You are on page 1of 9

Soalan 1

Rajah 4 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan satu zarah dalam tempoh
20 saat.
a) Nyatakan laju seragam, dalam, ms-1, zarah itu
b) Jarak yang dilalui oleh zarah itu dengan laju seragam ialah 84 m.
Hitungkan
a. Nilai t
b. Purata laju, dalam ms-1, zarah itu dalam tempoh 20 saat.
(6 markah)
Soalan 2
Rajah 9 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu zarah dalam tempoh
t saat
a) Nyatakan laju seragam, dalam ms-1, zarah itu.
b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, zarah itu dalam 4 saat pertama.
c) Jumlah jarak yang dilalui dalam t saat ialah 84 meter. Jitung nilai t.
(6 markah)
Soalan 3 (SPM 2014)
Salleh memandu kereta sejauh 150 km dari Butterworth ke Ipoh untuk melawat
ayahnya. Jadual 6 menunjukkan catatan perjalanannya.
Masa 24 Ogos 2013/ Sabtu
8.00 a.m. Memulakan perjalanan

9.04 a.m. Sarapan pagi di R&R Bukit Merah setelah


memandu untuk sejauh 70 km

9.30 a.m. Meneruskan perjalanan untuk 80 km lagi

10.15 a.m. Tiba di rumah ayah


Jadual 6

a) Rajah 6 di bawah menunjukkan graf jarak-masa.


I. Nyatakan nilai m dan nilai n.
II. Lengkapkan graf itu untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan
Salleh.
b) Hitung purata laju, dalam km j-1, bagi keseluruhan perjalanan.
(5 markah)
Soalan 4
Rajah 7 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu zarah dalam tempoh
40 saat.
a) Nyatakan tempoh masa, dalam s, zarah itu bergerak dengan laju seragam.
b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, zarah itu dalam tempoh 12 saat
yang terakhir.
c) Hitung nilai v, jika jumlah jarak yang dilalui dalam tempoh 40 saat ialah
500 m.
Soalan 5
Jadual 11 menunjukkan jarak dan masa perjalan Encik Johari balik ek
kampungnya untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.
Jarak (km) 0 60 120 120 180 240
Masa (jam) 0 1 3 3 4 5

a) Berdasarkan Jadual 11, lukis graf jarak-masa pada Rajah 11 di ruang


jawapan
b) Berdasarkan graf yang dilukis pada Rajah 11,
i. Nyatakan tempoh masa, dalam minit, Encik Johari berhenti.
ii. Cari laju, dalam kmj-1, pada 2 jam pertama
iii. Hitung purata laju, dalam kmj-1, bagi keseluruhan perjalanan Encik
Johari.
(6 markah)
Soalan 6 (SPM 2013)
Rajah 8 menunjukkan graf jarak-masa bagi perjalanan sebuah keretapi dari satu
bandar ke bandar yang lain dalam tempoh 90 minit.
a) Nyatakan tempoh masa, dalam minit, ketika keretapi itu berhenti.
b) Hitung laju, dalam kmj-1, keretapi itu dalam 40 minit yang pertama.
c) Cari jarak, jarak km, yang dilalui oleh keretapi itu bagi 20 minit yang
terakhir.
[6 markah]
Soalan 7 (SPM 2012)
Rajah 8 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu zarah dalam tempoh
30 saat.
a) Nyatakan tempoh masa, dalam s, zarah itu bergerak dengan laju seragam.
b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, zarah itu dalam tempoh 4 saat
yang terakhir.
c) Hitung nilai bagi v, jika jarak yang dilalui oleh zarah itu dalam tempoh 26
saat pertama ialah 560 m.
[6 markah]
Soalan 8 (SPM 2011)
Rajah 11 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan dua zarah, P dan Q,
dalam tempoh T saat. Graf MA mewakili pergerakan P dan graf MBCD
mewakili pergerakan Q. Kedua-dua zarah bermula dari titik yang sama dan
melalui laluan yang sama.
a) Nyatakan laju seragam, dalam ms-1, zarah Q.
b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, bagi zarah Q dalam 5 saat
pertama.
c) Pada T saat, beza antara jarak yang dilalui oleh P dan Q ialah 27 m.
Hitung nilai T.
[6 markah]
Soalan 9 (SPM 2018)
Rajah 7 menunjukkan graf jarak-masa bagi satu perjalanan sebuah kereta dari
Kuala Lumpur ke Ipoh.
a) Nyatakan tempoh masa, dalam minit, pemandu itu berhenti rehat di Tapah
[1 markah]
b) Hitung laju, dalam kmj-1, kereta itu dari Kuala Lumpur ke Tapah.
[2 markah]
c) Hitung purata laju, dalam kmj-1, kereta bagi keseluruhan perjalanan itu.
[2 markah]

You might also like