You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS SMK TENGKU IDRIS SHAH

1. NAMA RASMI DAN ALAMAT

1.1 Nama rasmi persatuan ialah Persatuan Bahasa Inggeris SMK Tengku Idris Shah., Di SMK Tengku
Idris Shah, Jalan Tap, 42200 Kapar Selangor

2. MATLAMAT

2.1 Memupuk minat dalam aktiviti bahasa Inggeris.


2.2 Meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.
2.3 Mencungkil sifat kepimpinan di kalangan murid

3. KEAHLIAN

3.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan
5.

4. TAMAT KEAHLIAN

4.1 Ahli yang peratusan kehadiran dalam perjumpaan kurang daripada 80%
4.2 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
4.3 Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik persatuan.

5. HAK AHLI

5.1 Ahli yang sah berhak menyertai semua aktiviti anjuran persatuan.
5.2 Ahli yang sah berhak mengundi dan diundi untuk mana-mana jawatan dalam persatuan.

6. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

6.1 Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan pada masa yang sesuai iaitu bulan Januari.
6.2 Kuorum yang sah adalah dua pertiga daripada jumlah ahli yang sah.
6.3 Semua AJK semasa akan meletak jawatan dan pemilihan AJK baru akan dilakukan.

7. PERLEMBAGAAN

7.1 Segala urusan berkaitan dengan persatuan perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
7.2 Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga daripada
jumlah ahli yang sah.

8. GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA

8.1 Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini


8.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam merancang dan pelaksanakan sesuatu aktiviti
8.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
8.4 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan persatuan
termasuk memindakan perlembagaan. Namun demikian, ia hanya boleh dilakukan dengan
persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

9. AHLI JAWATANKUASA
9.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
9.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa secara undian
9.3 Ahli Jawatankuasa Kelab/Persatuan hendaklah terdiri daripada:
      9.3.1 Pengerusi
      9.3.2 Naib Pengerusi
      9.3.3 Setiausaha
      9.3.4 Penolong Setiausaha
      9.3.5 Bendahari (jika perlu)
      9.3.6 Penolong Bendahari (jika perlu)
      9.3.7 Ahli JawatanKuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
      9.3.8 Pemeriksa Kira-kira (jika perlu – 2 orang)     

10. SENARAI TUGAS/TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

10.1  Pengerusi   

  10.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggunggangjawab terhadap kesempurnaan


semua mesyuarat
10.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.
10.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

10.2  Naib Pengerusi
 10.2 1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi
 10.2 2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiada pengerusi
  10.2.3 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat

10.3  Setiausaha

 10.3.1 Menguruskan hal-hal surat mesyuarat


  10. 3.2 Mencata dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
10.3.3 Mencatat kehadiran ahli
  10.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan

10.4  Penolong Setiausaha
  
 10.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab
 10.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha
  10.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab
 10.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha

10.5  Bendahari

10.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan


10.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas   kesahihannya
10.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya
10.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa

10.6  Penolong Bendahari (jika perlu)


   
10.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari

10.7  Ahli Jawatankuasa

10.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan
10.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

10.8  Pemeriksa Kira-Kira (jika perlu)

10.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan


bertanggungjawab ke atasnya
10.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

11 KEHADIRAN/PENYERTAAN

11.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun
11.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab.

12 AKTIVITI

12.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa
12.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli

13 PERATURAN-PERATURAN

13.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas


13.2 Peraturan khas(jika ada) yang ditetepkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
13.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

14 TINDAKAN DISPLIN

14.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembaggaan persatuan dan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
14.2 Tindakan displin adalah mengikut cara berikut:
     14.2.1 Amaran Lisan
     14.2 2 Amaran Bertulis
14.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat  secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad

15 PEMBUBARAN PERSATUAN

  15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan
dan Falsafah Pendidikan Negara

You might also like