You are on page 1of 33
KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN PENDIDIKAN TEKNIKAL VOKASIONAL, MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 1 KOD DAN NAMA PROGRAM / EE 320-3-2012 PROGRAM'S CODE & THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE, NAME TAHAP / LEVEL LEVEL 3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / EE-320-3:2012-C02 COMPETENCY UNIT NO. | THREE PHASE WIRING AND TITLE 1. IDENTIFY THREE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND. PROSEDURES 2. IDENTIFY THREE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND. MATERIALS NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES AKTIVITL KERJA/ WORK | 4. CARRY OUT THREE PHASE EARTHING SISTEM INSTALLATION ACTIVITIES NO. AND 5. CARRY OUT THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB) STATEMENT 6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION 7. CARRY OUT WIRING SISTEM VISUAL INSPECTION 8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST 9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST 10. PREPARE THREE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT. Muka Surat/Page: 1 NO KOD / CODE NO. EE 320-3-2012- CO2/P(1/10) Drp/ of :32 TAJUK / TITLE : PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK TUJUAN | PURPOSE Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatin-pelatih tentang cara dan langkah menjalankan pendawaian elektrik 3 fasa PENERANGAN / INFORMATION : Muka Surat/ Page :1 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 ‘SISTEM PENDAWAIAN 3 FASA Sistem bekalan ulang-alik (AU) 3 fasa (400 V) adalah satu sistem bekalan AU yang mempunyai 3 fasa yang dikendalikan dalam 2 bentuk sambungan iaitu sambungan Bintang dan Delta. Sambungan Bintang mempunyai 3 talian fasa dan satu talian neutral yang dikenali sebagai 3 fasa-4 dawai manakala sambungan Delta mempunyai talian 3 fasa tanpa talian neutral yang dikenali sebagai 3 fasa-3 dawai Sistem satu fasa hanya boleh diperolehi daripada sambungan bintang sahaja kerana sambungan bintang mempunyai neutral. Sistem satu fasa adalah satu sistem bekalan AU yang mempunyai satu talian fasa dan juga satu talian neutral. Setiap fasa pada sambungan bintang akan disambung dengan neutral untuk mendapatkan sistem satu fasa manakala sistem tiga fasa boleh diperolehi daripada kedua-dua sambungan Bintang dan Delta. Dibawah adalah contoh sambungan Bintang dan juga Delta. ‘Talian-Talian Sistem Sistem Sistem Sistem 3 fasa I fasa(R) 1 fasa(Y) 1 fasa (B) Sambungan Delta __ Sistem 3 fasa ‘Sambungan Bintang Rajah : Sistem Bekalan Kuasa 3 Fasa dan 1 Fasa KELEBIHAN SISTEM 3 FASA BERBANDING 1 FASA 1, Lebih ekonomi kerana kurang kos pembinaan dan penyelenggaraan. Bagi membekalkan sejumlah kuasa yang sama dengan sistem 1 fasa, penjimatan beban pengalir untuk kehilangan tembaga yang sama dapat dilakukan kerana keperluan kuprum dapat dikurangkan. 2, Mudah dipasang kerana talian atau kabel lebih kecil dan ringan. Ini menyebabkan struktur penyokong yang kecil boleh didirikan pada jarak yang agak jauh diantara penyokong, 3. Motor 3 fasa mempunyai kendalian kendiri yang lebih baik kerana kuasa seketikanya lebih stabil dan tetap. Ini tidak berlaku dalam sistem 1 fasa: Muka Surat/ Page :2 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 4, Tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sistem 3 fasa lebih tinggi berbanding sistem satu fasa. Motor 3 fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yang lebih baik dan saiz yang lebih kecil, bagi keluaran yang sama berbanding motor 1 fasa 6. Daya kilas yang dihasilkan oleh motor 3 fasa adalah tetap sementara daya kilas motor aruhan satu fasa berbentuk dedenyut. 7. Alatubah 3 fasa adalah lebih ringan, kecekapan lebih baik dan lebih murah. ‘SISTEM 3 FASA Sistem 3 fasa adalah sistem yang mempunyai 3 sumber voltan yang sama magnitudnya yang dihasilkan oleh 3 gegelung pengalir yang disusun dengan perbezaan sudut fasa 120°. Dalam sistem ‘AU/1 fasa, apabila gegelung diputarkan dan memotong urat daya magnet di antara kulub utara dan kutub selatan stator, voltan AU akan terjana. Jika terdapat lebih daripada satu gegelung diputarkan pada aci yang sama dan memotong urat daya magnet yang sama, voltan AU akan terjana mengikut bilangan gegelung yang diputarkan. Setiap voltan yang dihasilkan mempunyai magnitude gelombang yang sama tetapi mempunyai beza fasa tertentu antara satu sama lain. Sistem yang mempunyai lebih daripada satu gegelung yang dapat menjana tiga voltan atau daya gerak elektrik yang sama amplitude dan mempunyai anjakan fasa 120°. Biasanya 3 fasa ini dilabelkan sebagai Merah (Red-R), Kuning (Yellow-Y) dan Biru (Blue-B). Muka Surat/ Page :3 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 4. MENGENAL PASTI PENDAWAIAN TIGA FASA SPESIFIKASI DAN PROSEDUR 4.1. PROSEDUR LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN Lawatan Tapak Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:- i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan; ii, permintaan beban maksimum; ili, bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga; iv. jenis pendawaian; dan v. susunatur kelengkapan. Contant i + Sabon Malsionee a ia > ‘orang permchonan bekalan Stok Domest (PL) Menyedakan jdual kage Pemyeliaan ‘Mula Kerja-kerja Pendawaian _ >= = orang Oden ke z ‘ayaran Depot dan Tandutangan Peranian = Rajah 1: Menunjukkan Carta Aliran Prosedur Lawatan Tapak Dan Penilaian Kediaman Bekalan Tiga Fasa NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat/ Page :4 Drip / of 132 4.2 TEKNIK MENGHASILKAN SUSUNATUR LUKISAN 1.2.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram) Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesualu bangunan. la dilukis secara lukisan orthografik dari arah alas (plan) pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100. Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang sesuai. la juga dapat membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bill dan bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan sebagainya. Rajah 2 : Gambarajah Susunatur Muka Surat/ Page :5 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 1.2.2 Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram) Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian yang sebener. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah dikekalkan sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gamberajah ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih nya untuk mencari kerosakan litar atau membuat tambahan liter. Gambarajah litar pendawaian lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam pemasangan rumah dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar pendawaian ini ialah:- i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan. ii. Litar SAK 13A (litar jejari) ii, Litar SAK 13A (ltar gelang) Litar SAK 15A, Litar penghawa dingin. vi, Litar pemanas air. Rajah 3: Gambarajah Litar Pendawaian Lampu Dan Soket Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan fitar tidak dapat dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan. Muka Surat/ Page :6 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 Dm ERE AAC 4 Rajah 4: Gambarajah litar pendawaian kawalan motor 2.3 Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram) Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan dan pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik. Setiap blok akan mewakili satu litar beban. Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini diperlukan bagi merancang keperluan, pendawaian terutamanya pada pemasangan yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. la juga dapat menunjukkan taluan perjalanan sesuatu sistem pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatitkan Muka Surat / Page :7 132 Drip / of EE-320-3:2012-C02/P(1/10) aonwpgay naHoi "3341 4313 1 > Twa Gabe woe wauysH Yam ——_——__ro— 1 Ov sADONDN WOT a 11d Muon 63 : te saouvion 7h 1d NHN —_————$ NO. KOD / CODE NO. sasmen se saeuve;—-——=he| i ie sue —! ee szauen————=4 3 4 So : sueauen— “33 Rajah 5: Gambarajah satu garisan Rajah 6: Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page ‘8 Drp/of _:32 25 Gambarajah Skematik (Schematic Diagram) Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara urutan logik dan mudah. la juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:- i, 3-1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour. i, 2-1 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 6Ow. iii, (M)~ menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa. Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan elektrik Aturan melukis gambarajah skematik hendaklahmengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai pada ukuran yang sesuai ii, Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis berhampiran dengannya. ili, Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 ~ 3 sm, berdasarkan saiz kertas yang digunakan. iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor. v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran dengannya, vi, Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang digunakan. vii, Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya hendaklah ditulis berhampiran kotak Vili. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page ‘9 Drp/of _:32 STAT ee ay @usume sae = ‘Seieetaa scone Yo0"ma Sat deaaeagon supays aomsarg Son ie PAS Pana Teroee in east ‘Segnotin chngvan ett ps Rajah 3.5, Rajah 7: Gambarajah Skematik Tiga Fasa 2.5.1 Petunjuk Lukisan (Drawing Legend) Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan keterangan dan kuantit NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :10 Drp/of _:32 ‘Simbel Keterangan Bilangan Lampu Kalimartang lekapan sling Lampu kalimartang dengan rod gantung Lampu glb lekapan sing Lampu hasan dinding Kipas sing ‘Alatatrkipas ‘Sus satu hala (1G 1) ‘Suis satu hala 2 gang QG 1) ‘Suis satu hala 4 gang 4G 1%) ‘Socket-alirkeluat 13A Socket-alrkeluar 13A berkerbar fey} ype) sfa}@}a/o/3]] ‘Socket alr keluar 13A berkembar (200 mm dari ars lanta) Rajah 8: Petunjuk Lukisan 3.0 JENIS-JENIS PENGALIR 3.1 Pengalir Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis logam boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbeza dan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangan rendah. lanya mudah membawa aliran arus. Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum dan aluminium 3.4.1 Kuprum Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dan dibentuk, kabel berpengalir kuprum paling sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumahatau di luarrumah bagi Muka Surat/ Page :11 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 pemasangan telap. Selain itu kuprum keras yang mempunyaiketegasan tertinggi digunakan untuk pengalir talian rentangan atas yang lazimnyatidak bertebat 3.1.2 Aluminium ini Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit daripada kuprum. Untuk dijadikan pengalir, vas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada 10mm. Aluminium lebih ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3 berat daripada berat kuprum di samping harganya lebih murah. 4.0 Jenis-jenis kabel ‘+ PVC kabel ~ Poly Vinyl Chloride. * PVCISWAIPVC — Armoured cable( PVC-Steel Wire Armoured-PVC). * XLPE — Cross Line Poly Ethylene. 41 PVC kabel - Poly Vinyl Chloride ( PVC Kabel-kabel penebat pvk atau getah bersalut pvk / getah) Outer Pvc Sheath + Conductor PVC Insulation Rajah 9: Binaan Kabel PVC Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestic dan kabel perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan termasuk pada semua jenis pendawaian alat-alat elektrik dan alat-alat kawalan. Kabel PVC ini mempunyai —_ketahanan terhadap minyak, kebanyakan jenis asid dan alkali serta tidak menggalakkan kebakaran. Penebat atau penyalut jenis PVC ini boleh digunakan ke tahap suhu sekeliling 65°C dan terdapat juga jenis yang istimewa dimana boleh digunakan pada suhu 130°C untuk masa yang singkat. Walaubagaimanapun terdapat juga keburukan kabel jenis ini iaitu pada suhu dibawah 0°C, penebat pvc ini akan menjadi retak dan pecah apabila dibengkokkan. NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be at a te 4.2 PVCISWAIPVG - Armoured cable( PVC-Stee! Wire Armoured-PVC) ( Kabel penebat pvk berperisai (pve/swa/pvc) - armoured cable ) Outer Sheath Inner Sheath Conductor Insulation KERATANRENTAS KABEL PVCISWA/PVC EMPAT TERAS Steel Wire Armoured Rajah 10: Binaan Kabel PVC/SWA/PVC. Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Mempunyai perisai sebagai perlindungan mekanikal. Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan boleh tahan panas sehingga 85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau tembaga. Terdapat dalam beberapa teras iaitu :- + 2teras. © 3 teras. + 4 teras. ‘+ Pelbagai teras ( multicore cable). Kegunaannya :- ‘Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan rendah. ‘+ Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah. * Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna. © Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna . ‘+ Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam. NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :13 Drp/of _:32 Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :~ * Merah untuk Fasa Merah. * Kuning untuk Fasa Kuning + Biru untuk Fasa Biru. * Hitam untuk Neutral. XLPE — Cross Line Poly Ethylene Outer Sheatn Separation Sheath y Conductor ( Tt ) ( € aS U \ | U 1 7 Binder Insulator Tape Rajah 11: Binaan Kabel XLPE Maksud "XLPE" ialah Gross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik yang diberi nama "Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga ‘Sebab menggantikan penebat plastik ialah ~ ‘+ Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Too! & Die” mengeliling pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik. ‘+ Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya . ‘+ Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain + Tidak mudah menyerap air. + Kehilangan daya elektrik adalah rendah *Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain ‘+ “Thermoset Plastik" digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba geseran ataupun tarikan, + Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :14 Drp/of _:32 Kegunaanya :- + Kawasan pencemaran kimia dan minyak. + Kawasan tidak rata atau tempat tinggi + Kawasan paya atau tanah berat Panduan penerangan + XLPE Power Cable — Federal Power & Telecoms Sdn Bhd. * BS 6622: 1985, + IEC 502. Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga. Kelebihan Kabel XLPE :- + Mudah dibentuk apabila panas + Lebih ringan * Tidak menyerap air + Kehilangan daya dielektrik rendah + Harganya lebih murah * Tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran dsb. + Tidak mudah cairjika terkena pelarut + Suhu operasinya tinggi * Kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi © Sehingga 69kV Kelemahan Kabel XLPE + Keras berbanding dengan paper dan PVC, oleh itu susah untuk dibengkokkan + Bentuknya bulat, tidak sectorial, oleh itu saiz kabel menjadi lebih besar NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :15 Drp/of _:32 5.0 FUNGSI KABEL DAN PENGENALAN WARNA MENGIKUT STANDARD MS IEC 60364 FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA Pengalir perlindungan Hijau dan kuning Pengalir tar satu fasa Merah atau kuning atau biru Fasa R bagi itar 3 fasa Merah Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning Fasa B bagi litar 3 fasa Biru Positif bagi itar 2, 3 dawal anus terus (@.1)__| Merah Negalif bagi litar 2 dawai arus terus (at) Hitam Negalif bagi litar 3 dawai arusterus(at) | Biru Dawai tengah bagi Iitar 3 dawai (at) Hitam Jadual 1: Pengenalan wama kabel 6.0 JENIS-JENIS PERANTI PERLINDUNGAN Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk kendalian atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat. memutuskan semua pengalir litar bekalan di pemasangan itu. Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat hendaklah dengan menggunakan fius atau pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai hidup pengalir bekatan itu. Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan arus litar pintas yang berlaku 6.1 Pemutus itar Bocor Kebumi ( ELCB ) Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing liar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur. RCCB boleh didapati dalam 2 versiiaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300mA NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be Surety a 16 in Rajah 12: Pemutus Litar Bocor Kebumi 6.2 Pemutus Litar Jenis Miniatur Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar miniatur. Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran dan bentuknya sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus. Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu : a) Tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan beban yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor dan sebagainya. Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada sesebuah pemasangan. Rajah 13: Kadaran arus dari 2-63A. Muka Surat/ Page :17 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 6.3 Fius Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur apabila arus yang melebini had kadarannya mengalir ke dalam fus itu dan seterusnya litar akan terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan panjang sesuatu bahan. 6.3.1 Jenis fius i) Fius Dawai Semula [ BS 3036] ii) Fius Katrij[ BS 1362] Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362] fer hi FIUSKATRU | HIUS HRC Rajah 14 : Menunjukkan contoh fius Muka Surat/ Page :18 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 7.0 JENIS PENDAWAIAN TIGA FASA 1. Sistem pendawaian permukaan merupakan kaedah pemasangan yang popular pada satu_masa dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung-kampung. Pemasangan kabel dilakukan pada permukaan dinding dan siling secara terbuka. Kabelnya hanya diklipkan secara permukaan tanpa sebarang pelindung tambahan. 2. Kesesuaian pemilihan sistem ini berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti berikut, - Bangunan dibuat daripada kayu atau batu - Memeriukan bekalan voltan fasa tunggal ~ Bilangan litar kecil akhir yang sedikit - Kabel yang dipasang tidak begitu banyak - Kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal - Kerja pemasangan dibuat dalam masa yang singkat - Kos pembiayaan pemasangan yang rendah - Beban kuasa yang digunakan kecil Pemilinan Kabel 1. Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan persekitaran dan kemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal. 2. Kabel jenis bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan ini. Kabelnya bersalut dengan pvk dan dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan pvk kedua dan ini menjadikan tebatan dua lapisan. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar. 7.1 Sistem Pendawaian Konduit 1. Sistem pendawaian konduit menggunakan paip konduit sebagai penghalaan pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipiiih sebagai pemasangannya maka keseluruhan kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit. Kabel akan disalurkan ke dalam Konduit hingga ke punca-punca tamatannya. 2. Kesesuaian pemilihan disenaraikan seperti berikut, tem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri_ yang = Bangunan komersial, kilang dan juga kedai-kedai - Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau mekanikal. - Memeriukan voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa. - Beban kuasa yang digunakan adalah besar. Muka Surat/ Page :19 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 Sistem Pendawaian Sesalur 1. Sistem pendawaian sesalur yang menggunakan sesalur lazimnya untuk memuatkan kabel yang banyak dan lebih jimat berbanding menggunakan konduit yang memerlukan banyak konduit untuk digunakan. 2. Sesalur boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta aksesori pemasangan.Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan juga pvk. 3. _Pemasangan sesalur logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar. Sistem Pendawaian Tersembunyi 1. Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau di alas siling bangunan atau rumah. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat kecuali bahagian hujung tamatan untuk sambungan ke aksesori seperti soket keluaran, mata lampu, kipas dan suis. 2. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas bersama perlindungan seperti konduit, kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan cantik 3. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti berikut, - Pendawaian dan pemasangan untuk bekalan satu fasa dan tiga fasa. - Bangunan diperbuat daripada batu-bata atau blok - Kekemasan bangunan atau rumah yang cantik tanpa melihatkan kabel-kabel pendawaian. - Pemasangan cara ini dapat melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal. Dulang Kabel ( Cable tray) Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong terlindung kabel elektrik yang digunakan untuk pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian.Mereka adalah sangat berguna datam situasi di mana perubahan kepada sistem pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh dipasang dengan meletakkan mereka dalam dulang, bukan menarik mereka melalui paip. NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :20 Drp/of _:32 Underground Cabling Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah: 1. Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya 2. P.V.C. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa. Satu contoh yang ditunjukkan dalam {Rajah 4.1 (co). 3. Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai. Tiadakeperluan khusus untuk kedalaman —pengkebumian diberikan dalam Peraturan-Peraturan, kecuali bahawa kedalaman harus menoukupi untuk mengelakkan sebarang gangguan tanah semunasabahnya mungkin bertaku semasa penggunaan biasa premis. Oleh itu, kabel untuk outbuildings dipasang di bawah jalan yang konkrit boleh pada 400 mm, manakala jika berjalan melalui ruang tanaman yang boleh tertakluk kepada menggandakan menggali akan menjadi kurang berkemungkinan untuk gangguan jika dikebumikan di 700 mm. Untuk padang kafilah, kabel perlu dipasang di luar kawasan padang, kecuali sesuai dilindungi, untuk mengelakkan kerosakan oleh pasak khemah atau sauh bumi. Kabel mesti dikenal pasti oleh pita sesuai atau penanda di atas kabel, supaya menggali sesiapa akan menjadi menyedari kehadiran kabel. Meliputi kabel juga boleh menawarkan kedua-dua pengenalpastian dan perlindungan seperti yang ditunjukkan dalam {Rajah 7,22}. la sering berguna untuk meletakkan penanda kabel pita kuning hanya di bawah paras tanah supaya ini akan didedahkan dengan menggali sebelum kabel dicapai. Lukisan berhati-hati juga perlu dibuat untuk menunjukkan lokasi sebenar kabel dikebumikan, lukisan itu akan membentuk sebahagian daripada manual pemasangan ‘ale couer so. lye ot hed st or eh ee sites teal Cid LIC Rajah 15: kabel bawah tanah HM AZZ fro stone NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be a ad 21 8.0 ASSESORI TAMBAHAN aa Soket Keluaran Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus yang tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.Kegunaannya adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah-alih disambung ke litar akhir dengan menggunakan palam yang sesuai. Contoh soket keluaran adalah seperti i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - SIS/O 13) i) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet ~ S/SIO 15A) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis) S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363, S/O Jenis 3 pin 5A BS ~ ~ j S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363, Rajah 16 : Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be ae 7 a 22 82 Suis Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan dipemasangan domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-beza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya. Diantaranya adalah seperti berikut i) Suis satu hala. Suis dua hala Suis perantaraan Rajah 16: Menunjukkan contoh suis NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page :23 Drp/of _:32 9.0 STANDARD AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK i. Energy Commission Act 2001 Akta 610 AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. ii, Electricity Supply Act 1990 (Act 447) AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN, PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK : ‘Akta ini diwartakan pada 1990 sebagai satu panduan kepada perlaksanaan dan sebagai peruntukan kepada mengawal selia industri pembekalan elektrik dari segi harga dan perlesenan kepada mana — mana pepasangan elektrik di samping kepada operasi loji_ yang mengunapakai bekalan elektik. Berikut disenaraikan Seksyen-Syeksen yang mana didalamnya terkandung maklumat serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta Bekalan Elektrik 1990 & Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor seksyen dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor seksyen tersebut cari dan baca secara terperinci huraian yang terkandung di dalam Seksyen tersebut Muka Surat/ Page :24 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 ili, Electrical Regulation 1994 PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 AKTA 447 PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KERJA-KERJA PEPASANGAN, PENGENDALIAN, DAN PENYELIAAN ELEKTRIK : PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan hendaklah, tertakluk kepada subperaturan (2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994. (2) Tertakluk kepada subperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996: (a) peraturan 13; (b) subperaturan 23(2), 23(3) dan 23(4); (c) perenggan 78(2)(c); (d) perenggan 78(3)(c}; (e) perenggan 78(4)(c); (f) perenggan 78(5\(c) (g) perenggan 81(c); (h) perenggan 85(c); (i) peraturan 88; dan ()) peraturan 57. Berikut disenaraikan Peraturan-Peraturan yang mana didalamnya terkandung maklumat serta panduan yang perlu diketahui dan dipatuhi dalam menjalankan kerja-kerja PEPASANGAN, PENGENDALIAN dan PENYELIAAN elektrik. Dengan merujuk kepada buku Akta & Peraturan Elektrik, baca perkara dan keterangan tajuk utama pada bahagian yang berkaitan dan lihat pada nombor Peraturan dibahagian sebelah kirinya. Berpandukan nombor tersebut cari dan baca secara terperinci apa yang terkandung di dalam Peraturan tersebut. iv. MS 1936:2006 / IEC 60364 Muka Surat/ Page :25 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 1. Definasi Perkembangan pesat yang ditimbulkan oleh cabaran globalisasi memberi kesan besar terhadap sistem perundangan industri di negara kita. Maka satu pai khusus telah dibentang diperingkat antarabangsa bagi mewujudkan paiwaian yang akan digunapakai di Malaysia agar perkembangan industri Elektrik dan Elektronik di Malaysia sama taraf dan sistem perundangan sejajar dengan peraturan-peraturan lain yang telah digunapakai diperingkat antarabangsa. 2. Tujuan Helaian ini memberi panduan yang lengkap kepada pelatih bagi memudahkan pelatih merujuk buku peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS IEC 60364 supaya pelatih dapat memilih peraturan yang betul berkaitan dengan kerja-kerja pepasangan,pengendalian dan penyelian elektrik. Bab Tajuk Berkaitan Mis z Sistem Bekalan 2 24 Spesifikasi Bekalan_ Elektrik 2 3 Pendawaian Elekirik 3 a4 Kehendak Perundangan 7 32 Merancang Kerja-kerja Pendawaian 7 33 Ciri-ciri Pepasangan Elektrik Pengguna 10 34 Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian 35 Lampu 18 Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian 7 36 Soket Alir Keluar 18 Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluan 13 Amp Sistem Kawalan dan perlindung Pendawaian Elektrik 19 a4 Pengasingan dan Pensuisan 9 42 Perlindungan 19 5 Pemilinan Kabel 2 NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be ae f a 26 a] Pemilinan Jenis Kabel Pendawalan 2 52 Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengan 2 Keupayaan Membawa Arus Kabel 53 Penggunaan Kadaran Luas Keralan Rentas | 23 54 Minimum Konduktor Pendawaian 23 Penggunaan Kadaran Luas Keratan Rentas Minimum Konduktor Perlindung Berbanding Dengan Luas Rentas Konduktor Fasa 55 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Bukan | 24 Boleh Lentur 5.6 Kabel Boleh Lentur 24 5.7 Fungsi Dan Pengenalan Warna Kabel Boleh 25 Lentur 58 Penebat Konduktor Dan Jenis 25 Pendawaian 6 “Aksesori Elektrik 26 61 Pemilihan Eksesori Pendawaian 26 % Pembumian Pendawaian Elektrik 29 7A Pembumian 29 7.2 | Pembahagian Pembumian 29 7.3. | Jenis Dan Fungsi Asesori Pembumian 30 74 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT 31 75 Sistem wn 7.6 _ | Bahagian-bahagian Yang Perlu Di Bumikan 32 7.7 | Bahagian-bahagian Yang Tidak Perlu Di 32 7.8 — | Bumikan 32 Penamatan Di Bumi Rintangan Elektrod Bum 8, __ | Pemeriksaan Dan Ujan Pendawaian Elektrik 3 at Kehendak Perundangan 33 82 Pengujian 33 Lampiran | Keperiuan Keselamatan 3 NO. KOD/ CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) be ae f a 2 Tampiran | Jadual Keupayaan Membaw Arus 2 Lampiran Il! Jadual Voltan Susut 50 Lampiran IV | Contoh Pengiraan Vollan Susut(Vd) 31 Lampiran V__ | Borang G(Perakuan Penyelian dan Penyiapan) 52 Tampiran VI | Borang Hi(Perakuan Ujiany 34 LampiranVIl ‘Simbol 56 Tampiranvill | Alamat —Alamat Pejabat Suruhanjaya 37 Arahan: Pelatin akan diberi buku Garis Panduan Pendawaian Elektrik diangunan Kediaman yang disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai panduan bagi memberi kemudahan untuk merujuk peraturan Electrical Installation of Building-Paiwaian MS IEC 60364. v. MS 1979: 2007(COP) Electrical Installation of Buildings - Code of Practice (COP) Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang terkandung di dalam panduan MS IEe 60364 tentang pemasangan elektrik pada bangunan. Dalam menyatakan keperiuan keselamatan kepada pengguna (tanpa makluman), standard ini menyebutkan dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pad a bangunan untuk rumah kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga membincangkan contoh tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik voltan rendah (LV) memberi kesan terhadap keselamatan Pengguna tanpa makluman; selagi bekalan elektrik awam LV adalah daripada sistem TT dan pemasangan tidak bercanggah dengan yang diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk profesional. Sembilan puluh satu kod amalan membentuk standard ini dengan setiap amalan mempunyai nombor rujukan tersendiri, Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umumnya mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS IEc 60364 berkenaan pemasangan elektrik pad a bangunan. Setiap daripada kod amalan adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan pengguna; seperti mana norma industri Malaysia dan bagi setiap peraturan. Muka Surat/ Page :28 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 vi. Based on latest instruction by regulatory body Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya DEFINASI AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1. (1) Akta ini bolehiah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta (2) Akta ini hendaklah terpakai seluruh Malaysia, walau bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta di mana-mana negeri. ALAT TAMBAH STANDARD Ros Siling BS 476 Pemegang Lampu BS 5042 Soket Alur Keluar BS 1363 Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362 Palam Derfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi |" 55 546 @ og 646 (a.u) Palam berfius atau tidak dan soket alur Keluar berpelindung 2 kutub dengan sentuhan bumi BS 196, Palam dan soket alur Keluar jenis yang terdapat di panggung BS 5550 wayang Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343 Penyambung dan pengganding kabel pean Sen teedena BS 196, BS 1778 & BS 4343 Muka Surat/ Page :29 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 10.0 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994 -JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Mempunyai limabelas (15) bahagian 4. Permulaan (preliminary); 2. Perlantikan pegawai (appointment of officers); 3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh); 4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendi (general duties of employers and self-employed persons 5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of designers, manufacturers and suppliers); 6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees); 7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations) 8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadi: berbahaya, keracunan pekerjaan & penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous occurrence, occupational poisoning and occupational diseases and inquiry); 9. Larangan terhadap penggunaan Ioji atau bahan (prohibition against use of plant or substance); 40. Tataamalan industri (industry codes of practice); 11, Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation); 12. Lial bagi kesalahan (liability for offences); 13. Rayuan (appeals); 14, Peraturan-peraturan (regulations); 15. Pelbagai (miscellaneous). Muka Surat/ Page :30 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 11. Keperluan kebenaran untuk memasuki tapak : Green card / Safety passport i. Apakah yang dimaksudkan dengan program kad hijau? Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ‘Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari, Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma. ii. Apakah Kad Hijau? Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran ili, Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Kad Hijau? 1. Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan 2. Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 3. Berumur tidak kurang dari 16 tahun iv. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kad Hijau? * Pemohon mestilah mengisi ‘Borang UPP1' dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web CIDB Malaysia. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat. + Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ‘Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Persone! Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghaditi Kursus ini v. Bagaimanakah cara untuk memperbaharui Kad Hijau? * Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB terdekat atau melalui pos. Pemohon periu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan gambar, salinan kad pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang diperlukan. Muka Surat/ Page :31 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 * Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa pemohon berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses terus hanya jika jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima + Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat melalui wang Pos/bank draffcek bank atas nama 'Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia’ CIDB akan menghantar kad baru melalui pos. vi. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Kad Hijau baru bagi menggantikan kad yang telah hitang? * Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad gantian dengan mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut: + Gambar berwamna terbaru berukuran gambar kad pengenalan + Salinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja + Bayaran denda RM 20.00 * Jika Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosedur untuk mendapatkan kad adalah ‘sama seperti prosedur membuat pembaharuan. Muka Surat/ Page :32 NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/10) Dip / of 32 SOALAN: 1. Terangkan keadah pemasangan sistem pendawaian salur? 2. Nyatakan 4 ciri-ciri pemilihan untuk membuat sistem pendawaian salur? 3. Terangkan jenis-jenis pendawaian tersembunyi yang anda tahu. 4. Terangkan kaedah yang patut dilakukan bagi pendawaian tersembunyi tanam kondiut. RUJUKAN/REFERENCES: 1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005.MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia. 2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia 3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd 4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers 5. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.

You might also like