You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

72120 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN KOMPUTER DALAM


BILIK DARJAH

DISEDIAKAN OLEH :
PUAN RASYIDAH BINTI MOHD ZAINI
SETIAUSAHA
PIBG SEK KEB SERTING 3 (F)
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER DALAM BILIK DARJAH

1.0 NAMA PERSATUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Serting 3 (F), Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

2.0 NAMA PROJEK/PROGRAM

1K1M (1 Komputer 1 Kelas 1Malaysia)

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon sumbangan daripada YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin bagi memohon sumbangan kmputer dalam darjah seperti
yang dinyatakan di bawah.

4.0 PENDAHULUAN

Masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Penggerak utama kepada
kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya melalui
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut kajian oleh Rodiah Sidin, 2001, kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk
belajar, di samping mempercepatkan proses belajar. Lantaran itu, samada sedar atau
tidak, kemahiran ICT kini telah menukar secara besar-besaran cara murid menimba,
mengguna dan mengedarkan ilmu pengetahuan.

David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) pula telah melaporkan dalam
kajian beliau bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan
bermuafakat. Malahan, jika teknologi digunakan dengan cekap ia dapat
meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Berlandaskan dapatan kajian ini, maka lahirlah idea projek 1K1M (1 Komputer 1
Murid) ini bagi mewujudkan pembudayaan ICT di kalangan warga sekolah khasnya
murid-murid..
5.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang mahir dan celik IT dan seterusnya dapat


mengembangkan potensi diri mereka.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Melahirkan murid yang celik dan mahir IT dalam sebarang urusan harian.
6.2 Memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT dalam membangkitkan budaya baharu
pembelajaran kendiri murid.
6.3 Mengembangkan potensi individu murid.
6.4 Memberikan akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam
penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT.
6.5 Membuka minda murid agar membudayakan ICT dalam membantu
pembelajaran mereka.

6.0 PERINCIAN PROJEK

Asas bagi cadangan projek ini adalah bagi memberikan akses yang lebih terbuka
kepada semua murid dalam ICT khasnya komputer. Tidak semua murid
berkemampuan untuk memiliki komputer di rumah. Jurang digital ini dapat
dirapatkan dengan menyediakan prasana dan ruang khasnya di sekolah bagi
mendapatkan kemudahan ini.

Memandangkan pembelajaran kendiri berbantukan komputer banyak membantu


pembelajaran murid (Sandholtz, 1997), maka adalah wajar sekurang-kurangnya
sebuah komputer ditempatkan dalam setiap bilik darjah agar murid boleh
menentukan sendiri cara mencapai objektif pembelajaran mereka.

Selain itu, bagi melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif, ruang yang
secukupnya wajar diberikan kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka
iaitu dengan menyediakan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Satu komputer satu bilik darjah adalah antara cara yang praktikal untuk diamalkan.

Sebaik sahaja murid mendapat tugasan daripada guru, mereka bebas mencari dan
menghasilkan bahan seperti yang dikehendaki oleh guru. Kontak masa yang lebih
lama kepada komputer dalam bilik darjah dapat mengembangkan idea dan kreativiti
murid dalam menyelesaikan tugasan mereka.

Murid juga dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran sesama mereka dalam
menghasilkan bahan yang berkualiti, menarik dan di luar kebiasaan. Secara tidak
langsung, daya kreativiti dan imaginasi murid telah dibina. Dengan ini, benarlah
dapatan kajian oleh David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) yang
menyatakan bahawa media telah menjadi penggerak untuk pelajar berfikir dan
bermuafakat.
7.0 SUMBANGAN DIPOHON

BIL ITEM KUANTITI


1 KOMPUTER PERIBADI 15 UNIT (15 KELAS)
2 MEJA KOMPUTER 15 UNIT (15 KELAS)

8.0 PENUTUP

Projek 1K1M ini amat wajar dilaksanakan untuk perkembangan potensi diri murid.
Semoga projek ini dapat dilaksanakan untuk kebaikan murid-murid. Semoga
sumbangan YAB Tan Sri dapat melahirkan anak-anak bangsa bermaklumat dan
berilmu yang bakal menjadi penentu masa hadapan negara kita.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)

RINGKASAN EKSEKUTIF

INSTITUSI SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 (F)


NAMA
1K1M (1 KOMPUTER 1 KELAS)
PROJEK/PROGRAM
JENIS
SUMBANGAN BAKTI (ICT)
PROJEK/PROGRAM
1. MELAHIRKAN MURID YANG CELIK DAN
MAHIR IT DALAM SEBARANG URUSAN
HARIAN.
2. MEMANFAATKAN SEPENUHNYA POTENSI
ICT DALAM MEMBANGKITKAN BUDAYA
BAHARU PEMBELAJARAN KENDIRI MURID.
3. MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
MATLAMAT DAN
MURID.
OBJEKTIF
4. MEMBERIKAN AKSES DAN PELUANG YANG
LEBIH TERBUKA KEPADA SEMUA MURID
DALAM PENYERTAAN MENJAYAKAN
ASPIRASI KERAJAAN DALAM BIDANG ICT.
5. MEMBUKA MINDA MURID AGAR
MEMBUDAYAKAN ICT DALAM MEMBANTU
PEMBELAJARAN MEREKA.
SUMBANGAN 1. 15 UNIT SET KOMPUTER
DIPOHON 2. 15 SET MEJA KOMPUTER

You might also like