internet.
v. Memahami data, maklumat dan membangunkan
pangkalan data.
TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami
algoritma untuk membangun aturcara.
Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan
diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke inovatif.
sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu
pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang
berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer,
2
Draf 17Mac14

FOKUS menggunakan aplikasi khusus dan


membangunkan persembahan multimedia
Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus diberikan interaktif tak linear.
kepada penguasaan illmu pengetahuan dan kemahiran yang
sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan SK dan SP Sistem Modul ini merangkumi topik rangkaian dan
dalam lima modul yang diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Rangkaian dan internet secara teori dan amali. Murid akan
Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Internet diberikan pengetahuan mengenai rangkaian
Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. yang membolehkan komputer berinteraksi
antara satu sama lain, perkhidmatan dalam
Internet serta kemahiran membangunkan
PERANCANGAN KANDUNGAN lamanBlog.

TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia Dunia Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk
Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Pangkalan Data mengenali data dan maklumat, mempelajari
Internet, Dunia Pangkalan Data dan Pengaturcaraan. Kelima- ciri-ciri pangkalan data dan jenis data dalam
lima modul ini akan diterjemahkan kepadadomain pengetahuan, pangkalan data serta membangunkan satu
kemahiran dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua sistem pangkalan data yang mudah.
modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu dari
aras mudah ke aras yang lebih kompleks. Penerangan setiap Pengaturcaraan Modul ini akan melatih murid belajar
modul adalah seperti berikut: menggunakan pemikiran logik dalam
menyelesaikan masalah melalui penggunaan
Modul Penerangan aplikasi pengaturcaraan. Murid juga akan
Dunia Komputer Modul ini diperkenalkan kepada murid untuk mempelajari proses yang terlibat dalam
mempelajari bagaimana sebuah sistem membangunkan sesuatu aturcara melalui
komputer itu berfungsi, memahami fungsi pendekatan pembangunan aturcara yang
perisian dan peranti yang terlibat, berupaya sistematik dan mudah.
memanipulasi ukuran data, serta mampu
menjaga keselamatan data dan komputer.
Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif yang
Eksplorasi Eksplorasi Multimedia diperkenalkan kepada digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk standard
Multimedia murid untuk menunjukkan bagaimana kandungan dan standard pembelajaran. Penekanan kepada 3
maklumat dipersembahkan dalam bentuk domain pembelajaran akan menghasilkan perkara-perkara
multimedia, membina bahan multimedia seperti berikut:
3
Draf 17Mac14

Pengetahuan
Pengetahuan meliputi perkara di bawah: PELAKSANAAN
a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan sesuatu Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60
aktiviti atau produk berasaskan TMK. minit seminggu diajar secara bergilir dengan mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
Kemahiran
Kemahiranyang ditekankan dalam pengajaran dan Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau setara
pembelajaran TMK adalah seperti berikut: layak untuk mengajar mata pelajaran ini. Bagi guru yang tidak
a. Kemahiran penyelesaian masalah. berkelayakan tetapi berminat mengajar mata pelajaran ini
b. Kemahiran pemikiran logik. mereka perlu menjalani kursus khas.
c. Kemahiran pengurusan maklumat.
d. Kemahiran manipulatif. KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK
e. Kemahiran menaakul.
f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum
Nilai Tahap II terdiri daripada lima modul iaitu Dunia Komputer,
Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai, etika Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet,
dan integriti seperti berikut: Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan. Standard
a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah, Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam
tertanggungjawab, bekerjasama, cekap dan bijaksana. lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard Kandungan
b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu prinsip di dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan diperkenalkan
mana murid bertanggung jawab atas segala tindakan dan dikuasai oleh murid. Standard kandungan yang terdapat
mereka dan perlu menjelaskan tindakan yang diambil dalam setiap modul adalah seperti berikut:
kepada orang lain. Murid juga perlu mematuhi undang-
undang siber. Modul: Dunia Komputer
c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang 1.0 Memperihal Komputer dan Fungsinya
mengamalkan semua nilai dan etika dalam melahirkan 2.0 Mengenal Perisian Komputer
murid yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai jati 3.0 Memahami Peranti Komputer
diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan, seterusnya 4.0 Memahami Ukuran Data
dapat menyumbang bakti kepada negara, bangsa dan 5.0 Menjaga Keselamatan Data dan Komputer
agama.
4
Draf 17Mac14

Modul: Eksplorasi Multimedia Mesin Cetak


1.0 Mengkaji Multimedia Kamera dan Video Digital
2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun Mikrofon dan pembesar suara
Bahan Multimedia
3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif Tak b. Perkakasan untuk guru
Linear Komputer riba
Projektor LCD
Modul: Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
1.0 Mengenal Rangkaian Komputer c. Perisian
2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian Komputer Perisian Sistem Pengendalian Windows, Linux dan Mac
3.0 Mengenal Internet Perisian aplikasi Microsoft Office atau StarOffice dan
pembangun aturcara SCRATCH
Modul: Dunia Pangkalan Data
Program utiliti seperti alat pemain media (Windows
1.0 Memahami Data dan Maklumat
Media Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan
2.0 Mengenal Sistem Pangkalan Data
kalkulator
3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data
d. Kemudahan Internet
Modul: Pengaturcaraan
Talian akses Internet
1.0 Memahami Pengaturcaraan
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Kod Pseudo dan Carta Alir
Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti
3.0 Mengaturcara dan Menguji
mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untuk
4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan
muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata
pelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran dan
PERKAKASAN DAN PERISIAN pembelajaran berdasarkan perkakasan dan perisian yang ada
disekolah.
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah
adalah seperti berikut: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
a. Perkakasan di Makmal Komputer
Pelayan Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid
Komputer (PC) guru yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
Komputer (PC) murid bermatlamat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
Pengimbas berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran

5
Draf 17Mac14

abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh KBAT Penerangan
setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dan nilai dalam situasi berlainan untuk
Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran melaksanakan sesuatu perkara
kepimpinan, profisiensi dwibahasa, etika dan kerohanian, Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
identiti nasional, pengetahuan dan kemahiran berfikir. bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak bahagian berkenaan
tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menggunakan pengetahuan, pengalaman,
menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras kemahiran, dan nilai serta memberi
tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah justifikasi
Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). kaedah yang kreatif dan inovatif

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk Jadual 1: Penerangan KBAT
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta mata pelajaran.
sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti
Jadual 1. berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat
berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats
serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah
untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab
di atas pembelajaran mereka.

6
Draf 17Mac14

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN c. Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang
Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menjadi lebih panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,
berkesan dengan menggunakan strategi berikut: berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan
kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan,
a. Pembelajaran Kendiri pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self- menggunakan TMK semasa proses menyediakan projek dan
Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap
Kendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada projek dengan menggunakan TMK.
pembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya TMK,
konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk d. Inkuiri-Penemuan
direalisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan perisian Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang
kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri
apa yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuan secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan
sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling.
pembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan murid Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran
menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran, secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama
lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum. dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti
eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena dan
b. Kolaboratif mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian akan
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil
mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid inkuiri.
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMK
pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila
tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti. perisian kursus digunakan oleh murid untuk mencuba atau
Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan melaksana ekperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil
dan menggunakan perisian persembahan untuk atau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Dengan
mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli menggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami,
kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama. simulasi. Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang
7
Draf 17Mac14

urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan
dengan mengunakan perisian 3D Modeling. kemahiran yang spesifik.

e. Penyelesaian Masalah g. Konstruktivisme


Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah
pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat dimana murid dapat membina sendiri pengetahuan atau
menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri. konsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan,
Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehi
berpusatkan murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran
kaedah penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif.
masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yang Murid gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumat
digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini akan melibatkan dan pengetahuan.
murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan
masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu h. Pembelajaran Penerokaan
tugasan yang memerlukannya memasukkan imej. Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar
Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia
komputernya. Maka untuk mengatasi masalah itu, murid ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat
hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam
penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai fasilitator konteks yang terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakan
dengan memberi panduan kepada murid dalam proses alat yang paling berkesan dalam menterjemahkan konsep
penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal. pembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat
mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagi
f. Pembelajaran Masteri membolehkan murid menganalisis dan memproses
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran yang
pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid berbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan
dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan simulasi.
ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan
kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat
mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Sumber-sumber TMK seperti penggunaan papan putih
interaktif, tayangan video, perisian kursus, permainan
komputer pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih
8
Draf 17Mac14

PENTAKSIRAN telah dipelajari


Murid boleh menggunakan pengetahuan
Pentaksiran bertindak sebagai kayu pengukur untuk menilai
3 untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan dan
pada suatu situasi.
kemahiran TMK. Pentaksiran mesti dilakukan secara berterusan
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
4 dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
memantau kemajuan murid dari segi pengetahuan, kemahiran
atau secara sistematik.
dan nilai berdasarkan kepada standard kandungan dan
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
standard pembelajaran yang ditetapkan. Sebelum pentaksiran
pada situasi baharu, dengan mengikut
ini dilaksanakan guru perlu mengenalpasti kemahiran- 5
prosedur atau secara sistematik, serta tekal
kemahiran yang terkandung dalam standard pembelajaran yang
dan bersikap positif.
telah dipilih.
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard 6 pada situasi baru secara sistematik,
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. bersikap positif, kreatif dan inovatif serta
Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang boleh dicontohi.
disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1
menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi
tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap
Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu
untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama ada
Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya.
seperti di Jadual 2. Pentaksiran formatif dilaksanakan bertujuan untuk mengukur
prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan ianya
TAHAP ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan,
TAFSIRAN kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dalam Standard Prestasi
PENGUASAAN
TMK di muka surat 12 hingga 15. Pentaksiran sumatif
Murid tahu perkara asas, atau boleh
dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untuk
1 melakukan kemahiran asas atau memberi
menguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukur
respons terhadap perkara yang asas.
menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian.
Murid menunjukkan kefahaman untuk
Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalam
2 menukar bentuk komunikasi atau
pengajaran dan pembelajaran TMK:
menterjemah serta menjelaskan apa yang
9
Draf 17Mac14

a. Rubrik Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam


Rubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan persembahan seperti tajuk, kandungan, reka bentuk visual,
kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan.
penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai. Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan menggunakan
Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik.
lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk memberi
yang jelas. komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.

b. Pemerhatian d. Anekdot
Pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang Anekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu
boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadap pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia boleh
proses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah dinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan
dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran
Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak
autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasa untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.
melaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK.

Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita e. Kuiz dan Ujian
rakaman, video dan fotografi atau rekod bertulis dengan Kuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang
menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman
atau borang deskriptif. Selain itu, buku log juga boleh murid mengenai satu topik pembelajaran yang telah
digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting atau dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk
mencatatkan sesuatu pencapaian. soalan bagi beberapa topik pembelajaran secara bertulis.
Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan,
c. Persembahan kemahiran dan nilai dalam standard pembelajaran TMK.
Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan
yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p. Kaedah Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara
ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat.
mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik.
dengan berbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk
visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaian perlu
diambilkira dalam persembahan.
10
Draf 17Mac14

f. Portfolio permainan komputer yang bersesuaian untuk menilai


Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk kemahiran murid. Contoh perisian permainan seperti Go
dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satu Tidy dan Basic Mouse Skill, di mana murid diukur bagi
cara pentaksiran di bilik darjah. kemahiran menggunakan tetikus. Dalam aspek pentaksiran
simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai
Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam kekunci di papan kekunci komputer dalam aktiviti mengenal
TMK seperti Portfolio Kerja Harian, Portfolio Dokumentari pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip
dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian perkataan. Manakala pentaksiran simulasi berasaskan
merupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan
jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentari komputer dengan menggunakan bahan buangan seperti
merupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selaras kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.
dengan objektif untuk sesuatu tugasan tertentu (task based)
di mana proses penghasilan bahan tugasan perlu
ditunjukkan dengan jelas. Portfolio Hasil Terbaik merupakan
hasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian.

Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh digunakan STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN
untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai DAN STANDARD PRESTASI
perkembangan pembelajaran yang berterusan dan
berfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspek Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) TMK
kemahiran, pengetahuan dan nilai. terbahagi kepada Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi.

g. Simulasi Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard
hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasi Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan
boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Murid perlu mencapai
main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini kesemua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran seperti yang terkandung dalam DSKP TMK. Standard Prestasi
dan nilai pembelajaran TMK. pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelah
guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
Pentaksiran simulasi yang berbentuk permainan boleh ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard
digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih Pembelajaran.
11
STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP II: TAHUN 5
Standard Standard Pembelajaran Tahap Standard Prestasi
Kandungan Penguasaan

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET (16 waktu)


1.0 Mengenal 1.1 Menerangkan konsep rangkaian 1 Menyatakan maksud, kegunaan dan medium rangkaian
Rangkaian
Komputer 1.2 Menerangkan medium rangkaian: wayar dan 2 Menjelaskan medium wayar dan tanpa wayar serta 3 contoh kegunaan
tanpa wayar rangkaian

1.3 Menyatakan kegunaan rangkaian 3 Memilih medium rangkaian yang sesuai mengikut situasi yang diberi
1.4 Membuat ilustrasi model rangkaian
4 Mengenalpasti kelebihan penggunaan rangkaian dan kelebihan rangkaian
wayar atau tanpa wayar.

5 Meramal dan memberi justifikasi perkakasan lain yang boleh dirangkaikan


berdasarkan konsep rangkaian yang dipelajari dalam kehidupan seharian

6 Melakar satu model rangkaian di rumah yang menghubungkan 4


perkakasan secara kreatif dan inovatif.
2.0 Memahami 2.1 Menamakan peranti rangkaian: 1 Menama dan menyatakan fungsi peranti rangkaian yang dipelajari
Fungsi Peranti kabel rangkaian
Rangkaian kad antaramuka rangkaian (NIC) 2 Menunjuk, menama dan menyatakan fungsi 4 peranti rangkaian apabila
Komputer diminta
wireless card/adapter
hab
3 Memilih peranti rangkaian yang perlu ada bagi menyediakan rangkaian
suis (switch)
wayar atau tanpa wayar
modem
penghala (router) 4 Mengenalpasti kesan jika sesuatu peranti rangkaian tidak berfungsi
Titik Capaian Tanpa Wayar (Wireless
Access Point) 5 Menilai dan membentang hasil carian mengenai keupayaan sesuatu
peranti rangkaian

6 Melakar peranti rangkaian masa depan yang mempunyai pelbagai fungsi


2.2 Menerangkan fungsi peranti rangkaian secara kreatif dan inovatif
2.3 Menilai dan membanding keupayaan peranti
rangkaian
3.0 Mengenal 3.1 Menyatakan maksud Internet 1 Menyatakan maksud internet dan menyenaraikan perkhidmatan internet
Internet yang diketahui.
3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet 2 Menyenaraikan laman web mengikut kategori yang betul melalui carian
yang dibuat.
3.3 Mencari maklumat menggunakan pencarian 3 Mencari laman web yang spesifik dengan satu cubaan dan menyebarkan
Boolean (AND,OR), berfrasa(“ “) atau simbol ( kepada rakan melalui e-mail
*)
3.4 Menyebarkan maklumat menggunakan mailing 4 Membuat perbandingan antara 2 jenis laman web dan membuat
list dalam buku alamat e-mel. pembentangan
3.5 Mengelas jenis laman web: komersial, 5 Membuat penilaian terhadap kandungan bahan yang dimuat naik atau
peribadi, organisasi, hiburan, berita dan sosial muat turun dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat

3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan 6 Menghasilkan blog secara kumpulan yang mengandungi teks, imej dan
Internet hiperlink secara kreatif dan inovatif
3.7 Menghasilkan laman blog persatuan atau kelab
secara berkumpulan .
DUNIA PANGKALAN DATA (22 waktu)

1.0 Memahami 1.1 Mengenal pasti jenis data 1 Mengenal pasti 3 jenis data yang dipelajari untuk menghasilkan maklumat
Data dan 1.2 Menghasilkan maklumat dari data yang 2 Menjelaskan setiap jenis data yang sesuai untuk kegunaan sesuatu
Maklumat dikumpul maklumat
3 Membentuk maklumat dari data yang diberi
4 Menganalisa petikan yang diberi untuk memperoleh data
5 Menentukan jenis data dari petikan yang dianalisa ke dalam bentuk jadual
6 Membuat perkongsian maklumat dengan menggunakan media social

2.0 Mengkaji 2.1 Menerangkan maksud dan ciri-ciri pangkalan 1 Menyatakan maksud dan ciri-ciri pangkalan data
Sistem data
Pangkalan 2.2 Menyatakan contoh pangkalan data yang 2 Memberi contoh pangkalan data yang murid pernah lihat atau tahu
Data mudah
3 Mengenal dan menentukan jadual, rekod dan medan
2.3 Menentukan jadual, rekod dan medan. 4 Menentukan jenis data dalam pangkalan data yang diberi
2.4 Menentukan jenis medan dalam pangkalan data 5 Membuat penilaian terhadap data yang dikumpulkan bagi tujuan
(Teks, Tarikh dan Nombor) pembinaan pangkalan data
2.5 Menghasilkan pangkalan data secara lakaran di 6 Menghasilkan pangkalan data dalam bentuk jadual di atas kertas
atas kertas
3.0 Membangunka 3.1 Membina jadual menggunakan jenis data teks, 1 Menyenaraikan data yang perlu dikumpul bagi tujuan membangunkan
n Sistem tarikh dan nombor pangakalan data
Pangkalan
3.2 Memasukkan data menggunakan jadual 2 Menerangkan secara ringkas fitur dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi
Data
pangkalan data yang dipelajari
3.3 Membina borang 3 Membina borang dalam pangkalan data menggunakan aplikasi yang
dipelajari
3.4 Menambah rekod menggunakan borang 4 Membuat carian pada pangkalan data yang telah dibangunkan
3.5 Menyunting rekod menggunakan borang
5 Menjana report mengikut kehendak carian
3.6 Membuat carian
3.7 Menjana Laporan 6 Membina pangkalan data mudah yang mengandungi sekurang-kurangnya
10 rekod menggunakan aplikasi pangkalan data

You might also like