You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/344389920

Fadilat Mengeluarkan Zakat Dan Sedekah Menurut Perspektif Al-Quran Dan


Hadith Rasulullah SAW

Article · January 2014

CITATION READS

1 4,871

1 author:

Muhsin Nor Paizin


Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)
66 PUBLICATIONS   76 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Siri Kajian AZKA-PPZ View project

Zakat and Islamic Social Finance: The Way Forward View project

All content following this page was uploaded by Muhsin Nor Paizin on 26 September 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


FADILAT MENGELUARKAN ZAKAT DAN SEDEKAH
MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN HADITH RASULULLAH SAW
Oleh:
Muhsin Nor Paizin1

ABSTRAK
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia merupakan rukun yang wajib seiring dengan
perintah menunaikan sembahyang. Selain zakat, umat Islam digalakkan pula untuk
mengeluarkan sedekah yang sunat bagi memperoleh pahala dan pelbagai kelebihan yang
dijanjikan oleh Allah SWT. Kertas akan membincangkan beberapa kelebihan sekiranya
seseorang itu mengeluarkan zakat dan sedekah dalam konteks individu dengan merujuk kepada
sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Terdapat banyak ayat al-Quran yang
menjelaskan kelebihan bagi mereka yang mengeluarkan zakat dan sedekah sama ada dalam
bentuk manfaat di dunia mahupun diakhirat. Keuntungan terhadap golongan yang mengeluarkan
zakat dan sedekah tidak terhenti dalam Al-Quran sahaja, malah turut dijelaskan oleh banyak
hadith nabi SAW secara terperinci dalam pelbagai riwayat. Justeru, dengan beberapa penafsiran
yang diberikan dapat dijadikan sumber kepada amil zakat serta motivasi masyarakat muslim
untuk mengeluarkan zakat dan sedekah.

Perkataan Teras : Fadilat Zakat, Sedekah, Perspektif Al-Quran, Hadith Rasulullah


Klasifikasi JEL : Q59, Z12

PENGENALAN
Zakat dari sudut bahasa ialah bersih, suci, bertambah dan berkembang. Zakat juga boleh
diertikan sebagai suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan. Zakat dari sudut istilah
ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-
syarat yang tertentu. Perkataan zakat telah diulangi dalam kitab suci Al-Quran sebanyak 30 kali.
27 kali daripadanya digandingkan dengan perintah menunaikan sembahyang dalam satu ayat:

1
Pegawai Penyelidik. Pusat Pungutan Zakat, Wisma PPZ, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur,
Malaysia. E-mail: muhsin.paizin@zakat.com.my
“Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; dan apa jua
yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan
mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat
segala yang kamu kerjakan.” [Al-Baqarah (2): 110]2
Zakat hanya wajib ditunaikan apabila melepasi beberapa syarat antaranya iaitu harta tersebut
mencukupi kadar minima (nisab), dimiliki dalam tempoh setahun (haul) dan wajib ditunaikan
atas kadar tertentu (2.5%). Namun, sedekah pula tidak dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.
Dari sudut bahasa, sedekah bermaksud benar, lurus dan perkara yang diberikan kepada orang
lain kerana Allah. Manakala dari sudut syarak, sedekah bermaksud suatu pemberian yang
diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan
jumlah (haul dan nisab) tertentu sebagai kebajikan yang mengharapkan pahala dan redha Allah
SWT. Bentuk sedekah sesungguhnya tidak dibatasi pemberian dalam bentuk wang dan material,
malah juga meliputi sejumlah amal kebaikan yang dilakukan oleh seorang muslim:
Diriwayatkan dari Hudzaifah RA, dari Nabi SAW: Beliau bersabda: “Semua kebaikan itu
adalah sedekah.” (HR Muslim)3

KEIMANAN TERHADAP AL-QURAN DAN SUNNAH


Al-Quran ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
melalui malaikatNya. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan
dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Kewajipan seorang
muslim untuk beriman kepada Al-Quran dijelaskan dalam surah An-Nisaa’ ayat 136 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
RasulNya, dan kepada Kita Al-Qur’an yang telah diturunkan kepada RasulNya
(Muhammad SAW), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan
dahulu daripada itu..” [An-Nisaa’ (4): 136]
Daripada perintah ini, setiap muslim juga mesti meyakini tuntutan hadith Rasulullah SAW.
Hadith atau sunnah adalah sesuatu daripada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan,
perbuatan, pengakuan, tingkah laku dan sebagainya. Sesiapa yang menolak hadith secara total
secara tidak langsung menolak kerasulan Nabi Muhammad. Hadith adalah sumber hukum kedua

2
Semua terjemahan ayat Al-Quran adalah berpandukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an
(2013). Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
3
Sahih Muslim. Kitab Zakat. Hadith No: 544
terbesar dalam Islam, di mana Al-Quran adalah menjadi sumber perundangan utama yang
menerangkan segala permasalahan dan hukum-hukum dalam Islam secara umum. Hadith Nabi
Muhammad SAW diperlukan bagi mentafsir dan menghuraikan ayat-ayat umum itu supaya lebih
jelas dan terperinci. Justeru, setiap umat manusia diperintahkan supaya mengikuti Nabi
Muhammad dengan mengambil apa yang disampaikan oleh beliau. Ini tidak terkecuali daripada
beberapa aspek dan manfaat yang diperolehi melalui zakat dan sedekah.

PERSPEKTIF AL-QURAN
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan kelebihan bagi mereka yang mengeluarkan
zakat dan sedekah sama ada dalam bentuk manfaat di dunia mahupun dalam bentuk penghargaan
di akhirat.

Pertama: Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [At-Taubah (9): 103]
Kalimat ‘membersihkan mereka’ bermakna mereka membersihkan dari dosa-dosa dan
kebakhilan jiwa mereka. Kalimat ‘menyucikan mereka’ pula mengisyaratkan ada keutamaan dan
kebaikan dalam bersedekah kerana sedekah itu membersihkan dan menyucikan serta
menghilangkan keburukan dan meningkatkan darjat. (Hasan Hammam: 2009)4

Ayat ini menjelaskan Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW mengambil sebahagian
harta orang Islam daripada pelbagai jenis harta seperti emas, perak, binatang ternakan atau harta
perniagaan sebagai zakat dengan ukuran tertentu sebagai fardhu, atau ukuran yang tidak
ditetapkan sebagai sedekah. Kini, tugas mengambil zakat diserahkan kepada amil-amil yang
dilantik oleh pemerintah Islam, dan jenis-jenis harta yang dizakatkan mula berkembang seiring
dengan peredaran zaman. Justeru dengan zakat dan sedekah dapatlah hati mereka dibersihkan
dengan sifat bakhil, tamak dan sifat yang kasar terhadap golongan fakir miskin. Disamping itu,

4
Hassan, A. H. Hammam. (2009). Hikmah Terapi Sedekah.
zakat dapat menyuci jiwa dan mengangkat mereka ke darjat orang yang baik dengan melakukan
kebajikan sehingga mereka wajar menerima kebahagian di dunia dan akhirat (Al-Maraghiy:
2001).5

Amil-amil yang dilantik hendaklah mendoakan pembayar zakat sepertimana yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Abi Aufa menceritakan: “Jika Rasulullah SAW menerima zakat dari suatu
kaum, maka beliau mendoakan mereka. Kemudian ayahku menyerahkan zakatnya kepada beliau,
maka beliau Rasulullah SAW berdoa: ‘Ya Allah, limpahkan rahmat kepada keluarga Abi Aufa.’”
(HR Muslim)6

Kedua: Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan
mengambil) riba, dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan)
sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” [Al-Baqarah (2): 276]
Allah SWT menghilangkan keberkatan riba dan menghancurkan harta yang menjadi modal
kepada harta riba, hartanya tidak dapat dimanfaatkan dan akan menjadi mudarat kepada orang
lain. Keburukan riba juga mewujudkan sikap pemusuhan orang miskin kepada pengamal riba.
Sebaliknya, Allah SWT menetapkan bahawa orang yang mengeluarkan derma atau bersedekah,
akan mendapat kelebihan yang jauh lebih besar daripada harta yang didermakannya. Allah SWT
tidak membataskan rahmat dan pemberian-Nya, malah Maha Mengetahui akan siapa yang
berhak mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Apabila derma menampakkan hasilnya dalam
kehidupan diri dan masyarakat, sebenarnya mereka memperoleh faedah yang besar dan turut
menikmati kebaikannya (Al-Maraghiy: 2001).7

Suatu yang perlu diyakini oleh sesorang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat
ialah zakat dan sedekah itu tidak akan mengurangkan harta dan menghabiskan kekayaan,
sebagaimana yang disangka oleh sebahagian orang. Malah, zakat dan sedekah akan
menyuburkan harta selain juga menjadi simpanan atau saham yang hasilnya akan dipetik kelak

5
Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa ( 1). afs r Al-Mar ghiy. Kuala umpur: Dewan Bahasa dan ustaka
6
Sahih Muslim. Kitab Zakat. Hadith No: 510
7
Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa ( 1). afs r Al-Mar ghiy. Kuala umpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam kehidupan di akhirat. Bahkan nilainya akan berlipat kali ganda sebagaimana yang
dinyatakan oleh Allah SWT melalui firmanNya.

Ketiga: Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh
tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha
uas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya” [Al-Baqarah (2):
261]
Ini merupakan perumpamaan yang diberikan Allah SWT mengenai gandaan pahala bagi orang
yang menafkahkan harta kekayaannya mengikut jalan-Nya dengan tujuan mencari keredhaan
Allah SWT. Sesungguhnya, kebaikan itu digandakan sehingga tujuh ratus kali ganda, namun
perumpamaan ini mengandungi isyarat bahawa pahala amal sedekah itu dikembangkan
sebagaimana tumbuh-tumbuhan, tumbuh subur bagi orang yang menanamnya di tanah yang
subur (Ibnu Katsir: 2008).8

Ayat diatas menjelaskan bahawa pengorbanan harta yang dilakukan pada jalan Allah bukanlah
perbuatan yang sia-sia dan merugikan, tetapi akan mendatangkan keuntungan yang berlipat kali
ganda. Bagaimanapun, yang dapat memahami seruan Ilahi hanyalah orang yang benar-benar
beriman. Sedangkan orang-orang yang mementingkan, bahkan sudah sampai ke tahap
mempertuhankan hartanya, amat berat baginya mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta
mereka itu tanpa ada keuntungan yang jelas terlonggok di hadapan matanya. (Akmal Mhd Zain:
2001)9

Sedekah yang diberikan walaupun jumlahnya sedikit, tetapi amat berharga di sisi Islam.
Seseorang yang bakhil dan kedekut dengan tidak menzakatkan dan menyedekahkan sebahagian
hartanya akan rugi di dunia dan akhirat. Jadi sebenarnya orang yang menggunakan harta di jalan

8
Ibnu Katsir, Isma'il ibn 'Umar. (2008). Tafsir Ibnu Katsir. Bogor: Pustaka Asy-Syafi'i.
9
Akmal Mhd. Zain (2001). Konsep & Kelebihan Bersedekah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.
Allah adalah juga untuk kepentingan dirinya sendiri. Sebab mengeluarkan harta semata-mata
kerana Allah SWT akan memperoleh keberkatan juga menahan daripada kecelakaan.

Keempat: Firman Allah SWT:


Maksudnya: “… Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah
menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan) mereka kepada Allah);
Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [At-Taubah (9): 99]
Iman kepada Allah dan hari akhirat itulah yang mendorong hati manusia untuk bersedekah, tidak
takut kepada manusia, tidak merayu kepada golongan yang menang, dan tidak memperhitungkan
untung dan rugi di dunia. Golongan yang beriman kepada Allah SWT memberikan sedekah
untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mencari doa Rasulullah SAW (Sayyid Qutb:
2000)10

Diantara orang-orang yang menginfakkan harta di jalan Allah SWT sebagai jalan mendekatkan
diri kepada Allah dan sebagai jalan memperoleh doa Rasul inilah golongan yang mendapat
pujian. Maksudnya, yang demikian itu akan menjadi hasil bagi amal mereka (Ibnu Katsir:
2008).11

Dalam ayat ini, haruslah diyakini bahawa nafkah yang telah didermakan itu telah diterima oleh
Allah SWT dan Allah SWT juga akan memberi pahala terhadap perbelanjaan itu, sebagaimana
yang telah dijanjikan-Nya (Al-Maraghiy: 2001).12

Justeru, Al-Quran telah menyatakan pelbagai manfaat yang bakal diterima oleh mereka yang
mengeluarkan zakat dan sedekah. Ia bukanlah suatu pengkhabaran semata-mata, malah bukti dan
realiti yang seharusnya diyakini terutamanya golongan yang mengaku beriman kepada Allah
SWT, Rasulullah SAW dan hari akhirat.

PERSPEKTIF HADITH RASULULLAH SAW

10
Sayyid Qutb. (2000). Tafsir Fi Zhilalil Qur'an: Dibawah Naungan Al-Quran. Jakarta: Gema Insani Press.
11
Ibnu Katsir, Isma'il ibn 'Umar. (2008). Tafsir Ibnu Katsir.
12
Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa ( 1). afs r Al-Mar ghiy.
Keuntungan terhadap golongan yang mengeluarkan zakat dan sedekah tidak terhenti dalam Al-
Quran sahaja, malah turut dijelaskan oleh banyak hadith nabi secara terperinci. Ia selari dengan
fungsi hadith itu sendiri yang sememangnya menjelaskan apa yang disentuh oleh Al-Quran.
Demikianlah zakat yang disebut akan kewajipannya oleh Al-Quran, maka hadith bertindak
menjelaskan dari segi teknikal cara mengeluarkan zakat. Tidak terkecuali juga manfaat
membayar zakat dan sedekah yang akan dihuraikan oleh hadith Rasulullah SAW.

Hadith Pertama:
Maksudnya: Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: “ idakkah
kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan? Puasa adalah pelindung
(dari neraka), sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang
insan solat pada penghujung malam.”(An-Nawawi: Hadith 40) 13
Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah
menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan
beriman kepada Rasulullah SAW, menunaikan sembahyang, zakat, berpuasa di bulan Ramadhan
dan ibadat haji. Daripada hadith ini, dapatlah difahami bahawa seseorang itu digalakkan supaya
mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan sentiasa menunaikan segala ibadat yang
diwajibkan, disamping melakukan ibadat-ibadat sunat sebanyak mungkin. Namun, setiap
manusia tidak akan bebas daripada melakukan dosa dan kesalahan yang merugikan diri. Namun,
sedekah akan menjadi salah satu daripada kaedah bagi insan yang beriman menghapus kesilapan
yang lalu demi mencari jalan menuju redha Allah SWT dan syurga di hari akhirat.

Sedekah yang disebut selepas puasa dan sebelum solat menunjukkan betapa besar dan penting
pensyariatannya terhadap umat Islam. Ternyata ia suatu bukti bahawa penyusunan ibadah dalam
Islam adalah berdasarkan wahyu Ilahi yang mempunyai objektif yang agung. Jika puasa
berupaya menjadi pelindung kepada api neraka, maka sedekah pula akan memadamkan api dosa
di samping memberi manfaat kepada mereka yang layak menerimanya. Inilah pintu kebaikan
yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW, maka sesungguhnya setiap orang Islam wajib
beriman dengannya seterusnya segera mengamalkannya.

13
An-Nawawi, Abu Zakaria Yahya Ibn Syarif (t.th). Hadith 40. Hadith No. 29
Hadith Kedua:
Maksudnya: Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi
datangnya bencana (Hadith Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadith ini dikategorikan sebagai sahih seperti yang telah dikaji oleh Sheikh Nasir Al-Albaniyy.
Selain daripada pelbagai kelebihan dan keuntungan yang diperolehi oleh sesorang yang
mengeluarkan zakat dan bersedekah, ia juga mampu menolak musibah dan kesusahan kepada
pengamalnya. Orang Islam yang telah menunaikan zakat yang diwajibkan dengan baik dan
sempurna akan terlepaslah daripada azab dan bencana.

Justeru, amalan sedekah sememangnya suatu amalan yang terpuji. Setiap muslim seharusnya
memberikan tumpuan kepada zakat yang diwajibkan terhadap kekayaan. Setiap pemegang harta
hendaklah belajar kaedah-kaedah pengiraan zakat dan ia berkadaran dengan memurnikan
kekayaan kita daripada hak-hak golongan miskin di dalamnya. Amal merupakan pelindung
kekayaan, justeru dengan melakukan itu, kekayaan kita akan selamat dari sebarang bencana,
kerugian, dan kemusnahan.

Bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana sedekah adalah sebagai salah satu lambang
kesyukuran kepada Allah SWT dan mempereratkan hubungan persaudaraan sesama muslim.
Dengan demikian sedekah adalah satu cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah
SWT dan di antara hamba sesama hamba. (Akmal Mhd Zain: 2001) 14

Hadith Ketiga:
Maksudnya: Daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Siapa sahaja Muslim yang memberi pakaian Muslim lainnya yang tidak memiliki
pakaian, nescaya Allah akan memberinya pakaian dari hijaunya syurga. Siapa
sahaja Muslim yang memberi makan Muslim lainnya yang kelaparan, nescaya
Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Dan siapa sahaja
Muslim yang memberi minum Muslim lainnya yang kehausan, nescaya Allah

14
Akmal Mhd. Zain (2001). Konsep & Kelebihan Bersedekah.
akan memberinya minuman dari minuman suci yang tertutup.”(HR Bukhari &
Muslim)15
Hadits di atas, dengan demikian, secara tidak langsung mengingatkan bahwa harta yang ada di
tangan kita sebenarnya hanya titipan Allah SWT. Supaya manfaatnya masih dapat dirasakan
sampai kita kembali ke akhirat, maka harta itu harus dinafkahkan di jalan kebaikan semasih
hidup di dunia. Lebih membahagiakan, balasan Allah bahkan sering tidak harus menunggu di
akhirat, tetapi langsung ditunaikan ketika kita masih hidup di dunia berupa rezeki yang
melimpah.

Hadith Keempat:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a; Bahawa Nabi S.A.W bersabda: “ idak
ada satu hari yang hamba-hamba memasuki waktu paginya melainkan dua
Malaikat turun, lalu salah satu dari keduanya berkata: ‘Ya Allah, berilah
pengganti bagi orang yang berinfak.’ Sedang Malaikat yang lain berkata: ‘Ya
Allah, berilah kebinasaan bagi orang yang menahan (tidak berinfak).’”(Sahih al-
Bukhari & Muslim)16
Hadith di atas mengandungi janji berupa kebaikan bagi orang yang berinfak dalam segala aspek
kebajikan dan ancaman berupa kesulitan bagi orang yang melakukan hal sebaliknya. Kebaikan
tersebut tidak sekadar diperuntukkan bagi keadaan di dunia atau keadaan di akhirat sahaja, tetapi
lebih luas daripada itu. Sama halnya juga dengan doa oleh Malaikat berupa diberi penggantian
atau kebinasaan, juga mencakupi di dunia atau di akhirat.

Malaikat tersebut mendoakan kepada sesiapa yang mendermakan hartanya dengan dibalas
kebaikan oleh Allah SWT, namun didoakan pula kepada orang yang menahan hartanya supaya
dirosakkan jiwa dan raganya. Ramai orang yang jiwanya ditimpa petaka disebabkan
kebakhilannya untuk bersedekah. Justeru, setiap muslim seharusnya berwaspada apabila
dikhabarkan dengan peringatan sebegini.

15
Ibn Hajar al-‘Asqalani: Bulughul Maram: Kitab Zakat #654
16
Ibn Hajar al-‘Asqalani: Fathul Bari: 11
An-Nawawi mengulas hadith diatas. Para ulama berpendapat maksud dari menginfakkan adalah
menginfakkan harta dalam hal ketaatan, kemuliaan akhlak untuk keluarga, memberi sumbangan
pada tetamu, serta ibadah-ibadah sunnah. Ertinya seseorang yang mendermakan harta tidak akan
dianggap sebagai perbuatan boros, malah menahan harta untuk mendermakan harta merupakan
perbuatan yang tercela.

Berdasarkan hadith-hadith telah dinyatakan sebelum ini, pelbagai manfaat dan keuntungan bakal
diterima oleh mereka yang mengeluarkan zakat dan sedekah. Selagi maut belum datang
menjelma, ibadat wajib zakat dan ibadat sunat bersedekah seharusnya sentiasa diamalkan agar
diri sendiri terlindung dari azab disamping hak golongan yang layak menerima sumbangan
tersebut dapat ditunaikan.

KESIMPULAN
Zakat dan sedekah merupakan salah satu rahsia Allah SWT disebalik penciptaan makhluk-Nya.
Bagi setiap orang mukmin hendaklah berusaha melakukan sebab-sebab dan yakin terhadap
kekuasan Allah SWT. Salah satu punca yang dapat menumbuhkan harta dan memperoleh
keberkatan hidup adalah dengan berzakat dan sedekah.

Zakat dan sedekah yang diertikan sebagai kaedah memberi pertolongan dalam aspek harta benda
juga merupakan wadah bagi jalinan baik antara individu dan masyarakat. Jalinan ini pasti dapat
menghasilkan suasana harmoni dalam kehidupan masyarakat seharian. Namun, sekiranya
golongan kaya memahami akan kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi, sudah tentu ia
akan menjadi sumber motivasi bagi mereka untuk sentiasa menyumbangkan hartanya ke jalan
Allah SWT.

Pihak-pihak pengamal zakat terutamanya amil-amil seharusnya senantiasa menjadikan Al-Quran


dan Hadith sebagai sumber rujukan mengkhabarkan berita gembira kepada orang Islam yang
menunaikan kewajipan berzakat. Lantas, dengan kaedah sebegini dapat menarik minat golongan
yang liat mengeluarkan zakat untuk menyumbangkan harta mereka seperti yang telah diwajibkan
oleh Allah SWT.
RUJUKAN
Akmal Mhd. Zain (2001). Konsep & Kelebihan Bersedekah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publisher.
Al-Asqalani, Ibnu Hajar (2011). Fathul Bari. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi'i.
Al-Asqalani, Ibnu Hajar (2013). Bulughul Maram. Bandung: PT Mizan Pustaka.
Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa (2001). - . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
An-Nawawi, Abu Zakaria Yahya Ibn Sharif (2009). At-Tanwir: Syarah Sahih Muslim. Kuala
Lumpur: Jasmin Publication.
An-Nawawi, Abu Zakaria Yahya Ibn Syarif (t.th). Hadith 40. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa
Ariffin Omar (2006). Sedekah: Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Azman, A. R., Amiruddin, M. S., & Syed Mohd Najib, S. O. (2012). Keengganan Membayar
Zakat Menurut Perspektif Syarak Dan Perundangan Islam Di Malaysia. Negeri
Sembilan: Penerbit USIM.
Hassan, A. H. Hammam. (2009). Hikmah Terapi Sedekah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publication.
Ibnu Katsir, Isma'il ibn 'Umar. (2008). Tafsir Ibnu Katsir. Bogor: Pustaka Asy-Syafi'i.
Muhammad Ali Imran. (2012). Keajaiban & Kehebatan Sedekah. Selangor: Pustaka Ilmuwan.
Muslim ibn Al-Hajjaj. (2013). Ringkasan Shahih Muslim. Bandung: PT Mizan Pustaka.
Sayyid Qutb. (2000). Tafsir Fi Zhilalil Qur'an: Dibawah Naungan Al-Quran. Jakarta: Gema
Insani Press.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an cetakan kedua puluh dua. ( 13).
Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

View publication stats

You might also like