You are on page 1of 25

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 Ringkasan Eksekutif atau Abstrak

2 Pengenalan

3 Tujuan

4 Latar belakang perniagaan

5 Latar belakang pemilik

6 Latar belakang projek

7 Rancangan Organisasi

8 Rancangan Pemasaran

9 Rancangan Pengeluaran atau Operasi

10 Rancangan Kewangan

11 Jadual Perlaksanaan Projek

12 Rumusan

13 Lampiran / Dokumen Sokongan

1
1.0 ABSTRAK

Sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam bidang kosmetik, Lianis’Na Collection
menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat
umur. Untuk pengetahuan umum, bidang kosmetik merupakan satu bidang yang sedang
meningkat naik pada masa kini dengan memonopoli pasaran sebagai salah satu industri
yang mendatangkan hasil jualan yang tertinggi saban tahun. Oleh itu, syarikat ini mempunyai
potensi yang sangat tinggi untuk berkembang dek permintaan yang sangat tinggi daripada
pengguna terhadap produk kesihatan dan kecantikan. Perancangan di bawah menjelaskan
tentang strategi pemasaran dan analisis kewangan bagi syarikat Lianis’Na Collection

2
2.0 PENGENALAN

2.1 Perniagaan Yang Diceburi

Pada zaman moden ini, produk kecantikan merupakan barangan asas kepada
kebanyakkan individu. Produk kecantikan diperlukan untuk melindungi dan
mengekalkan kelicinan kulit terutamanya golongan wanita.

Pemanasan global kini menyebabkan masyarakat sering terdedah kepada


sinaran matahari, habuk, kuman dan lain-lain yang boleh menyebabkan pelbagai
jenis penyakit kulit. Maka, bagi mengatasi masalah kulit yang dihadapi, syarikat kami
telah mengeluarkan produk kecantikan jenama Lianis’Na. Herba yang digunakan
dalam menghasikan produk ini terdiri daripada temulawak kunyit dan campuran
daripada susu kambing.

Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Lianis’Na telah


menyediakan tiga jenis produk iaitu pencuci muka, pelembap muka dan krim pemutih
muka. Perniagaan ini amat menitikberatkan tentang cara penggunaan yang betul dan
sangat peka terhadap penjagan kulit wajah. Ini bagi menggelakkan sebarang bentuk
penyalahgunaan yang boleh memberi kesan negatif kepada kulit wajah.

Merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kecantikan maka


nama syarikat kami ialah Lianis’Na Collection dan produk yang dihasilkan ialah
Heyday. Visi syarikat kami adalah menjadi salah satu syarikat pengeluaran produk
kecantikan yang terkenal. Misi syarikat kami pula adalah mengeluarkan produk yang
berkualiti dan menepati keperluan serta keinginan pengguna. Objektif syarikat kami
ialah kecantikan kulit wajah para pelanggan

Lianis’Na beroperasi di 43-2 & 43-3, Jalan Warna Warni, 15000 Kota Bharu,
Kelantan. Lokasi itu dipilih kerana pasaran disitu kurang tepu dan tidak banyak
persaingan. Ini membuatkan perniagaan berkembang maju. Hanya terdapat satu
kedai produk kecantikan iaitu Nona Enterprise yang menjual jamu-jamu serta produk
kosmetik yang terletak berhampiran dengan Lianis’Na Collection.

3
3.0 TUJUAN

Tujuan utama rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk menyakinkan pihak
yang bekerjasama dengan syarikat kami seperti pihak pemiutang iaitu institusi kewangan
dan pihak pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang dijalankan ini berpotensi untuk
maju. Rancangan perniagaan yang terperinci turut menjadi garis panduan kepada pihak
pengurusan dalam mentadbir urusan Lianis’Na Collection.

Tujuan penyediaan rancangan perniagaan adalah untuk membolehkan usahawan


memahami projek atau perniagaan dengan lebih mendalam. Selain itu, ianya dapat
meyakinkan para pembekal untuk memberikan kemudahan kredit dalam pembelian bahan
mentah. Rancangan perniagaan juga turut disediakan kepada institusi kewangan bagi
memudahkan permohonan pembiayaan projek melalui skim, pinjaman untuk perniagaan
yang dijalankan. Disamping itu, ianya memudahkan kakitangan untuk membantu syarikat
bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Objektif perniagaan ini diwujudkan adalah untuk memberi jaminan kepada pengguna supaya
kulit wajah mereka sentiasa kelihatan cantik. Oleh itu, selaras dengan misi syarikat iaitu
mengeluarkan produk yang berkualiti dan menepati keperluan dan keinginan pengguna dan
juga mencapai visi syarikat untuk menjadi salah satu syarikat pengeluar produk kecantikan
yang terkenal.

4
4.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat Lianis’Na Collection


Tagline syarikat Kemana-mana tetap cantik
Nombor pendaftaran F18802
perniagaan
Alamat surat-menyurat 43-2 & 43-3, Jalan Warna Warni, 15000
Kota Bharu,
Kelantan.
Nombor telefon 09-7433853
Alamat laman web http://www.lianisnacollection.com
Bentuk pemilikan Perniagaan perkongsian
perniagaan
Kegiatan utama dan Menjual produk kecantikan
sampingan
Tarikh pendaftaran 03 Februari 2018
Modal permulaan RM 500 000.00
Nama bank MayBank
Jenis akaun Akaun Semasa
Nombor akaun 1250251105251152

5
Perniagaan ini didaftarkan pada 03 Februari 2018. Idea penubuhan perniagaan ini
bermula dengan sambutan terhadap produk kecantikan yang amat memberansangkan. Hal
ini seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap import produk
kecantikan dari luar negara. Selain itu, permintaan terhadap produk kecantikan juga amat
menggalakkan kerana sasaran pasaran yang sangat luas.

Syarikat kami beroperasi di 43-2 & 43-3, Jalan Warna Warni, 15000 Kota Bharu,
Kelantan. Ini kerana lokasi tersebut tidak mempunyai ramai persaing dan pasaran nya
yang kurang tepu. Oleh kerana perniagaan kami beroperasi di dalam kawasan taman
perumahan majoriti penduduk disitu terdiri daripada kaum wanita bekerjaya dan juga
remaja. Mereka merupakan pelanggan kepada produk kecantikan yang kami keluarkan.

Perniagaan kami juga menjalanan jual beli produk secara online melalui laman web
http://www.lianisnacollection.com. Laman web ini dicipta dalam usaha untuk
mengembangkan lagi pasaran produk kami keseluruh dunia. Ini juga memudahkan
pengguna yang berada luar dari Malaysia untuk membeli produk kami. Laman web ini juga
dicipta bagi memudahkan pengedar-pengedar memperoleh produk kami dengan mudah.

Perniagaan kami berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 5 orang rakan kongsi
yang bertugas sebagai pengurus besar, pengurus sumber manusia, pengurus kewangan,
pengurus operasi dan pengurus pemasaran Syarat-syarat perkongsian yang dipersetujui
oleh kami adalah tertakluk dibawah Akta Perkongsian 1967. Modal permulaan bagi
syarikat kami ialah RM 800 000, dimana RM 300 000 adalah dari sumbangan rakan kongsi
manakala RM 500 000, lagi daripada pinjaman bank. Kami memilih perniagaan secara
perkongsian adalah kerana memudahkan untuk pencarian sumber modal dan juga
memudahkan pengurusan disetiap bahagian pentadbiran, kewangan, pengeluaran dan
pemasaran. Ini kerana setiap rakan kongsi diberi tanggungjawab mengetuai setiap jabatan
tersebut.

6
5.0 LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI

5.1 Latar Belakang Rakan Kongsi 1

Jawatan : Pengurus Besar


Nama penuh : Anis Suhana binti Suhaimi
No kad pengenalan : 881016-02-5504
Tarikh lahir : 16 Oktober 1988
Umur : 30 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : No.10 Taman Indah,15000 Kota Bharu, Kelantan.
No.Telefon : 016-2309320
Taraf perkhawinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar Keusahawanan, Bengkel Perdagangan
Taraf perkhawinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar Keusahawanan, Bengkel Perdagangan
Pengalaman : Ketua Pentadbiran
Kelulusan : Bachelor Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra
Malaysia ( UPM )
Modal Sumbangan : RM 100, 000

Nama rakan kongsi pertama bagi perniagaan Lianis’Na Collection ialah Anis Suhana binti
Suhaimi bernombor kad pengenalan 881016-02-5504. Berumur 30 tahun dan menetap di
alamat No.10 Taman Indah,15000 Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkelulusan dalam Ijazah
Saujan Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Kelulusan
tersebut membolehkan beliau memegang jawatan pengurus besar Lianis’Na Collection dan
dengan kelulusan itu juga dapat membantu beliau dalam mengurus segala hal ehwal
Lianis’Na Collection. Beliau juga pernah menghadiri kursus Keusahawanan dan Bengkel
Perdagangan , sewaktu menuntut di UPM, ianya memberi pengetahuan dan juga kemahiran
mengenai sesebuah perniagaan. Beliau juga berkemahiran dalam mentadbir sesebuah
perniagaan disebabkan pengalaman sebagai ketua pentadbiran di Kf Ceramic Trading.
Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sedikit sebanyak dapat membantu beliau sebagai
pengurus besar Lianis’Na Collection.

7
5.2 Latar Belakang rakan kongsi 2

Jawatan : Pengurus Sumber Manusia


Nama penuh : Siti Nur Husna binti Mohd Ezani
No kad pengenalan : 891111-02-5642
Tarikh lahir : 11 November 1989
Umur : 29 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : C3, Taman Gurun Jaya ,15000 Kota Bharu, Kelantan
No.Telefon : 014-2598377
Taraf perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar Keusahawanan, Kursus Pengurusan Syarikat
Pengalaman : Penolong Pengarah Eksekutif
Kelulusan : Diploma Pengurusan Sumber Manusia di Universiti
Teknologi Mara ( UITM )
Modal Sumbangan : RM 100 000

Nama rakan kongsi kedua bagi perniagaan Lianis’Na ialah Siti Nur Husna binti Mohd Ezani
bernombor kad pengenalan 89111-02-5642. Berumur 29 tahun dan menetap di C3, Taman
Gurun Jaya 15000 Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkelulusan dalam diploma pengurusan
sumber manusia di Universiti Teknologi Mara ( UITM ), Kedah. Beliau pernah menghadiri
Seminar Keusahawanan dan Kursus Pengurusan Syarikat. Kelulusan yang diambil dan
kursus-kursus yang pernah dihadiri dapat membantu beliau dalam mengurus serta
memotivasikan pekerja dalam kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan
perniagaan.

8
5.3 Latar Belakang rakan kongsi 3

Jawatan : Pengurus Operasi


Nama penuh : Siti Noorliyana binti Kamaruddin
No kad pengenalan : 901123-07-5399
Tarikh lahir : 23 November 1990
Umur : 28 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : L8, Taman Indah Permai, 15000 Kota Bharu, Kelantan
No.Telefon : 017-5868968
Taraf perkahwinan : Bujang
Kursus yang pernah dihadiri : Seminar Keusahawanan, Kursus Pengurusan Syarikat
Pengalaman : Penolong Penyelia, Pembantu Penolong Operasi
Kelulusan : Diploma Eksekutif Pengurusan ( Pentadbiran dan Operasi )
Modal Sumbangan : RM 100 000

Nama rakan kongsi ketiga bagi perniagaan Lianis’Na ialah Siti Noorliyana binti Kamaruddin
kad pengenalan 901123-07-5399. Berumur 28 tahun dan menetap di alamat L8, Taman
Indah Permai, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan diploma eksekutif pengurusan di
Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kursus yang pernah dihadiri ialah Seminar Pengurusan
Pengeluaran dan Operasi serta Bengkel Keusahawanan. Kursus dan bengkel yang dihadiri
ialah menerapkan kemahiran tentang pengurusan inventori serta kualiti keluaran produk.
Turut mempunyai pengalaman sebagai penolong penyelia serta pembantu penolong
operasi. Dengan pengalaman yang dimiliki, beliau dapat mengawal inventori perniagaan
serta kualiti keluaran produk.

9
6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Lianis’Na merupakan sebuah perniagaan mengeluarkan produk kecantikan yang akan


memulakan operasi pada 03 Februari 2018. Produk kecantikan yang akan dijual
merangkumi pencuci muka, pelembap dan krim pemutih muka.

Produk kecantikan yang pertama bagi Lianis’Na ialah pencuci muka. Pencuci muka yang
dijual oleh Lianis’Na merupakan pencuci muka yang sesuai digunakan untuk semua jenis
lapisan usia. Selain itu, ianya juga sesuai untuk dipakai oleh semua jenis kulit termasuk
mereka yang berkulit sensitif. Oleh kerana cuaca sekarang yang tidak menentu seperti
kemarau berpanjangan, hujan dan sebagainya, ini boleh menyebabkan kulit muka kita
menghadapi pelbagai kesan dan masalah kulit muka. Antara kesan dan masalah kulit muka
yang sering dialami ialah seperti kulit menjadi berminyak, kusam, bintik hitam dan
sebagainya. Oleh itu, pencuci muka Lianis’Na mampu untuk mengurangkan minyak,
menganjalkan kulit muka, mengurangkan dan menghilang bintik hitam serta jerawat dan
mengekalkan kesegaran kulit muka walaupun dalam keadaan cuaca panas.

Seterusnya, Lianis’Na juga mengeluarkan pelembab kulit muka yang turut juga sesuai
digunakan oleh semua jenis kulit dan lapisan umur. Pelembab wajah merupakan salah satu
bentuk perawatan wajah yang pasti sering digunakan pada masa kini. Pelembab wajah
biasanya terdiri dari berbagai mineral dan juga vitamin serta campuran dari air yang dapat
membantu melembabkan wajah. Ianya boleh didapati dalam bentuk krim, yang juga dikenal
dengan nama “day cream”. Antara kelebihan pelembab yang dikeluarkan oleh Lianis’Na
adalah seperti melembabkan kulit muka agar selalu terlihat segar, mencegah kulit wajah
daripada menjadi kering, kulit akan sentiasa terasa lembab dan juga tidak menjadi kering.
Selain itu, ianya juga menjaga kulit wajah dari paparan sinar ultraviolet dan pelembab wajah
juga memiliki beberapa kandungan mineral dan juga vitamin yang baik untuk kesihatan kulit
wajah.

Produk kecantikan Lianis’Na yang terakhir merupakan krim pemutih kulit muka. Krim
pemutih itu berfungsi untuk mendapatkan kulit yang putih, bersih dan terhindar daripada
noda seperti sel-sel kulit mati, barut jerawat dan sebagainya. Berbeza dengan produk
kecantikan lain, ianya adalah 100% selamat dan semulajadi. Semua jenis produk yang
dikeluar oleh perniagaan Lianis’Na tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan ianya
selamat digunakan serta mendapat sijil halal. Sebagai penganut Islam pula, menggunakan
yang halal adalah yang dituntut dalam agama. Heyday adalah set penjagaan muka keluaran
Lianis’Na yang bertindak lembut serta tidak menghakis kulit. Selain itu, harga yang

10
dikenakan bagi setiap produk keluaran Lianis’Na adalah berpatutan mampu dimiliki oleh
pelanggan.

Antara kelebihan perniagaan Lianis’Na ialah dari segi pentadbiran perniagaan yang kukuh,
menawarkan harga yang kompetitif dan terletak di lokasi yang strategik. Setiap pekerja
telah diberi pendedahan tentang deskripsi kerja dan tahu tanggungjawab serta peranan
masing-masing. Ini dapat melancarkan aktiviti perniagaan. Peranan yang telah
dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi
kekuatan utama dalam mengurus perniagaan. Harga yang ditawarkan bagi setiap produk
adalah kompetitif. Harga diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan
dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah hampir sama
dengan pesaing yang ada di kawasan sekitar.

Seterusnya, kelemahan yang terdapat dalam perniagaan Lianis’Na ialah tidak mempunyai
ramai pelanggan tetap dan kurang dikenal berbanding produk kecantikan lain yang telah
lama wujud di pasaran. Perniagaan Lianis’Na merupakan perniagaan yang kurang ternama
jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain seperti Qu Puteh, De Herbs dan lain-lain.
Sebagai perniagaan baru semua pekerja Lianis’Na giat menjalankan promosi untuk
menarik lebih ramai pelanggan dalam usaha mengatasi persaing yang sedia ada

Analisis persekitaran luaran boleh mendedahkan peluang baru untuk keuntungan


dan pertumbuhan perniagaan. Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada
perniagaan untuk berkembang. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di
manfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding
pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru. Produk kecantikan merupakan
produk yang mendapat permintaan tinggi daripada ramai lelaki dan juga wanita. Imej
perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan. Perniagaan
atas talian yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk
terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk
mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.

Perubahan persekitaran luaran juga boleh hadir sebagai ancaman bagi sesuatu
perniagaan. Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran
yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan perniagaan. Perniagaan ini juga akan
bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang
memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan. Di sini pelbagai strategi perlu
diwujudkan bagi memastikan Lianis’Na tetap menjadi pilihan utama pelanggan. Persaingan

11
dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang
dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk
memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum
menyebabkan persaingan sengit kepada Lianis’Na untuk memasuki pasaran yang ada.

12
7.0 RANCANGAN ORGANISASI

PENGURUS BESAR
Siti NUr Husna binti
Mohd Ezani

PENGURUS SUMBER PENGURUS PENGURUS


PENGURUS OPERASI
MANUSIA PEMASARAN KEWANGAN PENGURUS KILANG
Siti Noorliyana binti
Anis Suhana binti Nur Dayana binti Nur Syakirah binti Abd Nu Hanani binti Nordin
Kamaruddin
Suhaimi Mohd Zubir Samad

7.1 SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA

Bil. Jawatan Bilangan Pekerja


1. 1Pengurus besar 1
2. 2Pengurus Sumber Manusia 1
3. 4Pengurus Operasi 1
4. 5Pengurus Pemasaran 1
5. 6Pengurus Kewangan 1
6. 7Pengurus kilang 1
7. 8Pekerja kilang 5
8. 9Penjaga kilang 1

13
7.2 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS

JAWATAN BIDANG TUGAS


 Mengenalpasti dasar-dasar syarikat dan merancang,
menentukan misi, visi dan membentuk peraturan dan
Pengurus prosedur syarikat.
besar  Memberi arahan kepada kakitangan bawahan
 Menyelesaikan masalah pentadbiran Lianis’Na
Collection dengan berkesan
 Menjaga kebajikan pekerja
 Sebagai pegawai perhubungan dengan pihak yang
berkepentingan dengan syarikat

 Bertindak selaku penyelia bagi pekerja bukan


pengurusan sebagai subordinatnya.
Pengurus  Bertanggungjawab dalam merancang,
Sumber mengorganisasi, memimpin dan mengawal pekerja
Manusia dan tugas dalam perniagaan.
 Membuat penyelarasan aktiviti selaras dengan
kehendak perniagaan
 Menguruskan hal ehwal perhubungan awam

 Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa


mencukupi bagi memenuhi keperluan pelanggan
 Membuat penyata keperluan stok dan inventori
Pengurus  Merekod jualan harian
Operasi  Memantau bahagian pengeluaran dalam menelitikan
produk yang dikeluarkan berkualiti tinggi.

 Memastikan hasil keluaran mendapat tempat di


pasaran dan memenuhi kehendak pelanggan
 Menyelia urusan promosi produk di samping
menghebahkan syarikat kepada orang ramai
 Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai
Pengurus pelanggan seperti potongan harga, pemberian
Pemasaran baucar , serta kad ahli

14
 Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat.
 Menyediakan penyata kewangan iaitu penyata
Pengurus untung rugi, penyata pendapatan dan penyata kira-
Kewangan kira
 Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan
menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk
dijadikan modal pusingan dan urusan-urusan lain
yang berkaitan dengan perniagaan

 menguruskan hal-hal berkaitan dengan operasi


Pengurus kilang
Kilang  memantau pekerja kilang melakukan kerja mereka
 memastikan mesin dan peralatan dalam keadaan
baik

 menghasilkan produk-produk syarikat dengan


Pekerja menggunakan mesin dan peralatan yang telah
Kilang disediakan di kilang pembuatan

 menjaga kilang dengan sebaiknya


Penjaga  memastikan semua mesin dan peralatan yang ada di
Kilang kilang berada dalam keadaan selamat

15
8.0 RANCANGAN PEMASARAN

Lianis’Na Collection menawarkan perkhidmatan rundingan yang amat mesra pelanggan.


Kebanyakkan pelanggan berpuas hati dengan layanan dan produk keluaran Lianis’Na Collection.
Sasaran pelanggan bagi perniagaan Lianis’Na Collectionn ialah kepada wanita-wanita yang
bekerjaya dan juga para remaja yang menjaga kecantikan kulit. Bilangan pelanggan yang sedia ada
bagi perniagaan ini ialah seramai 700 orang. Kebanyakkan pelanggan adalah tediri daripada wanita
bekerjaa yang berusia 30 tahun keatas. Harga pelbagai produk penjagaan muka yang dijual di
perniagaan Lianis’Na adalah berpatutan di mana pengguna adalah berkeupayaan utnuk membeli.
Kebanyakan pengguna produk keluaran perniagaan ini terdiri daripada golongan wanita yang
mempunyai keinginan untuk menggunakan produk kecantikan bebas bahan kimia.

Di Malaysia, pasaran produk kecantikan perniagaan ini semakin meningkat. Oleh itu, pasaran bagi
permintaan yang digunakan bagi perniagaan ini adalah pasaran domestik. Sasaran pasaran bagi
Lianis’Na Collection ialah tertumpu kepada penduduk sekitar Taman Ria Indah dan beberapa
kawasan sekitar Bandar Kota Bharu seperti Taman Tengku Anis, Taman Bandar Baru dan lain-lain.
Kota Bharu merupakan kawasan yang ramai penduduk dan dikenali sebagai pusat bandar kerana
mepunyai pelbagai kemudahan infrastruktur. Setelah produk ini mencapai peringkat yang lebih stabil,
perniagaan ini akan dikembangkan skop pasarannya menjadi lebih luas. Perniagaan ini juga
berhasrat akan mengembangkan pasaran sehingga peringkat antarabangsa. Selain itu, produk-
produk Lianis’Na juga akan dibuat penambahbaikan menggunakan teknologi yang semakin maju dan
dapat mempelbagaikan lagi jenis-jenis keluaran produk kecantikan. Permintaan tempatan terhadap
produk kecantikan semakin meningkat akibat kerana kehendak pelanggan yang ingin tampil cantik,
menawan dan anggun sentiasa, Disamping itu, produk kecantikan ini juga telah menjadi satu
barangan keperluan bagi kaum wanita kini. Oleh kerana, keadaan ekonomi sekarang yang agak stabil
menyebabkan kedudukan kewangan bertambah dan kuasa beli pelanggan juga turut bertambah.

Lianis’Na Collection mempunyai banyak pesaing tetapi Nona Enterprise amat memberi impak yang
besar kepada perniagaan ini. Hal ini kerana, Nona Enterprise menawarkan pelbagai jenama produk
kecantikan dan turut menjual jamu-jamu serta vitamin kecantikan. Perbezaan yang ketara antara
Lianis’Na Collection dan Nona Enterprise ialah produk serta harga yang ditawarkan. Lianis’Na
Collection menawarkan harga yang lebih rendah berbanding Nona Enterprise. Selain itu, Nona
Enterprise tidak mempunyai stok barangan yang mencukupi bagi sesebuah jenama produk
kecantikan yang dijual. Oleh kerana Nona Enterprise menjual pelbagai produk kecantikan, Lianis’Na
Collection memastikan produk yang dikeluarkannya sentiasa mencukupi serta manpu memenuhi
kehendak dan cita rasa pengguna.

16
Jadual dibawah menunjukkan ramalan jualan setiap bulan selama 2 tahun:

BULAN TAHUN TAHUN


PERTAMA KEDUA
( UNIT) ( UNIT )
1 30 000 70 000

2 42 050 92 000

3 56 370 100 600

4 68 900 102 030

5 78 890 103 000

6 84 000 111 000

7 90 965 120 000

8 90 965 121 000

9 92 150 125 000

98 320 130 000


10

11 100 650 134 000

12 103 560 200 000

JUMLAH 936 820 1 408 630

Lianis’Na Collection menetapkan agar produknya dapat memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna. Selain itu, perniagaan ini juga menitikberatkan kualiti produk yang dikeluarkan, ini
supaya bagi mengelakkan imej perniagaan tercemar. Lianis’Na Collection menjalankan promosi
secara agresif bagi meningkatkan imej perniagaan serta memaksimumkan keuntungan bagi

17
mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Bagi menarik minat pelanggan, Lianis’Na
Collection mewujudkan promosi keahlian untuk pelanggan yang selalu berurusan dengan
mereka. Ahli diberikan keistimewaan seperti potongan harga, barangan percuma serta cabutan
bertuah. Lianis’Na Collection melakukan promosi melalui media sosial. Malah, perniagaan ini
telah mewujudkan lama web sendiri iaitu http://www.lianisnacollection.com bagi memberi
maklumat terbaru kepada pelanggan tentang keluaran produk. Lianis’Na Collection selalu
berinteraksi dengan pelanggan melalui laman facebook dan instagram. Setiap komen dan
cadangan yang diberikan oleh pelanggan akan diambil kira. Perniagaan ini banyak
menggunakan khidmat pengiklanan di dalam radio, media cetak seperti majalah-majalah
megenai kecantikan dan kesihatan, meletakkan kain rentang di lokasi yan strategik serta
mengedarkan risalah.Ini banyak membantu Lianis’Na untuk berdiri dengan lebih kukuh. Setiap
promosi yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang banyak kepada Lianis’Na
.Perniagaan ini mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iatu “ zero-level channel” yang
merupakan jualan secara langsung dari pengeluar kepada pengguna, “one-level channel” iaitu
pengeluar jual kepada peruncit dan peruncit jual kepada pengguna. Dalam strategi “zero-
channel” perniagaan ini akan mengedarkan produk kecantikan Lianis’Na kepada pengguna
secara langsung tanpa penghantaran. Tujuan perniagaan memilih strategi ini adalah untuk
memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan produk kecantikan. Melalui strategi “one-
channel” perniagaan akan mengedar produk kecantikan Lianis’Na keluaran perniagaan kepada
pihak stokes atau pengedar yang seterusnya akan memasarkannya kepada pegguna.Strategi
ini dapat membantu perniagaan menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak
perlu menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain.
Dengan menggunakan strategi ini perniagaan dapat merendahkan risiko perniagaan dengan
membahagikan produk kepada pengedar-pengedar berlaku masalah, perniagaan juga tidak
perlu risau tentang keuntungan perniagaan kerana terdapat pengedar lain yang akan
menyumbangkan keuntunga kepada perniagaan.

18
9.0 RANCANGAN OPERASI

Lianis’Na mengeluarkan tiga jenis produk iaitu pencuci muka, pelembab dan krim pemutih muka.
Anggaran jumlah produk bagi pencuci muka ialah sebanyak 300 000 unit manakala pelembab
dianggarkan sebanyak 200 000 unit dank rim pemutih muka sebanyak 580 000 unit dalam tempoh
sebulan.

Pelbagai bahan mentah yang diperlukan untuk mengeluarkan produk Lianis’Na. Antara bahan mentah
yang diperlukan ialah seperti temulawak, susu kambing, air, pati herba, zat pemutih dan pati bunga-
bungaan. Produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah yang dibeli daripada Acu Tra Resource
M Sdn Bhd, AgrowBionest Sdn Bhd, Alamaq Trading dan Cambridge Herbal Sdn Bhd. Belian dibuat
secara tunai dan juga kredit. Bagi menghasilkan produk ini, perniagaan menggunakan mesin seperti
blender mixer, boiler compressor, shearline dan trimmer quality controlle machine. Perniagaan ini turut
mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok-stok tempahan. Bagi menarik
perhatian pelanggan, kami mempamerkan produk kami didalam rak dan almari kaca. Untuk
memudahkan urusan perniagaan, Lianis’Na menyediakan kemudahan teknologi untuk perniagaannya
seperti telefon pejabat, mesin faks, komputer dan mesin juruwang.

Selain itu, perniagaan juga perlu menanggung kos-kos pengeluaran bagi menghasilkan produk
Lianis’Na. Antara kos-kos yang perlu ditanggung adalah seperti kos pengangkutan seperti van, sewa
bangunan, bil air dan bil elektrik serta upah pekerja dan lain-lain lagi. Perniagaan ini mengambil
seramai 7 orang pekerja di bahagian operasi.

19
CARTA ALIRAN PROSES

Penerimaan bahan mentah

Perebusan Pendidihan Pembuatan


kotak

Pergaulan Bahan

Pemeriksaan kualiti 1

Pembotolan

Pembungkusan

Pemeriksaan Kualiti 2

Penyimpanan

20
10.0 RANCANGAN KEWANGAN

LINANIS’NA COLLECTION

PENYATA UNTUNG & RUGI PADA 31 DISEMBER 2016

RM RM
Kos Jualan 936 820
Tolak: kos barang untuk dijual 84 400
Untung Kasar 852 020

Tolak: Belanja
Belanja pemasaran 268 800
Belanja pentadbiran 212 400
Belanja kewangan 20 600
Belanja susut nilai van 4 200
Belanja susutnilai peralatan pejabat 170
Belanja susutnilai mesin pemproses 35 000
Belanja susutnilai perabot 280
Belanja susutnilai komputer 410

541860
Untung Bersih 310 160

LINANIS’NA COLLECTION

PENYATA UNTUNG & RUGI PADA 31 DISEMBER 2017

RM RM
Kos Jualan 1 408 630
Tolak: kos barang untuk dijual 83 300
Untung Kasar 1 325 330

Tolak: Belanja
Belanja pemasaran 387 520
Belanja pentadbiran 314 010
Belanja kewangan 21 700
Belanja susut nilai van 6 300
Belanja susutnilai peralatan pejabat
170
Belanja susutnilai mesin pemproses
Belanja susut nilai perabot 35 000
Belanja susut nilai komputer 280
410
765 390
Untung Bersih 559 940

21
LIANIS’NA COLLECTION
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2016

RM RM RM
ASET BUKAN SEMASA
Van 60 000
(-) susut nilai terkumpul 4 200
55800
Peralatan pejabat 2 500
(-) Susut nilai terkumpul 170
2 330
Mesin pemproses 500 000
(-) Susut nilai terkumpul 350 000
465 000
Perabot 3 500
(-) Susut nilai terkumpul 280
3 220
Komputer 5 000
(-) Susut nilai terkumpul 410
4 590

530 940
ASET SEMASA
Tunai 388 600
Stok akhir 153 470
Penghutang 30950
573020
TOLAK: LIABILITI SEMASA
Pemiutang 6 200
579 220
1 110 160
EKUITI
Modal 300 000
Untung bersih 310 160
LIABILITI BUKAN SEMASA 610 160
Pinjaman
500 000
1 110 160

22
LIANIS’NA COLLECTION
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2017

RM RM RM
ASET BUKAN SEMASA
Van 100 500
(-) susut nilai terkumpul 6300
94200
Peralatan pejabat 2500
(-) Susut nilai terkumpul 170
2 330
Mesin pemproses 500 000
(-) Susut nilai terkumpul 35 000
465 000
Perabot 3 500
(-) Susut nilai terkumpul 280

Komputer 5 000 3220


(-) Susut nilai terkumpul 410
4500
569 250

ASET SEMASA 577 910


Tunai 180 700
Stok akhir 40 900
Penghutang
799 510
TOLAK: LIABILITI SEMASA
Pemiutang 5 810
Akaun belum bayar 3280
9 090
790 420
1 359 940
EKUITI PEMILIK
Modal
300 000
Untung bersih
559 940

859 940
LIABILITI BUKAN SEMASA
Pinjaman 500 000
1 359 940

23
11.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

TUGASAN BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8

Mengenal pasti produk

Membuat penyelidikan asas tentang produk

Membina formula untuk kandungan produk

Mengumpul bahan mentah

Memulakan proses pembuatan produk

Membuat ujian dermatologi ke atas produk

Membuat permohonan pengiktirafan sijil Halal dan KKM

Menghantar kertas kerja perniagaan

Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Membuka perniagaan di lokasi pilihan dan mula beroperasi

Mempergiat promosi dan pemasaran produk

24
12.0 RUMUSAN

Kertas kerja perniagaan ini sangat membantu syarikat Lianis’Na Collection untuk lebih bersedia
dan membuat perancangan yang rapi bagi menjamin keberlangsungan syarikat ini dalam
bidang perniagaan kosmetik. Berdasarkan segala butiran lengkap yang telah dibentangkan
dalam kertas kerja perniagaan ini tentang projek yang ingin dijalankan, syarikat Lianis’Na
Collection menjangkakan bahawa untung bersih yang bakal dijana oleh syarikat melalui projek
ini kian meningkat saban tahun. Hal ini menunjukkan bahawa projek yang ingin dilaksanakan ini
dapat menjamin masa depan syarikat.

25

You might also like