You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SKGC 400-1/3/7( )


Tarikh : 02.05.2021

Petronas Chemical,
Fertilizer Kedah,
SB, KM 3, Jalan Jeniang,
08300, Gurun, Kedah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TAJAAN DUIT RAYA ANAK-ANAK ISTIMEWA (OKU) SK GUAR


CHEMPEDAK

Adalah dengan sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman kepada pihak tuan/puan kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Guar
Chempedak memohon jasa baik tuan untuk menghulurkan sumbangan tajaan duit raya anak-anak
istimewa (OKU).

3. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti meringankan sedikit bebanan serta
menceriakan penerima sumbangan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mendedahkan murid kepada
persekitaran sebenar seiring dengan perkembangan semasa.

Jumlah anak-anak istimewa : 28 orang

Jumlah guru dan pembantu pengurusan murid : 11 orang

4. Pihak kami amat berharap kerjasama dari pihak tuan/puan untuk menghulurkan
sumbangan demi memberi sokongan terhadap anak-anak istimewa ini di SK Guar Chempedak.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Guru Besar SK Guar Chempedak Encik Abdul Razak bin Abdullah
di talian 012-4975450 atau Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Guar Chempedak Puan Yusnita binti
Yatim di talian 013-5165035.

5. Segala sumbangan dan keprihatinan dari pihak tuan/puan, saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT jualah yang membalas jasa baik tuan/puan.

Sekian , terima kasih

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19 ”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….
( ABDUL RAZAK BIN ABDULLAH )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak
08800 Guar Chempedak
Kedah Darul Aman

You might also like