Professional Documents
Culture Documents
Business Plan - Dobi: AIYUNI BT ADNI (SX111927CJF04)
Business Plan - Dobi: AIYUNI BT ADNI (SX111927CJF04)
A. PENGENALAN
1. Nama Perniagaan
Nama perniagaan ini ialah Dobi Nazim. Lokasi perniagaan ini terletak
di 55-00-02, Pangsamurni Keramat Jaya 2, Persiaran Gurney, 54000 Kuala
Lumpur. Perniagaan ini telah mula beroperasi pada 3 Mac 2009 dan
didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan No. Pendaftaran
001839780-X.
2. Jenis Perniagaan
Jenis perniagaan yang diceburi adalah perniagaan dobi. Perkhidmatan
yang di tawarkan oleh perniagaan ini ialah cucian biasa, cucian kering, cucian
tangan , pengeringan pakaian dan menggosok pakaian.
3. Lokasi
Lokasi perniagaan ini terletak di 55-00-02, Pangsamurni Keramat
Jaya2, Persiaran Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Kami memilih kawasan ini
kerana kawasan ini terbahagi kepada 5 jenis kawasan perumahan.
1) Perumahan Tanah Lot
2) Pangsapuri
3) Kondominium
4) Kawasan sederhana komersial.
5) Kolej Kediaman Institut Pengajian Tinggi
1
BUSINESS PLAN - DOBI
4. Misi Perniagaan
Misi Perniagaan dobi kami ini ialah untuk menjadikan kedai dobi ini
sebagai kedai dobi francais yang terkenal di Malaysia suatu ketika nanti.
Buat masa ini, kami sedang mencuba untuk mendapatkan kontrak
pembersihan fabrik dari syarikat- syarikat terkemuka seperti hotel, restoran,
ketering dan lain- lain lagi untuk kami mengukuhkan jenama kami.
Dengan adanya kontrak-kontrak dari syarikat gergasi ini, ia akan
membantu kami mengukuhkan syarikat dan jenama kami di mata
masyarakat. Ia juga dapat mempercepatkan lagi impian kami untuk
membuka lebih banyak cawangan selepas ini.
B. ANALISA PASARAN
2
BUSINESS PLAN - DOBI
Peratusan bagi mereka yang bekerja kerajaan adalah 12%. Ini kerana
terdapat pejabat-pejabat kerajaan di sekitar kawasan Jalan Semarak iaitu
Jabatan Ukur dan Pemetaan, Universiti Teknologi Malaysia, MINDEF, dan
Sekolah Menengah Padang Tembak.. Pejabat kerajaan yang terdapat di
Jalan Perumahan Gurney adalah FELDA.
30% mereka yang tiada pekerjaan terdiri daripada 28% suri rumah,
1% warga tua dan 1% penganggur.
30% pelajar pula terdiri daripada 10% pelajar IPT, 8% sekolah
menengah dan 12% sekolah rendah. Manakala kanak-kanak dibawah 6
tahun mewakili 10% daripada penduduk.
Daripada jumlah ini, jumlah pendapatan isi rumah dalam sebulan
terbahagi kepada 5 kumpulan.
1) RM10,000 keatas – 5%
2) RM 5,000 hingga RM9,999 - 20%
3) RM 2,000 hingga RM4,999 - 55%
4) RM500 hingga RM1,999 – 15%
5) RM500 kebawah – 5%
3. Sasaran Perniagaan
Sasaran perniagaan ini ialah untuk semua golongan. Kami bahagikan
sasaran kami ini kepada golongan-golongan berikut.
a) Pelajar
Kesibukan belajar dan aktiviti luar seperti bersukan menyebabkan
kebanyakkan diantara mereka tiada masa untuk membasuh dan menggosok
pakaian. Mereka lebih suka menghantar baju ke kedai dobi untuk di basuh,
digosok dan dilipat kerana ini akan memudahkan mereka. Oleh kerana itu
kami memilih mereka sebagai golongan sasaran kami.
b) Pekerja
Kebanyakkan penduduk disi mempunyai suami dan isteri yang bekerja.
Kesibukan bekerja di tambah dengan tiada pembantu rumah menyebabkan
mereka tiada masa untuk membasuh pakaian. Kebanyakkan mereka hanya
akan membasuh pada hari cuti hujung minggu sahaja. Dengan adanya
perkhidmatan dobi ini, mereka boleh memanfaatkan cuti hujung minggu
mereka dengan keluarga tanpa perlu memikirkan pakaian yang perlu dibasuh,
digosok dan dijemur.
c) Suri Rumah
Bagi golongan ini pula, mereka biasanya menghantar item-item yang
besar seperti selimut, cadar, langsir, toto dan pakaian yang memerlukan dry
cleaning. Ini kerana limitasi kepada mesin basuh yang berada dirumah
biasanya hanya untuk basuhan sehingga 6kg dan untuk cucian biasa sahaja.
Oleh kerana itu mereka menghantar item berkenaan ke kedai dobi untuk
dibasuh.
3
BUSINESS PLAN - DOBI
4
BUSINESS PLAN - DOBI
3. Polisi Harga
Harga memainkan peranan penting dalam menentukan jatuh bangun
sesebuah syarikat. Oleh itu, dalam menentukan harga bagi sesuatu
perkhidmatan, kami telah menjalankan kaji selidik di kedai-kedai dobi
berhampiran.
5
BUSINESS PLAN - DOBI
Kami akan memastikan harga yang kami tawarkan adalah sama atau
lebih murah daripada pesaing kami. Kami juga mengadakan diskaun bagi
mereka yang menghantar lebih dari 10 kg dan promosi bermusim. Seperti
contoh, jika musim perayaaan, kami akan mengadakan diskaun bagi setiap
cucian langsir atau sarung kusyen.
6
BUSINESS PLAN - DOBI
3. Teknologi Maklumat
Dalam mengendalikan urusan kaunter dan akaun syarikat, kami telah
menggunakan perisian yang kami bina sendiri in-house supaya segala
maklumat perakaunan dapat diisi dengan mudah dan pantas.
Segala laporan mengenai kutipan, kos dan keuntungan dapat dijana
dengan mudah dan tepat. Ini penting bagi sesebuah syarikat dalam
menentukan keuntungan bersih setiap bulan.
Berikut disertakan senarai aplikasi yang terdapat dalam system
tersebut:
a. Wujud, kemaskini, papar dan cetak bil
b. Wujud, kemaskini, papar dan cetak resit
c. Tutup kaunter
d. Terima dan keluar barang
e. Costing
f. Laporan
4. Kawalan kualiti
Bagi menjaga kualiti perkhidmatan kami, kami akan memastikan
segala bahan pencuci dan pewangi fabrik diambil dari pembekal dan jenama
yang sama. Ini kerana kebanyakan pelanggan suka dengan bau harum yang
terdapat pada pakaian yang telah dicuci di kedai kami.
Sukatan bahan pencuci dan pewangi fabric hendaklah betul. Ia juga
memainkan peranan penting dalam kebersihan dan keharuman pakaian.
Pekerja kami juga diwajibkan mengikuti kursus asas dobi untuk
mengetahui cara yang betul untuk membasuh dan menggosok pakaian.
Seperti contoh menggosok seluar, pihak kami akan menentukan satu pattern
sahaja dalam cara menggosok seluar. Ini untuk menjaga kualiti dan mutu
perkhidmatan kami.
5. Kawalan Inventori
Dalam mengawal keluar masuk barangan, khususnya barangan untuk
perkhidmatan dobi seperti sabun pencuci dan pewangi, kami akan
memastikan bahawa setiap barang masuk dan keluar diisi ke dalam system.
Dengan memasukkan maklumat berkenaan, kami dapat mengetahui
berapa stok yang masih tinggal dan bilakah kami perlu membuat pesanan
bagi belian barang berkenaan. Di dalam system ini terdapat indicator ‘safety
stock’ yang mana kami boleh memastikan barangan manakah yang perlu
dipesan dan yang manakah yang masih berada di tahap selamat.
Daripada system ini juga, kami dapat mengetahui kos bulanan yang
diambil untuk membeli sabun dan pewangi tersebut.
7
BUSINESS PLAN - DOBI
8
BUSINESS PLAN - DOBI
3. Carta Organisasi
Pengarah
Pengurus
9
BUSINESS PLAN - DOBI
5. Lokasi
6. Rujukan
1. Encik Muhamad Nazim bin Abu Bakar, Pemilik Dobi Nazim.
2. Contoh rancangan perniagaan MARA
10