You are on page 1of 1

MOHD AZRUL RASHID BIN YAAKUB

NO 25 JLN BUNGA RAYA 17,

TAMAN TASIK JAYA,

70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

GURU KELAS 1 TERATAI,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK JAYA,

PERSIARAN UTAMA TASIK JAYA,

70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 1 DISEMBER 2021

Tuan/Puan,

MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas, saya bapa kepada AFIF FATHULLAH BIN
MOHD AZRUL RASHID dari kelas 1 TERATAI ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah
bermula 3 Januari 2022 sehingga 25 Februari 2022.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana isteri saya
akan bersalin dan pulang ke kampung bermula pada cuti sekolah 11/12/2021 sehingga selesai
pantang. Saya memohon maaf atas segala kesulitan.

3. Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekina, terima kasih.

Yang Benar,

MOHD AZRUL RASHID BIN YAAKUB

012-7906646

You might also like