You are on page 1of 5

Pencemaran sungai: JAS tingkat kawalan PUTRAJAYA 22 Mei - Jabatan Alam Sekitar akan meningkatkan kawalan serta memantau

aktiviti perindustrian di pinggiran sungai bagi memastikan kualiti air mencapai tahap kelas dua menjelang tahun 2002. Ketua Pengarahnya, Rosnani Ibrahim berkata, pengawasan itu termasuk memberi tumpuan terhadap lebih 100 kilang haram yang dipercayai menjadi punca kepada pencemaran sungai di negeri ini. ``Stesen pengawasan air di negeri ini hanya mencapai tahap sederhana cemar dan JAS perlu memastikan bahawa kualiti itu dipertingkatkan dari masa ke semasa,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sesi dialog program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air Sungai Langat dan pelaksanaan projek laporan penilaian alam sekitar (EIA), di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengarah JAS Selangor, Jalaluddin Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balakong, Datuk Hoh Hee Lee. Untuk melakukan tugas pengawasan itu beliau memberitahu, pihaknya akan memerlukan lebih banyak tenaga tambahan daripada ibu pejabat JAS dan Selangor iaitu seramai 49 orang kakitangan. Malah, untuk memantau aktiviti yang dijalankan di Sungai Langat, Rosnani menjelaskan, pihaknya mungkin akan mengadakan pemeriksaan mengejut pada setiap hari bagi memastikan tiada pencemaran yang dilakukan oleh kilangkilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu. ``Kalau biasanya kami hanya melakukan pemeriksaan sebulan sekali, kini pemaju perlu berhati-hati kerana JAS akan bertindak lebih tegas lagi,'' ujarnya. Beliau berkata, berdasar kajian yang dijalankan, sebanyak 693 pencemaran telah dikenal pasti berpunca daripada kilang-kilang, loji kumbahan, projekprojek EIA dan ternakan khinzir. Sehubungan itu, pihaknya telah mengambil tindakan dengan memperbanyakkan sesi lawatan ke tempat terbabit.

Katanya, sehingga 18 Mei lalu, pihaknya telah melakukan sebanyak 190 lawatan ke punca-punca yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada pencemaran. Daripada jumlah itu, sebanyak 89 contoh air rasmi telah diambil dan 55 kompaun dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tambahnya, notis arahan turut dikeluarkan dan empat notis sekatan pencemaran di bawah seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling juga dikeluarkan. Sementara itu, program yang diadakan pada hari ini merupakan pertemuan pertama JAS bersama 180 pengusaha kilang dan pemaju projek EIA di Lembangan Langat. Oleh: ROSNIZAH MOHAMAD

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pencemaran sungai di negara ini . Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah kata.

Sungai mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia sejak zaman-berzaman. Masyarakat dulu memilih kawasan yang berhampiran dengan sungai sebagai kawasan pertempatan mereka.Sungai dilihat sebagai sumber pelbagai guna, baik untuk keperluan harian mahupun untuk keperluan pengangkutan dan perdagangan. Dahulu manusia menghargai air kerana pelbagai kegunaannya. Bagaimanapun, keadaan sekarang jauh berubah. Air yang dirawat sekalipun belum tentu 100 peratus selamat diminum atau digunakan. Bahan organic dalam air yang tercemar kadangkala tidak mampu dipisahkan oleh loji penapis air. Keperluan manusia dan pembangunan banyak menyebabkan sungai di Malaysia tercemar. Pencemaran itu bukan sahaja menberikan kesan kepada flora dan founa , tetapi juga kepada hidupan harian manusia. Menteri Sains, Teknologi , dan Alam sekitar, Datuk Law Hieng JDing menyatakan satu pertiga daripada sungai utama Malaysia mengalami pencemaran teruk. Dilaporkan 40 batang sungai di negara ini mengalami pencemaran teruk dan 29 daripadanya pula dalam keadaan kritikal terutamanya di Selangor, Johor,dan Pulau Pinang. Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai disebabkan kelodak kesan hakisan sebagai akibat daripada kegiatan manusia. Hal ini termasuklah penerokaan hutan, pembuangan sisa kumbahan, pembuangan sampah sarap, dan pelepasan sisa industri seperti arsenik, kadmium, raksa, dan plumbum. Kadar hujan yang merosot menyebabkan pengaliran air sungai terjejas lalu mengurangkan kemampuan mencairkan pencemar. Bagaimanapun , kemerosotan hujan tidak harus dijadikan punca pencemaran sungai sebaliknya sikap masyarakat yang tidak bertanggung jawablah yang harus disalahkan. Menurut laporan Kualiti Alam Sekitar 1988, 43 peratus sungai kita dicemari oleh nitrogen ammonia hasil peknternakan haiwan serta sisa pembuangan domestik. Banyak sungai di negara kita yang tercemar kerana masyarakat tidak menghargai sungai. Orang ramai tanpa rasa tanggung jawab melemparkan sampah sarap dan bahan buangan termasuk bahan yang sukar hancur seperti

plastik ke dalam sungai. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membersihkan sungai. Tindakan mereka yang tidak bertanggung jawab itu juga menyebabkan generasi yang akan datang tidak lagi dapat menikmati keindahan dan kebersihan air sungai. Mereka yang mengotorkan sungai adalah mereka yang tidak menyayangi pusaka yang dikurniakan Tuhan. Generasi hari ini perlu diberi kesedaran jsupaya mencintai sungai dan tidak melakukan pencemaran. Perkara ini tidak dipandang serius oleh semua pihak, lambat laun Malaysia akan mengalami masalah bekalan air kerana kawasan tadahan telah tercemar.

You might also like