You are on page 1of 7

PENGARUH TAMADUN ISLAM DI ASIA.

Sebelum kedatangan agama Islam ke Asia, masyarakat Asia kebanyakkannya mengamalkan agama Hinu, Budhha dan anisme. Kehidupan masyarakat ketika itu dipengaruhi oleh amalan-amalan mereka seperti dalam bidang pemerintahan, pendidikan dan bahasa dan kesustareaan. Tetapi selepas kedatangan islam, masyarakat Asia mula mengikut amalan Islam di dalam semua bidang kehidupan. Dalam bidang pemerintahan, sistem pemerintahan beraja telah berubah. Dalam sistem pentadbiran Islam, ketua kerajaan dan Negara ialah Sultan, Mufti pula penasihat sultan dan juga menjawat jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitul mal, dan juga penjaga harta wakaf. Dengan gelaran Sultan, terdapat banyak kelebihan, iaitu, dapat mengukukuhkan kerajaan Islam tersebut. Selain daripada itu, penggunaan konsep Khalifah Allah telah menggantikan konsep dewaraja Hindu. Khalifah Allah harus menunaikan amanah, dan memerintah dengan adil serta perlu menerapkan unsurunsur Islam di dalam pemerintahan seperti undang-undang syariah. Tambahan lagi.wnita juga diberi peluang di dalam bidang pemerintahan seperti di Acheh yang mna sebanyak 22 wanita mengangotai Majlis Rakyat Acheh daripada 73 kerusi yang dipertandingkan. Di dalam system pendidikan pula, pada masa sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya kepada golongan bangsawan sahaja. Tetapi, setelah kedatangan Islam,pendidikan disebarkan kepada seluruh masyarakat melalui institusi Istana, pondok, madrasah dan surau. Sistem pendidikan ketika ini lebih teratur dengan peringkat-peringkat seperti sekarang iaitu rendah, menengah, dan pengajian tinggi. Selain daripada itu, kaum hawa juga digalakkan untuk menimba ilmu sama seperti kaum Adam. Subjek yang diajar di dalam institusi ini ialah Fikah, Usuludin, Tasauf, Hadis, dan tafsir. Selain daripada kesusasteraan, gaya hidup masyarakat sebelum kedatangan Islam, masyarakat banyak dipengaruhi dengan kepercayaan animisme, Budhha dan

juga Hindu.

Bagaimana pun, segala kepercayaan terhadap jenis-jenis unsur atau

semangat telah beransur-ansur digantikan dengan kepercayaan dalam Islam. Cara Islam telah diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat mula berpakaian sebagaimana yang dituntut dalam Islam, menutup aurat. Mereka mula memakai tudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tidak mengambil berat tentang pemakaian mereka kerana tiada halangan dalam agama atau kepercayaan yang mereka amalkan. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan bahawa penganutnya perlu menutup aurat sebagaimana yang diwajibkan dan dinyatakan di dalam al-quran. Dengan ini, jelaslah bahawa Islam telah menjadi Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Masyarakat mula menuntut ilmu-ilmu agama dengan guru-guru agama. Selain itu, Islam telah mengajar masyarakat tentang persaudaraan antara Islam. Ini telah menyebabkan sistem sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam telah berubah. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat hidup dalam pelbagai kelas dan darjat. Ini menyebabkan terdapat golongan yang ditindas kerana berada di golongon dan darjat bawah. Penghapusan kelas dalam masyarakat telah dijalankan atas dasar persamaan taraf dalam Islam. Nilai-nilai Islam juga dijadikan panduan hidup. Sebagai contoh, nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati dan berkerjasama diterapkan di dalam masyarakat.

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ABU RAIHAN AL-BIRUNI Abu Raihan Al-Biruni ialah seorang ahli fizik, astronomi, ahli matematik, cendiakawan, penulis, ahli falsafah, ahli astrologi, pakar sejarah, ahli farmasi, dan juga seorang guru. Beliau telah banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari parsi. Belaiu juga banyak menulis ensiklopedia dan karya terkenalnya ialah Rasa¶ll al-Biruni, yang mengandungi bidang astronomi dan matematik. Penemuan beliau yang paling penting ialah menentukan kejadian 4 musim, pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan calendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan. Abu Raihan al-Biruni di lahirkan pada 15 September 973 di Khwarazm atau Uzbekiztan yang diperintah oleh Kerajaan Parsi. Beliau mendapat pendidikan awal dari Abu Basr Ibnu Alt Ibnu Iraqin yang merupakan serorang yang pakar dalam Matematik dan Astronomi. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik, Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi Al-Jawahir tentangi mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

IBNU SINA Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina ialah nama sebenar Ibnu Sina ataupun Avicenna di dunia barat. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi¶ah ia lahir pada tahun 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pada usia 5 tahun beliau menerima pengajian al-Quran secara tidak formal dan pada umurnya 10 tahun, beliau telah mengahafal al-Quran. Selain daripada itu, di dalam masa yang sama beliau juga mendalami ilmu agama seperti fiqh, usuluddin, tasawuf, tafsir dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu ini beliau mempelajari daripada ayahnya dan Abu Abdullah Natili, iaitu sahabat karib ayahnya. Ibnu Sina dapat menguasai anyak bidang ilmu seperti falsafah, perubatan, geometri, astronomi, muzik, syair, matematik, fizik dan lain-lain lagi. Ketika umurnya baru 18 tahun, beliau telah menjadi Doktor Di Raja kerana berjaya menyembuhkan penyakit sultan Nuh Bin Mansur. Ibnu Sina banyak menghasilkan pelbagai buku dan ketika berumur 21 tahun beliau telah menghasilkan buku pertamanya iaitu Al-Majmu. Buku ini mengandungi pelbagai ilmu dan lengkap. Kesemua buku beliau telah dihimpukan di dalam sebuah buku yang berjudul ³Essai de Bibligraphie´ yang dihimpunkan oleh Pater Dominican. Antara yang terkandung di dalam himpunan tersebut ialah buku karya Ibnu Sina yang paling terkenal iaitu Al-Qanun Fit-Tibb. Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hijrah atau 1037 Masihi . Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 Masihi, beliau telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makammakam doktor islam yang lain.

IBNU HAITHAM Di dunia barat Ibnu Haitam di kenali sebagai Alhazen. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Bin al-Hassan Bin al-Haitam al-Basri dan Al-Misri. Ibnu Haitam. Ibnu Haitam dilahirkan pada tanggal 354 hijrah bersamaan dengan 965 Masihi di Basrah, Iraq. Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan. Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Kerjaan Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Masihi Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu. Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039 Masihi ketika usianya 74 tahun.

REFLEKSI Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menjayakan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktunya. Tanpa bimbingan daripada beliau saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh kerja kursus ini dijalankan. Pelbagai maklumat telah dikongsi bersama untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bantuan daripada mereka saya tidak akan dapat menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya secara lansung atau tidak lansung sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Segala tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja yang telah diberikan ini.

RUJUKAN 1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi. 2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi 3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta.