You are on page 1of 7

No. Ruj.: SKDP.

700-8/1/2

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN


JALAN 4/76, DESA PANDAN 55100 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
MENAIK TARAF BILIK KAUNSELING
SK DESA PANDAN

ANJURAN :
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan

1
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

MENAIK TARAF BILIK KAUNSELING


SK DESA PANDAN
TAHUN 2023

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1 PENGENALAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan wajib
yang disediakan di setiap sekolah. Perkhidmatan ini lazimnya dikendalikan oleh guru
bimbingan sekolah di dalam bilik bimbingan dan kaunseling yang disediakan. Justeru,
bilik bimbingan yang kondusif sangat penting dan perlu dititikberatkan agar dapat
membina suasana terapeutik. Selain itu juga, bilik yang selesa dapat menarik minat
murid-murid untuk mengunjungi bilik bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, besarlah
harapan agar bilik bimbingan dan kaunseling ini boleh dinaiktarafkan bagi mencapai
hasrat menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2.2 LATAR BELAKANG


SK Desa Pandan merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa di Kuala Lumpur
yang berhasrat mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan mengambil bahagian
dalam pengurusan bilik kaunseling terapeutik serta pengurusan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling yang cemerlang pada suatu masa akan datang. Hal ini menjadi batu
loncatan untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Desa Pandan untuk menaik taraf dan
menyelenggara beberapa perkara dalam menyediakan suatu perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang lebih terapeutik.

Perkhidmatan Unit Bimbingan & Kaunseling SK Desa Pandan semakin sibuk dan
menjadi tumpuan semua murid menjejakkan kaki ke bilik kaunseling SK Desa Pandan
sejak kami memulakan semula aktiviti pembugaran bilik kaunseling selepas aktiviti
persekolahan telah dilaksanakan secara bersemula mulai Bulan Jun Tahun 2022. Hal ini
sangat memerlukan kami menyediakan satu bilik sesi kaunseling yang lebih terapeutik
untuk pelaksanaan sesi kaunseling individu, kelompok dan konsultasi ibu bapa. Oleh itu,
besar harapan kami untuk menyediakan set kerusi untuk kegunaan sesi kaunseling
individu, banner untuk menarik minat dan perhatian murid-murid berkunjung ke bilik
kaunseling, serta menukar tikar getah yang telah usang dan rosak. (Lakaran bilik
kaunseling sepertimana dalam lampiran A).

2
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

            Perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa dan guru juga
semakin meningkat. Ruang untuk perbincangan yang lebih tertutup dari pandangan dan
pendengaran murid yang keluar masuk bilik kaunseling juga diperlukan untuk keselesaan
guru dan ibu bapa.

3.0 OBJEKTIF
 Murid menikmati perkhidmatan sesi bimbingan dan kaunseling yang kondusif
 Guru dan ibu bapa dapat menikmati sesi bimbingan dan kaunseling di ruang yang
lebih kondusif tanpa kehadiran murid.
 Mewujudkan bilik kaunseling yang kondusif untuk bilangan murid bagi saiz satu
kelas menggunakan e-psikometrik
 Mewujudkan satu bilik kaunseling dengan rekabentuk khusus menggunakan alat
bantu terapi untuk warga sekolah yang mengalami tahap krisis emosi yang teruk.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Sasaran utama ialah murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa SK Desa Pandan

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 20 Mac – 19 April 2023
Tempat : Bilik Kaunseling, SK Desa Pandan
Kelengkapan yang diperlukan :

1. Tikar getah
Tikar getah bilik kaunseling telah usang, banyak yang tercabut dan rosak. Hal ini
telah mempengaruhi suasana bilik kaunseling apabila lantai yang dipijak tidak
memberi keselesaan kepada sesiapa yang memasuki bilik kaunseling. Lantai juga
memberi kesan gambaran keseluruhan tentang keceriaan bilik kaunseling yang lebih
terapeutik.

2. Banner bilik sesi


Dalam usaha mewujudkan suasana bilik yang lebih terapeutik, kami bercadang
memasang banner pada pintu utama, pintu bilik dan di ruangan dinding bilik sesi
kaunseling individu/kelompok. Hal ini sebagai salah satu usaha untuk menarik minat
murid berkunjung ke bilik kaunseling sebagai salah satu tempat untuk merehatkan
minda dan memberi kesejahteraan emosi.

3. Set kerusi sesi kaunseling individu


Sudut sesi kaunseling individu merupakan nadi utama dalam perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Hal ini sangat penting bagi mewujudkan perkhidmatan bimbingan

3
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

dan kaunseling yang lebih terarah untuk memanusiakan klien (murid). Kami
bercadang untuk menyediakan satu ruangan yang mempunyai 2 buah kerusi yang
lebih sesuai dan selesa untuk kegunaan guru dan murid (klien).

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Pn. Maheran bt Abd Halim


(Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Noor Ainon bt Ikhsan


(Pemangku GPK Pentadbiran & GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En. Zainol Abidin Bin Jasim


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn Siti Aisyah binti Abd Aziz


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Pn Sumaiyah binti Hussin


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BI BUTIRAN PERUNTUKA
KUANTITI JUMLAH
L N

Banner bilik kaunseling :

Banner pintu : BIMBINGAN


1. (size 203cm x 87cm) 4 X RM 32.75 RM 260.00 &
KAUNSELING
Banner gambar besar 1 x RM129.00
(346cm X260cm)

2. Tikar getah tebal 2 gulung RM400.00


LPBT
3. Set 2 kerusi & meja bulat 1 X RM300.00 RM300.00
JUMLAH BESAR RM760.00

8.0 ULASAN JPN / PPD (SEKIRANYA PERLU)


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
4
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Projek menaiktaraf bilik bimbingan dan kaunseling ini diharap mendapat sokongan
daripada semua pihak. Diharap semua warga sekolah dapat menimba ilmu pengetahuan
yang luas berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kerjasama semua pihak
didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................. ..................................
(Siti Aisyah binti Abd Aziz) (Noor Ainon binti Ikhsan)
Penyelaras Bilik Kaunseling GPK HEM,
SK Desa Pandan SK Desa Pandan
Tarikh : 3 Januari 2023 Tarikh : 3 Januari 2023

KERTAS CADANGAN MENAIK TARAF BILIK KAUNSELING TAHUN 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

8. Meluluskan Kertas Cadangan Menaik Taraf Bilik Kaunseling Tahun 2023

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Menaik Taraf Bilik Kaunseling Tahun


2023

Ulasan:
......................................................................................................................
......................................................................................................................

.........................................
5
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

(MAHERAN ABD. HALIM)


Guru Besar
SK Desa Pandan

Tarikh: 3/1/2023

LAMPIRAN A

6
No. Ruj.: SKDP.700-8/1/2

Kelengkapan yang diperlukan :


1. Tikar getah ruangan utama
2. Banner pada bilik sesi & 4 buah pintu
3. Set meja & kerusi sesi kaunseling individu

You might also like