You are on page 1of 41

BAB 6

Statistik Asas,
Analisis Item
dan Interpretasi
Data
Hasil Pembelajaran

❑Menganalisis skor mentah dengan menggunakan penyusunan skor,


jadual kekerapan, skor terkumpul, perwakilan graf dan pangkat
persentil
❑Menerangkan konsep asas statistik; min, mod, median, sisihan piawai
dan skor piawai
❑Mengira min, mod dan median daripada set data mentah
❑Mengira sisihan piawai daripada set data mentah
❑Mengira skor piawai daripada set data mentah
❑Menerangkan konsep graf normal
❑Menginterpretasi data berdasarkan kekerapan, graf, pangkat persentil,
min, mod, median, sisihan piawai dan skor piawai

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 3
Hasil Pembelajaran (sambung…)

❑Menghuraikan tujuan membuat pelaporan data pentaksiran serta


kaedah pelaporan
❑Menerangkan konsep analisis item, indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi item serta analisis distraktor
❑Mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item
❑Menggunakan indeks kesukaran dan diskriminasi item serta analisis
distraktor untuk menentukan mutu item
❑Menghuraikan konsep bank item, kelebihan mengadakan bank item
dan kekangan dalam pembinaan bank item

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 4
Statistik Asas

❑ Cara untuk memproses skor mentah menggunakan


penyusunan skor, skor terkumpul, jadual kekerapan,
graf seperti ogif dan histogram serta pangkat persentil.
❑ Konsep ukuran kecenderungan memusat serta
mengira tiga jenis ukuran tersebut, iaitu min, mod dan
median.
❑ Cara mengira dan memahami konsep sisihan piawai
bagi satu set data untuk memahami konsep graf
normal dan skor piawai.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 5
Penyusunan Skor Mengikut Tertib

Berikut ialah skor (markah) bagi 20 orang murid Tahun 4


Melor bagi ujian Matematik

90 70 60 40 70

60 20 80 30 50

30 50 50 60 60

60 70 40 70 80

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 6
Penyusunan Skor Mengikut Tertib
(sambung…)

Susunan menaik (kecil ke besar)

20, 30, 30, 40, 40, 50, 50, 50, 60, 60, 60, 60, 60, 70,
70, 70, 70, 80, 80, 90

Susunan menurun (besar ke kecil)

90, 80, 80, 70, 70, 70, 70, 60, 60, 60, 60, 60, 50, 50,
50, 40, 40, 30, 30, 20

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 7
Jadual Kekerapan

❑ Kekerapan atau frekuensi merujuk kepada bilangan orang


murid yang mendapat sesuatu skor tertentu.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 8
Skor Terkumpul

❑ Taburan skor juga boleh diproses dengan mengumpulkan skor-skor ke


dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 9
Perwakilan Graf: Histogram

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 10
Perwakilan Graf: Poligon

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 11
Perwakilan Graf: Ogif

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 12
Perwakilan Graf: Ogif (sambung…)

❑ Taburan kekerapan longgokan boleh diwakili dengan graf yang


disebut lengkungan kekerapan longgokan atau ogif.
❑ Antara maklumat yang diperoleh daripada ogif ialah anggaran
bilangan murid yang mendapat markah kurang daripada sesuatu
skor dan anggaran markah lulus jika diberikan bilangan murid yang
gagal.
❑ Ogif juga boleh digunakan untuk menganggarkan titik persentil dan
pangkat persentil.
❑ Titik persentil merujuk sesuatu skor yang terletak pada atau di
bawah peratus yang ditentukan dalam sesuatu taburan.
❑ Pangkat persentil pula merujuk peratus skor yang berada pada atau
di bawah sesuatu skor.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 13
Ukuran Kecenderungan
Memusat: Min, Mod dan Median

❑ Mod merujuk skor yang


paling kerap daripada satu
set skor.
❑ Contohnya, dalam set skor
di sebelah kanan, skor yang
paling kerap ialah 30, iaitu
sebanyak tiga kali. Oleh itu,
mod bagi set skor itu ialah
30.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 14
Ukuran Kecenderungan Memusat:
Min, Mod dan Median (sambung...)

❑ Median pula merujuk skor di tengah apabila bilangan skor adalah ganjil
atau purata kedua-dua skor di tengah apabila bilangan skor adalah
genap. Bagi menentukan median, skor-skor perlu disusun dahulu
mengikut urutan menaik atau menurun.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 15
Ukuran Kecenderungan Memusat:
Min, Mod dan Median (sambung...)

❑ Bagi set skor tidak terkumpul, min dapat dikira dengan menjumlahkan
semua skor dan membahagikan dengan bilangan skor.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 16
Ukuran Kecenderungan Memusat:
Min, Mod dan Median (sambung...)

❑ Mod jarang digunakan di dalam membuat pentaksiran pencapaian


murid.
❑ Median biasanya digunakan menggantikan min apabila terdapat skor
lampau (ekstrem).
❑ Contohnya, bagi set skor murid berikut: 10, 10, 20, 20, 100. Skor 100
adalah skor lampau kerana nilainya jauh berbeza berbanding dengan
skor-skor lain. Min bagi set skor tersebut ialah 32 dan median ialah 20.
❑ Dalam kes ini, adalah lebih tepat menggunakan nilai median untuk
menggambarkan pencapaian murid secara keseluruhan berbanding
dengan nilai min kerana hanya seorang sahaja daripada lima orang
murid itu yang mendapat skor lebih daripada 20.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 17
Pengiraan Min bagi Skor Terkumpul

❑ Formula bagi pengiraan min bagi skor terkumpul adalah


seperti berikut:

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 18
Pengiraan Min bagi Skor Terkumpul
(sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 19
Sisihan Piawai

❑Sisihan piawai ialah ukuran yang berkaitan dengan sebaran satu set skor.
❑Formula pengiraan sisihan piawai skor tidak terkumpul:

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 20
Sisihan Piawai (sambung…)

❑ Bagi skor terkumpul, formula untuk mengira sisihan piawai


adalah hampir sama dengan formula bagi skor tidak terkumpul.
Perbezaannya hanya dalam penggunaan skor titik tengah bagi
setiap selang kelas.
❑ Formula bagi sisihan piawai skor terkumpul:

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 21
Sisihan Piawai (sambung…)

❑ Nilai sisihan piawai menunjukkan bagaimana skor ditaburkan, iaitu


betapa luas perbezaan skor antara murid. Justeru, sisihan piawai
merupakan ukuran bagi variabiliti skor.
❑ Nilai sisihan piawai yang besar menunjukkan bahawa skor sangat
berbeza antara satu sama lain, iaitu taburan skor adalah lebih luas
(heterogen). Sebaliknya, nilai sisihan piawai yang kecil menunjukkan
bahawa skor-skor tidak jauh berbeza antara satu sama lain
(homogen).
❑ Dalam erti kata yang lain, nilai sisihan piawai yang besar
menunjukkan bahawa pencapaian murid sangat berbeza, manakala
nilai yang kecil menunjukkan pencapaian murid yang hampir
seragam.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 22
Graf Normal

❑ Jika skor murid


bertaburan normal, graf
normal adalah berbentuk
lengkung seperti loceng.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 23
Graf Normal (sambung…)

❑ Kawasan di bawah lengkung tersebut mewakili kesemua skor


dan 50% daripada skor berada di atas min. Selain itu, 34.13%
skor berada tidak lebih daripada satu sisihan piawai di atas min
dan 34.13% berada tidak kurang daripada satu sisihan piawai di
bawah min.
❑ Semakin jauh skor daripada min, semakin kurang bilangan murid
yang memperoleh skor tersebut. Jika pencapaian murid
bertaburan normal, nilai min, median dan mod adalah sama.
❑ Sepatutnya, graf normal dihasilkan setiap kali skor ujian
diplotkan lawan kekerapan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 24
Graf Normal (sambung…)

❑ Akan tetapi, kadang kala, graf normal berpencong terhasil. Hal ini
kerana, soalan yang disediakan terlalu mudah atau murid terlalu
pandai. Dalam kes ini ini, graf berpencong negatif dihasilkan.
❑ Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan
memusat, nilai min adalah paling kecil dan nilai mod paling besar.
❑ Sebaliknya jika soalan ujian terlalu sukar atau murid kurang
pandai, graf berpencong positif akan dihasilkan.
❑ Dalam graf sedemikian, antara ketiga-tiga ukuran kecenderungan
memusat, mod mempunyai nilai terkecil manakala min
mempunyai nilai terbesar.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 25
Graf Normal (sambung…)

Graf berpencong negatif Graf berpencong positif

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 26
Skor Piawai

❑ Skor piawai digunakan untuk membandingkan


kedudukan seseorang murid berbanding dengan murid
yang lain.
❑ Skor piawai dapat menunjukkan kedudukan seseorang
murid dari segi bilangan sisihan piawai skor murid berada
daripada min.
❑ Dua skor piawai yang biasa digunakan ialah skor-z dan
skor-T.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 27
Skor Piawai (sambung…)

❑ Formula untuk mengira skor-z adalah seperti yang


berikut:

❑ Semakin tinggi nilai skor-z maka semakin


baik pencapaian seseorang murid itu.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 28
Skor Piawai (sambung…)

❑ Formula untuk mengira skor-T adalah seperti berikut:

❑ Semakin tinggi nilai skor-z maka semakin


baik pencapaian seseorang murid itu.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 29
Skor Piawai (sambung…)

❑ Skor-z melibatkan nilai perpuluhan dan nilai negatif.


Sebaliknya skor-T hanya melibatkan nombor bulat
positif.
❑ Oleh itu, skor-T memudahkan guru membaca dan
menginterpretasi skor murid.
❑ Perbezaan di atas adalah disebabkan taburan skor-T
mempunyai nilai min 50 dan sisihan piawai 10
manakala taburan skor-z mempunyai nilai min 0 dan
sisihan piawai 1.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 30
Pelaporan Data Pentaksiran

❑Pelaporan data pentaksiran bermaksud penyampaian


maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai
dan sikap.
❑Pelaporan ini biasa dilakukan secara berkala.
❑Tujuan pelaporan data pentaksiran:
Memaklumkan pencapaian murid
Memaklumkan kekuatan dan kelemahan murid
Mengenal pasti kekurangan bahan sokongan untuk
aktiviti pembelajaran
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 31
Kaedah Pelaporan

❑ Data pentaksiran boleh disampaikan melalui pelbagai jenis rekod,


misalnya melalui laporan kemajuan, senarai semak kemahiran, rekod
prestasi, rekod anekdot, buku catatan guru, sijil penghargaan dan
rekod profil.
❑ Rekod kemajuan murid merumuskan pencapaian murid sama ada
secara formatif, sumatif atau kedua-duanya. Ia boleh menggunakan:
Sistem markah
Sistem gred
Sistem lulus/gagal
Peratus
Pangkat persentil
Senarai semak kemahiran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 32
Analisis Item

❑Analisis item melibatkan penggunaan teknik dan prosedur tertentu untuk


menentukan mutu soalan (item) dalam sesuatu ujian yang telah
ditadbirkan.
❑Kepentingan analisis item:
Mengizinkan seseorang pendidik memperbaiki mutu ujian
Mengenal pasti masalah dalam pengajaran dan pembelajaran
Pembinaan item bank
❑Biasanya prosedur analisis item diaplikasikan terhadap item objektif,
khususnya item objektif aneka pilihan.
❑Terdapat tiga tahap analisis bagi item objektif aneka pilihan: kesukaran
item, diskriminasi item dan analisis distraktor.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 33
Indeks Kesukaran Item

❑Kesukaran sesuatu item, p, didefinisikan sebagai kadaran murid yang


dapat menjawab item itu dengan betul. Nilai p terletak antara 0 dan 1.

❑Formula bagi indeks kesukaran item:

❑Mengikut Bloom, Hastings dan Madaus (1971), sebaran yang baik bagi
keputusan ujian dapat diperoleh jika indeks kesukaran, p, berada dalam
julat 0.20 hingga 0.80, dengan min antara 0.50 hingga 0.60.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 34
Indeks Diskriminasi Item

❑Ciri diskriminasi sesuatu item didefi nisikan sebagai keupayaan item itu
membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dengan murid
yang berpencapaian rendah.
❑Indeks diskriminasi, d bagi sesuatu item merupakan kadaran murid
berpencapaian tinggi yang mendapat item itu dengan betul menolak
kadaran murid berpencapaian rendah yang mendapat item itu dengan
betul. Nilai d terletak antara –1 dan 1.
❑Formula bagi indeks diskriminasi item:

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 35
Indeks Diskriminasi Item (sambung...)

❑RA merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi


sesuatu item daripada kalangan murid berpencapaian tinggi, iaitu
kumpulan Atas. Murid berpencapaian tinggi terdiri daripada 27% murid
yang mendapat skor tertinggi dalam ujian yang terlibat (Wiersma & Jurs,
1990).
❑RB pula merujuk bilangan murid yang mendapat jawapan betul bagi
sesuatu item daripada kalangan murid berpencapaian rendah, iaitu
kumpulan Bawah. Murid berpencapaian rendah terdiri daripada 27%
murid yang mendapat skor terendah dalam ujian yang terlibat
(Wiersma & Jurs, 1990).

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 36
Indeks Diskriminasi Item (sambung...)

❑Jika indeks kesukaran sesuatu item itu kurang daripada 0.20 atau lebih
daripada 0.80, maka item itu perlu diubah suai atau digugurkan terus.
❑Item yang mempunyai item diskriminasi 0.20 ke atas boleh diterima
manakala item yang mempunyai indeks diskriminasi kurang daripada
0.20 merupakan item yang kurang baik.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 37
Analisis Distraktor

❑ Analisis distraktor bagi item aneka pilihan bertujuan mengenal pasti


distraktor yang bermasalah.
❑ Terdapat tiga jenis distraktor bermasalah yang utama, iaitu:
Distraktor yang tidak berfungsi
Distraktor yang tidak dapat diskriminasi atau membezakan
antara murid kumpulan berpencapaian tinggi dengan murid
berpencapaian rendah
Distraktor yang mana lebih ramai murid berpencapaian tinggi
memilih distraktor itu berbanding dengan murid berpencapian
rendah.
❑ Apabila sesuatu distraktor didapati bermasalah, maka distraktor itu
perlu diubah suai atau ditukarkan dengan distraktor yang lain.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 38
Bank Item

❑Bank item mengandungi fail-fail item ujian yang disimpan


untuk kegunaan pembinaaan ujian pada masa hadapan.
❑Item ujian dalam bank item biasanya dikodkan dan disusun
mengikut mata pelajaran, tahap pengajaran, topik, objektif
pengajaran yang diuji serta ciri-ciri lain seperti kesukaran
item dan indeks diskriminasi item (Gronlund, 1998).
❑Dalam era masa kini, penggunaan TMK memudahkan
pembinaan dan pengurusan bank item dengan cekap.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 39
Bank Item (sambung…)

Kelebihan Kekangan

❑ Menjimatkan masa
❑ Proses pembinaan adalah
❑ Tidak perlu menyediakan
rumit dan memakan masa
ujian secara tergesa- gesa
yang lama
❑ Memastikan item yang
❑ Memerlukan usaha yang
sama tidak diulangi dalam
cermat untuk memastikan
tahun yang berturut-turut
bahawa item-item di
❑ Menambahkan
dalam bank bermutu
kepelbagaian item yang
tinggi dan pengendalian
diuji
bank item dapat berjalan
❑ Mengizinkan pendidik
dengan lancar
berkongsi item

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 40
Rumusan

❑ Analisis item melibatkan penggunaan teknik dan prosedur tertentu


untuk menentukan mutu soalan (item) dalam sesuatu ujian yang
telah ditadbirkan.
❑ Indeks kesukaran dan diskriminasi item dikira untuk menentukan
mutu item ujian. Jika item yang terlibat adalah berbentuk aneka
pilihan, maka analisis distraktor juga dilakukan.
❑ Bank item mengandungi fail-fail item ujian yang disimpan untuk
kegunaan pembinaaan ujian pada masa hadapan. Dengan
kewujudan bank item, guru atau pendidik yang lain tidak perlu
tergesa-gesa dalam pembinaan ujian kerana item-item sudah pun
dibina dan dirintiskan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 41

You might also like