You are on page 1of 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT ‘Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Telefon : 03-8000 8000 62604 PUTRAJAYA Portal : www.moe.gov.my No. Ruj. : KPM.300-2/6/1 JLD 3( ) Tarikh G Mei 2021 SENARAI! EDARAN YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, KEBENARAN PELUPUSAN PERALATAN ICT UNTUK KEGUNAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) YANG ROSAK DAN TIDAK EKONOMI UNTUK DIBAIKI Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Seperti yang YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan — sedia maklum, BPM telah mengeluarkan surat siaran mengenai Larangan Melupuskan Peralatan ICT Yang Masih Diperlukan Bagi Kegunaan PdP No.Ruj: KPM.100-7/5/1 Jid4 (62) bertarikh 18 Mac 2019. Larangan tersebut dilaksanakan bagi membolehkan penggantian peralatan makmal komputer yang rosak, usang dan tidak ekonomi untuk dibaiki dilaksanakan melalui kaedah penyelenggaraan iaitu Penggantian Melalui Perjanjian. 3 Proses penggantian peralatan makmal komputer yang rosak, usang dan tidak ekonomi untuk dibaiki telah dilaksanakan melalui Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah dan Kolej Vokasional di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019-2021. Memandangkan proses penggantian peralatan makmal komputer melalui kaedah tersebut telah selesai dilaksanakan pada tahun 2020 maka larangan melupuskan peralatan ICT bagi kegunaan PdP adalah terbatal. 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dibenarkan untuk membuat pelupusan bagi peralatan ICT makmal komputer yang rosak, usang dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Adalah diingatkan supaya pelaksanaan pelupusan peralatan ICT haruslah mematuhi tatacara pelupusan yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.7: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pelupusan. 5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan di dalam perkara ini amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (Ts. AZLINA AZMAN) Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia SENARAI EDARAN 41. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jalan Tun Abdul Razak, Kangar 01990 PERLIS Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium Alor Setar 05604 KEDAH Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 PULAU PINANG Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh 30640 PERAK Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Jalan Jambu Bol4/3E Seksyen 4 40604 SELANGOR Pengarah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin 50654 WP KUALA LUMPUR Pengarah Jabatan Pendidikan WP Putrajaya Aras 7 Blok B2 Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 WP PUTRAJAYA Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato' Hamzah 70990 NEGERI SEMBILAN 3 10. 12. 13. 14, 15. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jalan Istana, Bukit Beruang 75450 MELAKA Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Susur 7 Jalan Tun Abdul Razak 80604 JOHOR Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota 25604 Kuantan, PAHANG Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu 16010 KELANTAN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil 20604 TERENGGANU Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Aras 10 Blok4 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat No. 81097 87020 WP LABUAN Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 SARAWAK Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Jalan Punai Tanah, Likas 88450 SABAH

You might also like