You are on page 1of 25

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PUSAT KUALA LUMPUR

SEMESTER OKTOBER 2022 (JA222)


BPME2023 - KREATIVITI & INOVASI

Tugasan 2 (Kumpulan): Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk

THERMOMIX
Produk Multifunctional Food Processor Oleh Syarikat VORWERK

Nama Pensyarah:
En. Mohamad Yusop Bin Mohd Jani

Disediakan Oleh (Kumpulan 2):

No ID Pelajar Nama Pelajar No Telefon


1. 274188 Ilyana Bt Malik 012 7662453
2. 274884 Mohd Faizul Bin Md Yasin 012 3720362
3. 288688 Nur Farhanisha Adlina Binti Mohd Alpatah 013 2803736
4. 274567 Nurul Shazrina Nuryana Bt Junaiddin 018 9417368

Tarikh Serahan:
Disember 2022
Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 2


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

SENARAI ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................................5

2.0 LATAR BELAKANG PRODUK................................................................................................6

3.0 ULASAN BERKAITAN FUNGSI DAN KEGUNAAN PRODUK..........................................9

4.0 ULASAN KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI YANG DIAPLIKASI DALAM

PRODUK...........................................................................................................................................12

5.0 CADANGAN KONSEP ATAU KAEDAH KREATIVITI & INOVASI BAGI

MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI PRODUK......................................17

6.0 KESIMPULAN...........................................................................................................................20

7.0 RUJUKAN...................................................................................................................................22

8.0 LAMPIRAN................................................................................................................................23

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 3


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

1.0 PENGENALAN

Bidang disiplin ilmu berkaitan kreativiti dan inovasi telah berkembang pesat dan menjadi

pemangkin kepada tercetusnya kejayaan bagi sesebuah perniagaan sehingga mampu berdaya saing di

pasaran antarabangsa. Malah, inovasi dilihat sebagai fungsi utama dalam bidang keusahawanan dan

hasil bagi kreativiti terhadap sebarang produk atau servis yang ingin dikeluarkan, selain juga

menyediakan sumber atau penambah nilai komersial kepada peluang yang boleh dipelopori oleh para

usahawan. Perspektif inovasi yang dimaksudkan disini bukanlah hanya sekadar satu idea semata-mata,

dimana idea tersebut akan melalui proses transformasi kesan daripada pemikiran kreatif yang bertukar

kepada pembangunan produk atau perkhidmatan yang bersifat inovatif dan sedia untuk dipasarkan.

Lebih-lebih lagi, kini dengan kehadiran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang

membawa bersama perkembangan teknologi baharu akan merancakkan lagi perubahan inovasi ini

terhadap penggunaan teknologi pengkomputeran dan pengautomasian dalam perniagaan. Memetik

laporan berita yang telah diterbitkan oleh (DagangNews.com, 2022), ada menyebut bahawa kewujudan

sebuah ekosistem keusahawanan yang dipacu oleh inovasi berasaskan pasaran akan membantu

mempercepatkan idea penyelidikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan lantas memenuhi

kehendak pasaran. Oleh itu, landskap perniagaan yang berinovasi ini bukan sahaja bermanfaat dengan

wujudnya teknologi, malah menyumbang satu impak besar kepada pengeluar produk dan turut

memberi inspirasi kepada para inovator dengan penggunaan teknologi yang dinamik.

Justeru, melalui tugasan kumpulan berkaitan laporan kajian kreativiti dan inovasi terhadap

produk yang kami pilih iaitu produk Thermomix ini, kami akan membincangkan perihal latar belakang

produk yang telah dipilih. Seterusnya, mengulas lebih lanjut mengenai fungsi dan kegunaan produk

serta menganalisis secara terperinci terhadap konsep kreativiti dan inovasi yang diaplikasi dalam

produk tersebut. Di samping itu, kami juga akan memberikan beberapa cadangan konsep atau kaedah

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 4


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

kreativiti dan inovasi kepada syarikat pengeluar bagi meningkatkan lagi daya kreativiti dan inovasi

produk keluarannya ke arah pembangunan produk yang inovatif, mampan dan berdaya saing.

2.0 LATAR BELAKANG PRODUK

Thermomix adalah merupakan produk jenis perkakasan dapur pintar pelbagai guna yang

dihasilkan oleh Kumpulan Korporat Vorwerk. Konsep penghasilan jenama produk ini bermulanya

diasaskan di negara Jerman apabila seorang wanita yang sedang mencari alat perkakas dapur yang

boleh mengisar makanan menjadi bentuk kepingan kecil dan pada waktu yang sama alat tersebut juga

datang dengan kebolehan untuk memasak. Apabila pengasas juga selaku inovator kepada produk

Thermomix ini iaitu Carl Vorwerk mengetahui permasalahan tersebut, beliau bertekad untuk

mendapatkan jalan keluar bagi penyelesaian masalah yang dihadapi wanita itu. Makanya pada tahun

1961, beliau telah mereka cipta satu produk pengisar Thermomix daripada siri model yang dipanggil

VKM5 yang hanya memiliki 7 fungsi utama proses memasak seperti mengacau, mencincang, menguli,

mengisar, memarut, mencampur dan memerah jus.

Justifikasi

inovasi pembangunan produk ini menggabungkan elemen pengisar dan pemanas secara serentak yang

pertama berlaku sekitar tahun 1970 dan datangnya daripada idea pengarah urusan Vorwerk France

sendiri bertujuan untuk membuat masakan sup pekat dan makanan khusus bayi. Menurut

(Thermomix.com.my, 2022), perkataan Thermomix itu ialah perkataan hybrid yang berasal daripada

bahasa Yunani (thermos) bermaksud pemanasan dan bahasa Inggeris (mixture) yang membawa makna

campuran. Vorwerk pula ialah sebuah kumpulan korporat antarabangsa jenis milikan perkongsian

terhad yang telah ditubuhkan pada tahun 1883 dan ibu pejabatnya bertapak di Wuppertal, Jerman.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 5


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Pada awal kemunculan gergasi besar Jerman ini, syarikat hanya mengeluarkan permaidani berkualiti

tinggi dan upholstery fabric (seperti polyurethane foam, foam rubber dan latex) sahaja. Kemudiannya,

telah membangunkan motor gramofon pembersih hampagas tegak elektrik berprestasi tinggi (dengan

jenama Vorwerk Kobold) dan barulah mencipta perkakas dapur pelbagai fungsi pintar (jenama

Thermomix).

Kini, Thermomix merupakan satu jenama yang bukan sahaja paling pesat berkembang di

benua Eropah tetapi turut mendapat perhatian di negara Asia. Malahan, produk tersebut amat

didambakan oleh kebanyakan wanita kerana telah

terbukti memudahkan kerja-kerja memasak selain

menjimatkan masa sewaktu mereka berada di dapur.

Perkakas jenis multifunctional food processor ini

telah dihasilkan di kilang pembuatan milik syarikat

Vorwerk sendiri yang terletak di Perancis dimana

jurutera produknya terus kekal berinovasi sejajar

dengan kemajuan teknologi moden. Dan, yang paling

menarik adalah apabila produk keluaran syarikat ini

juga muncul sebagai produk paling laris di pasaran seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya satu

perkakas Thermomix telah dijual pada setiap 23 saat. Malahan, produk Thermomix kini telah

mempunyai 10 buah model sejak dikeluarkan pada tahun 1961. Setiap kali dikeluarkan, generasi

produk jenama tersebut telah mengalami proses kreativiti dan inovasi yang menakjubkan. Berikut

merupakan kesemua 10 buah model Thermomix yang telah dikeluarkan oleh syarikat Vorwerk di

pasaran dunia seperti:

1. Thermomix VKM5 (1961) 6. Thermomix TM3300 (1982)

2. Thermomix VM10 (dekad tahun 1960) 7. Thermomix TM21 (1996)

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 6


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

3. Thermomix VM2000 (1971) 8. Thermomix TM 31 (2004)

4. Thermomix VM2200 (1977) 9. Thermomix TM5 (2014)

5. Thermomix TM3000 (1980) 10. Thermomix TM6 (2019)

Thermomix TM6 mempunyai kuasa maksimum sebanyak 1500W dan kelajuan motornya

boleh dilaraskan dari 40RPM hingga 10700RPM serta ianya direka khas dengan perlindungan motor

elektronik untuk mencegah beban tenaga kuasa yang berlebihan. Oleh yang demikian, kami

berpandangan bahawa produk ini dijual pada harga premium kerana pengeluar mahu menghasilkan

satu produk inovasi yang berkualiti tinggi sejajar dengan aspek pembuatan produk tersebut yang

diperbuat daripada bahan sintetik bermutu tinggi dan besi keluli tahan karat. Selain itu, Thermomix

TM6 dilengkapi dengan sensor pengesanan suhu dan mempunyai sistem pemanasan bersepadu, di

samping ianya direkayasa dengan skrin sentuh warna bersaiz 6.8 inci yang mana pengguna boleh

memilih fungsi menu mod memasak serta sistem pengunci automatik untuk tujuan ciri-ciri

keselamatan produk.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 7


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

3.0 ULASAN BERKAITAN FUNGSI DAN KEGUNAAN PRODUK

Berbicara mengenai fungsi dan kegunaan produk Thermomix pula, ramai orang sudah sedia

maklum bahawa produk ini antara contoh produk inovasi bersifat pintar dan terbaik yang pernah

dicipta di dunia. Berdasarkan produk keluaran terbarunya iaitu TM6, ianya adalah peralatan memasak

24-dalam-1 berbilang fungsi yang ideal untuk semua orang yang ingin mengalami pengalaman

memasak sempurna. Sebagai tambahan kepada fungsi sedia ada iaitu mengacau, mengadun, mengisar,

menguli, mengocok, mencincang, menimbang, memasak, mengukus, mereneh dan mengemulsi.

Produk Thermomix TM6 telah menawarkan fungsi baharu untuk mengubah hidangan masakan yang

biasa menjadi hidangan berkualiti seperti di restoran mewah sejajar dengan tagline produk

pengeluarnya ‘Smart Kitchen Is Smart At Heart, And Always Getting Better’. Antara fungsi dan

kegunaan produk Thermomix TM6 yang telah kami kenal pasti sebagai kreatif dan berinovasi adalah

seperti berikut:

1. Fungsi Mod Sous Vide Dalam Memasak Bersuhu Tinggi Dengan Kadar Masa Singkat.

Merupakan suatu kaedah memasak di mana makanan dimasukkan ke dalam suatu bekas plastik

atau bekas kaca yang direndamkan di dalam air atau stim untuk jangka masa yang agak lama

berbanding tempoh memasak biasa (sehingga lebih 48

jam) pada tahap suhu yang perlu dikawal. Menurut

(Count Rumford, 2010), perkataan Sous Vide ini diambil

daripada bahasa Perancis yang membawa makna vakum

dan dalam kajiannya beliau mengujikaji pemanasan udara

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 8


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

menggunakan suhu yang rendah (dalam sebuah mesin pengering kentang ciptaannya) boleh

digunakan untuk memanggang daging sehingga lembut. Cara masakan ini bertujuan agar bahan

masakan dimasak dengan kadar suhu sekata dan mampu mengekalkan kelembapan isi

dalamannya. Namun, dengan produk Thermomix TM6 ini, tempoh masa memasak cara Sous Vide

adalah menjadi lebih singkat daripada kaedah memasak yang biasa diguna pakai (sekitar lebih

kurang sejam) dengan suhu sehingga 160 darjah celsius. Tahap ketepatan dan kemalaran suhu

memasak itu bergantung kepada jenis bahan mentah yang tersendiri kerana mod memasak yang

bersesuaian suhu akan mencipta dimensi rasa yang lebih baik, selain dapat mengekalkan nutrisi

makanan yang dimasak.

2. Fungsi Aplikasi Cookidoo® Yang Menjadi Akses Lengkap Buku Manual Resipi Masakan.

Produk Thermomix TM6 ini dilengkapi dengan sistem teknologi simpanan data memori yang

boleh memuatkan lebih daripada 75 ribu jenis resipi masakan dan mempunyai tatacara (manual)

memasak langkah demi langkah yang mudah untuk diikuti

oleh pengguna. Pengeluar produk telah memperkenalkan

fungsi baru ini secara kreatif dan lebih praktikal dimana

pengguna produk juga boleh mendaftar akaun melalui laman

web rasmi Thermomix untuk carian lebih banyak resipi

masakan baru secara atas talian. Menerusi layar kanta sentuh

yang ada pada fizikal produk, pengguna juga boleh mengakses aplikasi Cookidoo® atau The

Thermomix Recipe Chips ini secara terus dengan penggunaan internet / WiFi dimana menu

tersebut berfungsi bagi memuat turun pelbagai jenis resipi, cara-cara penyelenggaraan produk dan

informasi keselamatan. Dan yang paling menariknya, setiap input resipi baharu akan dikemaskini

dalam peranti Thermomix TM6 ini daripada pangkalan data Vorwerk secara tanpa wayar dengan

mudah pada bila-bila masa sahaja tanpa tiada sebarang kerumitan.

3. Fungsi Mod Pre-Clean Yang Pintar.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 9


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna produk generasi Thermomix sebelum ini adalah

kerumitan untuk proses mencuci perkakas setelah menggunakannya. Jadi, pengeluar memulakan

inovasinya dengan berfikir diluar kotak pemikiran

bertujuan memenuhi setiap keinginan pengguna yang

biasanya diluar jangkaan realiti. Justeru, produk

Thermomix TM6 ini didatangkan dengan kegunaan baru

iaitu mod pra-pembersihan yang akan membolehkan

pengguna mengeluarkan sisa-sisa makanan dengan mudah dan apa-apa konsentrasi pekat yang

melekit seperti saki-baki doh atau karamel yang berada di dasar mangkuk adunan boleh dicuci

dengan bersih. Hanya dengan memasukkan seliter air yang bercampur cecair pencuci atau cuka ke

dalam mangkuk adunan, pengguna boleh mengguna pakai fungsi mod pre-clean ini yang

mempunyai beberapa pilihan tertentu seperti cucian pantas (untuk pembersihan keseluruhan yang

cepat), cucian doh (cucian untuk membersihkan lebihan tepung mentah dan sisa doh) dan cucian

universal (untuk mencuci sisa jenis makanan lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa inovasi fungsi

mod pre-clean yang dicetuskan oleh pengeluar bukan sahaja bermanfaat kepada pengguna malah

juga mudah untuk dikendalikan.

4. Fungsi Varoma Untuk Mengukus Makanan (Steam Cooking).

Sebagaimana jenis perkasasan dapur biasa seperti mesin blender hanya mampu untuk mengisarkan

makanan sahaja. Namun dalam produk Thermomix TM6, pihak inovator Vorwerk telah

mengeluarkan satu inovasi baharu iaitu Varoma yang boleh

dikatakan hebat kerana menjadi sebahagian penting dalam

komponen produk ini bertujuan membolehkan pengguna untuk

mengukus makanan. Varoma terdiri daripada dulang dan tapa,

dimana dulang yang mempunyai kapasiti antara 2.5 liter ke 3 liter

ini membolehkan pengguna mengukus makanan berkuantiti besar

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 10


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

secara serentak, manakala tapa pula merupakan penutup yang digunakan bagi menutup dulang

sehingga wap haba lembap menyelimuti makanan dan menjadikannya lebih homogen (campuran

zat padat, cecair atau gas). Oleh itu, fungsi Varoma ini merupakan inovasi bijak yang telah

menambah nilai komersial yang sedia ada pada produk Thermomix dan bahkan tetapan khas ini

boleh diselia oleh pengguna dengan melaraskan suhu wap pada paparan pemilih suhu.

4.0 ULASAN KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI YANG DIAPLIKASI DALAM PRODUK

Dalam tempoh lebih kurang selama 60 tahun, proses kreativiti dan inovasi terhadap produk

Thermomix telah ditingkatkan fungsinya oleh pihak syarikat pengeluar. Inovasi yang diaplikasi dalam

dalam produk ini telah mengalami pendekatan baru bertujuan bagi memenuhi kehendak dan keperluan

yang disuarakan oleh pelanggan dan pengguna produk mereka sejajar dengan perkembangan teknologi

canggih yang pesat masa kini. Pencapaian inovasi dalam produk ini dapat dilihat dengan terhasilnya

produk yang menggabungkan 12 jenis peralatan yang berbeza dalam satu mesin pintar iaitu memotong,

menimbang, mencampurkan, mengisar, menguli, mengadun, mengukus, memasak, memukul,

pemanasan tepat, mengacau dan mengemulsi. Selain itu, produk ini juga menyediakan satu tablet skrin

sentuh khas pada permukaan produk secara kreatif yang dapat memaparkan sebanyak lebih 75 ribu

jenis resipi masakan dan makanan dari seluruh dunia berbanding penggunaan butang dan tombol pada

model keluaran sebelumnya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa produk Thermomix mengalami suatu

konsep proses inovasi yang berbeza pada setiap keluarannya dimana dalam setiap keluaran produknya

mengalami penambahbaikan yang luar biasa.

Justeru, kami telah mendapati bahawa perkembangan dan perubahan konsep bagi setiap

model dalam produk Thermomix ini dipraktikkan melalui empat jenis inovasi. Antaranya adalah

seperti:

1. Inovasi Penciptaan (Invention).

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 11


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Model Thermomix yang pertama telah dicipta oleh innovator Vorwerk iaitu Carl Vorwerk dengan

mempunyai satu fungsi sahaja ketika itu.Pada ketika itu tidak ada pengeluar yang mengeluarkan

produk yang sama dihasilkan.

2. Inovasi Pengembangan (Extension).

Melalui proses kajian kaji selidik terperinci serta mengambil tahu keperluan pengguna daripada

tindakan maklum balas produk Thermomix yang telah dibuat, maka pihak syarikat Vorwerk telah

melakukan proses revolusi terhadap produk keluaran mereka sesuai dengan kehendak pelanggan

dan konsep terkini penggunaannya seiring kepesatan dunia teknologi.

3. Inovasi Duplikasi (Duplication).

Pengeluar produk iaitu syarikat Vorwerk masih lagi mengekalkan fungsi asas (basic mode) serta

reka bentuk High-Tech yang telah dipatenkan seperti apa yang sedia ada pada produk sebagai

rujukan. Dan, pihak inovator secara kreatif melakukan sedikit perubahan tertentu pada model yang

terkini mengikut keperluan semasa sebagai contoh inovasi sistem pengunci automatik ada pada

produk Thermomix TM6 untuk tujuan ciri-ciri keselamatan produk tetapi tidak terdapat fungsi ini

pada produk keluaran sebelumnya.

4. Inovasi Sintesis (Synthesis).

Menurut penelitian kami, model-model Thermomix sebelum ini telah di duplikasi dan telah melalui

proses penambahbaikan pintar serta fungsi penggunaannya telah ditingkatkan semaksimum yang

boleh. Hal ini kerana belum lagi terdapat sebarang jenama produk pesaing yang mampu

mengeluarkan produk persis seperti keluaran Thermomix TM6 di pasaran. Ianya bukan sahaja dapat

mengurangkan beban tenaga pengguna sewaktu berada di dapur tetapi juga membantu pengguna

mengurangkan tempoh masa memasak dan membiarkan produk ini melaksanakan tugasnya sendiri.

Menurut para sarjana seperti (Frederick, H.H., Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M., 2007)

kreativiti disifatkan sebagai penghasilan idea baharu yang dapat meningkatkan keefisyenan dan

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 12


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

keberkesanan sesuatu sistem. Manakala, menurut sarjana (McFee, JK, 1978)) telah mentakrifkan

kreativiti adalah merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta sesuatu yang baru atau mampu

mengolah idea baharu yang lebih bermakna. Oleh yang demikian, jenama Thermomix juga boleh

dikatakan satu produk yang dihasilkan secara kreatif oleh pengeluar iaitu syarikat Vorwerk. Dalam hal

ini, Thermomix adalah contoh terbaik kombinasi antara produk lama dan baharu yang telah diolah cipta

bagi mempunyai peranan berikut:

i. Menyelesaikan masalah fungsi memasak dan tempoh proses kerja memasak bagi kaum wanita.

ii. Keluaran model produk diinovasikan mengikut citarasa dan kehendak pengguna sejajar kepesatan

dunia tekonologi.

iii. Menaikkan jenama produk dan pengeluar, serta mengetengahkan produk di pasaran antarabangsa.

iv. Pengeluar telah melahirkan ramai usahawan dengan sistem perniagaan yang kreatif iaitu

‘Thermomix Advisor’.

Secara ringkasnya, kami juga mendapati bahawa proses kreativiti dan inovasi terkini yang

diadaptasi dalam penghasilan produk jenama Thermomix dilihat telah dibangunkan mengikut Model

Inovasi dan Keusahawanan oleh (Bessant & Tidd, 2011) yang terdiri daripada empat fasa utama iaitu:

1. Fasa Pertama: Pengumpulan Pengetahuan, Latar Belakang Dan Mengenal Pasti Peluang.

Syarikat Vorwerk telah membuat pengumpulan data maklumat melalui pemerhatian, maklum balas

daripada pelanggan setia mereka serta kajian terhadap pembangunan dan penyelidikan (R&D)

selama tempoh bertahun-tahun. Hal ini kerana bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci dan

untuk meneroka sumber teknologi yang sesuai serta relevan dengan produk mereka.

2. Fasa Kedua: Proses Inkubasi Untuk Mendapatkan Sumber.

Jika diamati, kami dapat melihat wujudnya jurang tempoh tahun untuk setiap kali produk baharu

Thermomix ingin dikeluarkan. Rasionalnya, ini adalah bagi memberi ruang kepada pereka bentuk

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 13


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

asas, inovator dan kumpulan kreatif pengeluar untuk mencari idea bersifat ke depan atau semasa

serta mengumpulkan sumber maklumat berkaitan kehendak dan keperluan pengguna.

3. Fasa Ketiga: Membangunkan Usaha Teroka Dan Pengalaman Idea.

Ini merupakan fasa dimana syarikat Vorwerk telah mendapat jawapan bagi setiap persoalan yang

dikemukakan kepada pengguna terhadap maklum balas produk terdahulu. Di dalam fasa ini, idea

inovasi bagi menghasilkan produk yang kreatif sudah difikirkan. Ianya juga dikenali sebagai

‘Faktor Eureka’ dimana langkah-langkah mengusaha cipta produk baharu akan sedia dibentuk.

4. Fasa Keempat: Pelaksanaan Dan Penilaian Terhadap Inovasi Penciptaan.

Pada fasa terakhir ini, pengeluar produk Thermomix telah mengenal pasti idea dan reka bentuk

produk yang akan diinovasi berdasarkan kepada pengalaman yang lepas dan berusaha

menggabungkan kesemua sumber yang diperlukan termasuklah penggunaan teknologi yang

terkini. Ini dapat dilihat pada reka bentuk dan penghasilan model baharu Thermomix TM6 dimana

reka bentuknya adalah sangat moden, sudah dipatenkan, serta mengalami suatu revolusi yang luar

biasa berbanding model lain yang keluar sebelumnya dan produk pesaing.

Di samping itu, berkaitan konsep kreativiti dan inovasi yang di aplikasi dalam produk

Thermomix pula, dapat dilihat bahawa produk ini sememangnya mempunyai keunikkan yang

tersendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa produk perkakas dapur tersebut memiliki kelebihan strategik

melalui proses inovasi yang telah dihasilkan iaitu:

1. Keaslian Di Dalam Penawaran Produk Dan Perkhidmatan.

Syarikat pengeluar iaitu Vorwerk telah mengeluarkan satu produk yang tidak dilakukan oleh

mana-mana pesaing mereka. Mereka telah mempatenkan jenama dan reka bentuk produk supaya

ianya kekal asli mahupun tulen. Dan, ini menjadikan produk tersebut sebagai satu harta intelek

yang sah dan mempunyai hak cipta produk yang tidak boleh ditiru.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 14


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

2. Mekanisma Kompleksiti.

Pengeluar produk telah menghasilkan satu produk dimana pesaing mereka sendiri tidak

mempunyai kepakaran khas untuk menghasilkan benda yang sama. Ianya juga menghasilkan

sebuah buku manual panduan memasak secara digital yang unik iaitu The Thermomix Recipe

Chips atau lebih dikenali sebagai Cookidoo®. Dengan menggunakan skrin sentuh pada tablet

yang disertakan, pengguna boleh mencari resipi yang diingini dan boleh menghasilkan pelbagai

idea masakan yang biasa menjadi begitu menarik.

3. Revolusi Reka Bentuk Yang Mantap

Merujuk kepada model Thermomix TM6, kita dapat melihat reka bentuk produk yang sangat

menarik, diperbuat daripada bahan sintetik yang berkualiti tinggi serta berkonsepkan High-Tech

sesuai dengan peredaran masa dan teknologi terkini. Selain itu, ianya juga mempunyai kuasa

maksimum 1500W, tahap pemanasan suhu yang boleh laras dan kelajuan motor keengganan bebas

penyelenggaraan bagi memberi perlindungan motor elektronik untuk mencegah beban tenaga

berlebihan. Ini bersesuaian dengan keadaan semasa yang memerlukan masa yang singkat untuk

kerja-kerja memasak. Dengan masa sesuai, suhu dan kawalan kelajuan, dapat menjamin hasil yang

baik, selamat serta konsisten setiap kali proses memasak dilaksanakan.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 15


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

5.0 CADANGAN KONSEP ATAU KAEDAH KREATIVITI & INOVASI BAGI


MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI PRODUK

Berikut merupakan beberapa cadangan kami mengenai konsep atau kaedah kreativiti dan

inovasi yang boleh diaplikasi oleh syarikat Vorwerk sebagai usaha bagi meningkatkan daya kreativiti

dan inovasi produk Thermomix mereka yang sedia ada, antaranya seperti:

1. Implementasi Sistem Inovasi Terbuka Melalui Pendekatan Connect And Develop.

Terma Inovasi terbuka diperkenalkan oleh (Henry W. Chesbrough, 2003) yang berpendapat

bahawa organisasi pada masa kini tidak lagi boleh untuk mengambil pendekatan bersifat inovasi

tertutup. Pendekatan inovasi terbuka adalah sikap mengakui pihak luar diperlukan dalam

membantu ke arah kejayaan inovasi

disebabkan oleh banyak pengetahuan

tidak dimiliki oleh usahawan atau ahli-

ahli organisasinya. Selain itu, usahawan

dan organisasinya perlu sentiasa

memantau persekitaran dalam mengenalpasti pihak-pihak yang memiliki pengetahuan yang boleh

membantu membangunkan dan menjayakan inovasinya. Hal ini kerana jika usaha ke arah inovasi

terbuka telah dikenalpasti, maka pendekatan untuk membina jaringan tersebut perlu dirancang

sebaik-baiknya supaya kelebihan yang ada pada pihak berkenaan boleh dimanfaatkan oleh

usahawan terlibat. Pendekatan Connect and Develop ini merujuk kepada suatu langkah ke hadapan

organisasi yang membenarkan mana-mana individu yang mempunyai kepakaran dari pelbagai

latar belakang perniagaan untuk membangunkan sesuatu bentuk produk inovasi secara bersama.
Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 16
Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Kerjasama baik antara individu di dalam organisasi dengan pihak lain di luar organisasi seperti

institut penyelidikan, institusi kewangan, pembekal sumber dan pakar akademik dapat

menyasarkan suatu keberhasilan produktiviti inovasi ini berada di tahap kemuncak yang maksima.

Di samping itu, cadangan ini juga dapat mengukuhkan lagi kedudukan organisasi yang akan kekal

relevan sebagai pemain utama industri. Berdasarkan portal web (Harvard Business Review, 2006),

syarikat produk pengguna Procter and Gamble (P&G) telah mengubah pendekatan inovasi produk

sedia adanya secara drastik melalui inisiatif Connect and Develop ini yang melangkaui penciptaan

bersama nilai produk pengguna secara tulen dan meluas kepada model inovasi yang lebih holistik.

Secara tradisinya, syarikat P&G ini bergantung sepenuhnya pada makmal penyelidikan dan

pembangunan (R&D) dalaman untuk membangunkan inovasi baharu. Jika dilihat pada kekurangan

produk Thermomix, produk pintar ini tidak boleh menyimpan makanan. Justeru, dengan

pendekatan Connect and Develop tersebut pihak pengeluar produk dapat menambahbaik inovasi

produk Thermomix ini supaya dapat menyimpan makanan, sekaligus dapat membuat makanan

yang disimpan itu sentiasa kekal hangat atau suam. Oleh itu, cadangan pendekatan ini

menunjukkan peralihan dalam mengintegrasikan pihak berkepentingan ke dalam proses

penciptaan inovasi bersama serta menggunakan lebih banyak sumber dan keupayaan dari luar

organisasi untuk menambahbaik fungsi produk sedia ada.

2. Kaedah Inovasi Reverse Engineering.

Pendekatan Reverse Engineering ini seolah-olah tindakan seperti memerhatikan kemajuan inovasi

produk pesaing lain dalam industri yang sama. Strategi idea inovasi melalui kaedah Reverse

Engineering boleh berlaku dengan cara mempelajari idea tersebut daripada orang lain. Dalam

pendekatan Reverse Engineering

ini, terdapat tiga teras utama seperti

mendalami keupayaan inovasi

produk sedia, memahami proses

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 17


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

transformasi model baharu dan menilai keupayaan inovasi produk yang berjaya di reverse-

engineered. Contohnya, kaedah Reverse Engineering telah diguna pakai dalam proses dan

pembangunan produk berus gigi jenama Oral-B yang pada mulanya mengeluarkan produk berus

gigi biasa lalu berinovasi kepada produk Oral-B Electric Toothbrush. Ianya juga melibatkan

konsep penanda aras di mana syarikat Vorwerk boleh membuat perbandingan dengan pesaing lain

dalam menjalankan kajian proses atau mendalami konsep produk yang berfungsi baru. Oleh yang

demikian, kaedah inovasi Reverse Engineering yang dicadangkan tersebut mampu menjadikan

produk Thermomix berfungsi dalam membakar, menggoreng dan memanggang makanan. Fungsi

baru yang dicadangkan adalah seperti:

1. Membakar.

Seperti sedia maklum produk thermomix tidak boleh membakar, dan jika membakar kek

contohnya perlulah membakar di oven. Jika difikirkan dengan harga premium produk Thermomix

tersebut, dapatlah kita menambah baik produk ini menjadi produk yang memboleh membakar

pelbagai kek atau bermacam-macam resepi menggunakan kaedah fungsi membakar. Caranya

membaiki tekanan atau menambah peralatan Thermomix supaya suhu boleh mencapai tahap yang

maksimum. Selain itu menambah peralatan untuk membakar, tetapi hanya membakar dengan

kuantiti yang sedikit seperti menggunakan mini oven.

2. Menggoreng.

Produk ini juga tidak boleh menggoreng kerana produk ini dikatakan memasak makanan yang

sihat tanpa gula, garam mahupun perasa. Tetapi, dalam inovasi yang boleh ditambah baik nilai

komersialnya untuk menggoreng agar produk Thermomix ini berbaloi dibeli setanding dengan

kelebihan produk yang dimiliki. Justeru, syarikat Vorwerk boleh memprogramkan semula bagi

memastikan produk ini boleh menggoreng seperti fungsi menggoreng menggunakan air fryer.

3. Memanggang.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 18


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Seperti yang kita sedia maklum, Thermomix juga tidak boleh memangang. Namun begitu, kami

berpendapat bahawa dengan adanya idea dan inovasi syarikat Vorwerk yang boleh menambah baik

dengan mewujudkan inovasi baharu produk untuk fungsi memanggang dan menambah peralatan

memanggang pada fizikal produk. Lantas, ini akan menghasilkan produk tersebut yang berdaya

tahan terhadap suhu selain menjadikan satu kelebihan unik yang berbeza daripada pesaing.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa bidang kreativiti dan inovasi ini

sebenarnya bermula dengan sebuah idea. Melalui proses dan transformasi yang efecktif dapat

melahirkan sebuah produk baharu yang berinovasi, mempunyai nilai komersial yang tinggi dan banyak

kegunaannnya. Hal ini kerana idea inovasi tersebut berkemungkinan akan membawa perubahan besar

dalam industri perniagaan dan melalui produk inovasi ini juga akan menyumbang manfaat kepada

pihak pengeluar produk supaya mampu kekal relevan dalam industri semasa serta mendapat

keuntungaan yang lumayan. Selain itu, dengan peningkatan daya kreativiti dan inovasi, sebarang

produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, akan membentuk keunikan yang berbeza dengan produk

atau perkhidmatan yang sama ada telah sedia ada di pasaran. Kreativiti dan inovasi di dalam dunia

perniagaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara mahupun alternatif. Antaranya ialah melalui kajian

terperinci fungsi produk, perkhidmatan lanjutan selepas proses pembelian produk, pengekalan jenama

dan paten produk yang berdaftar, model konsep perniagaan yang berdaya saing serta pemasaran

produk yang berkesan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dunia perniagaan dalam era berteknologi tinggi adalah sangat berkait rapat dengan kreativiti

dan inovasi. Tanpa suntikan daya kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa

sebarang pembaharuan dan perubahan terhadap sesebuah produk tersebut. Justeru, merujuk kepada

produk Thermomix yang dikaji, kami amat menggalakkkan kepada para inovator Vorwerk untuk terus

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 19


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

membudayakan kreativiti dan inovasi dalam setiap penghasilan model baharu generasi Thermomix. Ini

akan menyebabkan produk inovasi yang dihasilkan akan bergerak lebih maju dan berjaya berbanding

dengan model produk perniagaan pesaing yang mungkin hanya mementingkan aspek jualan semata-

mata. Secara umumnya, inovasi dikatakan sebagai pembaharuan atau perubahan yang terjadi dari suatu

keadaan lain yang berbeza dengan keadaan sebelumnya. Dalam perubahan proses terjadinya juga

berlangsung secara ilmiah. Tetapi, perubahan dikatakan inovasi apabila perubahan tersebut dilakukan

dengan sengaja untuk memperbaiki keadaan sebelumnya agar lebih menguntungkan bagi peningkatan

kualiti dan fungsi produk sedia ada.

Tuntasnya, kreativiti dan inovasi amatlah penting bagi mewujudkan persekitaran industri

perniagaan yang berdaya maju dan kompetitif agar dapat bersaing dalam dunia High-Tech yang

semakin mencabar ketika ini. Oleh yang demikian, pihak pengeluar produk mahupun para inovator

produk yang mengabaikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi ini dalam proses penghasilan produk

keluaran baharu akan menyebabkan mereka ketinggalan jauh di belakang pesaing-pesaing. Makanya,

kami berpendapat bahawa syarikat Vorwerk perlu terus berusaha mengeluarkan produk baharu dalam

generasi keluaran model Thermomix yang inovatif sejajar dengan perkembangan dunia semasa agar

kekal relevan dalam pasaran dunia.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 20


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

7.0 RUJUKAN

Bessant & Tidd. (2011). In Innovation & Entrepreneurship (Second Edition). United State: John

Wiley & Son.

Count Rumford. (2010, Ogos 24). Retrieved from Sous Vide Historical Note: ". Medellitin.:

http://blog.medellitin.com/2010/08/sous-vide-historical-note-count-rumford.html

DagangNews.com. (2022). Keusahawanan Dipacu Inovasi Berasas Pasaran. Negeri Sembilan:

Afizan Amer. Retrieved from https://www.dagangnews.com/keusahawanan-dipacu-inovasi-

berasas-pasaran-18896

Frederick, H.H., Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2007). In Entrepreneurship: Theory, Process &

Practice. Australia: Thomson Publication.

Harvard Business Review. (2006, March). Connect and Develop: Inside Procter & Gamble’s New

Model for Innovation. Retrieved from Intellectual Property by Larry Huston and Nabil

Sakkab: https://hbr.org/2006/03/connect-and-develop-inside-procter-gambles-new-model-

for-innovation

Henry W. Chesbrough. (2003). In Open Innovation: The New Imperative for Creating and Profit

from Technology. Boston, USA: Harvard Business School Publishing Corporation.

McFee, JK. (1978). In Cultural influences on aesthetic experience in Condous. Arts in Cultural

Diversity. Sydney, Australia: Holt, Rinehart and Winston.

Thermomix.com.my. (2022). Thermomix Official Malaysia Website. Retrieved from

https://www.thermomix.com.my/

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 21


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

8.0 LAMPIRAN

1. Antara revolusi rangkaian model produk Thermomix sejak tahun 1961 hingga sekarang.

2. Gambar dibawah merupakan model Thermomix TM6 terkini yang telah mengalami pelbagai

revolusi dari segi model, reka bentuk serta fungsi penciptaannya.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 22


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

3. Kombinasi hardware dan software yang terdapat pada produk Thermomix TM6.

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 23


Laporan Kajian Kreativiti & Inovasi Terhadap Produk - BPME2023 Kreativiti & Inovasi

Produk THERMOMIX Oleh Syarikat VORWERK 24

You might also like