You are on page 1of 1

Kami mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang mempunyai ciri ciri

keperibadian berikut:
(i) Mempunyai keterampilan yang baik, semangat yang tinggi dalam bekerja dan mempunyai jati diri
cemerlang
(ii) Mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan.
Syarat Lantikan wajib : Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut :

SPM/ SPVM/SPMV/SIJIL
KUMPULAN PELAKSANA KEKOSONGAN
PENGAWAS HUTAN GRED G19 18
Syarat Kelayakan :
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah
latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DAN
• Syarat Bahasa Melayu Kepujian di peringkat SPM/SVM

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui Online sahaja. Tempoh sah laku
permohonan adalah setahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan
jawatan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia SUK Pahang. Hanya calon yang berjaya
melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL SPA PAHANG : https://espa.pahang.gov.my


Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas juga boleh diperolehi melalui
https://espa.pahang.gov.my

You might also like