You are on page 1of 6

KATA PEMERI

Info Kata Pemeri


Apakah kata pemeri…?

 Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi.
 Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama.
 Kata pemeri boleh digugurkan.

Contoh;
Jawapan kamu adalah tepat sekali.

A. Pilih jawapan yang betul.

01. Hari ini ialah hari jadi Ahmad.


A. Betul B. Salah

02. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng.


A. Betul B. Salah

03. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.
A. Betul B. Salah

04. Cita-cita saya adalah menjadi seorang pakar jantung.


A. Betul B. Salah

05. Bertanggungjawab adalah sifat yang terpuji.


A. Betul B. Salah

06. Johan pertandingan bercerita sekolah menengah tahun ini adalah saudara
Masyiroh Taib.
A. Betul B. Salah

07. Tuduhan itu ialah palsu.


A. Betul B. Salah

08. Pemuda yang kita jumpa tadi ialah seorang lulusan Universiti Al-Azhar.
A. Betul B. Salah

09. Sapu tangan itu adalah pemberian kekasih abang saya.


A. Betul B. Salah

10. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.


A. Betul B. Salah
B. Pilih kata pemeri yang sesuai.
 
1. Farid ( ialah, adalah ) seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi ( adalah , ialah ) daripada peguam
3. Ucapan yang disampaikan oleh pengetua ( adalah , ialah ) terlalu panjang.
4. Warna kuning ( ialah , adalah ) warna diraja
5. Wang peruntukan itu ( adalah , ialah ) untuk semua murid.
6. Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu ( adalah , ialah ) tidak adil.
7. Rumah setinggan di lereng bukit itu (adalah , ialah ) rumah Pak Abu.
8. Suara guru itu ( adalah ,ialah ) tidak jelas.
9. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu (adalah , ialah ) tidak tepat.
10. MEASAT 1 ( ialah , adalah )satelit pertama Malaysia.
 
Bahagian C
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan


Jantung Malaysia dengan Soy Rich.
2. Ayahnya _______________seorang bekas polis.
3. Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.
4. Perempuan tua yang bertudung putih itu _____________ibu saya.
5. Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan
para pekerja sekolah ini.
 
Bahagian D
Arahan: Sambungkan ayat di bawah.
 
Pilih dan masukkan kata pemeri yang sesuai. (ialah / adalah)
1. Rumah itu _____________________________________________
2. Perempuan itu _________________________________________
3. Kereta yang baru lalu tadi ________________________________
4. Hari ini ________________________________________________
5. Beg itu ________________________________________________
Ialah dan Adalah
Ialah

1. Kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama.

2. Ia digunakan apabila ayat itu menunjukkan definisi.

3. Ia menghubungkan subjek dan predikat yang mempunyai makna yang sama, oleh itu subjek dan
predikat boleh bertukar tempat.

4. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata komplemen 'bahawa'.

5. Kata pemeri 'ialah' boleh digunakan di hadapan kata hubung 'yang' yang berfungsi sebagai frasa nama.

6. Kata pemeri 'ialah' juga boleh digunakan di hadapan frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama.

Adalah

1.  Kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2. Ia menghubungkan subjek ayat dan predikat ayat dengan memberi huraian lanjut berkenaan
subjek yang disebut sebelum itu.

3. Kata pemeri 'adalah' menunjukkan penerangan.

4. Kata pemeri 'adalah' tidak boleh diikuti oleh kata kerja.

Nota:
Kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' tidak boleh digunakan bersama kata nafi, kecuali dalam bentuk 'adalah+
kata nafi 'tidak'+ frasa adjektif.'
Penggunaan kata pemeri amat terhad dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat. Malah
dalamsesetengah ayat ia dapat digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat itu.

Contoh:

Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.(Tidak tepat)
Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. (Tepat)
Salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia ialah Bahasa Melayu. (Tepat)

Angin adalah udara yang bergerak.(Tidak tepat)


Angin ialah udara yang bergerak.(Tepat)
Udara yang bergerak ialah angin.(Tepat)

Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan.(Tepat)

Berita itu adalah benar.(Tepat)

Arahan itu adalah daripada ketua pengarah.(Tepat)


Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.(Tidak tepat)
Dengan ini diberitahu sekolah akan ditutup esok.(Tepat)

Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada hari Rabu.(Tidak tepat)
Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada hari Rabu. (Tepat)

Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. (Tidak tepat)
Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.(Tepat)

Lembu yang akan disembelih esok ialah yang bertanduk runcing itu. (Tepat)

Perlakuan anaknya yang sering menimbulkan kemarahannya ialah bercakap bohong.(Tepat)

Adalah dimaklumkan anda berjaya dalam temu duga itu. (Tidak tepat)
Dengan sukacitanya dimaklumkan anda berjaya dalam temu duga itu.(Tepat)

Setiap penyertaan adalah tertakluk pada kelulusan pihak sekolah. (Tidak tepat)
Setiap penyertaan adalah tertakluk pada kelulusan pihak sekolah. (Tepat)

Kelayakan akademik ialah/adalah bukan syarat utama jawatan itu.(Tidak tepat)


Kelayakan akademik ialah/adalah bukan syarat utama jawatan itu.(Tepat)

Kehadiran kamu ke mari adalah tidak sesuai pada masa ini.(Tepat)


KATA PEMERI - IALAH DAN ADALAH
 
KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat
terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna-pengguna bahasa
Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama
dalam predikat. Dalam bahasa Melayu, terdápat dua bentuk kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah".

Menurut Kamus Dewan (halaman 439), kata pemeri 'ialah" bermaksud: (1) kata penghubung yang menerangan
kata atau ayat yang di depan; (2) kata penghubung yang mendahului ayat yang menyatakan sebab terjadinya
sesuatu. Sementara kata pemeri "adalah" berinaksud: (1) 'sesungguhnya' (digunakan pada permulaan ayat,
kenyataan dan sebagainya); (2) ia bermaksud "ialah" (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan
dengan huraian, penjelasan, dan sebagai yang mengenainya.
 
A. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;
 
(i)                 Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.
(ii)               Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja
(iii)             Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.

B.          Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ;
 
(i)                 Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
(ii)               Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung dan paru paru.
(iii)             Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.
 
Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut:

(i) Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah.

(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara


membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja profesional.

(iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan
luar bandar.

(iv) Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:

(1) Banjir kali ini "adalah" banjir yang paling besar pada tahun ini.

(ii) Keputusan itu "adalah" tidak adil.

(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar "adalah" pemodenan negeri Johor.

(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.

Pada umumnnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
 
Contoh:

(i) Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu "ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.

(ii) Siswazah yang baru lulus itu "ialah" bukan untuk kakitangan kerajaan.

Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh hadir di
hadapan frasa kerja atau kata ketja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat
berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.


(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han Raya Puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh pilihan raya telah ditetapkan pada han Selasa.

Ayat-ayat yang salah di atas sehanusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa permohonan tuan telah diluluskan.


(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan" oleh kecuaian pemandu.
(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh pilihanraya telah ditetapkan pada han Selasa.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeni, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat,
yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh:
(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak Mat.
(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu mahal.
 
Sebagai penutup, penggunaan kata pemeri itu terbatas, dan amat tidak digalakkan dalam pembentukan ayat
Bahasa Melayu. Tetapi ramai pelajar masih menggunakannya tanpa mengetahui cara penggunaanya yang
sebenar. Dengan penerangan di atas diharapkan, para pelajar dapat mengetahui cara penggunaanya dan akan
menggunakannya dengan lebih jitu.

Dirujuk dan diubahsuai oleh Puan Idai dari Tatabahasa Dewan, Edisi Baru, 1993.
 
Latihan Pengukuhan :
 
Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah yang sesuai.
 
1. Dr Quek yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas
penuntut sekolah ini.
 
2.       Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.
 
3.       Tiada siapa yang menyangka dia _________ sangat garang orangnya.
 
4.       Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.
 
5.       Matlamat mengadakan lelaman web Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih
berkesan.
 
6.       Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.
 
7.       Rumah baru di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.
 
8.       Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.

You might also like