You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)


TAHUN 2022
PERINGKAT SEKOLAH
SMK SERI MAHKOTA UMBAI,MERLIMAU MELAKA

1.0 PENGENALAN

Selaras dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah unggul, maka dicadangkan


supaya diwujudkan program pembinaan sahsiah murid secara rutin. Ia menjurus
kepada pengisian ilmu dan penghayatan kepada nilai-nilai agama. Program ini akan
menjadi pemangkin dan pendorong ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai ciri-ciri cinta terhadap agama serta diri sendiri.Dengan itu, bentuk
pengukuran untuk menilai akhlak,kelakuan dan sahsiah murid menggunakan borang
penilaian yang terangkum dalam 3 modul utama program iaiti Berbudi Bahasa,Jati
Diri, dan Penampilan Diri .

2.0 RASIONAL

Menilai tahap peningkatan akhlak,kelakuan dan sahsiah murid,disamping itu


untuk mengenalpasti kecenderungan murid terhadap amalan bagi peningkatan
akhlak,kelakuan dan sahsiah mereka.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi
oleh murid lain,yang sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan dunia dan
akhitrat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati
hak diri orang lain.
4.2 Memberi peluang kepada murid – murid untuk memperbaiki kekurangan
dan kelemahan diri.
4.3 Membimbing murid meningkatkan jati diri .
4.4 Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya berakhlak mulia
untuk kejayaan hidup.
4.5 Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : Sepanjang tahun


TEMPOH : April -Disember
TEMPAT : SMK Seri Mahkota

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 1-5

7.0 PENGISIAN PROGRAM

 Modul berbudi bahasa


 Modul jati diri
 Modul penampilan diri
 Kumpulan Diskusi

MODUL TARIKH AKTIVITI


1.Pelancaran SUMUR 8 April Perasmian oleh Pengetua
2. Modul Berbudi April -Jun - Pelancaran Ihya Ramadhan
Bahasa - Program Mentor Mentee
- Program Seikhlas Setulus Budi
- Kempen Sayangi Buku teks
- Pelancaran Bulan Bahasa
- Gotong Royong Perdana
27 Mei - Kumpulan Diskusi 1(Usrah)
3.Modul Jati Diri Julai- - Majlis Pelantikan Pemimpin Murid
September - Latihan kawad Kebakaran
- Kursus Kepimpinan Pengawas
- Perkhemahan Badan
Beruniform
- Aktiviti ko kurikulum 1M 1S
- Perjumpaan Kelab dan Persatuan
- Bulan Patriotisme
22 Julai - Kumpulan Diskusi 2(Usrah)
4. Modul Oktober- - Aktiviti ko kurikulum 1M 1S
Penampilan Diri Disember - Motivasi Murid
- Dialog Prestasi Murid
- Bulan Pelancaran Stem
- Taklimat Kerjaya
- Motivasi Pecutan Akhir
-Anugerah Kecemerlangan
23 Sept -Kumpulan Diskusi 3 (Usrah)

8.0 SUMBER KEWANGAN

AKTIVITI KEGIATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah
1. Banting modul SUMUR (4 x RM 40.00) 160.00
2. Banner info SUMUR 96.00
2. Hadiah tokoh SUMUR (5 x RM 25.00) 125.00

3. Hadiah iringan tokoh SUMUR 50.00


4. Kertas warna A4 2 rim (2 x RM12.00) 24.00
5. Kertas A4 1 rim 13.00
6. Plastik laminate 1 rim 30.00
7. Management File (50 x RM 2.00) 100.00
8. Tali name tag (0.40 Xrm 100) 40.00
9. Badge button (100 x rm 1.00) 100.00
Jumlah Keseluruhan 738.00
10.0 JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM SUMUR

PENASIHAT : EN.ZULKIFLI BIN MD. DAUD (PENGETUA)


PENGERUSI : PN. NORSIAH BINTI HAMID (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI : PN SITI SALWAH BT AB. AZIZ (GPK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI : PN. HAFILAH BTE YUSOP (GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS : PN. ROKIAH BT ISMAIL
SETIAUSAHA : PN. NORHASIKIN BTE HUSIN
PEN. SETIAUSAHA : PN. SITI AISHAH BINTI A. SAZALI
BENDAHARI : PN. WAN FAIZALIZZAHTON BINTI HASSAN

PENYELARAS PROGRAM BERBUDI BAHASA : PN ALIEMAH BT ALI (GKMP BAHASA)


PENYELARAS PROGRAM PENAMPILAN DIRI : PN. SALWATI BINTI OTHMAN(GKMP SAINS&MAT)
PENYELARAS PROGRAM JATI DIRI : PN NOR AZIZAH BINTI SHA’ARI (GKMP TEKNIK & VOKASIONAL)

UNIT KUMPULAN DISKUSI : PN R.R THIEPARANI A/P RAMODASS


: PN TAN CHON HUWAH
:PN HABSAH BINTI MAT SAHAT@ISHAK
:EN ARIFFIN B. ADAM
:KETUA KUMPULAN DISKUSI
11.0PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini
agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah .Semoga
dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta
kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata menghargai diri sendiri demi
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh,                                                                   

............................................                                              
(PN NORHASIKIN BINTI HUSIN )                                                      
Setiausaha SUMUR 
SMK Seri Mahkota                                             

Disahkan oleh ,

……………………………….
(EN ZULKIFLI BIN MD. DAUD )
PENGETUA
SMK SERI MAHKOTA

You might also like