You are on page 1of 1

Tanusha A/P Asogen

Operator
MR 2 Uniform Sdn.Bhd
NO.17, Jalan 20, Taman Sri Kluang,
86000 Kluang,
Johor.
___________________________________________________________________

Kepada:
Pengurus
MR 2 Uniform Sdn.Bhd
NO.17, Jalan 20, Taman Sri Kluang,
86000 Kluang,
JOHOR. 30.04.2023

Tuan / Puan,

PERKARA: NOTIS BERHENTI KERJA


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Tanusha A/P Asogen, bertugas sebagai operator ingin memaklumkan


kepada pihak tuan/puan bahawa saya ingin berhenti kerja bermula 02.05.2023
(Selasa).

3. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya berhenti kerja disebabkan anak saya


telah mendapat temujanji untuk membuat pembedahan mata di Hospital Batu Pahat
pada awal bulan Mei. Sebelum membuat pembedahan, dia perlu dimasuk wad 2 hari
sebelum dan perlu membuat pemeriksaan kesihatan sebelum membuat
pembedahan.Setelah dibuat pembedahan, dia perlu dijaga rapi dan perlu dibawa ke
hospital untuk pemeriksaan berkala. Sehubungan dengan itu, saya terpaksa berhenti
kerja demi menjaga anak saya sebelum dan selepas membuat pembedahan.

4. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah


banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan
kerja. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan syarikat tuan/puan.

5. Saya berharap pihak tuan/puan dapat memahami situasi saya serta


mempertimbangkan perkara ini. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak
tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

...........................................
(TANUSHA A/P ASOGEN)
Operator
MR 2 Uniform Sdn.Bhd

You might also like