You are on page 1of 33

1.

Konsep Harta Dalam Islam

Definisi Harta

Dari segi bahasa harta ialah sesuatu yang boleh dimiliki dan dikuasai sama
ada dalam bentuk benda atau manfaat. Manakala sesuatu yang tidak berada
dalam pemilikan manusia dan tidak tertakluk dibawah kawalannya , masih
boleh dianggap sebagai harta seperti burung yang berterbangan di udara ,
ikandi dalam air, pokok-pokok di hutan dan tumbuhan yang tumbuh liar di
padang-padang rumput, ia diistilahkan sebagai harta mubah.

Tiada takrif khusus dalam syari’at Islam mengenai harta secara jelas dan
pasti , sebaliknya persoalan ini ditinggalkan kepada manusia untuk
menentukannya sendiri. Orang Arab yang mana al-Quran diturunkan dalam
bahasa mereka, ketika mereka mendengar perkataan “harta” mereka faham
maksudnya sebagaimana mereka fahami makna perkataan itu sebelum itu .
Harta banyak kali disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah dan dibiarkan
manusia memahaminya sendiri tanpa memberi penjelasan hakikatnya dari
segi istilah. Apabila mereka bersua dengan perkataan “harta” sudah ada
dalam fikiran mereka mengenai kehendak perkataan itu. 1

Oleh yang demikian terdapat pelbagai takrif diberi oleh para fuqaha’
berkenaan harta. Perbezaan takrif ini berlaku kerana perbezaan pandangan
mereka terhadap makna yang dikehendaki oleh istilah berkenaan. Di sini
dikemukan dua takrif harta yang mewakili dua pandangan fuqaha‘ iaitu
fuqaha Hanafi dan Jumhur ( mejoriti fuqaha’)

1
Menurut Ibn al-Athir harta pada asalnya apa yang dimiliki daripada emas dan perak , kemudian
diitlaqkan kepada setiap sesuatu yang disenagi dan dimiliki oleh manusia dal;am bentuk benda-benda,
kebanyakknnya dipakai oleh oran Arab merojok kepada unta kerana unta adaklah sebahagian besar
daripada harta mereka.

1
Pertama : Dalam mazhab Hanafi, para fuqah’nya mentakrifkan harta dengan
pelbagai takrif yang berbeza lafaznya,namun ia ada persamaan dari segi
fahaman dan maknanya. Perbezaan takrif bukan berpunca daripada
perbezaan kefahaman mereka mengenai hakikat harta dalam mazhab
mereka, tetapi berkisar dalam persoalan apa yang boleh dimasukkan ke
dalam istilah harta dalam mazhab mereka.

● Antara takrif harta dalam mazhab Hanafi : sesuatu yang manusia


cenderung kepadanya secara tabi’i dan boleh disimpan untuk
memenuhi keperluan pada waktu-waktu ia diperlukan.( Ibn ‘Abidin,
57)2 Ada juga yang mentakrifkan harta sebagai sesuatu yang wujud
dan menjadi kecenderungan manusia secara tabie‘i dan untuk
mencapainya memerlukan kepada usaha dan halangan .3Ada yang
mentakrifkan sebagai sesuatu yang dijadikan untuk kebaikan
manusia.

● Dalam majalahh al-Ahkam al-‘Adliyyah harta ditakrifkan sebagai


sesuatu yang menjadi kecenderungan manusia ,boleh disimpan untuk
waktu ia diperlukan sama ada berbentuk harta alih dan harta tak alih 4

Takrif-takrif harta yang diberikan di atas tidak dapat memenuhi kehendak


pengertian harta yang sebenar memandang terdapat harta yang tidak boleh
disimpan dan tidak boleh berkekalan manfaatnya, sebagai contoh terdapat
jenis-jenis buah-buahan dan sayuran yang tidak boleh disimpan. Dalam pada
itu ada juga benda-benda yang tidak ada kecenderungan manusia
kepadanya secara tabi‘ei malah manusia tidak menyukainya , walaupun ia
bermanfa’at sperti ubat-ubatan.

● Ada fuqaha’ semasa mentakrifkan harta yang cuba disesuaikan dengan


kehendak peristilahan harta menurut mazhab Hanafi . Antaranya harta

Ibn ‘Abidin , Hashiah Ibn ‘Abidin , jilid 2, hlm. 57.


3
Al-Talwih, jilid 2, hlm. 98.
4
Al-Ahkam al-‘Adliyyah, perkara 126.

2
ditakrifkan sebagai setiap ‘ain (benda) yang mempunyai nilai kebendaan
antara manusia5

● Manalkala fuqaha’ semasa yang lain pula mentakrifkan harta sebagai


sesuatu yang boleh dikuasai dipelihara dan diambil manfa’at dalam
keadaan biasa 6 ( bukan dalam keadaan darurah)

● Ada juga fuqaha’ yang mentakrifkan harta sebagai “ nama bagi sesuatu
yang bukan manusia yang dijadikan untuk kepentingan manusia , boleh
dikuasai dan diurus mengikut pilihan manusia” 7Oleh itu ilmu
pengetahuan, kesihatan, kemuliaan, panas matahari, cahaya bulan dll
tidak dianggap harta.

● Persoalan timbul berkaitan dengan hamba . hamba adalah manusia


mereka adalah harta yang boleh dijual beli disewa dibgadai dan
sebagainya. Tetapi hamba bukanlah harta yang hakiki sebab itu dia tidak
boleh dibunuh atau dibinasakan. Harta adalah suatu yang dimanfaatkan
dalam urusniaga secara pilihan.

● Membunuh dan merosakkan bukan mengambil manfaat , kerana


mengambil manfa’at harta yang dikehendaki ialah dalam bentuk yang
memberi kebaikan kepada orang yang terlibat,tidak harus merosakkan
harta tanpa dimanfaatkan sama sekali seperti membunuh binatang
tanpa sebab yang menghendaki ia dibunuh.8

Antara takrif harta yang diberi dalam mazhab Hanafi di atas , takrif yang
teakhir adalah dikira sebagai takrif yang sempurna dan betul sekalipun ada
kekurangan kerana tidak memasukkan manusia dalam ertikata harta, ia
kelihatan ada kekurangan namun ia dianggap sempurna ,kerana manusia (
hamba) tidak dikira harta pada asalnya. Manusia dianggap sebagai harta

5
Mutafa al-Zarqa’ , al-madkhal li Nazariyah al-Iltzam fi al-Fiqh al-Islami , hal. 136.
6
‘Ali al-Khafif, , Ahkam al-mu’amalat, hlm 25; Muhammad Yusuf musa ,al-amwal, hlam. 162
7
Abd Salam Daud al-‘Ubadi , al-Milkiyyah fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, Tabi’atuha wa Wazifatuha wa
Quyuduh Dirasah Muqaranah bi al-Qawanini wa alNazm al-Wad’iyyah, Maktabah al-aqsa, 1974, hlm.174.
8
Ibid

3
adalah suatu perkara yang mendatang kemudian kerana kedudukannya
sebagai hamba dan sebaiknya dia dibebaskan. Hal ini diperakui dalam Islam.
9

● Dalam mazhab syafi’i , menurut al-Zarkasyi “ harta adalah sesuatu


yang boleh diambil manfaat ,dimana ia tersedia untuk dimanfaatkan
seterusnya beliau menyebut , harta boleh wujud dalam dua bentuk
iaitu benda atau manfaat. Benda terbahagi kepada dua bahagian iaitu
benda beku dan haiwan. Benda beku dapat dianggap harta dalam
semua keadaan. Manakala haiwan pula ada yang sifat fizikalnya tidak
sesuai untuk diambil manfaat, maka ia tidak dikira harta , seperti lalat,
nyamuk, lipas dan binatang melata yang lain.

Bagi haiwan yang sifat fizikalnya sesuai untuk diambil manfaat . Jenis
ini terbahagi kepada dua. Pertama yang mempunyai tabiat buruk dan
merbahaya seperti singa ,serigala dan sebagainya , haiwan jenis ini
tidak dikira sebagai harta. Manakala haiwan yang tabiatnya yang
baik,mudah diurus dan seperti binatang yang sesuai diternak dan
binatang liar yang mudah dikuasai dan ia dikira sebagai harta. 10

Pengambilan manfa’at yang dianggap sah ialah pengambilan manfat yang


diharuskan , tidak termasuk sesuatu yang manfa’atnya diharamkan . Maka
kerana itu tidak sah menjual alat-alat hiburan yang diharamkan seperti
Mizmar .

● Menurut Dr.Abdul Karim Zaidan,11 harta adalah “setiap sesuatu yang


boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaannya”.Takrif ini
menekankan dua perkara iaitu boleh dikuasai dan dimanfaatkan.

9
Ahu Zuhrah, al-Milkiyyah, hlm. 44.
10
Al-Zarkasi, al-Qawa’id, hal. 343
11
Al-Ahkam :Jilid 3 Prof.Ahmad Ibrahim

4
● Dr. Shauqiy Abduh Al-sahiyy12, berpandangan setiap sesuatu yang
mempunyai kemanfaatan yang diharuskan dari segi syarak yang
merangkumi bumi,buah-buahan,galian dan haiwan yang diciptakan
untuk kegunaan manusia dalam suasana hubungan dan peraturan
yang disediakan bagi menjamin kebahagiaan hidup manusia.

● Jumhur Ulama’ pula berpendapat sesuatu yang mempunyai nilai yang


mana sekiranya dirosakkan maka orang yang merosakkannya
mestilah membayar ganti rugi. Oleh itu semua benda/perkara yang
mempunyai nilai atau harga adalah dikira sebagai harta.

Ciri-Ciri Harta

Daripada pengertian-pengertian yang dikemukakan oleh para ulama’ maka


bolehlah dirumuskan bahawa sesuatu benda yang dimaksudkan sebagai
harta mestilah mengandungi ciri-ciri tersebut:
● Boleh dikuasai dan boleh dimanfaatkan secara langsung
● Tidak dikuasai secara langsung tetapi mampu untuk menguasainya
pada suatu waktu akan datang.
● Harus digunakan menurut syarak.Sekiranya benda tersebut adalah
daripada benda yang jelas dilarang maka ia adalah dianggap bukan
harta seperti khinzir, arak ,bangkai dan sebagainya.
● Boleh dikuasai tetapi pada lazimnya tidak boleh dimanfaatkan
adalah bukan harta sebagai contoh setitik air atau sebiji gula dan
sebagainya.
● Tidak boleh dianggap sebagai harta keatas sesuatu yang ada
manfaat tetapi benda tersebut tidak dapat dimiliki seperti udara dan
cahaya matahari.

12

5
Jenis Harta
Menurut pandangan ahli fiqh harta dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut :

Dilihat dari sudut nilai ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

a- al-Mutaqawwam

Harta ini adalah yang diharuskan penggunaannya oleh syarak dan ianya
memiliki sekurang-sekurangnya tiga nilai tertentu.

1. Nilai dari segi hukum samada halal atau haram


2. Nilai harga dari segi wang
3. Nilai dari sudut manfaat yang diakui syarak atau yang tidak membawa
mudharat

b-Ghair al-Mutaqawwam

Harta yang mana penggunaannya tidak diharuskan kecuali ketika dalam


keadaan darurat,sesuatu itu dianggap darurat sekiranya memenuhi syarat-
syarat tertentu iaitu:

1. Jika tidak menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan


2. Tiada langsung harta yang halal pada masa tersebut setelah berikhtiar
3. Tidak boleh berlebihan

Faedah Pembahagian Harta Kepada al_Mutaqawwam Dan Ghair al-


Mutaqawwam

Pembahagian harta yang bersifat diatas membawa implikasi tertentu dari


segi hukum syarak iaitu:

6
1. Sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta mutaqawwam
2. Tidak sah membuat sebarang kontrak ke atas harta ghair
mutaqawwam
3. Wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam
4. Tidak wajib membayar ganti rugi kerana merosakkan harta ghair
mutaqawwam orang Islam

Dilihat dari sudut berubah atau kekal ia terbahagi kepada dua jenis

a- al-Manqul

Menurut Imam Hanafi: harta yang boleh dipindahkan sama ada bentuk dan
strukturnya kekal atau berubah disebabkan perpindahan tersebut
Manakala pendapat Imam Maliki: harta yang boleh dipindahkan, manakala
bentuk serta strukturnya tidak berubah disebabkan perpindahan tersebut.

b-al-‘aqar

Menurut pendapat Hanafi: harta yang kekal di tempatnya seperti rumah dan
tanah
Imam Maliki pula berpendapat : sesuatu yang tidak boleh dipindahkan seperti
tanah atau sesuatu yang boleh dipindahkan dalam keadaan bentuk berubah
disebabkan perpindahan tersebut seperti pokok yang dicabut dari ladang.

Faedah Pembahagian Harta al-Manqul Dan al-‘Aqar

Pembahagian harta yang bersifat diatas membawa implikasi tertentu dari


segi hukum syarak iaitu:

1. Hukum syuf’ah berlaku pada harta ‘aqar sahaja


2. Bai’ al-wafa berlaku pada harta ‘aqar sahaja

7
3. Waqaf berlaku pada barang ‘aqar sahaja
4. Wasi tidak boleh menjualkan harta ‘aqar orang cacat fikiran, tetapi
harta manqul harus.
5. Harta ‘aqar boleh dijual sebelum diterima oleh pembeli, tetapi harta
manqul tidak boleh(Hanafi).

Dilihat dari sudut persamaan atau perbezaan ia terbahagi kepada dua:

a- Mithly:

Harta ini adalah bersifat homogenus di pasar, tanpa ada perbezaan besar
dari sudut juzuk atau unit dan harta ini memiliki sifat-sifat seperti berikut:-

1. al-Makilat -- boleh disukat seperti gandum,jagung dan beras


2. al-Mawzunat -- boleh ditimbang seperti gula, bawang, dsb.
3. al-’Adadiyyat -- boleh dibilang seperti telur dan pensil.
4. al-Dhar’iyyat -- boleh diukur seperti kain,tali dan paip air.

b.Qimiy:

Harta yang tidak mempunyai bandingan atau keserupaan di pasar seperti


permaidani
Harta yang ada keserupaan tetapi tidak sama nilai di pasar seperti buah limau

Faedah Pembahagian Harta MIithlyDanQimy

Pembahagian harta yang bersifat diatas membawa implikasi tertentu dari


segi hukum syarak iaitu:

1. Harta mithliy boleh menjadi dhimmah (tanggungan hutang),boleh menjadi


tukaran dalam jual beli.

8
2. Harta mithliy boleh berlaku muqasah (pelepasan hutang dengan hutang)
3. Harta mithliy yang dirosakkan secara sengaja mesti diganti dengan kadar
yang sama, manakala harta qimiy hendaklah diganti dengan nilainya
4. Harta mithliy yang dikongsi boleh dibahagi secara paksa
5. Jualbeli harta mithliy memungkinkan riba

Dilihat dari sudut penggunaannya samada berulang-ulang atau tidak


ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:-

a-Istihalaki

Harta yang boleh digunakan dengan merosakkan zatnya seperti makanan


dan minuman

b-Isti’mali

Harta yang boleh digunakan sedangkan zatnya kekal seperti pakaian dan
buku.

Faedah Pembahagian Harta Istihlaki dan isti’mali

1. Harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak seperti hutang dan


pinjam
2. Harta isti’mali boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam
3. Kedua-duanya boleh menggunakan kontrak jualbeli dan simpanan

9
Pemilikan Harta

MAKSUD MILIK DAN PEMILIKAN

Milik atau pemilikan berhubungkait di antara manusia dan harta yang


diiktiraf oleh syara’ dimana seseorang individu itu mempunyai hak atau
autoriti dan dibenarkan mentadbir harta tersebut mengikut kehendak
atau keperluannya.
● Dalam Majalah al-Ahkam al-Adliyyah Perkara 125 `milk’
didifinisikan sebagai sesuatu yang dimiliki oleh seseorang sama
ada dalam bentuk barang (`ain) atau faedah(manfaat).
● Menurut pendapat jumhur ulama’, milik dan harta saling
berkaitan manakala Imam Abu Hanifah menekankan bahawa
milik lebih umum daripada harta di mana `manfaah’ dan `hak’
merupakan milik bukannya harta kerana kedua-duanya tidak
dapat dilihat.
Dari segi bahasa, `milk’ bermaksud pemilikan harta oleh seseorang
manusia atau individu dan penguasaannya terhadap harta tersebut yang
menghalang orang lain campurtangan kecuali atas kebenaran pemilik
harta dan terdapatnya halangan syara’.
● Menurut pendapat Ibn. Humam, hak milik yang dimaksudkan
oleh syara’ ialah autoriti yang membolehkan seseorang
mengurus hartanya tanpa sebarang halangan atau pertolongan
daripada pihak lain.
● al-Maqdisi daripada mazhab Hanbali pula mentakrifkan `milk’
sebagai pemilikan khusus ke atas sesuatu yang menghalang
orang lain dari mengunakannya kecuali dengan cara yang
diiktiraf oleh syara’. Definisi hak milik oleh al-Suyuti misalnya
10
adalah lebih jelas iaitu `ketetapan hukum syara’ ke atas sesuatu
benda atau manfaah sesuatu yang membolehkan pemiliknya
memanfaatkannya samada secara fizikal atau manfaatnya selama
tiada halangan syara‘.Berdasarkan definisi-definisi milik dan
pemilikan ini, dapat dirumuskan antaranya:
o Pemilik harta mempunyai hak milik yang sempurna ke
atas hartanya
o pemilik harta tersebut bebas mentadbir dan mengurus
hartanya
o Pemilik berkuasa untuk memberi atau mengambil faedah
(manfa‘ah) daripada hartanya seperti jualbeli, menyewa,
menggadai atau memberi pinjaman.
o Pemilik juga berhak menyerah harta dan manfa’atnya
kepada orang lain melalui hibah, wasiat, waqaf,zakat,
sadaqah dsb.
o Pemilik boleh memusnahkan hartanya sekiranya tidak
diperlukan lagi

Sekiranya terdapat halangan syara’ (awarid) atau kurang keahlian


(ahliyyah) bagi pihak pemilik harta seperti masih kanak-kanak, gila,
bodoh, nyanyuk dan sebagainya, Pihak berkuasa boleh melantik wali
(penjaga), wasi (pemegang amanah) atau wakil (pengganti) untuk
mentadbir harta tersebut.
Harta pada umumnya boleh dimiliki kecuali sekiranya berada dalam
keadaan berikut:
o Harta yang tidak boleh dimiliki dan diberi milik iaitu harta yang
dikhususkan untuk faedah orangramai/awam seperti jalanraya,

11
jambatan, landasan keretapi, sungai, perpustakaan awam, tempat
rekreasi dan sebagainya.
o Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan keizinan syara’
iaitu harta wakaf dan harta Baitulmal (harta kerajaan).Harta
Baitulmal sama kedudukannya dengan harta anak yatim

Selain daripada dua jenis harta di atas, semua harta harus dimiliki
dan dipindah milik kepada orang lain secara hak atau sah.

Pembahagian Pemilikan

Pemilikan dalam fiqh Islam terbahagi kepada dua iaitu Pemilikan


sempurna(milk al-tam) danPemilikan tidak sempurna( milk al-naqis)

Pemilikan sempurna (milk al-tam)


Pemilikan sempurna ialah pemilikan yang memberi hak atau kuasa penuh/
mutlak ke atas pemilik harta untuk mentadbir, mengurus, memberi dan
mengambil faedah daripada hartanya.
Pemilik harta ini juga memiliki kedua-duanya iaitu `ayn (bentuk fizikal) dan
faedah (manfaah) harta tersebut.

Ciri-ciri pemilikan sempurna


Di antara ciri-ciri pemilikan sempurna adalah seperti berikut:
o Ia adalah hak milik yang kekal dan tidak terikat dengan tempoh
masa dan tempat yang tertentu
o ii) Hak milik harta tidak gugur walaupun harta itu dirampas orang

12
o iii) Pemilik harta diberi kebebasan penuh untuk menguna dan
memanfaatkan hartanya mengikut kehendaknya seperti melabur,
menyewa, menjual, memberi pinjam, mewakaf, mewasiat,
menghadiah (hibah) atau memusnahkan hartanya

o Jika pemilik harta memusnahkan atau merosakkan hartanya


sendiri tanpa sebab, beliau tidak akan dikenakan ganti rugi
sebaliknya boleh ditahan atau disekat daripada mentadbir
hartanya.

Kaedah memperolehi pemilikan sempurna


Menurut perundangan Islam, pemilikan sempurna boleh diperolehi menerusi
beberapa cara seperti berikut:
1. Penguasaan terhadap harta mubah iaitu harta yang diharuskan oleh
syara’.Harta mubah melibatkan harta- harta berikut:
● Tanah yang belum diterokai (Ihya al-mawat)
● Bahan galian yang ditemui dalam tanah atau perut bumi (al-maadin)
● Binatang yang hidup liar di hutan-hutan , di padang rumput (al-siyad)
● Rumput dan kayu-kayan (al-kala’)

Cara Menguasai Harta yang diharuskan oleh syara’ (harta mubah)


Harta mubah ialah harta yang tidak dimiliki oleh sesiapa dan diharuskan
oleh syara’ untuk sesiapa sahaja yang berusaha untuk memilikinya dengan
cara yang diiktiraf syara’. Cara menguasai harta mubah antaranya melalui
:

13
o Penerokaan tanah Ihya’ al-mawatIhya’ al-mawat ertinya
memulih, menyuburkan, mengaktifkan dan membangunkan tanah
yang mati, gersang dan terbiar.
o Tanah ini tidak dimiliki oleh sesiapa , tiada kemudahan asas serta
kedudukannya jauh dari kawasan kediaman.
o Sekiranya tanah itu telah dimiliki tetapi tidak diusahakan atau
tanah itu berada jauh di pedalaman tetapi ada kemudahan asas
untuk orang awam seperti tempat, kayu-kayan, tanaman atau
tempat ternakan binatang tidak dianggap sebagai tanah mati.
o Sesiapa yang berusaha membangunkan tanah mati atau terbiar ini
berhak mendapat hak milik atas usahanya sendiri samada ianya
mendapat kebenaran dari pihak pemerintah atau tidak.Ini
berdasarkan hadis Rasululah s.a.w yang bermaksud: “ Sesiapa
yang meneroka tanah mati maka ia berhak mendapat milik.”
o Imam Abu Hanifah menegaskan keizinan daripada pemerintah
adalah perlu untuk menjaga kepentingan awam manakala Imam
Syafie mengatakan ianya hanyalah sebagai suatu galakan sahaja.
o Setelah berlaku ihtijar ke atas harta tersebut, masa untuk
membangunkannya adalah selama tiga tahun. Sekiranya ia tidak
berjaya mengusahakannya dalam tempoh masa tiga tahun, pihak
pemerintah berhak mengambilnya kembali serta memberikannya
kepada orang yang mampu menerokanya.Had tempoh masa selama tiga
tahun ini adalah merujuk kepada pendapat khalifah Umar al-Khattab.
o Pembangunan tanah mati adalah dengan cara menjadikan tanah itu
sesuai sebagai kawasan pembinaan, kediaman, perladangan, pertanian,
perikanan, perlombongan atau perindustrian.Mengikut pendapat
setengah ulama’ Syafie dan Hanbali, pembangunan tanah ini

14
berdasarkan kepada penerimaan `uruf’ sesebuah masyarakat serta
kesesuaian tanah tersebut.

. Memburu Dan Menangkap Ikan (al-siyad)

o Perburuan ialah cara yang digunakan untuk menangkap


binatang liar yang terdapat di dalam hutan atau padang rumpu
.Binatang –binatang liar yang hidup bebas dalam hutan dan
belum dimiliki oleh sesiapa seperti kijang, rusa dan sebagainya
boleh dimiliki oleh sesiapa yang mampu menguasai dan
menangkapnya.Begitu juga dengan ikan di dalam tasik, sungai
atau di lautan.

o Berburu (al-said) dan menangkap ertinya menguasai seseekor


binatang yang diharuskan oleh syara’ dan tidak dimiliki
sesiapa. Menurut pandangan jumhur ulama’.Penguasaan dan
pengiktirafan hak milik cara ini berlaku dengan beberapa syarat
iaitu:
o Perbuatan memburu dan menangkap haiwan berkenaan
o Peralatan menggunakan senjata bantuan buruan atau tangkapan
seperti senapang, panah, tombak, alat perangkap, jala, jaring,
bubu atau pukat
o Bantuan binatang yang terlatih untuk berburu seperti burung,
anjing dan lain-lain.
o Pemburuan atau penangkapan itu membuatkan binatang itu
tidak mampu lari melepaskan diri ke tempat asalnya.

15
Memburu adalah harus dilakukan oleh seseorang mengikut kemampuannya
selagi ia tidak memudharatkan dirinya, selagi ia tidak berada dalam ihram haji
dan umrah ataupun binatang buruan itu berada di tanah haram (Makkah atau
Madinah).Firman Allah dalam Surah al-Maidah: 96 yang bermaksud:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati
daripada laut sebagai bekalan bagi kamu dan juga bagi orang yang dalam
pelayaran tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat
selama kamu sedang berihram…..”.
Firman Allah lagi yang berbunyi: “Apabila kamu selesai tahalul maka
berburulah.”
Ayat-ayat di atas jelas menerangkan usaha pemburuan dan penangkapan
adalah sebagai sebab untuk mendapatkan hak milik dan juga cara
menghalalkan makan binatang buruan tersebut.

Melombong
Melombong ialah menngeluarkan bahan galian mentah yang berada dalam

perut bumi, antara jenis bahan galian ialah:

● Bahan galian yang boleh dilebur dan dibentuk seperti emas , perak
tembaga , besi timah dan sebagainya
● Bahan galian yang tidak boleh dilebur berbentuk pepejal seperti batu
permata , granit, mutiara dan arang batu .
● Bahan galian yang berbentuk cecair seperti gas dan petroleum .

Mengenai pemilikan harta melalui perlombongan ini , dalam mazhab Shafi’i


, jika usaha mendapatkan bahan galian itu memerlukan tenaga yang banyak

16
,maka hasil perlombongan itu boleh menjadi hak milik individu. Sebaliknya
jika bahan galian itu mudah diperolehi ,ia menjadi milik awam.

Penguasaan ke atas Rumput Dan Kayu kayan (al-kala’ wal ajam)


● Penguasaan ke atas rumput yang tumbuh sendiri (al-kala’) iaitu rumput
liar yang hidup melata atas tanah tanpa ditanam yang menjadi tempat
makanan binatang ternakan.
● Begitu juga dengan pokok-pokok yang hidup liar dalam hutan atau di
atas tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa ( al-ajam). Menurut
pendapat jumhur ulama’, rumput (al-kala’) ini tidak boleh dimiliki
meskipun ia tumbuh di kawasan tanah yang ada tuannya kerana rumput
ini hukumnya harus untuk kegunaan semua orang.Pemilik tanah
tersebut tidak boleh melarang orang lain untuk menyabit rumput atau
membawa ternakan mereka meragut rumput tersebut berdasarkan
kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, rumput dan bahan
api.”
● Berhubung dengan pokok-pokok hutan pula, ia adalah termasuk `harta
yang harus’ sekiranya ia berada dalam kawasan tanah yang tidak
dimiliki oleh sesiapa.Oleh itu, semua orang mempunyai hak untuk
menguasainya.Namun begitu, kerajaan mempunyai kuasa untuk
melarang penebangan pokok-pokok ini daripada pupus dalam usaha
mengekalkan kehijauan alam dan sekaligus sebagai tempat tadahan
hujan.
● Jika pokok-pokok liar itu berada di kawasa tanah milik individu, maka
ia menjadi milik tuan punya tanah tersebut.Dalam kes ini, tiada siapa
boleh menceroboh mengambil atau menebangnya melainkan dengan

17
keizinan pemiliknya.Ini disebabkan pokok-pokok hutan itu dijaga
bertujuan mengambil hasil kayunya. Manakala rumput-rampai yang
hidup liar itu tidak dijaga untuk tujuan komersil boleh diambil sesiapa
sahaja.

2. Kontrak Pindah Milik

Kontrak pindah milik termasuk salah satu daripada pemindahan hak milik
secara sempurna.Harta yang diakad yang membawa pemilikan sempurna itu
hendaklah harta yang bernilai dan halal di sisi syara’ serta adanya tawaran dan
penerimaan menunjukkan kerelaan pihak yang berakad terhadap perkara yang
diakadkan.
Secara khusus, akad pindah milik dalam Islam terdiri dari dua kategori iaitu:
i). akad al-tabarru’(akad Pemberian harta secara sukarela).Misalnya akad
sedekah, hibah atau zakat, wasiat dan waqaf
● Akad jenis ini adalah dibuat dengan sukarela tanpa ada sebarang
pertukaran tanggungan daripada si penerima harta.Si penerima harta
sebaliknya akan mendapat pemindahan hak milik harta tersebut secara
mutlak dan sempurna. Hibah misalnya merupakan hadiah atau sedekah
manakala perkataan `atiyyah’ membawa maksud yang hampir sama.

● Sekiranya memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan bertujuan


mendekatkan diri pada Allah Ta’ala ia dipanggil sedekah.(Wahbah al-
Zuhaili, 2002).Jika menyampaikan sesuatu kepada seseorang sebagai
penghargaan dan kasih sayang, terhadapnya, ia dianggap
hadiah.`Atiyyah ialah pemberian ketika sakit.

● Dari segi syara’, hibah ialah satu aqad yang dapat memindah milik
sesuatu harta tanpa perlu menukar ganti sebab ia dibuat secara suka

18
rela.Pemberian hibah adalah sunat berdasarkan firman Allah dalam
Surah al-baqarah: 177 yang bermaksud:

“…dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya


kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin
dan orang yang terlantar dalam perjalanan……”
Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:
“Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang.”
Sabda baginda lagi:
“ Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi hadiah kepada
jirannya sekalipun hanya sepotong kambing.”
● Menurut pendapat jumhur ulama’, sunat memberi samarata dalam
pemberian harta terhadap anak-anak manakala makruh melebihkan di
antara mereka berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w dari riwayat
Baihaqi yang bermaksud:
“ Berilah samarata di kalangan anak-anakmu dalam pemberian
sekalipun kamu mahu mengutamakan kerana keutamaan wanita
terhadap lelaki.”

ii) akad al-mu’awwadah (akad yang mempunyai ikatan


tanggungjawab).Contohnya akad jualbeli. di mana selepas berlakunya akad,
pihak penjual akan mendapat bayaran atau keuntungan hasil dari penjualan
hartanya manakala pihak pembeli akan mendapat pemilikan harta tersebur
secara mutlak dan sempurna.
Dalam Islam terdapat juga dua keadaan berkaitan kontrak yang menjadi sebab
langsung pemilikan iaitu:

19
● kontrak paksaan yang dikenakan oleh badan kehakiman sebagai
mengganti pemilik yang sebenar seperti jualan harta orang yang
berhutang secara paksa dengan tujuan membayar hutangnya.
● Melucutkan pemilkan secara paksaaan seperti hak syuf`ah.Hak ini
merupakan hak paksaan di mana pembelinya terpaksa melepaskan
tanah atau rumah yang dibelinya kepada rakan atau jiran yang
berhampiran dengan syarat rakan kongsi itu membayar kepada
pembeli harga dan segala perbelanjaannya.Hak milik ini merangkumi
hak milik untuk kepentingan awam seperti memiliki tanah dengan
harganya yang sesuai secara paksa terhadap pemiliknya kerana sesuatu
kepentingan awam misalnya untuk memperluaskan masjid atau
jalanraya dan sebagainya.

Syuf`ah

Dari segi bahasa syuf`ah bermakna gabungan atau tambahan dan


pengukuhan.Ia juga bererti pertolongan.Contohnya Ali meminta syuf`ah
sesuatu dengan sesuatu yang lain iaitu menghimpunkan kedua-duanya. Selain
itu, sekiranya Ali memohon syuf`ah daripada Ahmad bermaksud Ali
memohon pertolongan atau bantuan dari Ahmad.(Wahbah al-Zuhaili, 1996)
Dari segi istilah, syuf`ah mengandungi berbagai maksud.Secara umumnya,
syuf`ah ialah hak memiliki harta yang dijual daripada tangan pembeli dengan
membayar kos dan harga yang telah dipersetujui untuk mengelakkan
ketidakadilan terhadap orang yang terlibat atau terhadap rakan kongsi dan
jiran.Misalnya Ali dan Ahmad berpakat dan bersetuju membeli sebidang
tanah yang akan menjadi milik mereka bersama.Oleh kerana Ahmad berada
dalam keadaan terdesak memerlukan wang, ia telah menjual bahagiannya
daripada tanah yang dimiliki secara bersama dengan Ali kepada Amir.Dengan

20
penjualan itu, tanah tersebut akan menjadi milik bersama antara Ali dan
Amir.Sehubungan ini, Amir dianggap sebagai rakan kongsi Ali yang
baru.Berasaskan hukum syuf`ah, Ali boleh membatalkan kontrak jualan yang
berlaku antara Ahmad dengan Amir seterusnya membayar harga kepada Amir
sebanyak yang telah dibayar oleh Amir kepada Ahmad.Dengan cara ini,
seluruh tanah tersebut akan dimiliki oleh Ali.(Faizah Hj.Ismail, 1994)
Menurut pendapat jumhur ulama’, mereka mentakrifkan syuf`ah sebagai hak
pemiikan harta yang telah dijual kemudian diambil secara kekerasan daripada
pembelinya termasuk harga dan segala perbelanjaan pengurusannya.( Abdul
Halim al-Muhammady, 2001)
Dalam menentukan hak syuf`ah ini ada pada pihak yang menuntut, ia
memerlukan pertalian hubungan antara hartanya dengan harta yang telah
dijual.Hubungan ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan berikut:
i) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah milik bersama
dan pihak yang menuntut hak tadi mempunyai sahamnya dalam
harta yang dijual
ii) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya ada hak irtifaq bagi
pihak yang menuntut
iii) Hubungan harta yang dijual dengan hartanya adalah bersambung
sempadan
Sekiranya terdapat salah satu daripada perkara ini maka pihak yang menuntut
berhak mendapat hak syuf`ah.Hak syuf’ah ini diberikan kepada pihak yang
menuntut kerana kemungkinan dengan kehadiran pembeli harta yang baru itu
akan membawa kesusahan atau kemudharatan kepadanya.(Abdul Halim al-
Muhammady, 2001).
Hal ini sesuai dengan kaedah fiqh iaitu: “Tidak mudharat dan tidak
memudharatkan.”

21
Dalil keharusan Syuf`ah
Para ulama’ berpendapat bahawa keharusan syuf`ah berasaskan kepada hadis
Rasulullah s.a.w antaranya hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang
membawa maksud:
“ Rasulullah s.a.w memutuskan syuf`ah terhadap harta milik bersama dan
bila tanah itu ada sempadan pembahagian dan sempadan jalan maka tiada
lagi syuf`ah.”
Sabda baginda lagi:
“ Jiran lebih berhak dengan syuf`ah jirannya, sekiranya dia tiada dan
sekiranya jalan kedua-duanya adalah sama.”
(Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)
Dari hadis di atas jelas menerangkan bahawa hak syuf`ah berlaku bila harta
yang dijual ada hubungan dengan harta pihak yang menuntut iaitu dalam
bentuk perkongsian milik atau berjiran seperti bersambung sempadan atau hak
laluan jalan dan air yang sama.
Objektif keharusan syuf`ah ialah untuk mengelakkan kemudharatan yang
mungkin berlaku terhadap rakan kongsi lama disebabkan akhlak atau sikap
rakan kongsi baru yang tidak disenangi oleh rakan ongsi lama.Di samping itu,
syuf`ah juga membuka peluang kepada rakan kongsi lama untuk memiliki
harta berkenaan secara bersendirian.

Jenis harta yang boleh disyuf`ahkan


Syuf`ah boleh dilakukan ke atas harta alih atau harta yang tidak boleh
dibahagikan dan juga harta tak alih berdasarkan sabda Rasululah s.a.w yang
bermaksud:
“ Rasulullah s.a.w mengharuskan syuf`ah pada semua harta.”

22
Menurut pendapat Imam Syafi`e, hak syuf`ah hanya terhad kepada harta tak
alih yang boleh dibahagikan.Namun begitu Imam Ahmad ibn.Hanbal dan
Malik berpendapat hak syuf`ah diharuskan juga ke atas harta alih yang tertentu
seperti kapal, tanaman, binatang ternakan, kenderaan dan sebagainya.(Abdul
Halim al-Muhammady, 2001)
Dalam undang-undang tanah Islam, hak syuf`ah bermaksud hak untuk
memiliki harta tak alih yang telah dijual oleh rakan kongsi.mengikut pendapat
Imam Abu Hanifah, hak syuf`ah diberikan kepada rakan kongsi atau jiran
.Manakala jumhur fuqaha mengatakan ia hanya diberikan kepada rakan
kongsi sahaja bukan jiran. Berdasarkan undang-undang tanah Islam, hak
syuf`ah bleh berlaku berasaskan syarat-syarat berikut:
i) Harta yang terlibat dengan hak syuf`ah hendaklah harta tak alih
(aqar)
ii) Harta tak alih itu dijual oleh pemiliknya dengan balasan wang atau
harta yang tertentu
iii) Harta tak alih orang yang berhak mendapat syuf`ah itu kekal dalam
pemilikannya semasa akad jualbeli dilakukan
iv) Orang yang berhak mendapat hak syuf`ah tidak bersetuju dengan
jualbeli yang dilakukan oleh rakan kongsinya

Konsep hak syuf`ah ini juga perlulah diperkenalkan dalam Kanun Tanah
Negara 1965 iaitu dengan cara pemilik bersama atau jiran boleh menawarkan
untuk menjual harta tak alihnya kepada rakan kongsi yang lain. Sekiranya
pihak yang menerima tawaran itu enggan membeli maka bolehklah pemilik
tanah itu menjual kepada orang lain yang berasingan.Sehubungan ini,
peruntukan dalam Kanun Tanah nagara 1965 iaitu seksyen 217(A) hendaklah
dimansukhkan. ( Mohd. Ridzuan Awang, 1994)

23
Pemilikan Tidak Sempurna (Milk al-Naqis )
Pemilikan tidak sempurna ialah seseorang itu memiliki salah satu antara
keduanya iaitu samada fizikal hartanya sahaja (ayn) atau memiliki faedah
(manfaah) hartanya sahaja.

Ciri-ciri pemilikan tidak sempurna


● Bersifat sementara, tidak kekal serta terikat kepada tempoh masa
dan tempat yang tertentu
● Pemilik tidak mempunyai kuasa yang mutlak untuk memiliki
kedua bentuk fizikal dan manfaah hartanya.Ia cuma memiliki
salah satu antara keduanya.
● Bertanggungjawab menjaga keadaan fizikal harta untuk
kegunaan manfaahnya kerana beliau dianggap sebagai pemegang
amanah
● Penyerahan semula harta berlaku kepada pemilik harta setelah
habis tempoh kegunaan manfaah harta oleh si penguna manfaah
● Pemilik harta hendaklah menghormati hak si pengguna manfaah
harta dalam tempoh ia menggunakan manfaah harta mengikut
syarat yang dipersetujui.
● Pemilik harta berhak mengambil semula hartanya sekiranya
didapati si pengguna manfaah melanggar syarat-syarat
perjanjian/kontrak

24
Kategori pemilikan tidak sempurna ( milk al-naqis)
Pemilikan tidak sempurna ini lebih menekankan aspek penggunaan
manfaah harta.Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu;
● Pemilikan harta sahaja tanpa manfaah harta (milk al-`ayn faqad)
Pemilikan manfaah secara individu (milk al-manfaah al-syahsi)
● Hak pemilikan manfaah secara bersama (huquq al-irtifaq)

Milik harta sahaja


Harta atau fizikal barang itu hendaklah dimiliki oleh seseorang dan
manfaatnya dimiliki oleh orang lain.Misalnya A mewasiatkan rumahnya
kepada B untuk didiami atau atas tanahnya untuk bercucuk tanam sepanjang
hayat atau selama tiga tahun.Sekiranya A meninggal sebelum Br, harta
tersebut akan berpindah kepada ahli waris A manakala B tetap memiliki
manfaah harta itu mengikut syarat wasiat. Bila tempoh wasiat menggunakan
manfah habis, manfaah harta itu akan kembali kepada ahli waris A dan mereka
memiliki sepenuhnya.Hal ini menunjukan bahawa tempoh milik harta adalah
kekal dan tempoh milik manfaah adalah berbentuk sementara.
Contoh lain ialah pemilik harta mewasiatkan hak milik fizikal harta itu
diberikan pada seseorang dan hak milik manfaah hartanya itu di agihkan pada
seorang yang lain.Dalam keadaan ini, pihak hak milik harta secara fizikal
berhak memiliki harta sahaja manakala hak milik manfaah harta iu terletak
pada kuasa penerima wasiat yang lain.Hak milik manfaah akan kembali
kepada penerima wasiat hak milik fizikal harta bila tempoh penggunaan
manfaat itu tamat atau si penerima manfaah itu meninggal

25
Milik manfaah individu
Terdapat lima sebab untuk pemilikan manfaah iaitu pinjaman, sewa, wakaf,
wasiat dan keizinan (ibahah).Hak milik jenis ini sifatnya adalah secara
peribadi hanya untuk pihak yang menerima manfaah itu sahaja tidak boleh
dipindahkan kepada orang lain.Namun begitu menurut pendapat Imam
Syafi`e sesiapa yang mempunyai hak milik manfaah rumah secara wasiat atau
waqaf berhak untuk penggunaan sendiri atau digunakan oleh orang
lainmelalui kontrak pinjaman atau sewa kerana keduanya adalah untuk
dimanfaatkan harta.(Wahbah al-Zuhaili, 2002)

Milik manfaah bersama (hak milik al-Irtifaq)


Pemilikan manfaah ini hanya terikat kepada harta dan bukannya kepada
orang yang memanfaatkannya seperti hak milik peribadi tadi.Ia meliputi
perkara berikut:
i) hak penggunaan air minum (haq al-syurb)
Hak air minuman ini untuk kegunaan sendiri, manusia, binatang dan
tanaman.Ia terbahagi kepada beberapa kategori:
a) Air sungai yang mengalir dan aliran lain yang dibuat oleh
pemerintah untuk keperluan awam. Air ini boleh digunakan oleh
semua orang berasaskan kaedah: “Asal sesuatu itu adalah
harus.” dan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Manusia berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut
dan api.”

b) Air sungai yang khusus atau parit yang mengalir melalui tanah
milik khas seperti tali air yang dibuat oleh pemili tanah untuk

26
tanamannya.Air ini masih boleh digunakan oleh semua orang
Cuma alirannya melalui tanah milik individu.
c) Air yang dimiliki orang persendirian seperti air mata air, telaga,
kolam, tangki dan sebagainya. Air ini menjadi milik persendirian
bukannya milik awam.tiada siapa boleh menggunakan air
tersebut tanpa izin pemiliknya.

ii) hak mengalirkan air(haq al-majra)


Hak ini ialah hak pemilik tanah yang jauh dari saluran air
mengalirkan air dari tanah jirannya ke tanahnya untuk tanamannya
seperti membina terusan, taliair atau parit.Jirannya tidak boleh
melarang pengaliran air itu kerana jika ia melarang, jirannya akan
mendapat mudharat ke atas tanamannya seperti kaedah fiqh: “Tidak
mudharat dan tidak memudharatkan.”

iii) hak saluran air (haq al-masil)


Hak ini ialah hak saluran atas permukaan bumi atau parit atau
longkang untuk mengalirkan lebihan air daripada keperluan atau air
yang kotor yang telah digunakan kepada parit besar atau tangki
simpanan.Misalnya air dari tanah pertanian yang dibuang atau
lebihan air hujan atau air yang telah digunakan di rumah.Perbezaan
dengan air al-majra ialah ia digunaka untuk mengalirkan air yang
bersih dan sesuai untuk tanah manakala al-masil adalah untuk
membuang lebihan air yang kotor daripada kawasan tanah atau
rumah kediaman seperti saluran pembentungan air atau najis.
Hukum al-masil serupa dengan al-majra iaitu tiada sesiapa boleh
melarangnya kecuali jika berlaku mudharat kepada seseorang.

27
iv) hak lalu lintas (haq al-murur)
hak lalu lalang ini merupakan hak pemilik tanah atau pemilik rumah
yang berada berhampiran untuk masuk ke tanah atau rumahnya
melalui jalan samada jalan itu adalah jalan awam yang tidak dimilii
sesiapa ataupun jalan khas milik individu.Jalan awam sesuai untuk
semua orang menggunakannya untuk memandu, berjalan,
berjogging, berbasikal atau berhenti berehat di tepinya manakala
jalan khas ialah jalan yang berhak dilalui oleh individu
tertentu.Orang awam tidak boleh melaluinya melainkan dengan
kebenaran dari tuannya.Namun begitu, jalan khas ini tidak boleh
ditutup kepada awam sekiranya mereka amat berhajat melaluinya.

v) Hak kejiranan(haq al-jiwar)


Jiran dalam Islam terdiri daripada jiran sebelah atas dan sebelah
tepi.Umumnya hak jiran bergantung kepada kategori kawasan
kediaman seperti kampong, bandar, rumah teres, banglo, apartmen,
kondominium, flat dan sebagainya.Rasulullah s.a.w pernah
bersabda yang jiran dalam Islam tergolong dalam kiraan empat
puluh sebelah kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah.
Hak jiran ini melibatkan dua perkara iaitu bangunan antara hak
pemilik di tingkat bawah dengan hak pemilik tingkat atas dan satu
lagi melibatkan bangunan yang bersambung ata berhampiran di
mana kedua-dua pemilik mempunyai hak.Hak kejiran menghalang
mana-mana pihak melakukan sesuatu tindakan yang boleh
memudharatkan jirannya.

28
Pemilik di tingkat atas mempunyai hak terhadap tingkat bawah
termasuk hak memanfaatkan lantainya dan bumbungnya.Haknya tidak akan
hilang dengan kemusnahan tingkat bawah atau kedua-duanya
sekali.Sekiranya tingkat atas musnah maka pihak pemiliknya atau warisnya
berak membinanya semula. (Wahbah al-Zuhaili, 2002)
Pemilikan rumah bertingkat, bersebelahan atau berangkai mempunyai hak
milik bersama.oleh itu, setiap jiran tidak boleh bertindak sesuatu yang boleh
membawa mudharat terhadap mana-mana jirannya seperti menggali lubang
lantai, menebuk dinding atau bumbung rumah serta membesarkan dan
membaiki rumah.Pastikan ianya dalam keadaan selamat dan mendapat
kebenaran jiran.Mengikut pendapat ulama Hanafi iaitu al-Zaila`i dan Ibn.
Humam mengatakan pemilik bebas mengurus hak miliknya selagi tidak
mendatangkan mudharat kepada orang lain.(Abdul Halim al-Muhammady,
2001)

Kaedah memperolehi pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis)


Pemilikan cara ini boleh diperolehi menerusi:
i) Pinjaman
ii) Sewaan (ijarah)
iii) Waqaf yang bersyarat
iv) Wasiat yang bersyarat
v) Keizinan (ibahah)

a. Pinjaman
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, pinjaman
ialah memberi manfaah sesuatu harta itu kepada seseorang tanpa apa-
apa balasan. Ia adalah kontrak yang tidak mengikat iaitu si pemilik

29
harta tersebut berhak untuk mengambil semula hartanya pada bila-bila
masa daripada si peminjam.
Imam Syafie dan Hanbali pula berpendapat pinjaman ialah keizinan
untuk menggunakan manfaah sesuatu harta tanpa balasan.Oleh itu si
peminjam manfaah harta tidak boleh menyerahkan manfaah tersebut
kepada orang lain tanpa kebenaran dari si pemilik harta.
Contoh:Ahmad memberi pinjam bukunya kepada Ali untuk tempoh
seminggu.Dalam masa tiga hari berikutnya, Ahmad meminta semula bukunya
daripada Ali.Dalam hal ini Ai hendaklah memulangkannya kerana pinjaman
tadi dianggap sebagai bukan kontrak yang mengikat.Tambahan lagi mengikut
pendapat Imam Syafie,Ali tidak boleh menyerahkan manfaah buku itu pada
kawannya yang lain tanpa kebenaran dari Ahmad.
b. Sewa (ijarah)
Sewa ialah kontrak yang menjual manfaah harta berdasarkan harga dan
tempoh masa tertentu.Ia adalah suatu kontrak yang mengikat.Hak
pemilikan ke atas harta tidak berpindah kepada si penyewa manakala si
pemilik harta bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta
yang disewakan itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
Penyewa pula hendaklah menjaga rumah tersebut dan tidak
menyalahgunakan manfaat rumah itu yang boleh mengakibatkan pecah
kontrak.Tuan punya rumah masih memiliki rumah sewa tersebut tetapi
manfaah rumah itu menjadi milik penyewa .

C .Waqaf
Waqaf merujuk kepada sumbangan secara sukarela terhadap manfaah
harta yang tertentu oleh si pemilik harta untuk faedah dan kegunaan
orang ramai atau golongan tertentu.Ia terdiri daripada waqaf berbentuk

30
umum dan khusus bergantung kepada tempoh masa, tujuan dan
golongan manusia yang terlibat seperti waqaf untuk tujuan pendidikan,
perubatan, perkhidmatan kesihatan, rumah pelindungan pelarian,
rumah orang tua atau rumah tumpangan anak –anak yatim dan
sebagainya.Di sini, pemilik harta waqaf masih kekal sebagai tuan
punya harta cuma manfaah dari hartanya sahaja diserahkan untuk
kegunaan waqaf.

D. Wasiyyah
Ia merujuk kepada penyerahan harta atau manfaah harta oleh si pemilik
harta kepada seseorang (si penerima wasiat) yang akan berkuatkuasa
selepas kematiannya (Surah al-Baqarah: 180). Hukum syara’
menentukan kadar harta yang boleh diwasiatkan tidak melebihi 1/3
daripada jumlah harta si wasi.Sekiranya harta itu diwasiatkan
sepenuhnya (harta dan manfaahnya), berlakulah pemilikan sempurna
dan jika diwasiatkan salah satu dari keduanya ia dianggap pemilikan
tidak sempurna.Peruntukan wasiyyah di Malaysia boleh didapati dalam
Enakmen Wasiyyah Negeri-negeri seperti Enakmen Wasiat Islam
Negeri Selangor 1999.

E. Keizinan (ibahah)
Ia merupakan suatu keizinan atau kebenaran untuk menggunakan
manfaah sesuatu harta yang diberikan oleh si pemilik harta kepada
seseorang.Ia bukanlah suatu kontrak yang mengikat.Pemilik harta
berhak mengambil semula hartanya daripada si pengguna manfaah
pada bila-bila masa misalnya kebenaran untuk tinggal dalam rumah,

31
mengunakan kereta, makan buah-buahan dalam kebun, menggunakan
kemudahan awam dan sebagainya.

32
33

You might also like