You are on page 1of 9

PK 07/3

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID(HEM) BIL 4/2018

Tarikh : 21 November 2018(Rabu)


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer
Pengerusi : Pn Hairani bt Talib
Kehadiran(Bilangan) :45/49 orang

Bil Nama Bil Nama


1 En Ramlan B Hj Ramly 24 Pn Faizah Bt Abd Aziz
2 Pn Norzaini bt Sulaiman 25 Pn Che Wan Rusmawati Bt Che Wan Hamid
3 Pn Hairani bt Talib 26 Pn Marzanah Bt Suboh
4 Hj Nasaruddin b Ahmad 27 Pn Siti Humairah Bt Hamin
5 En. Zapri Bt Md Amin 28 Pn Siti Hajar Bt Ismail@Ahmad
6 Pn. Norain bt Mohd Morni 29 Pn Sarimah Bt Shamsudin
7 Pn Siti Aminah bt Husin 30 Pn Yusliza Bt Mohd Yusof
8 En Abdul Wahab B Mohammad 31 Pn Fatimah Bt Abd Rahim
9 Pn Nur Jihan Bt Alias 32 En Shaszeni B Shahrizan
10 Pn Zalina Bt Abd Karim 33 Pn Norasikin Bt Mohd Mohsin
11 Cik Zahrah Bt Musa 34 Pn Nor Azura Bt Hashim
12 Pn Azni Suhaina Bt Alias 35 Pn Marinah Bt Bajuri
13 En. Muhamad Romodhin B Harun 36 Pn Norizan Bt Mohd Tahir
14 Pn Napsiah Bt Kersimin 37 Pn Naemah Bt Mohd Khari
15 Pn Juzliza Bt Mohamad 38 Pn Syakirah Bt Edrus
16 Pn Normala Bt Kamaruddin 39 Pn Rosidah Bt Mt Tahir
17 Pn Siti Norbaya Bt Daut 40 Cik Nur Amirah Diyana Bt Kamarzaman
18 Pn Rafidah bt Abdul Rahman 41 Cik Nur Syafna Bt Mohd Yusof
19 Pn Ismahazly Bt Baharin 42 En Noor Azhar B Saadun
20 Pn Nurul Azwana Bt Ab. Malik 43 En Azham b Hashim
21 Pn Siti Sarah Bt Kamarudian 44 Pn Siti Amirah bt Rasip
22 Pn Nor Aishah Tun bt Hashim 45 Pn Juliana bt Mohamed
23 Pn Ainul Shafiqah Bt Malek

TIDAK HADIR

Bil Nama Catatan/Sebab


46 Pn Norizan Bt Muhammad Ali Cuti Sakit
47 Pn Ruhani Bt Halim Cuti Besalin
48 Pn Zainon Bt Khalid Cuti Sakit
49 En Mohd Yusof B Husin Cuti Sakit

1
PK 07/3

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat Hal
Ehwal Murid(HEM) kali keempat ini.
1.3. Pengerusi berharap semua guru terus menjalankan tugas dan komitmen yang jitu dalam
menjayakan program-program sekolah khususnya di bawah HEM.
1.4. Pengerusi memaklumkan markah penilaian kendiri pengurusan HEM yang diberikan
adalah 90%. Oleh itu, semua unit-unit kecil HEM mestilah bersedia dengan dokumen-
dokumen yang diperlukan dalam fail unit masing-masing.
1.5. Pengerusi memaklumkan jawatankuasa kecil unit hem menghantar laporan untuk
dimasukkan dalam fail dan disimpan sekiranya ada pemantauan, laporan tersebut sudah
ada dan sebagai bukti pelaksanaan aktiviti atau program dijalankan. Laporan yang
lengkap boleh dserahkan kepada Pn Naemah, Setiausaha HEM untuk dimasukkan ke
dalam fail.
1.6. Pengerusi memakumkan terdapat sebilangan guru yang belum mengisi maklumat murid,
penjaga dalam buku kedatangan. Diharap dapat menyempurnakan buku kedatangan
kelas masing-masing sebelum cuti persekolahan. Buku kedatangan tidak boleh di liquid
kerana ia adalah dokumen rasmi.
1.7. Pengerusi mengingatkan guru kelas berkenaan fail murid yang telah lengkap diletakkan di
bilik fail.
1.8. Pengerusi mengucapkan tahniah Sambutan Hari Kanak-kanak pada hari rabu (14
November 2018) mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru. Sambutan Hari
Kanak-kanak adalah program terakhir bagi sesi persekolahan pada tahun ini.
Makluman

2. UCAPAN GURU BESAR


2.1. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat Hal
Ehwal Murid(HEM) kali keempat ini walaupun dalam kesibukan melaksanakan tugas-
tugas pada hari-hari terakhir persekolahan.
2.2. Beliau memaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid(HEM) merupakan unit yang sangat
banyak pembahagian tugasnya. Oleh itu, beliau berharap agar semua guru terus
menjalankan tugas dan komitmen yang jitu dalam menjayakan program-program sekolah
khususnya program-program di bawah HEM.
2.3. Beliau menggalakkan semua guru mencari suatu jenama untuk meningkatkan prestasi
sekolah.
2.4. Beliau memaklumkan mesyuarat awal tahun 2019 akan diadakan pada 26 dan 27
Disember 2018 jam 8.00 pagi.
2.5. Maklumat berkaitan pengurusan 2019 akan dimaklumkan oleh pentadbir melalui telegram.

2
PK 07/3

2.6. Pada tahun 2019 tiada lagi ujian diagnostik. Penyelaras tahun 1 2019 akan berubah dan

3
PK 07/3

akan diberitahu nanti.


2.7. Pelaksanaan streaming kelas bukan sebab untuk mengkelaskan murid yang lemah tetapi
untuk kita lihat di mana kekuatan murid tersebut.
2.8. Pemakaian kasut dan stokin hitam akan dilaksanakan secara “soft landing” mulai tahun
2019.
2.9. Guru yang ingin ke luar negara mestilah memohon 5 minggu lebih awal.
2.10. Pengerusi memaklumkan kantin kita kurang kondusif dan tidak dapat dinaiktaraf
sepenuhnya.
2.11. Menguruskan kewangan dengan betul mengikut peraturan kewangan sekolah.
2.12. Beliau memaklumkan penilaian PBPPP telah dibuat. Markah semua guru adalah 90%.
Terdapat juga markah sehingga 94%.
Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1. Pn Naemah membentangkan Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid(HEM) Bil 3/2018 yang lalu
3.2. Disahkan oleh: Pn Ainul Shafiqah bt Malek
3.3. Disokong oleh: En Noor Azhar b Saadun

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1. Guru Besar memaklumkan ada 11 telefon pintar yang telah dibawa oleh murid selepas
peperiksaan telah dirampas dan terdapat dalam telefon tersebut gambar-gambar yang
tidak sepatutnya. Mohon semua guru memantau murid-murid agar tidak berlaku keadaan
yang tidak diingini.
4.2. Guru memaklumkan bahawa jawatankuasa PIBG berada di bawah unit HEM. Oleh itu,
bilik PIBG yang ada perlu dipertingkatkan keceriaannya. Diharap jawatankuasa PIBG
bekerjasama dalam menceriakan bilik tersebut pada tahun hadapan.
Makluman

5. PEMBENTANGAN LAPORAN UNIT-UNIT HEM


5.1. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.1.1. En Zapri memaklumkan bilangan murid yang mendapat bimbingan kaunseling
individu seramai 61 orang. Manakala bimbingan kaunseling kelompok seramai 10
orang.
5.1.2. En Zapri memaklumkan program mentor mantee yang dilaksanakan tidak mencapai
KPI 100% disebabkan kekangan masa dan lupa untuk mengingatkan kepada guru-
guru tentang 5 kali perjumpaan.
5.1.3. En Zapri memaklumkan ujian psikometrik telah dilaksanakan.
5.1.4. En Zapri juga memaklumkan beliau cuba membantu menyelesaikan masalah murid
yang tidak hadir ke sekolah.
4
PK 07/3

5.2. UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS


5.2.1. Pn Azura memaklumkan program yang telah dilaksanakan oleh unit disiplin dan
pengawas iaitu watikah pelantikan pengawas, kursus kepimpinan pengawas,
perjumpaan bulanan Bersama pengawas, penyerahan pas keluar kelas.
5.2.2. Pn Azura memaklumkan seramai 63 orang pengawas baharu dilantik untuk tahun
2019.
5.2.3. Pn Azura memohon semua guru membantu unit disiplin memasukkan Amalan Baik
murid dalam sistem SSDM. Pada tahun hadapan akan diletakkan suatu KPI untuk
mencapai peratus pengisian amalan baik murid.
Makluman

5.3. UNIT REKOD MURID DAN SMM


5.3.1. Pn Nur Jihan melaporkan pada awal tahun unit HEM telah mengedarkan borang
SMM kepada semua murid melalui guru kelas. Maklumat murid dalam APDM
dikemaskini berdasarkan borang tersebut.
5.3.2. Pn Nur Jihan berhubung dengan semua guru kelas jika terdapat murid yang pindah
masuk atau keluar, data murid yang meragukan seperti kewarganegaraan,
pendapatan penjaga dan lain-lain.
5.3.3. Beliau juga sentiasa mengemaskini bilangan murid setiap bulan
Makluman

5.4. UNIT RMT DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH


5.4.1. Cik Nur Syafna memaklumkan seramai 23 orang yang mendapat RMT. Jumlah
tersebut telah diberi kepada PPD.
5.4.2. Pada tahun hadapan borang kehadiran yang baharu akan diedarkan untuk murid
yang mendapat RMT.
Makluman

5.5. UNIT KWAMP DAN BAP


5.5.1. Pn Normala mamaklumkan Bantuan Awal Persekolahan RM100 telah dilaksanakan
pada bulan Februari yang lalu.
5.5.2. Pn Normala memaklumkan murid yang mendapat bantuan KWAMP dipilih daripada
APDM oleh JPNS. Maklumat murid yang dapat KWAMP boleh di log in oleh guru
KWAMP sahaja.
Makluman

5.6. UNIT KESIHATAN/RAWATAN MURID DAN ANTI DENGGI


5.6.1. Pn Sarimah Hasil lawatan daripada Pejabat Kesihatan pada awal dan pertengahan

5
PK 07/3

tahun yang lalu mendapati terdapat tempat-tempat tersembunyi yang telah ditangkungi
air dan ada jentik-jentik. Oleh itu, pengawas aedes yang dilantik diberi tanggungjawab
memantau persekitaran sekolah sebulan sekali untuk menghapus jentik-jentik daripada
membiak. Rekod pemantauan pegawai kesihatan dimasukkan dalam fail untuk rujukan.
5.6.2.Pn Sarimah melaporkan aktiviti unit kesihatan sepanjang tahun 2018 iaitu pengagihan
buku rekod kesihatan bagi murid tahun 1, lawatan pemeriksaan kesihatan bagi murid
tahun 1 dan 6 serta rawatan pergigian bagi semua murid.
5.6.3.Laporan bulanan aedes secara online juga telah dibuat.
Makluman
5.7. UNIT PENGURUSAN KANTIN
5.7.1. Pengusaha kantin iaitu Pn Ramzan akan meyambung kontrak pada tahun 2019.
5.7.2.Guru kantin mestilah memantau keadaan kantin secara berterusan mahupun berkala.
5.7.3.Tahun hadapan makanan fastfood tidak dibenarkan dijual di kantin.
Makluman

5.8. UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


5.8.1. Pn Faizah memohon maaf kerana sudah 2 tahun tidak dapat menjalankan aktiviti
gotong-rotong disebabkan kekangan masa dan program sekolah. InsyaAllah, pada
tahun hadapan program ini akan dirancang dan dilaksanakan pada awal tahun.
Makluman

5.9. UNIT SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH KAWALAN


5.9.1. Pn Siti Norbaya memaklumkan surat penempatan murid ke sekolah menengah boleh
disemak dalam e-menengah tetapi apabila disemak, nama murid tiada di sekolah
tersebut. Pn Siti Norbaya telah berhubung dengan pihak sekolah tersebut dan
menerima jawapan bahawa akan dibuka pada minggu hadapan.
5.9.2. Pn Siti Norbaya mamaklumkan senarai murid yang memohon untuk sekolah SBP
tidak ramai. Oleh itu, ibubapa yang memohon mestilah menyimpan salinan untuk
rujukan.
5.9.3. Pn Siti Norbaya memaklumkan permohonan murid ke sekolah menengah agama
akan dibuka selepas peperiksaan UPSR keluar.
Makluman

5.10.UNIT KEBAJIKAN
5.10.1. Pn Che Wan memaklumkan Muhammad Handry Putra yang patah kaki semasa PJ
telah membuat kutipan sumbangan pada 25 Januari yang lalu.
5.10.2. Terdapat 4 orang murid yang kematian bapa pada tahun ini iaitu Athirah (4C),
Hakimi Rahim (6A), Nur Amira Nadia (4D) dan Muhammad Syahmi Amjad (6A).

6
PK 07/3

Sumbangan juga telah dibuat.

7
PK 07/3

5.10.3. Pn Che Wan juga memaklumkan kutipan sumbangan kematian arwah En


Tahrin(Pengawal Keselamatan) sekolah dan arwah ibu Cikgu Napsiah juga telah
dibuat.
5.10.4. Pn Che Wan memaklumkan seramai 12 orang murid miskin dan anak yatim telah
menerima sumbangan bantuan beg sekolah, pakaian dan kasut sekolah daripada
pihak Yayasan Bank Rakyat.
5.10.5. Sumbangan terkini adalah daripada pihak tabung haji melalui Program Iqra’ di ILP
Pedas. Seramai 28 orang murid terdiri daripada murid asnaf, miskin dan kurang
berkemampuan menerima sumbangan beg sekolah, alat tulis, pakaian sekolah dan
wang tunai RM300 seorang.
Makluman

5.11.UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


5.11.1. Pn Azni memaklumkan proses penerimaan dan pemulangan buku teks telah
dilaksanakan. Namun begitu, masih terdapat murid yang belum menyerahkan buku
teks kepada guru kelas dan ada buku yang hilang.
5.11.2. Pn Azni memaklumkan buku teks tahun 3 masih belum diterima dan akan dijangka
hantar pada cuti sekolah ini.
5.11.3. Murid yang belum menerima buku teks yang lengkap akan diterima pada tahun
hadapan.
5.11.4. Pn Azni memaklumkan murid tahun 1 akan menerima buku teks pada hari
pendaftaran tahun 1 nanti.
5.11.5. Pn Azni mengingatkan guru kelas surat akuan penerimaan buku teks dimasukkan
dalam fail peribadi murid untuk rujukan guru kelas tahun hadapan.
Makluman
5.12.UNIT GURU PENYAYANG DAN KEDAI BUKU
5.12.1. Pn Nurul Azwana mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru
khususnya guru kelas kerana melaksanakan program guru penyayang sepanjang
tahun 2018.
5.12.2. Beliau memaklumkan laporan senamrobik dan sambutan hari jadi bulanan akan
dihantar dan dimasukkan ke dalam fail.
Makluman

6. HAL-HAL LAIN
6.1. Ustaz Azhar memaklumkan kursus dalam SPLKPM selepas ini mesti mencapai 42 jam
kredit.
6.2. Pn Azni memaklumkan Al-Quran warna hijau diletakkan di bilik SPBT.
6.3. Ustaz Romodhin memaklumkan Al-Quran dalam kelas dihantar ke surau.

8
PK 07/3

6.4. Pn Azni memaklumkan semasa beliau memangku tugas GPK HEM, beliau telah
menguruskan baju sumbangan MacDonald tetapi sehingga hari ini masih belum menerima
apa-apa khabar tentang sumbangan tersebut.
6.5. Pn Azni memaklumkan buku yang dilupus tempoh hari mendapat hasil sebanyak RM118.
Wang tersebut akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara oleh Pn Jamiah.
6.6. Hj Nasaruddin memohon semua guru kelas tahun 4 dan 5 untuk melengkapkan markah
PAJSK sebelum 31 Disember 2018.
Makluman

7. UCAPAN PENANGGUHAN
7.1. Pengerusi berharap segala perbincangan dalam mesyuarat ini mestilah diambil tindakan
dan dipatuhi.
7.2. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al- ‘Asr.
7.3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Mesyuarat akan datang akan
dilaksanakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................………..... ……..................…...............
(PN NAEMAH BINTI MOHD KHARI) (PN HAIRANI BINTI TALIB)
Setiausaha HEM 2018 Penolong Kanan HEM

You might also like