Professional Documents
Culture Documents
ARAHAN : 1. Bahagikan kepada dua kumpulan. 2. Permainan dimulakan dengan menghantar bola pada pasukan lawan. 3. Pasukan lawan akan menerima bola dan buat 2 kali hantaran sebelum menghantar semula kepada pasukan penyerang. 4. Permainan akan diteruskan sehingga pasukan gagal kawal bola dan jatuh. 5. Jika pasukan lawan gagal kawal dan jatuh bola, maka pasukan penyerang dapat 1 mata. 6. Pasukan yang banyak mata dikira pemenang.
KESELAMATAN : 1. Main ikut peraturan yang telah dipersetujui 2. Jaga keselamatan diri.
TUJU EMAS
ARAHAN : 1. Bahagikan kepada 2 kumpulan. 2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki berada di dalam gelung dan tuju kon (emas) menggunakan pundi kacang. 3. Kumpulan yang berjaya tuju kon(emas) dengan tepat mendapat 1 mata. 4. Kumpulan yang banyak mata dikira menang.
DODGEBALL
ARAHAN : 1. Bahagikan kepada dua kumpulan. 2. Setiap kumpulan berada di dalam kawsan masing-masing 3. Permainan dimulakan dengan tuju bola pada ahli pasukan lawan antara bahagian pinggang ke bawah 4. Pasukan yang kena bola dikehendaki keluar dari kawasan permainan. 5. pasukan yang berjaya keluarkan 3 orang pemain dikira menang.
BOLA KAPTEN
ARAHAN : 1. Bahagikan kepada dua kumpulan. 2. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. 3. Rakan sepasukan dikehendaki menghantar bola menggunakan hantaran atas kepala sahaja. 4. Setiap pasukan dikehendaki menjaringkan gol. 5. Penjaga gol dikehendaki menangkap bola tanpa keluar dari gelung. 6. Pasukan yang berjaya menjaringkan gol mendapat 1 mata. 7. Pasukan yang berjaya mengumpul 5 mata terlebih dahulu dikira menang.
KESELAMATAN : 1. Main ikut peraturan yang telah dipersetujui. 2. Jaga keselamatan diri.