You are on page 1of 6

4.1 Kemajuan Negara dalam membina Akhlak.

Definisi Akhlak menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah (akhlak yang
terpuji) dan akhlak mazmumah (akhlak yang keji). Akhlak adalah nadi utama dalam
pembangunan manusia. Walaupun sebegitu , Islam juga memilik persepsinya tersendiri dan
mempunyai asas akhlaknya dan asas tamadun yang tersendiri.   Akhlak memainkan peranan
yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku
yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam
dirinya. Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan
melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.

Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa akhlak merupakan nadi utama dalam
pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia dari  dahulu sehingga kini ianya
terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun kemanusiaan, iaitu asas yang
membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai
persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan asas tamadunnya yang
tersendiri. 

Asas – asas akhlak dalam Kemajuan Dunia.

4.1.1 Keimanan kepada Allah.

Di antara bentuk rahmat dan kasih sayang Allah subhanahu wa ta’ala kepada para hamba-
Nya adalah Dia mengutus para rasul untuk membimbingmanusia kepada jalan yang lurus dan
menurunkan kitab-kitab-Nya yang didalamnya berisi cahaya dan hidayah.

‫اختَلَفُوا فِي ِه‬


ْ ‫اس فِي َما‬ ِّ ‫َاب بِ ْال َح‬
ِ َّ‫ق لِيَحْ ُك َم بَ ْينَ الن‬ َ ‫ِّين ُمبَ ِّش ِرينَ َو ُم ْن ِذ ِرينَ َوَأ ْن َز َل َم َعهُ ُم ْال ِكت‬ َ ‫ۚ َكانَ النَّاسُ ُأ َّمةً َوا ِح َدةً فَبَ َع‬
Rَ ‫ث هَّللا ُ النَّبِي‬

Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para
nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar,
untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.

(Al-Baqarah: 213)

4.1.2 Kepatuhan kepada syariah dan akhlak

 Seperti yang kita tahu Syariah dan akhlak mempunyai fadhilat yang seiring iaitu membantu
manusia dalam mengatur hidup mereka sebagai individu, iaitu hamba Allah yang harus taat,
tunduk, dan patuh kepada Allah. Ketaatan, ketundukkan, dan kepatuhan kepada Allah
dibuktikan dalam bentuk pelaksanaan ibadah yang tata caranya diatur sedemikian rupa oleh
syariah Islam. Syariah Islam mengatur pula tata hubungan antara seseorang dengan dirinya
sendiri untuk mewujudkan sosok individu yang saleh.

4.2 Elemen utama di dalam akhlak bagi pembangunan sesebuah negara Islam

Kepesatan Pembangunan dan kemajuan bagi sesebuah negara yang semakin maju adalah
semakin mengarah kepada globalisasi yang telah menjadi kayu ukur bagi sesebuah
peningkatan , perkembangan ilmu pengetahuan juga kepesatan bagi sesebuah teknologi yang
memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan . Dengan percambahan bagi
sesebuah penggunaan teknologi yang telah meliputi seluruh dunia , hal ini secara tidak
lansung memberi kesan juga pengaruh besar yang positif dalam membangunkan sesebuah
negara. Dengan mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa elemen utama yang penting bagi
sesebuah negara islam , kita dapat merealisasiakan objektif utama ini dengan lebih mudah.

4.2.1 Ekonomi

Pembangunan Ekonomi menurut Islam terdiri dari tiga aspek penting:

1) Pembangunan Sumber Manusia

Menurut perspektif Islam, Pada hakikatnya , manusia lebih berpotensi untuk menjadi baik
, berbanding menjadi jahat . Di samping itu , manusia juga boleh dikatakan sebagai
penjana utama bagi pertumbuhan juga pembangunan ekonomi. Namun demikian , bagi
menyedarkan manusia agar menjadi manusia yang berguna adalah sesuatu yang sulit dan
mesti dijalankan secara terancang , ini kerana ia melibatkan semua pihak .

2) Pertumbuhan pengeluaran nasional sama ada barangan mahupun perkhidmatan

Pertumbuhan pengeluaran nasional yang dimaksudkan dalam Islam adalah suatu


peningkatan di sector pengeluaran sama ada barangan mahupun perkhidmatan dan
berlaku secara berterusan . Objektif utama dalam pengeluaran nasional adalah bagi
memenuhi keperluan asas masyarakat. Manakala objektif kedua adalah berbagai – bagai
jenis barangan yang dapat dipasarkan dalam negeri mahupun di pasaran antarabangsa.

3) Penelitian & pembangunan.

Penelitian juga pembangunan teknologi ditakrifkan sebagai usaha – usaha yang dilakukan
oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk bumiputera dengan cara
mengembangkan teknologi yang selaras dengan keperluan mereka,sumber alam yang
sedia ada, serta keunikan keadaan mereka. Objektif ini adalah penting khususnya bagi
negara-negara yang sedang membangun dan sedang berusaha untuk memperkukuh
keseimbangan ekonomi di negara mereka.

4.2.2 Teknologi

Sains dan Teknologi hanyalah untuk mencapai maklumat pengabdian diri yang sejati kepada
Allah . Indeks pembangunan teknologi adalah bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran dan
kesejahteraan di kalangan masyarakat secara keseluruhan.Oleh itu , indeks pembangunan
teknologi dalam perspektif Islam terdiri daripada beberapa elemen :

1) Pertumbuhan teknologi

Pembangunan teknologi mesti diselaraskan dengan nilai-nilai Islam .Penyelarasan


tersebut dapat dilihat dari dua bentuk :

a) Pembangunan teknologi diertikan sebagai proses kemajuan sesebuah teknologi


yang seimbang dan berterusan sama ada material mahupun bukan material dan
ianya selaras dengan nilai – nilai islam . Kedua , pengukuhan nilai-nilai Islam
dapat dilakukan dengan cara menghasilkan inovasi teknologi bagi menghasilkan
kemajuan yang pesat sebagai salah satu cara juga usaha untuk memperkenalkan
islam dengan kemajuan – kemajuan yang semakin pesat ini.

b) Islam amat menggalakkan usaha-usaha untuk mewujudkan pertumbuhan juga


kemajuan teknologi yang selaras dengan kenaikan tingkat pendapatan sesebuah
ekonomi masyarakat juga tahap kemampuan mereka.Hal tersebut dapat
diperolehi , apabila setiap dari kita menggembleng tenaga juga idea yan bernas
dalam menghasilkan beberapa teknologi yang baru .Ini bagi mewujudkan
persaingan sihat juga hebat dalam mengetengahkan negara Islam sebagai negara
contoh.

2) Nilai-Nilai Islam

Kemajuan dan persaingan teknologi yang hebat , sihat dan menyenangkan dapat
diwujudkan dengan menciptakan hubungan yang sihat dan harmonis antara anggota
masyarakat.Persekitaran teknologi dan kemajuan yang sihat serta diperkaya dengan nilai-
nilai islam penting bagi mewujudkan kehidupan yang aman , damai dan berdisiplin. Jika
orang tidak lagi mempedulikan dan mengamalkan nilai-nilai ataupun norma – norma
Islam dalam kehidupan mereka, maka kehidupan yang sempurna sebagaimana yang
dikehendaki oleh syariat tidak akan diperolehi. Sesungguhnya , segala amalan juga nilai-
nilai Islam yang terkandung dalam panduan umat ( Al-Quran & As- Sunnah ) akan
menghasilkan kehidupan yang harmonis, tenteram , aman dan berdisiplin . Dengan
demikian , akan terwujudlah persekitaran sosial yang sihat dan terkawal serta selaras
dengan nilai-nilai Islam yang suci.

4.2.3 Pendidikan

Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan juga merupakan satu elemen penting
dalam ingin mejadikan negara kita sebuah negara Islam yang Maju. Begitu juga,
penekanan Islam kepada pendidikan secara bersepadu berjaya mencetus kecemerlangan
peradaban dan membangunkan modal insan yang dinamik dan Jurnal sera kemajuan
dalam pengahsilan pelbagai teknologi yang serba canggih dan mendapat sambutan semua
pihak. Pengajian Umum benar-benar mantap dari segi ilmu, iman, akhlak dan amal
(kemahiran). Para intelektual Islam yang lahir padamasa itu berjaya menguasai pelbagai
kepakaran dalam bidang tertentu.

Di negara kita yang tercinta ini, Pelbagai cara dan usaha yang telah dipupuk , dididik juga
disuntik kedalam jiwa anak – anak muda bagi menyemai semangat yang jitu dalam
memajukan teknologi negara kita ini . Segala Pemupukan nilai nilai mulia ini dilakukan
secara lansung kepada pelajar-pelajar Islam dalam mata pelajaran pendidikan Islam .
Bukan itu sahaja , penerapan moral bagi pelajar bukan Islam juga dilakukan menerusi
pelajaran Pendidikan Moral.Kurikulum pendidikan islam juga telah menerapkan beberapa
pengajaran juga penerapan nilai murni juga akhlak. Pemupukan nilai akhlak ke dalam diri
pelajar telah berlaku sejak bermulanya perkembangan Islam. Hakikat ini dinyatakan oleh
Ghazali Basri(1991) yang berpendapat bahawa pengajian pondok berpengaruh untuk
melahirkan pelajar yang arif dalam hukum agama, mempunyai akhlak yang tinggi serta
dapat membimbing masyarakatnya.

4.3 Punca ketiadaan Akhlak dalam kepentingan elemen-elemen utama.

Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat
telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya
merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang
negara lain tanpa sekatan dan kawalan. Era globalisasi dunia mencetuskan banyak
perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan
kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang
bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa
kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat.

4.3.1 Antara factor yang menyebabkan keruntuhan akhlak didalam diri setiap
individu adalah kerana fahaman barat yang telah menyelinap masuk dalam pemikiran.

Fahaman Sekularisme di mana ia adalah satu kefahaman yang menitikberatkan duniawi


sahaja dan mengenepikan soal ukhrawi.Manakala fahaman Humanisme pula adalah
sebuah fahaman yang berpusat kepada manusia. Di mana, ia menganggap manusia adalah
datu-satunya kuasa yang tertinggi.Fahaman – fahaman seperti ini juga menyebabkan
manusia mengabaikan reality kewujudan Allah yang menyebabkan manusia tidak
menghiraukan suruhan dan tegahan Allah S.W.T..Bukan itu sahaja , ia juga menyebabkan
manusia mengabaikan matlamat kehidupan mereka yang utama yakni bagi menjadi
khalifah Allah di muka bumi ini.

4.3.2 Takjub dengan kekuasaan sains dan teknologi yang menyebabkan mereka
hanya ingin mengaut keuntungan duniawi sahaja. Apabila Sains dan teknologi menjadi
tunjang utama dalam diri mereka, maka segala ciptaan Allah dan keindahan di muka bumi ini
dilupakan serta merta dan tidak dijaga sebaik-baiknya , ini menyebabkan berlakunya
kerosakan kepada bumi seperti penipisan ozon , Sinaran ultraungu yang berlebihan dan
pelbagai lagi pencemaran yang bakal berlaku. Ini kerana mereka hanya memikirkan
kepetingan tersebut terhadap diri mereka, tanpa sedikit pun mereka memikirkan warisan alam
yang akan diwarisi kepada anak cucu mereka.

4.4 Kesan ketiadaan Akhlak dalam kepentingan elemen-elemen utama.

 Sejarah telah menuliskan bahwa manusia yang gagal dan lalai dalam meletakkan akhlak
sebagai paradigma utama bagi ilmu pengetahuan dan teknologi telah membuat keadaan
dan suasana masyarakat menjadi kacau-balau dan jauh dari etika dan norma yang tidak
beradab. Padahal ilmu pengetahuan dan sesebuah kemajuan teknologi tersebut adalah dua
hal yang saling erat hubungannya dan tidak dapat dipisahkan, khususnya di era
modenisasi ini. Dua hal tersebut telah mempermudah urusan dan kesusahan manusia
dalam memenuhi setiap keperluan mereka.

Bukan itu sahaja,Ketika manusia telah mula leka dengan pelbagai aktiviti dunia dan tidak
lagi memerhatikan ajaran ajaran syariah maka akan wujudlah masalah-masalah sosial
terutamanya di daerah – daerah yang terpencil , negeri –negeri dan sebagainya.Di
samping itu juga akan timbul masalah-masalah sosial lain seperti perjudian , rompakan ,
kecurian dan sebagainya.

Ini kerana tingkah laku segelintir masyarakat yang sudah hilang arah dan tidak lagi
memikirkan Islam sebagai panduan hidup mereka yang utama. Jika kita imbas semula
perbincangan kita pada awal tadi, dapat kita tegaskan bahawaApa jua bentuk pendidikan
moral atau akhlak sekiranya tidak dikaitkan dengan agama, ia tidak dapat membuahkan
amalan akhlak yang kosisten atau istiqamah. Ini perlu dititikberatkan dalam diri kita
semua , kerana pelbagai cabaran yang perlu kita,Pada hakika awal, Globalisasi juga
membimbangkan sesetengah pihak akan kemerosotan nilai akhlak juga moral manusia
berbalik kepada system agama sebagai cara hidup yang akan diamalkan. Justeru,langkah
penting yang perlu diambil adalah bagi memantakan aqidah para remaja kita kerana
mereka bakal memipin negara kita ini.

You might also like