You are on page 1of 1

Huraian

Hasil kajian yang telah dijalankan terhadap 50 orang pelajar sekolah saya yang dipilih secara rawak, didapati 90% daripada jumlah responden (45 orang) kerap kali menghadapi masalah, 6% (3 orang) jarang-jarang, manakala 4% (2 orang) responden tidak pernah menghadapi masalah memindahkan barang melalui kawasan lorong antara ruang tamu dengan bilik tidur yang menpunyai jarak ( Rujuk Jadual 1.1). Kajian ini juga mendapati bahawa 50% (25 orang) responden menghadapi masalah berasa sakit pinggang, 40% (20 orang) daripada responden leguh tangan, manakala 10% (5 orang) lagi menghadapi masalah barang jatuh dan cederakan badan (Rujuk Jadual 1.2). Dari segi cara menyelesaikan masalah pula, kajian ini mendapati bahawa seramai 60% (30 orang) responden mengambil langkah menggunakan troli, 10% (5 orang) responden menggunakan kotak dan tarik dengan tangan, manakala 30% (15 orang) lagi terus memindahkan barang melalui lorong yang jarak jauh antara ruang tamu dengan bilik tidur (Rujuk Jadual 1.3).

You might also like