You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TERIANG Kod Sekolah: NBA 0005

MOHAMAD SHAFIK BIN SUPAAT


1. Nama Guru
3. Bidang:ETIKA DAN
2. Judul BENDERA NEGERI DAN WILAYAH
PROTOKOL
4. Tarikh Pembentangan 16.11.2022 5. Masa:9.00 MALAM
DALAM TALIAN
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis: Buku ini ialah adalah berkenaan Etika dan Protokol sebagai rujukan kepada orang
awam terutamanya Pejabat-pejabat kerajaan dan perniagaan yang ingin mengendalikan
pemasangan dan penyusunan bendera di premis masing-masing. Dengan 92 muka surat,
termasuk muka depan dan belakang, buku yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Dasar
Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
dibahagikan kepada 14 Bahagian. Bermula daripada ukuran dan saiz bendera, cara
mengibarkan, susunan keutamaan bendera, akta-akta berkaitan, cara pelupusan bendera,
sejarah dan deskripsi dan lain-lain. (ISBN 978-983-54-0614-0)
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran: Buku ini memberi kita maklumat penting berkaitan dengan
pengurusan bendera dengan betul dan tepat mengikut lokasi, keutamaan dan berdasarkan
peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menguruskan bendera terutamanya bendera
negara dengan betul menuntun kita akan sikap hormat dan menyayangi negara. Ia juga
menyemai sikap patriotik dan menonjolkan jati diri yang kukuh terhadap imej bangsa Malaysia.

Susunan bendera yang salah memberi kesan yang negatif terhadap pandangan umum
terutamanya pelancong-pelancong asing. Bahkan ia turut memberi kesan terhadap penghormatan
generasi muda kepada pembentukan sesebuah negara.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P: Kesopanan dan Kesusilaan. Memasang bendera dengan
betul merupakan topik yang sangat penting dalam beberapa subjek di sekolah. Bahkan,
kebanyakan aktiviti lain di luar bilik darjah juga memerlukan guru mengetahui tentang pengurusan
bendera ini. Badan Pengawas Sekolah, Perhimpunan Sekolah, Unit Beruniform, Mesyuarat
Agong PIBG, Hari Sukan, Perkhemahan, Kejohanan-kejohanan rasmi ialah contoh aktiviti yang
memerlukan kepada pengetahuan tentang Pengurusan Bendera.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD SHAFIK BIN SUPAAT ) ( )

You might also like