You are on page 1of 5

Jom Sembang Undang-Undang

Perkongsian hal-hal perundangan dan isu semasa di Malaysia, khususnya di Negeri


Sabah

TERMA MAHKAMAH SIVIL YANG ANDA PERLU TAHU


Selasa, Julai 04, 2017

Ok, kali ini kita sembang pula sebahagian terma mahkamah bagi kes-kes sivil yang orang
awam perlu tahu.

Plaintif: ialah pihak yang menuntut dalam kes sivil, terutama bagi kes writ saman.

Defendan: ialah pihak atau orang yang kena tuntut daripada pihak plaintif dalam kes sivil.

Pemohon: juga seperti plaintif,ialah pihak yang memohon dalam kes-kes melibatkan saman
pemula atau permohonan sivil, seperti semakan kehakiman.

Responden: sama seperti defendan, tetapi ini dalam kes saman pemula atau permohonan
sivil.

Writ: ialah salah satu mode atau kaedah bagi memulakan tindakan sivil di Mahkamah iaitu
saman yang difailkan oleh plaintif di Mahkamah dan akan diserahkan kepada defendan
setelah ia dimeterai dan ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah. Ia akan disertakan sekali
dengan penyata tuntutan. Kebiasaannya tindakan melalui writ ini melibatkan pertikaian fakta
yang memerlukan campurtangan Mahkamah untuk membicarakan atau memutuskan kes
berkenaan.

Saman pemula: juga disebut sebagai Originating Summons. Ia juga salah satu mode atau
kaedah untuk memulakan tindakan di Mahkamah selain writ, iaitu ia difailkan di Mahkamah
yang disertakan sekali dengan afidavit (lihat di bawah untuk maksud afidavit). Kebiasaannya
tindakan melalui saman pemula ini bersifat straight forward atau pertikaian terhadap undang-
undang dan boleh diselesaikan melalui afidavit dan hujahan peguam sahaja.

Penyata tuntutan: ialah pernyataan fakta atau butir-butir yang menyebabkan plaintif membuat
tuntutan. Di sinilah defendan akan mengetahui apakah jenis tuntutan yang dibuat oleh plaintif
dan fakta-fakta yang dinyatakan menjadi penyebab kepada tuntutan itu.
Afidavit: ialah akuan bersumpah yang difailkan di mahkamah. Ia terdiri daripada afidavit
serahan, afidavit sokongan, afidavit menentang dan afidavit balasan. Ia akan ditandatangani
oleh pihak yang membuat akuan (juga disebut sebagai deponen) di hadapan Pesuruhjaya
Sumpah atau Hakim atau Majistret. Dan afidavit ini biasanya akan diikuti dengan sijil perakuan
eksibit dan eksibit-eksibit berkaitan.

Proof of service atau akuan serahan: ini ialah perakuan yang perlu dibuat oleh pihak yang
diserahkan sebarang dokumen mahkamah seperti writ, notis permohonan dan sebagainya
sebagai bukti akuan serahan dan penerimaan oleh pihak berkenaan.

Penyata pembelaan: ialah butir-butir atau penyataan fakta daripada pihak defendan. Ia bagi
menjawab segala fakta yang dikemukakan oleh plaintif dalam penyata tuntutannya. Ia perlu
difailkan di mahkamah dalam tempoh tertentu dan diserahkan sesalinan kepada pihak plaintif.

Penyata balasan: ini ialah penyataan balas daripada pihak plaintif setelah menerima penyata
pembelaan daripada defendan. Kadangkala plaintif tidak akan membuat penyata balas apabila
berpuas hati bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan yang baik.

Pliding: ia adalah dokumen-dokumen yang disebutkan di atas iaitu writ dan penyata tuntutan,
penyata pembelaan dan penyata balas. Berdasarkan pliding inilah jatuh dan bangunnya
sesuatu kes sivil itu dan pihak-pihak perlu berdiri teguh atas pliding yang difailkan dan
diserahkan. Sebarang ketidakpatuhan kepada pliding akan menyebabkan kekalahan kepada
kes tersebut. Sebab itu pliding adalah sangat penting semasa proses mendraf dan sebelum
difailkan di mahkamah.

Mediasi: ialah salah satu proses bagi penyelesaian pertikaian alternatif atau alternative
dispute resolution. Pihak-pihak yang dalam pertikaian boleh memohon kepada Mahkamah
untuk merujuk masalah atau pertikaian mereka kepada seorang mediator yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Pada masa kini Mahkamah juga mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan mediasi di hadapan pegawai-pegawai kehakiman sebagai mediator. Langkah ini
bukan sahaja menjimatkan masa dan kewangan, malah ia akan mewujudkan situasi menang-
menang kepada kedua-dua pihak tanpa perlu melalui proses perbicaraan yang rumit dan
panjang serta memakan kos yang tinggi. Malah jika ia adalah Court led mediation atau
mediasi di hadapan pegawai kehakiman, ia adalah percuma.

Itu saja untuk kali ini. Harap memberikan manfaat.

civil
court
lawyer
mahkamah
mediation
procedure
writ
Masukkan ulasan anda...

Catatan popular daripada blog ini

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH


Khamis, Jun 29, 2017

Gambar sekadar hiasan Apabila seseorang dituduh dengan pertuduhan


jenayah di Mahkamah, salah satu aspek penting yang perlu diambil
perhatian ialah jaminan mahkamah. Jom kita sembang perihal jaminan …

BACA LAGI

SENANGKAH BELAJAR UNDANG-UNDANG?


Jumaat, Mac 02, 2018

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada orang bertanya dengan saya,


"susahkah belajar undang-undang?" Secara jujur, saya tiada jawapan spesifik
untuk soalan itu. Mungkin sebab saya diajar untuk mengolah, membahas …

BACA LAGI

TERMA MAHKAMAH JENAYAH YANG ANDA PERLU TAHU


Isnin, Julai 03, 2017

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk
memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian
daripadanya. Pegawai pendakwa : ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di …

BACA LAGI

Dikuasakan oleh Blogger

Imej tema oleh Michael Elkan

(c) 2017. Copyright controlled

BAKAL PEGUAM

Laman sembang undang-undang


Malaysia dan Negeri Sabah. Untuk
nasihat guaman, sila berjumpa dengan
peguam yang bertauliah. Hakcipta bagi
semua penulisan adalah terpelihara.
Dilarang menyiarkan semula tanpa
kebenaran. Kerjasama amat dihargai.
Terima kasih. …

LAWATI PROFIL

Tetamu
Followers (35)
Next

Follow

Persoalan? Hubungi Saya


Nama

E-mel
*

Mesej
*

Hantar

Arkib

Laporkan Salah Guna

You might also like