You are on page 1of 7

KERTAS KERJA SMKDSN

Tahap Keutamaan Kategori


Sangat Penting Makluman

Penting / Kelulusan /
Biasa Perbincangan

PERMOHONAN UNTUK MELAKSANAKAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG CUCI RIA PPKI

1. DIKEMUKAKAN KEPADA:
Tuan Pengetua : Tuan Haji Ismail Bin Samah

SMK Dato’ Shamsudin Nain

2. DIKEMUKAKAN OLEH:

Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Dato’ Shamsudin Nain

3. TUJUAN:

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Tuan Pengetua
SMK Dato’ Shamsudin Nain.

4. KUMPULAN SASARAN:

Semua murid PPKI, Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

5. LATAR BELAKANG KURSUS:

1
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat
tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang
perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap


kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah
merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong bagi memenuhi matlamat yang
telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek
pembersihan kawasan longkang, keceriaan kawasan sekitar, bilik guru, bilik darjah dan setor
pertanian PPKI.

6. ASAS PERTIMBANGAN / JUSTIFIKASI:


Program ini diadakan bagi memenuhi bidang tugas dan tanggungjawab untuk
menyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

7. OBJEKTIF PROGRAM

7.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.

7.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan
dikalangan murid.

7.3 Memupuk semangat sayang akan sekolah.

7.4 Memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum.

7.5 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid,
guru, PPM dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

7.6 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga PPKI terhadap kebersihan,


keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan
5

2
6

8.
9.
10.
11.
12.
13.

8. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Tuan Haji Ismail Bin Samah (Pengetua)


Naib Pengerusi : En. Ab. Halim Bin A. Hamid (PK Pend. Khas)
Pn Hajjah Rosnah Binti Alias (PK Pentadbiran)
En. Romzi Bin Mohd Arip (PK HEM)
En. Kumaran a/l Damotharan (PK KO-Kurukulum)
Penyelaras Program : En. Mohd Nazri Bin Hamzah
Setiausaha : Cik Siti Noroni Binti Omar
Bendahari : Pn. Nurul Aida Binti Ali
AJK Buku Program : Pn. Nadiah Binti Hassan Nordin
AJK Makanan : Cik Siti Noroni Binti Omar
Pn. Nadiah Binti Hassan Nordin
AJK Peralatan : Pn. Norhaslinda Binti Mohd Yusoff
Pn. Nurul Aida Binti Ali
AJK Jurufoto dan Dokumentasi : Pn. Siti Zainab Binti Mohamat

9. JADUAL PROGRAM
Bil. Aktiviti Tarikh Tindakan
1. Mengemas ruang luar 16-19 Januari 2023 - En. Mohd nazri Bin
dan dalam stor, Hamzah,
menyimen lantai stor dan - Pn. Siti Zainab Binti
mengecat stor. Mohamat
- Murid PPKI
2. Membersih kawasan kaki 16-19 Januari 2023 - Pn. Norhaslinda Binti
lima PPKI, mengecat dan Mohd Yusoff,
melukis mural. - Pn. Nadiah Binti
Hassan Nordin
- Murid PPKI
3. Bilik guru dan bilik 16-17 Januari 2023 - Cik Siti Noroni Binti
darjah Omar,
- Pn. Nurul Aida Binti
Ali
- Murid PPKI

3
Bil Kawasan Ketua dan kumpulan yang terlibat
.
1. Bilik guru dan bilik darjah Cik Siti Noroni Binti Omar, Pn. Nurul
Aida Binti Ali dan Murid PPKI
2. Stor En. Mohd nazri Bin Hamzah, Pn. Siti
Zainab Binti Mohamat dan Murid PPKI
3. Kawasan kaki lima PPKI Pn. Norhaslinda Binti Mohd Yusoff, Pn.
Nadiah Binti Hassan Nordin Dan Murid
PPKI

10. PELAKSANAAN PROGRAM

8
9
10
Tarikh : 16 - 19 Januari 2023
Masa : 8.00 Pagi -1.00 Tengah hari
Tempat : Stor Pertanian, Kaki lima PPKI dan Kelas PPKI

11. IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran kos keseluruhan program adalah seperti berikut:

Bil Perbelanjaan Kuantit Harga (RM) Sumber


. i
1. Simen (3) 3 kampit RM 66.00 Peruntukan kerajaan (PCG)
2. Pasir (lori kecil) 1 lori RM 150.00
3. Thinner 1 tin RM 28.00 - LPBT (RM579.00)
4. Berus
- 1” 2 unit RM 4.00
- 2” 2 unit RM 7.00
- 3” 2 unit RM 13.00
- 4” 2 unit RM 14.00
- Roll 3 unit RM 13.50
5. Super matex 145 brillant 1 tong RM 90.00
white 18L
6. Super matex 145 deep 2 tong RM190.00
base 4.5L
Bekas cat 1 unit RM 3.50
Jumlah RM 579.00

12. KESIMPULAN
Adalah diharapkan program gotong-royong cuci ria PPKI yang dirancang ini akan
mendapat sokongan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Kami berharap agar
program ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan, bagi melancarkan program yang telah

4
dirangka ini. Semoga program yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif dengan
jayanya. Mudah-mudahan program ini akan memberi kebaikan kepada semua warga PPKI
SMK Dato` Shamsudin Nain disamping mengeratkan lagi ukhwah diantara murid, guru dan
PPM.

13. PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN YANG DIPOHON

Program Pendidikan Khas Integrasi memohon pertimbangan Tuan Pengetua, SMK Dato’
Shamsudin Nain, Negeri Sembilan untuk meluluskan Program Gotong-royong Cuci Ria
PPKI.

14. PENGESAHAN PERUNTUKAN PENGURUSAN


Baki Peruntukan Terkini:

Peruntukan Baki Terkini Jumlah Baki


Dipohon

Peruntukan kerajaan (PCG) LPBT RM 3356.13 RM579.00 RM 2777.13

***Unit Kewangan SMK Dato’ Shamsudin Nain

15. Disediakan oleh:

……………………………………….
(MOHD NAZRI BIN HAMZAH)
Penyelaras Program,
Program Gotong-Royong Cuci Ria PPKI.
10/01/2023

16. Disemak oleh,

………………………………..
(AB. HALIM BIN A. HAMID)
PK Pendidikan Khas.
10/01/2023

17.KEPUTUSAN / ULASAN PENGETUA SMK DATO’ SHAMSUDIN NAIN

5
Permohonan untuk Program Gotong-royong Cuci Ria PPKI pada tarikh seperti tercatat di atas
*diluluskan / tidak diluluskan dengan syarat memenuhi semua pekeliling kewangan dan arahan
perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

………………………………………..
(TUAN HAJI ISMAIL BIN SAMAH)
Pengetua.
10/01/2023

KERTAS KERJA
==================================================================

PROGRAM GOTONG-ROYONG
CUCI RIA PPKI
==================================================================

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NAZRI BIN HAMZAH

6
SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN DATO’ SHAMSUDIN NAIN
JALAN LINSUM, 71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel: 06 694 1593
Fax: 06 694 1529
E-mel: nea4116@moe.edu.my

You might also like