You are on page 1of 1

Karangan Jenis Pengalaman

Tajuk karangan : Sentiasa Berwaspada

Pada pukul 4:30 petang, Chun Han dan kawan-kawannya berjalan pulang ke rumah. Mereka baru
selesai menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah. Mereka berjalan di laluan pejalan kaki
dengan berhati-hati.

        Semasa dalam perjalanan, mereka diekori sebuah van. Mereka mendapati van itu berwarna
putih dan dipandu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

       Chun Ha dan kawan-kawannya berasa curiga dan takut. Mereka segera patah balik ke
Kawasan sekolah. Mereka patah balik ke kawasan sekolah untuk memintan bantuan daripada
orang dewasa.

        “Eh, kamu belum pulang lagi!” kata pengawal keselamatan sekolah apabila melihat Chun
Han dan rakan-rakannya masuk ke kawasan sekolah semula. Pengawal keselamatan sekolah juga
bertanya sebab mereka kelihatan takut.

       Chun Han segera segera menceritakan kejadian yang berlaku kepada pengawal keselamatan
sekolah. “Siapakah mereka?” bisik pengawal keselamatan sekolah untuk memastikan
keselamatan murid-murid di sekolah.

       Beliau bertindak pantas untuk memastikan keselamatan murid-murid lalu menghampiri van
itu. Pemandu van yang tidak dikenali itu segera beredar unutk meninggalkan kawasan sekolah.
Selepas itu, pengawal keselamatan melaporkan kejadian ini kepada pihak sekolah untuk tindakan
selanjutnya demi keselamatan murid-murid. 

You might also like