You are on page 1of 2

TATABAHASA: KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH

DAN KESALAHAN TATABAHASA

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 3 (d) – Membetulkan Kesalahan Kata atau Istilah dan
Kesalahan Tatabahasa
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Baca setiap ayat yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan kata atau istilah
sama ada dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan. Kemudian gariskan kesalahan itu.
3. Selepas itu, kenal pasti pula kesalahan tatabahasa sama ada dari aspek frasa atau struktur
ayat dan gariskan kesalahan itu.
4. Pastikan anda dapat mengenal pasti tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa.
5. Tulis semula kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan yang disediakan.

LATIHAN 1: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara telah meningkat dalam kadar yang
paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.
ii) Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian
negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
iii) Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam
masa satu setengah jam lagi.
[6 markah]

LATIHAN 2: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Ibu mengaul tepung supaya dijadikan pastri karipap lapisnya.

ii) Karangan yang paling molek dibaca oleh saya agar dapat dijadikan contoh oleh para
pelajar.

iii) Dasar Nasionalis Negara perlu dihayati oleh setiap anggota ahli masyarakat.
[6 markah]
LATIHAN 3: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN
TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i) Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa
ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu.

ii) Ketika tangkapan dilakukan, pemilik siber kafe itu mendakwa bahawa dia tidak tahu-
menahu tentang kegiatan judi haram yang dilakukan oleh pelanggannya.
iii) Semua peserta pertandingan yang menepati syarat penyertaan telah dimaklumkan
yang mereka perlu membuat bayaran pendaftaran secara dalam talian secepat
mungkin.
[6 markah]

LATIHAN 4: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Amira terpaksa memansuhkan hasratnya bagi melancong ke Pulau Langkawi


kerana keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik.
ii) Pengarah syarikat itu akan memikirkan lain-lain cadangan yang dikemukakan oleh
pembantunya sebelum membuat kehendak tentang perkara tersebut.
iii) Pengalaman dan kenangan yang terpaling indah ketika menyertai program khidmat
masyarakat itu tidak akan diluputkan oleh Najwa.
[6 markah]

LATIHAN 5: MEMBETULKAN KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN


TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau, Sabah
mendapat liputan luas dari media massa.
ii) Penggunaan moto halal palsu oleh sesetengah peniaga makanan masih berleluasa
bahkan mereka tahu perbuatan itu melanggar peraturan.
iii) “Cikgu Fatimah dan Cikgu Zainab akan berehat dalam dunia pendidikan pada tahun
ini.” Kata Nizam pada Mohamad.
[6 markah]

You might also like