You are on page 1of 3

BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa melayu klasik mempunyai beberapa cirri penting yang berbeza dengan bahasa melayu kuno atau bahasa melayu moden.Antara perbezaan tersebut ialah: (a)Ayat yang digunakan dalam bahasa melayu klasik bersifat panjang dan bersifat meleret-leret kerana penulis gemar memasukkan kata-kata yang tidak bermakna apabila menyatakan sesuatu (b)Subjek dan predikat dalam ayat sukar difahami oleh pembaca (c)Ayat-ayat dalam bahasa melayu klasik juga sering ditandai dan diulang dengan kata-kata adapun,kalakian,arakian,syahdan,hatta,dan sebagainya
CONTOH: -kalakian maka hari pun hampir petang.

- hatta antara beberapa lamanya maka isteri baginda itupun hamillah (d)Terdapat pendepanan predikat dalam ayat yang digunakan menyebabkan penyongsangan ayat.Pendepanan predikat biasanya terdiri daripada prediket kata kerja,objek,atau pelengkap yang merupakan pengaruh nahu arab.
CONTOH:

Maka segeralah dipangku baginda oleh isteri baginda puteri mayang mengurai (isteri baginda puteri mayang mengurai pun memangku baginda) (e)Banyak terdapat bentuk pengulangan kata tunjuk,kata penegas,dan kata hubung dalam karya berbentuk hikayat.
CONTOH: -kata tunjuk:itu dan sana -kata penegas:lah -kata hubung: yang,dan,atau

Disusun oleh:NORHAZWANIE ZULKIFLI

TATABAHASA

Merangkumi pengungkapan klausa,frasa,dan penggunaan imbuhan.ayat-ayat yang digunakan hendaklah pelbagai dan sesuai dengan isi.Penggunaan imbuhan juga hendaklah tepat agar dapat memperjelas maksud yang hendak disampaikan
KOSA KATA

Kosa kata menggunakan kata-kata,kiasan dan rangkai kata yang sesuai dengan tajuk yang dipilih.Sesuatu tajuk lazimnya mempunyai medan katanya yang tersendiri.
GAYA BAHASA

Gaya yang digunakan melibatkan pemilihan bentuk wacana iaitu sama ada wacana yang diplih itu berbentuk naratif,diskripsi,ataupun bentuk eksposisi.setiap bentuk atau mod mempunyai gaya persembahan tersendiri. Bahasa yang sering digunakan adalah seperti : _bahasa kiasan _bahasa sindiran _bahasa mengejek _bahasa terbalik _bahasa mengajuk

Disusun oleh:NORHAZWANIE ZULKIFLI

You might also like