Kajian Tindakan 2010

You might also like

You are on page 1of 4

Kajian Tindakan Tajuk : Membudayakan Kaedah Simulasi Watak (Role-Play) Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) : SK Taman Puteri

Wangsa

Nama sekolah

Nama .

Norhafiz Bin Tamaldin

Latar Belakang Kajian:

Penggunaan bahasa Inggeris masih lemah terutamanya di kalangan pelajar luar bandar dari segi penbendaharaan kata dan sebutan. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dan versatile.

Fokus Kajian

Pelajar sering menghadapi masalah apabila berkomunikasi kerana mereka lemah dalam menyebut perkataan dan penbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya pelajar tahap dua di sekolah ini.

Kajian Tindakan 2010

Norhafiz Bin Tamaldin N 6090028

Rasional Kajian

Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar sering gagal didalam ujian bulanan serta kurang berinteraksi dalam bahasa Inggeris semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Objektif Kajian

Untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan di dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran ialah seramai 35 orang pelajar terpilih di kalangan pelajar tahun 4.

Perlaksanaan Kajian:

a)

Pemerhatian:

Daripada

pemerhatian

didapati

pelajar

sering

bermasalah menyebut perkataan dan mempunyai penbendaharaan kata yang terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Pelajar juga sukar menghakis pengaruh dialek tempatan dalam sebutan bahasa Inggeris mereka.

Kajian Tindakan 2010

Norhafiz Bin Tamaldin N 6090028

b) Tindakbalas: Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan.

c) Ujian Pencapaian: Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.

d) Perancangan: Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah Simulasi Watak (Roleplay).

e) Tindakan: Pelajar disediakan sampul yang mempunyai kad bergambar mengandungi watak yang akan dilakonkan oleh mereka. Sebelum watak tersebut dilakonkan, pelajar akan diminta untuk mencari maklumat berkenaan watak tersebut. Sebagai contoh, pelajar mendapat kad bergambar doktor. Mereka perlu menyenaraikan perkataan yang

memerihalkan tentang watak tersebut seperti pekerjaan, pakaian, tugas, lokasi dan sebagainya. Pelajar tersebut akan berkongsi dengan pelajar lain hasil dapatan mereka dengan menceritakan semula apa yang telah diperolehi. Pelajar tersebut akan melakonkan watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.

f) Pemerhatian: Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secarasukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.

Kajian Tindakan 2010

Norhafiz Bin Tamaldin N 6090028

g) Refleksi: Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata danmeningkatkan keyakinan mereka dalam

komunikasi kerana telah dapat mengatasi masalah penyebutan Kesimpulan

Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk bertutur dengan lancar dan memahami apa yang disebut.

Kajian Tindakan 2010

Norhafiz Bin Tamaldin N 6090028

You might also like