You are on page 1of 19

Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Pendahuluan

Beberapa dekad sebelum tahun 1914, Eropah seolah-olah telah membina keamanan

yang agak stabil. Melalui rundingan kompleks geopolitik kuasa besar, Eropah dibahagi kepada

dua sistem perikatan: Triple Entente (kemudian Allied Powers atau Kuasa Bersekutu) yang

terdiri daripada Britain, Perancis, dan Rusia menyaingi Triple Alliance (kemudian Central

Powers atau Kuasa Pusat) yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary, dan Itali. 1

Keseimbangan ini membolehkan kuasa-kuasa Eropah mencabar antara satu sama lain dalam

aspek ekonomi, ketenteraan, dan empayar. Ketegangan politik di Eropah disertai dengan

perlumbaan senjata mencetuskan perang yang berskala besar. Pada 26 Jun 1914, di ibu negara

Bosnia, Sarajevo, seorang pengganas yang berusia sembilan belas tahun dalam persatuan rahsia

"Black Hand" menembak Archduke Franz Ferdinand (1863-1914), seorang ahli sukan berusia

lima puluh tahun dan pewaris takhta empayar Austria-Hungary serta isterinya.2 Pembunuhan

itu merupakan satu peluang bagi diplomat Austria untuk memberi tekanan kepada Serbia

setelah digalakkan oleh Jerman. Namun, Serbia tidak peduli langsung tekanan dari Austria-

Hungary itu. Dengan itu, Austria-Hungary mengisytiharkan perang ke atas Serbia dan

pengisytiharan itu menyebabkan Rusia mengagihkan tentera mereka kerana bersekutu dengan

Serbia. Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada akhir bulan Julai telah mengaktifkan sistem

pakatan pertahanan bersama Eropah pada awal bulan Ogos. Pada empat tahun seterusnya,

negara-negara Eropah berada dalam medan perang. Tiada seorang pun daripada para diplomat,

perisik, jeneral tentera, menteri kabinet Eropah atau mana-mana pakar menyangka perang

tersebut akan berlangsung dengan sekian lama.

1
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, W.W. Norton & Company,
2011, hlm. 800.
2
Margaret L. King, Western Civilization: A social and cultural history, N.J.: Prentice Hall, 2006, hlm. 747.

1
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Isi-Isi Penting

Perang Dunia Pertama yang berlangsung dari tahun 1914 hingga 1918 telah memberi banyak

kesan kepada negara Eropah selepas perang tersebut berakhir dengan Jerman yang mempunyai

masalah dengan revolusioner bersetuju melakukan gencatan senjata pada 11 November 1918

yang seterusnya membawa kemenangan bagi Kuasa Bersekutu. Antaranya:

A. Politik

Kejatuhan empayar lama dan kelahiran negara-negara baru

Peperangan ini terbukti membawa kehancuran kepada empayar Austria-Hungary,

Rusia, begitu juga kepada Jerman. Negara pertama yang gagal menghadapi tekanan perang

adalah tsar Rusia. Pada peringkat awal, perang berjaya menyatupadukan masyarakat Rusia

kerana mempunyai musuh yang sama. Namun, keadaan berubah apabila semua susun lapis

masyarakat Rusia berasa kecewa dengan Tsar Nicholas II yang tidak berkaliber untuk

memimpin tetapi tidak ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memerintah.3 Tekanan

politik dan sosial membawa dua revolusi pada tahun 1917. Revolusi pertama yang berlaku pada

bulan Februari telah menggulingkan tsar dan menubuhkan sebuah kerajaan peralihan dan yang

kedua, pada bulan Oktober, merupakan satu revolusi komunis yang menandakan kemunculan

Soviet Union. Selepas Nicholas II menurun takhta pada 2 Mac, Leon Trotsky, seorang sosialis

ternama yang pernah menganjur revolusi tahun 1905 telah kembali ke medan politik secara

tiba-tiba pada Februari 1917 dan menegaskan tuntutan beliau untuk menjadi kuasa politik yang

sah di Rusia. Masyarakat Soviet semakin kuat menekankan reformasi sosial, pengagihan

semula tanah, dan penyelesaian kawasan petempatan melalui rundingan dengan Jerman dan

Austria. Namun kerajaan sementara Trotsky itu enggan menerima tuntutan-tuntutan tersebut.

Kumpulan Bolshevik, satu cabang gerakan sosialis Rusia yang memainkan peranan yang kecil

3
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, hlm. 822.

2
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

dalam peristiwa Februari 1917 itu berjaya menggulingkan kerajaan sementara di bawah

kepimpinan seorang pemuda, iaitu Vladimir Ilyich Ulyanov, yang seterusnya mengguna pakai

nama samaran Lenin.4 Penting sekali di sini adalah kerajaan baru cuba menarik Rusia keluar

dari perang. Akhirnya, pada tahun 1918, satu perjanjian berasingan dengan Jerman telah

ditandatangani di Brest-Litovsk. Bolshevik menyerahkan wilayah Rusia yang luas termasuk

mengakui kemerdekaan Ukraine, Georgia, Finland, sebahagian Poland, negara-negara Baltik,

dan wilayah-wilayah lain kepada kuasa berpusat. Selain itu, Rusia juga bersetuju membayar

pampasan sebanyak 6 bilion Marks.

Seterusnya, “Majlis negara" yang mewakili kewarganegaraan Habsburg semakin

mendapat sokongan daripada Kuasa Bersekutu yang seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan

mereka pada bulan Oktober. Maharaja Austrain terakhir, Charles I, turun takhta pada 12

November, dan pada keesokan hari Austria mengisytiharkan mereka sebuah republik. 5

Keadaan yang sama berlaku di Hungary pada minggu berikutnya. Sebelum apa-apa

persidangan keamanan boleh dilakukan, negeri-negeri baru Czechoslovakia, Yugoslavia,

Rumania, sebuah republik Hungary dan republik kecil Austria telahpun wujud oleh tindakan

mereka sendiri.

Di Jerman, liberal, demokrat, dan sosialis akhir-akhir ini mula menekankan

keamanan dan pendemokrasian. Malah, Perintah Tinggi sendiri mengakibatkan kejatuhan

empayar itu. Pada tahun-tahun akhir perang, kuasa diktator dipegang oleh General Ludendorff

dan pada September 1918 beliau dan rakan tentera sekutunya menyedari bahawa misi Jerman
6
dalam perang tidak mendatangkan sebarang faedah. Pada bulan Oktober, pelbagai

pembaharuan telah diwujudkan. Sistem Bismarck telah berakhir dan Jerman menjadi raja

berperlembagaan liberal. Kemudian, ramai orang mula menganggap Kaiser merupakan

4
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, hlm. 826.
5
Robert Roswell Palmer, A History of the Modern World, New York: A.A. Knopf, 1965, hlm. 748.
6
Ibid.

3
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

penghalang kepada keamanan. Mereka juga merasakan bahawa Jerman akan mendapatkan

syarat yang lebih baik sebagai sebuah republik. Jerman mengisytiharkan sebuah republik

selepas William II turun takhta pada 9 November. Dua hari kemudian, perang berhenti dengan

Jerman menyerah kalah.

Di Turki pula, mereka menentang kuat apabila berhadapan dengan penjajahan oleh

pihak Berikat pada tahun 1918. Greece dan Negara-negara Bersekutu barat diusir keluar dari

Turki dengan bantuan Kesatuan Soviet. Pendudukan Konstantinople dan İzmir membawa

kepada penubuhan sebuah pergerakan kebangsaan Turki yang telah memenangi Perang

Kemerdekaan Turki (1919-1922) di bawah kepimpinan Mustafa Kemal (kemudian diberi nama

keluarga "Atatürk").7 Kesultanan dimansuhkan pada 1 November 1922, dan sultan terakhir,

Mehmed VI yang memerintah dari tahun 1918 hingga 1922, melarikan diri pada 17 November

1922. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923. Pada 1 November, parlimen

baru ditubuhkan secara rasmi dan seterusnya membubarkan Kesultanan. Hal ini bermaksud

623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah telah berakhir. Setelah berkuasa, pemimpin-

pemimpin Republik Turki baru cuba mewujudkan satu negara bangsa Turki. Akibatnya, kira-

kira 1.4 juta orang Greek terpaksa berpindah dari Turki ke Greece. Selain itu, terdapat juga

anggaran sebanyak 400,000 orang Turki yang tinggal di Greece terpaksa berpindah ke Turki.

Amerika Syarikat sebagai Kuasa Besar Dunia

Boleh dikatakan dengan yakin bahawa Amerika Syarikat muncul daripada Perang

Dunia I sebagai kuasa besar dunia. Oleh kerana campur tangan Amerika Syarikat dan

kepimpinan diplomatik Presiden Woodrow Wilson, Amerika kini telah menjadi 'penyelamat

Eropah’ kerana penglibatannya telah membantu Kuasa Bersekutu memenangi Perang Dunia

Pertama dan sejurus menamatkan perang yang telah berlangsung selama empat tahun.

7
Hakan Ozoglu, From Caliphate to Secular State: Power Struggle in the Early Turkish, California: Praeger,
2011, hlm. 8.

4
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Walaupun hanya terlibat dalam perang pada tahun 1917 disebabkan strategi perang kapal selam

U-bot tanpa had Jerman dan kebongkaran rahsia Telegram Zimmermann, tetapi Amerika

Syarikat muncul jauh lebih kuat daripada kebanyakan negara-negara lain kerana tidak

mengalami sama ada pertumpahan darah atau usaha industri yang sia-sia daripada negara-

negara utama Eropah.

Persidangan Paris

Pada 8 Januari 1918, Presiden Wilson menetapkan Fourteen Points yang beliau

merasakan sebagai asas untuk keamanan masa depan. Dasar-dasar Empat belas merupakan satu

campuran prinsip-prinsip umum dan cadangan tertentu yang dianggap penting yang akan

digunakan sebagai asas perbincangan syarat-syarat keamanan dengan Jerman. 8 Fourteen

Points mengandungi tiga prinsip asas. Pertama, perang boleh serta mesti dielakkan dengan

negara anggota mematuhi garis panduan tertentu. 9 Kedua, status negara perlu diukur

berdasarkan etnik penentuan sendiri. Jika satu komuniti menganggap diri mereka bersatu,

kehidupan bersatu yang "berdasarkan garisan sejarah dari aspek kesetiaan dan

kewarganegaraan" terjamin. Ketiga, sebuah badan antarabangsa perlu diwujudkan iaitu Liga

Bangsa untuk membincang konflik antara negara sebelum perang meletus. Wilson juga

menyokong perdagangan bebas dan kebebasan perairan laut, pengurangan kuasa ketenteraan

ke titik selaras dengan keselamatan dalam negeri, pemulihan sempadan yang adil dan

perlindungan negara berkecuali.

Pada 12 Januari 1919, Persidangan Keamanan ditubuh dengan 'The Council of Ten'

yang terdiri daripada dua orang wakil setiap lima Kuasa-Kuasa Besar (British, Perancis, Itali,

Amerika Syarikat dan Jepun).10 Perkara seperti kawasan penempatan dan perlucutan senjata

8
James Joll, Europe since 1870: an international history, London: Weidenfeld and Nicolson, 1973, hlm. 234.
9
Margaret L. King, Western Civilization: A social and cultural history, hlm. 763.
10
W. M. Jordan, Great Britain, France, and the German problem, 1918-1939: a study of Anglo-French
relations in the making and maintenance of the Versailles settlement, London: F. Cass, 1971, hlm. 31.

5
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Jerman, tuntutan penjajah, dan tuntutan wilayah negara-negara Eropah timur serta masalah

pampasan turut dibincangkan dalam persidangan. Keputusan muktamad tetap dibuat oleh Big

Four: Wilson, Lloyd George, Clemenceau, dan Orlando yang merupakan Presiden Amerika

Syarikat dan perdana menteri British, Perancis dan Itali. 11 Persidangan Keamanan Paris

seterusnya dirasmikan pada 18 Januari 1919 dan persidangan mencapai titik puncak dengan

majlis tandatangan perjanjian damai dengan Jerman di Hall of Mirrors, Versailles pada 28 Jun,

1919.

Perjanjian-perjanjian keamanan

Tujuan utama Persidangan Keamanan Paris adalah menyelesaikan perjanjian dengan

pihak musuh iaitu Turkey, Bulgaria, Austria-Hungary dan Jerman. Nama perjanjian berbunyi

elegan dan bersejarah kerana perjanjian tersebut ditandatangani di pelbagai istana di pinggir

bandar Paris.12 Perjanjian-perjanjian ini menguruskan dua isu utama iaitu politik dan ekonomi.

Sempadan baru dilukis berdasarkan prinsip national self-determination yang bermaksud

penubuhan sebuah negara oleh sekumpulan orang yang melihat diri mereka berlainan dengan

negara lain contohnya menggunakan satu bahasa yang sama. Penggubal perjanjian tidak lama

lagi menyedari bahawa prinsip ini terbukti lebih kompleks dan sukar daripada yang

dijangkakan. Isu ekonomi pula ialah soal pampasan. Sejumlah wang telah ditetapkan sebagai

pampasan bagi kerosakan dan kerugian yang dilakukan semasa perang. Perjanjian Sevres (1920)

mengakhirkan perang dengan Turki. Perjanjian Neuilly (1919) yang mewujudkan keamanan

dengan Bulgaria. Keadaan akibat kehancuran empayar Habsburg diselesaikan melalui

Perjanjian St. Germain (1919) dengan Austria dan Perjanjian Trianon (1920) dengan Hungary.

11
W. M. Jordan, Great Britain, France, and the German problem, 1918-1939: a study of Anglo-French
relations in the making and maintenance of the Versailles settlement, hlm. 171.
12
Ibid., hlm. 172.

6
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Perjanjian paling penting adalah Perjanjian Versailles (1919) yang menamatkan perang dengan

Jerman.

Kuasa Jerman terjejas akibat perjanjian. Jerman perlu memulangkan Alsace-Lorraine

kepada Perancis da akibat perubahan sempadan dengan Belgium dan Denmark; penduduk

tentera Kuasa Bersekutu di Rhineland, eksploitasi ekonomi oleh Perancis di Saarland. Jerman

juga kehilangan empayar takluknya yang luas kepada Britain, negeri-negeri pemerintahan

sendiri, dan Perancis. Di Timur Jauh, Jepun telah mewarisi gugusan pulau di sebelah Utara

Khatulistiwa yang dahulunya kepunyaan Jerman.13 Bukan sahaja itu, Jerman juga mengalami

pengurangan kuasa ketenteraan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Kekuatan tentera

Jerman ditetapkan pada 100,000 orang sahaja. Selain itu, senjata dan peluru dihadkan dari segi

kualiti dan kuantiti. Penggunaan atau pemilikan senjata moden tertentu yang lebih berbahaya

seperti kereta kebal, kereta perisai, gas beracun dilarang sekeras-kerasnya. Jerman juga wajib

mewujudkan zon bebas ketenteraan (demilitarized zone). Tentera laut Jerman dihadkan kepada

enam kapal perang, enam light-cruisers, dua belas pemusnah, dan dua belas kapal torpedo.

Kapal perang lain perlu diserahkan kepada Kuasa Bersekutu. 14 Kapal selam dilarang sama

sekali di Jerman. Pemansuhan tentera udara Jerman juga diterterakan dalam perjanjian. Satu

masa ditetapkan di mana Jerman perlu mengurangkan serta melemahkan angkatan tentera ke

tahap yang ditetapkan dan satu komisen Inter-Allied Commissions of Control akan menyelia

proses pengurangan itu. Proses pengurangan tersebut mengambil masa sehingga musim bunga

tahun 1922.

13
Paul Kennedy; penterjemah Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa dan Abdul Razak Ator, Kebangkitan dan
Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 371.
14
W. M. Jordan, Great Britain, France, and the German problem, 1918-1939: a study of Anglo-French
relations in the making and maintenance of the Versailles settlement, hlm. 135.

7
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Liga Bangsa

Idea Liga Bangsa (League of Nations) bukan diasalkan oleh Wilson, malah idea tersebut

adalah satu pandangan Anglo-Saxon yang digubal oleh Lord Phillimore dan General Smuts.

Wilson mengambil draf Phillimore-Smuts itu dan meletakkannya sebagai usul pertama dalam

perbincangan mereka.15 Beliau seterusnya menggunakan kuasanya untuk mempengerusikan

suruhanjaya itu yang merangka perjanjian Liga Bangsa itu. Liga bangsa akan berfungsi sebagai

sebuah kerajaan dunia. Liga Bangsa tiada sebarang makna jika mewujudkan sebuah super-state

untuk mengatasi kerajaan negara lain.16 Semua negara dalam Liga ini akan diberi pertimbangan

serta keadilan yang sama rata. Selain itu, Liga Bangsa juga dilindungi daripada pencerobohan

prerogatif domestik dengan syarat apa-apa keputusan liga seharusnya menerima sebulat suara.

Dewan perwakilan dari semua negara anggota akan bermesyuarat setahun sekali selama

sebulan di Geneva Untuk melaksanakan urusan-urusan antarabangsa. Satu majlis lagi yang

mengandungi sembilan wakil akan bermesyuarat lebih kerap. Keputusan-keputusan dewan dan

majlis berkenaan disusun dan seterusnya dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam antarabangsa

atau Sekretariat. Badan-badan lain juga ditubuh seperti pejabat buruh antarabangsa untuk

memperbaiki keadaan buruh di seluruh dunia dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.

Setiap negara anggota perlu menyampaikan masalah mereka kepada Liga Bangsa sebelum

bertindak dengan agresif. Liga ini sememangnya tidak mengecualikan kemungkinan perang

akan berlaku tetapi telah menyediakan tribunal sebelum negara anggota Tribunal akan

disediakan untuk ahli-ahli supaya boleh menjelaskan perselisihan mereka sebelum mereka

bertindak secara melulu. Seterusnya, liga juga cuba untuk mendorong negara anggotanya untuk

mengurangkan kuasa ketenteraan seperti yang telah dipersetujui. Tiada negara sepatutnya

mempunyai kuasa ketenteraan berlebihan yang hanya akan digunakan untuk pertahanan negara.

15
Herbert Albert Laurens Fisher, A History of Europe: From the beginning of the 18th century to 1937, Boston:
Houghton Mifflin, 1936, hlm. 1161.
16
Ibid., hlm. 1172.

8
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Suatu idea yang diperjuangkan oleh liga adalah memupuk semangat kerjasama antarabangsa

dalam semua peringkat. Negara anggota bukan sahaja perlu belajar bekerjasama melalui liga

dalam soal-soal kemanusiaan tetapi dalam hal-hal kepentingan bersama seperti perlindungan

taraf hidup dalam kalangan pekerja serta kempen menentang penyeludupan wanita dan kanak-

kanak.

Walau bagaimanapun, harapan menubuhkan sebuah liga bangsa yang kuat terus lenyap.

Pada musim luruh tahun 1920, hanya 44 negeri menghantar wakil ke perhimpunan pertama

liga di Geneva. Rusia menjauhi diri daripada liga tersebut dan Jerman, Turki, dan bekas negara-

negara musuh masih dianggap tidak sesuai untuk menyertai liga.17 Tamparan paling berat ialah

Amerika Syarikat tidak menyertai liga kerana senat telah menolok usul Presiden Wilson itu.

Rakyat Amerika merisau liga akan menjejaskan kedaulatan Amerika dan percaya bahawa

Amerika Syarikat harus kembali ke dasar pemencilan. Kesan paling mendalam ketiadaan

Amerika dalam liga ialah perselisihan faham antara British dan Perancis semakin besar kerana

satu lagi negara yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang sama untuk menjadi pengantara

di antara mereka dan menyeimbangkan pandangan mereka.18 Kedua-dua negara mempunyai

pandangan yang berbeza tentang fungsi liga. British berpendapat tujuan sebenar Liga adalah

untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan liga harus mengelak daripada tugas-tugas

yang melebihi kuasanya.19 Berbeza dengan British, geografi Perancis yang tidak dilindungi

oleh laut jika dicerobohi dan pengalaman pahit tentera Jerman bermarkas di tanah mereka dua

kali dalam tempoh lima puluh tahun. Oleh itu, Perancis berpendapat langkah-langkah segera

perlu diambil untuk menguatkan liga supaya negara anggota tidak mudah melakukan sebarang

pencerobohan. Perbezaan pendapat antara kedua-dua kuasa besar ini menyebabkan liga bangsa

17
Herbert Albert Laurens Fisher, A History of Europe: From the beginning of the 18th century to 1937, hlm.
1175.
18
Gordon Alexander Craig, Europe since 1815, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1966, hlm. 544.
19
Ibid., hlm. 545.

9
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

tidak mempunyai satu matlamat yang jelas. Keamanan secara kolektif yang diperjuangkan di

bawah payung liga bangsa juga dianggap tidak berjaya. Meskipun dapat menyelesaikan

persengketaan-persengketaan kecil seperti konflik German dan Poland mengenai Silesia Hulu

di mana hak wilayah Silesia Hulu diserahkan kepada Poland, namun Liga Bangsa tidak mampu

mencegah taklukan satu negara ke atas negara lain. Misalnya, pendudukan Italia atas

Abbessynia (1935) dan penyerbuan Jerman atas Polandia (1939).

B. Ekonomi

Negara yang mengalami perkembangan ekonomi negatif

Kesan Perang Dunia Pertama terhadap benua Eropah jelas sekali boleh dilihat dalam

aspek ekonomi. Ratusan ribu rumah musnah, ladang-ladang terbakar, jalan raya, jalan kereta

api dan telegraf diletupkan yang memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memulihkan

kemudahan-kemudahan tersebut. Pengeluaran perkilangan dunia menjunam jatuh dan pada

tahun 1920, pengeluaran tersebut masih 7% kurang daripada tahun 1913. Pengeluaran hasil

pertanian dianggar 1/3 di bawah daripada paras pengeluaran biasa dan jumlah eksport hanya

lebih kurang setengah daripada yang dicapai semasa sebelum perang.20 Ekonomi Eropah pada

keseluruhannya telah terbantut lebih kurang 8 tahun. Pada tahun 1920, output perindustrian

Rusia mencatatkan angka yang paling rendah, hanya 13% iaitu menyamai angka yang

dicatatkan pada tahun 1913. Pengeluaran perindustrian Jerman, Perancis, Belgium, dan

sebahagian besar daripada timur Eropah adalah 30% lebih rendah daripada sebelum tercetusnya

konflik. Mengikut satu perkiraan, hutang negara-negara yang terlibat dalam perang adalah

sejumlah $260 bilion, lebih kurang enam setengah kali ganda daripada jumlah semua hutang

negara yang terkumpul di seluruh dunia mulai daripada penghujung kurun kelapan belas hingga

20
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan
dari tahun 1500 ke 2000, hlm. 374.

10
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

menjelang meletusnya Perang Dunia Pertama.21 Keadaan juga sangat memberangsangkan di

tengah dan timur Eropah. Negara-negara baru yang lemah bergelut dengan sempadan-

sempadan baru, pasaran yang tidak tersusun, dan juga perhubungan yang terganggu. Selain itu,

kecuaian dalam pelaksanaan dasar kewangan dan fiskal menyebabkan inflasi terus meningkat

dengan mengakibatkan bencana besar di tengah dan timur Eropah.

Usaha membiayai kos perang yang tinggi juga adalah satu cabaran yang besar. Sebelum

tahun 1914, perbelanjaan ketenteraan hanya menyumbang 3% hingga 5% daripada

perbelanjaan kerajaan di negara-negara yang terlibat. Kadar tersebut meningkat hampir separuh

daripada bajet setiap negara semasa perang. Kerajaan terpaksa meminjam wang atau mencetak

lebih wang kertas. Keadaan ekonomi jauh lebih teruk di Jerman, yang menghadapi sekatan

wang dan barang-barang semasa perang berlangsung. Demi mengatasi kekangan ini, Jerman

meningkatkan bekalan wang untuk membiayai misi peperangan mereka. Jumlah wang kertas

dalam edaran meningkat lebih daripada 1,000% semasa perang dan menyebabkan kadar inflasi

melambung tinggi.22 Harga barang di Jerman meningkat kira-kira 400%. Orang-orang kelas

pertengahan yang menyara hidup dengan pencen atau pendapatan yang tetap terjunam dalam

paras kemiskinan ekoran kenaikan harga barang yang dianggar mencecah 400%. Tambahan

pula, Rancangan Hindenburg yang melipat gandakan pengeluaran senjata dan bahan-bahan

letupan menyebabkan sektor-sektor lain terutama sektor pertanian diabaikan. 23 Sementara

pengeluaran pertanian jatuh secara mendadak, harga makanan meningkat dengan cepat dan

orang ramai mengalami kekurangan makanan. Menurut penilaian seorang sarjana, A. Skalweit,

para pengurus ketenteraan ekonomi Jerman yang hanya berfokus kepada pengeluaran peralatan

perang telah mengheret negara ke ambang kebuluran menjelang akhir tahun 1918.

21
Derek Howard Aldcroft, The European Economy 1914-1970, London: Routledge, 1977, hlm. 19.
22
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, hlm. 819.
23
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan
dari tahun 1500 ke 2000, hlm. 362.

11
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Negara mengalami perkembangan ekonomi positif

Walau terdapat negara yang mengalami kerugian yang teruk sekali, memang terdapat

negara yang terselamat daripada krisis ekonomi akibat Perang Dunia Pertama. Dalam konflik

penganut sistem merkantalisme yang lama, kerugian yang dialami oleh sesebuah negara itu

selalunya menguntungkan negara lain; dengan syarat negara kedua itu mengelakkan diri dari

menanggung kos peperangan atau sekurang-kurangnya terselamat dari kemusnahan

peperangan. Negara yang mendapatkan keuntungan tersebut ialah Amerika Syarikat. Mengikut

satu pengiraan yang dilakukan, pertumbuhan Amerika akan mengatasi Eropah dari segi jumlah

hasil pengeluaran dalam tahun 1925. Perang Dunia Pertama telah mempercepatkan proses itu

enam tahun awal iaitu tahun 1919.24 Selain itu, pusat pasaran wang dunia mula bergerak dari

London ke New York disebabkan Kuasa Bersekutu banyak menghutang kepada Amerika

Syarikat.

Masalah hutang dan pampasan

Kebayakan negara bergantung pada pinjaman wang dengan harapan negara yang kalah

akan membayar segala perbelanjaan. Hutang-hutang awam yang tidak dilindungi oleh emas

telah meningkat dengan banyaknya; wang kertas yang mencurah keluar daripada

perbendaharaan negara telah menyebabkan harga barang melambung tinggi. Satu masalah

besar ialah masalah pinjaman antara negara-negara Kuasa Bersekutu dan tuntutan negara-

negara yang menang (terutama sekali Perancis) untuk mendapat pampasan yang besar daripada

Jerman.25 Semua negara Eropah yang bersekutu telah berhutang kepada Britain dan sedikit

kepada Perancis manakala British dan Perancis pula terhutang kepada Amerika Syarikat.

Hutang kesemua kuasa Bersekutu Eropah kepada Amerika Syarikat lebih daripada $ 70 bilion.

24
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan
dari tahun 1500 ke 2000, hlm. 376.
25
Ibid., hlm. 377.

12
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Di samping itu lebih banyak pinjaman telah dibuat selepas perang telah tamat. Jumlah hutang

negara-negara Bersekutu yang dibiayai oleh AS sehingga tahun 1922 mencecah

$ 116.000.000.000.26 Sementara Amerika Syarikat mendesak pinjaman dibayar balik, Perancis,

Itali dan negara lain enggan membayar hutang selagi negara-negara ini belum menerima

pampasan daripada Jerman.

Persoalan berapa nilai pampasan Jerman perlu bayar menjadi satu isu yang rumit dan

kontroversi. Hampir semua orang bersetuju bahawa Jerman perlu membayar ganti rugi atas

kerosakan yang dilakukan di Belgium dan Perancis, Sebahagian orang Jerman termasuk

Walther Rathenau dan beberapa Demokrat Sosial telah sedia menerima hakikat itu.

Masalahnya ialah berapa banyak mereka perlu memberi dan persoalan diberikan satu dimensi

baru dengan pengenalan 'war guilt clause' dalam perjanjian Versailles sebagai asas undang-
27
undang untuk permintaan ganti rugi. Klausa Ini memaksa Jerman untuk memikul

tanggungjawab bahawa mereka yang memulakan perang, serta mengakui bahawa pampasan

yang dibayar sebagai ‘balasan’ untuk membetulkan kerosakan yang dilakukan oleh mereka.

Ramai membantah klausa tersebut dan memanggil Perjanjian Versailles sebagai 'diktat'.28 Hal

ini kerana keamanan telah ditentukan secara ‘paksa’ ke atas Jerman, berbeza dengan prinsip-

prinsip yang perlu diikuti dalam Dasar empat belas. Persidangan keamanan masih gagal

menyelesaikan angka sebenar yang perlu dibayar supaya dapat memenuhi permintaan Kuasa

Bersekutu dan pampasan tersebut berada dalam kapasiti Jerman. Atas sebab ini, perbincangan

diterusnya dan akhir sekali pada tahun 1921, ia telah ditentukan namun jumlah pampasan yang

perlu dibayar agak tidak munasabah dengan harapan Jerman boleh membayar semua ganti rugi

yang dikenakan. Menjelang akhir tahun 1922, Jerman mengisytiharkan ketidakmampuan

26
Felix Gilbert, The End of the European era, 1890 to the Present, New York: W.W. Norton, 1979, hlm. 161.
27
James Joll, Europe since 1870: An international history, hlm. 277.
28
Ibid.

13
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

mereka untuk membayar ansuran tahunan itu dan mengisytiharkan moratorium. Masalah dapat

diredakan melalui Rancangan Dawes tahun 1924.

C. Sosial

Kehilangan nyawa

Lebih daripada 16 juta orang, sama ada tentera atau orang awam, telah terkorban dalam

perang tersebut. Generasi muda yang berpotensi menjadi penulis, artis, guru, pencipta dan

pemimpin terbunuh dalam 'peperangan untuk mengakhiri semua peperangan.' Selepas perang

telah tamat di Perancis pada tahun 1919, terdapat nisbah 15 wanita bagi setiap lelaki.29 ‘Defisit

kelahiran’ masa perang juga terlalu tinggi kerana terlalu ramai lelaki yang berada di medan

perang dan oleh itu jumlah penduduk tidak dapat diganti dengan kadar kelahiran biasa sewaktu

sebelum perang. Sungguhpun peperangan yang besar telah mulai reda, pertempuran dan

pembunuhan besar-besaran berlaku semasa tercetusnya konflik sempadan lepas perang. Di

timur Eropah, Armenia dan Poland dan negeri-negeri lain tidak terlepas daripada wabak deman

selsema yang ditakuti dalam tahun 1918-1919, yang telah meragut berjuta-juta nyawa lagi.30

Oleh itu, jumlah akhir senarai mangsa bagi masa yang berlanjutan ini mungkin sebanyak 60

juta manusia dan separuh daripada kehilangan tersebut berlaku di Rusia.

Pertempuran paling berdarah dalam perang dunia pertama berlaku antara tahun 1916-

1917, Jerman dan kemudian British dan Perancis melancarkan serangan besar-besaran dalam

percubaan untuk menamatkan kebuntuan. Kawasan yang boleh dipegang memang terhad

namun beribu-ribu tentera telah terkorban dalam pertempuran. Kadar kematian turut meningkat

dengan strategi ketenteraan yang tidak bersistematik iaitu askar yang berseragam kain dipaksa

29
Joshua Cameron, “The Impact of the First World War and Its Implications for Europe Today,” Heinrich Böll
Stiftung, 2014, hlm. 3. Dipetik dari
https://eu.boell.org/sites/default/files/uploads/2014/06/the_impact_of_the_first_world_war_and_implications_fo
r_europe_today.pdf.
30
Paul Kennedy, Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik ketenteraan
dari tahun 1500 ke 2000, hlm. 374.

14
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

berhadapan dengan mesingan.31 21 ribu orang tentera British telah dibunuh pada hari pertama

pertempuran di Somme. 30 ribu lagi dicederakan. Dari awal pertempuran Somme pada 24 Jun

1916 sehingga pertengahan November, kehilangan nyawa dalam skala besar ke atas kedua-dua

pihak: 500,000 Jerman, 400,000 British, dan 200,000 Perancis. Segala pengorbanan

sebenarnya tidak membawa apa-apa kemajuan dalam perang. Menurut seorang veteran,

“Neither side had won, nor could win, the War. The War had won, and would go on winning.”32

Lost Generation

Satu susun lapis masyarakat telah wujud akibat Perang Dunia Pertama iaitu The Lost

Generation.33 Generasi ini merupakan golongan veteran yang menghadapi kesusahan dalam

menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat awam. Kadang-kala sikap ini adalah hasil

daripada mereka yang berperang dengan harapan mereka telah mewujudkan dunia yang lebih

baik. Walau bagaimanapun, selepas kembali ke kampung halaman, mereka mendapati orang

lain tidak berkongsi impian mereka itu. Maka, perasaan benci terhadap masyarakat dilahirkan

dalam kalangan mereka dan mereka rindu sangat rasa setia kawan dan pengorbanan bersama

dalam medan peperangan. 21 ribu orang tentera British telah dibunuh pada hari pertama

pertempuran di Somme. 30 ribu lagi dicederakan. Maka, dari awal pertempuran Somme pada

24 Jun 1916 sehingga pertengahan November, kehilangan nyawa dalam skala besar ke atas

kedua-dua pihak: 500,000 Jerman, 400,000 British, dan 200,000 Perancis. Segala pengorbanan

sebenarnya tidak membawa apa-apa kemajuan dalam perang. Menurut seorang veteran,

“Neither side had won, nor could win, the War. The War had won, and would go on winning.”34

31
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their History & Their Culture, hlm. 811.
32
Ibid., hlm. 812.
33
Gordon Alexander Craig, Europe since 1815, hlm. 524.
34
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their History & Their Culture, hlm. 812.

15
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Kedudukan wanita

Sementara lelaki-lelaki Eropah meninggalkan ladang dan kilang-kilang untuk menjadi

askar, komposisi tenaga kerja berubah. Beribu-ribu wanita telah direkrut ke dalam bidang-

bidang yang sebelum ini mengecualikan mereka. Wartawan, novelis, dan pemerhati lain

berkata wanita kini merokok, enggan memakai korset yang menunjukkan bentuk hourglass,

atau memotong rambut mereka kepada gaya bob. 35 "Wanita baru" adalah satu simbol

transformasi budaya yang mendalam dan majoriti lelaki sebenarnya sangat membimbangkan

simbol tersebut. Apabila perang sudah tamat, kerajaan dan majikan bergegas memecat wanita-

wanita yang bekerja. Hal ini kerana pekerjaan perlu diberi kepada veteran dan terdapat juga

pekerja lelaki yang mengadu wanita telah “memotong” gaji mereka.

Usaha untuk mengurangkan bilangan wanita dalam bidang pekerjaan menghadapi

beberapa halangan seperti kaum wanita enggan meletakkan jawatan. Oleh itu, kerajaan

meluluskan dasar "natalis" demi menggalakkan wanita pulang ke rumah, berkahwin dan paling

penting sekali, beranak. Pelbagai faedah telah diberi kepada kaum wanita seperti cuti bersalin,

rawatan perubatan, dan beberapa elaun khas untuk golongan miskin. Wanita turut diberi hak

untuk mengundi. Hal ini pernah menjadi salah satu isu yang kontroversi dalam politik Eropah

sebelum perang. British adalah antara negara pertama dengan penggubalan Representation of

the People Act pada tahun 1918.36 Dalam akta tersebut, semua lelaki dan wanita yang melebihi

umur 30 tahun diberi hak untuk mengundi. Hal ini seterusnya diikuti oleh Republik baru

Jerman dan Kesatuan Soviet. Perancis lebih perlahan dalam memberi wanita hak untuk

mengundi (1945) tetapi tetap menyediakan ganjaran dan insentif kepada wanita-wanita yang

memberi sumbangan kepada negara.

35
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, hlm. 818.
36
Ibid.

16
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Teknologi

Perang Dunia Pertama jelas sekali telah memajukan teknologi terutama dalam bidang

peperangan dan perubatan. Sifat peperangan pada masa dahulu lebih mementingkan bilangan

tentera telah berubah. Teknologi menjadi elemen penting dalam teknik peperangan dengan

kapal terbang, kapal selam, kereta kebal dan lain-lain memainkan peranan penting dalam

perang yang akan datang. 37 Selain itu, teknik pengeluaran secara pukal yang dibangunkan

semasa perang untuk pengeluaran persenjataan telah merevolusikan industri lain pada tahun-

tahun selepas perang. Seterusnya, pembedahan moden juga diasaskan semasa Perang Dunia

Pertama di mana hospital awam dan tentera bertindak sebagai tempat untuk melakukan

eksperimen perubatan baru. Berjuta-juta veteran terselamat daripada pembedahan yang

dilakukan namun telah meninggalkan kesan negatif seperti tubuh badan mengalami kecacatan.

Bank darah telah dibangunkan selepas penemuan pada tahun 1914 bahawa darah yang boleh
38
dihalang daripada proses pembekuan. Penemuan ini telah mengatasi masalah mati

pendarahan. Doktor juga mula mengkaji kesan-kesan perang dari segi emosi selain daripada

kesan fizikal.

Penutup

Kesimpulannya, negara-negara Eropah terpaksa berhadapan dengan kesan-kesan buruk

dan mengambil iktibar daripada Perang Dunia Pertama ini. Gabungan mentaliti kuno dan

teknologi yang lebih canggih mengorbankan berjuta-juta tentera dan rakyat jelata dalam medan

pertempuran.39 Perang ini juga memusnahkan banyak institusi dan andaian pada abad lalu, iaitu

dari segi sistem pemerintahan sehingga kepada penguasaan ekonomi Eropah. Akibatnya ramai

telah kecewa dan hampa terhadap perang sama ada daripada negara yang menang atau negara

37
Joshua Cameron, The Impact of the First World War and Its Implications for Europe Today, hlm. 3.
38
Ibid., hlm. 4.
39
Carol Symes dan Joshua Cole, Western Civilizations: Their history & their culture, hlm. 800.

17
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

yang kalah dalam perang itu. Meskipun beberapa isu seperti kedudukan wanita telah

dititikberatkan serta ditingkatkan, peperangan itu membuktikan bahawa cara kekerasan bukan

satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Percanggahan yang telah disemai dalam

pertempuran telah diperhebatkan sehingga mencetuskan perang yang berskala lebih besar

daripada sebelumnya. Eropah menghadapi lebih banyak masalah selepas Perang Dunia

Pertama dan keamanan serantau jelas gagal memperbaiki keadaan itu.

Gambar 1: Eropah sebelum dan selepas Perang Dunia Pertama

Sumber: Pinterest

18
Carlson Chew Yee Herng AEE140006

Sumber Rujukan

1. Aldcroft, Derek Howard, The European Economy 1914-1970, London: Routledge, 1977

2. Cameron, Joshua, “The Impact of the First World War and Its Implications for Europe Today,”

Heinrich Böll Stiftung, 2014, hlm. 3.

3. Craig, Gordon Alexander, Europe since 1815, New York: Holt, Rinehart and Winston, 1966.

4. Fisher, H.A.L., A History of Europe: From the beginning of the 18th century to 1937, Boston:

Houghton Mifflin, 1936.

5. Gilbert, Felix, The End of the European era, 1890 to the Present, New York: W.W. Norton,

1979.

6. Joll, James, Europe since 1870: an international history, London: Weidenfeld and Nicolson,

1973.

7. Kennedy, Paul, penterjemah Mohd. Nor Long, Mohamed Diah Isa dan Abdul Razak Ator,

Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-kuasa Besar: Perusahaan ekonomi dan konflik

ketenteraan dari tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

8. King, Margaret L., Western Civilization: A social and cultural history, N.J.: Prentice Hall, 2006.

9. Ozoglu, Hakan, From Caliphate to Secular State: Power Struggle in the Early Turkish,

California: Praeger, 2011.

10. Palmer, Robert Roswell., A History of the Modern World, New York: A.A. Knopf, 1965.

11. Symes, Carol dan Cole, Joshua, Western Civilizations: Their history & their culture, W.W.

Norton & Company, 2011.

12. W. M. Jordan, Great Britain, France, and the German problem, 1918-1939: a study of Anglo-

French relations in the making and maintenance of the Versailles settlement, London: F.

Cass, 1971.

19

You might also like