You are on page 1of 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, sulis sebuah ringkasan tentang langkab-langkah mempopularkan permainan tradistonal. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan, Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Permainan tradisional sememangnya sinonim dengan masyarakat Iuar bandar. Masyarakat yang tinggal di bandar pula mungkin tidak mengenalinya stau langsung tidak mengetahui kewujudannya. Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional Melayu yang dapat diketengchkan. Permainan tradisional mudah dan menyeronokan kerana tidak bergantung, pada ketahanan fizikal pemain sebaliknya permainan ini memerlukan kemahiran ataupun daya pemikiran sesaorang. Selain dapat _memenuhi masa lapang. permainan ini dapat ‘menjalinkan hubungan sama ada sesama anggota keluarga, sahabat handai, jiran, atau seumpamanya, Antaranya termasuklah permainan dam haji, konda kondi, batw seremban, ketingting, bulu ayam, dan congkak. Walau bagaimanapun, permainan-permainan ini seolah- olah dipinggirkan kerana masyarakat banyak disogokkan dengan permainan moden yang, diperkenalkan oleh masyarakat barat seperti bola sepak, hoki, golf, dan lain-lain. Sekirannya tiada sebarang langkan diambil untuk menghidupkan permainan tradisional ini, sudah tent, ‘khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai ini akan lenyap ditelan zaman. Golongan muda haruslah didedahkan dengan permainan tradisional ini. Bagi tujuan itu, pihak Sekolah hendaklah menubuhkan kelab permainan tradisional. Melalui kelab ini, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara permainan itu dimainkan serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan, Permainan yang sesuai boleh juga diselitkan. semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, media massa seharusnya ‘memainkan peranan yang lebih aktif dengan menyiarkan slot _khas tentang permainan jonal. Melalui televisyen misalnya, rakyal bukan sahaja dapat mengetahui jenis-jenis permainan tradisional yang ada, malah dapat menyaksikan acara dan gaya permainan itu dimainkan. Tugas ini tidak scharusnya diletakkan pada bahu stesen televisyen milik kerajaan n televisyen swasta, Melalui badan-badan belia dengan Kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian lan Warisan, pertunjukan permainan tradisional boleh diadakan di pusat-pusat pelancongan. Selain itu, kursus-kursus tentang sesuatt permainan tradisional hendaklah dianjurkan untuk orang ramai, Kerajaan negeri pula perlulah menjadikan permainan tradisional lebih bersifat global dengan menganjurkan festival peringkat antarabangsa, Tindakan ini akan memberikan. pendedzhan yang meluas tentang permainan berkenaan. Keseronokan bermain sudah tentu. menjadi kenangan manis kepada mereka setelah berkunjung ke negara ini Untuk lebih menyeronokan, pertandingan petmainan tradisional perlulah diadakan dengan lebih kerap lagi. Penyertaan pala seharusnya terbuka kepada semua orang. Pertandingan ini hendaklah dijalankan di kawasan-kawasan lapang atau tempat tumpuan ‘orang ramai, Melalui langkah-langkah di atas, kita berharap agar warisan bangsa ini akan terus bersinar dan menjadi tradisi yang popular serta akhirnya dikenali masyarakat dunia.

You might also like