You are on page 1of 3
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks & Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA Tel : +603-88849586 (Aras 3) +603-88849370 (Aras 4) Faks : +803-88849315 Laman Web : www.moe.gov.my Ruj Kami : KPM.600-17/1/18 Jid.6 (37) Tarikh : > April 2023 ‘SemuaKetua Bahagian ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, PERINGATAN TERHADAP TINDAKAN KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan media bertarikh 4 April 2023 telah melaporkan kejadian sebanyak 18 kluster COVID-19 dan 11 daripadanya merupakan kluster pendidikan dalam tempoh minggu epidemiologi (ME)1/2023 hingga ME 13/2023. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius perkara ini dan sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid/pelajar di institusi pendidikan terpelihara. Oleh itu, selaras saranan pihak KKM untuk mengawal dan mencegah penularan COVID-19, pihak institusi pendidikan diingatkan agar mengambil tindakan berikut: i. menggalakkan murid/pelajar, guru dan kakitangan untuk membuat penilaian kendiri tahap kesihatan serta tidak hadir ke institusi pendidikan jika bergejala atau positit COVID-19; i, menjalankan saringan bergejala terhadap murid/pelajar, guru dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan institusi pendidikan; ii, memperkasa peranan ibu bapa/penjaga untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak yang bergejala atau positif COVID-19 ke institusi pendiikan; iv. memberi penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid/pelajar, guru, kakitangan serta ibu bapa/penjaga mengenai jangkitan COVID-19: v. member! taklimat keselamatan kepada pinak penyedia perkhidmatan sokongan dan membuat penegasan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19; 2 ‘Sia caiathan rjoken Bahagln in apabia borhubur KPM.600-17/1/18 Jid.6 (37) vi. mengambil tindakan segera terhadap murid/pelajar yang bergejala atau Positif COVID-19 berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh KKM; vii, menyediakan bilik isolasi bagi tujuan menempatkan murid/pelajar yang bergejala atau positif COVID-19 secara berasingan sebelum mendapatkan rawatan; dan vil, menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan dari semasa ke semasa supaya tindakan pencegahan dapat segera diambil. : 4. Di samping itu, pihak institusi pendidikan hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pihak pejabat kesihatan daerah (PD), KKM bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal dengan berkesan. 5. YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan perlu mengingatkan plhak institusi pendidikan bawah pentadbiran masing-masing supaya merujuk dan mematuhi saranan KKM dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid/pelajar dan warga institusi pendidikan, 6. _Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato/tuan/puan, Sekian “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya y4ilg menjalankan emanah, Ji AZMAN BIN HAJI ADNAN) Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia sk 1. YB Menterl Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2. YB Timbalan Menteri Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Sia cafatkan nyjikan Banagian Wt apabia barubang KPM.600-17/1/18 Jid.6 (37) 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Semua Timbalan Ketva Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Semua Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia ‘Sia catatkan ryukan Bahagian i apabie borhubing

You might also like