You are on page 1of 3

Potensi Perniagaan Koperasi Keluarga di Negeri Sarawak

1. Pengenalan - Mizah

2. Penyataan Masalah – Yusman

Koperasi merupakan perniagaan yang terawal di dunia. Sebagai sebuah organisasi


perniagaan terawal ditubuhkan, koperasi seharusnya bertindak sebagai tulang
belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara, walaubagaimanapun,
perniagaannya tidak membangun seperti yang diharapkan (Kyazze, Nkote &
Wakaisuka, 2017; Mckillop et al., 2020). Bukti secara empirikal telah menunjukkan
koperasi berupaya melalui fasa pandemik yang melanda dunia baru-baru ini (Dave,
2021). Ada dalam kalangan penyelidik yang telah membuat kajian sebelum ini
melihat peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak berkepentingan sama ada dari
dalam mahupun luar koperasi semasa berlakunya pandemik (Francesconi, Wouterse
& Birungi, 2021). Oleh itu, terdapat dua pengajaran yang wujud berkaitan daya tahan
sesebuah perniagaan semasa berlakunya pandemik Covid-19. Pertamanya daripada
pihak berkepentingan dari luar, telah meningkatkan peranan kerajaan dalam usaha
memperkasakan koperasi. Keduanya, dari aspek menyatupadukan ahli koperasi agar
membantu antara satu sama lain.

Penglibatan kerajaan dalam usaha menggalakkan penubuhan koperasi telah dirasai


semenjak gerakan ini bermula pada tahun 1922. Selain itu, sektor koperasi juga telah
diterajui oleh pelbagai kementerian semenjak penubuhannya. Sebagai contoh, sektor
koperasi telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi semenjak tahun 2018. Pelan Transformasi Koperasi 2021-2025 telah mula
diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi koperasi
supaya bergerak seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Pelbagai inisiatif
di Malaysia turut diperkenalkan seperti Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan
Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Luar Bandar dan Bandar bagi
merangsang pertumbuhan koperasi (Bustaman et al., 2019). Sehubungan itu, koperasi
seharusnya bersifat dinamik dan kompetitif mengikut perubahan dan perkembangan
era globalisasi dan digitalisasi masa kini. Di Malaysia, terdapat 14,834 koperasi
menjalankan pelbagai fungsi perniagaan seperti perbankan, kredit, perumahan,
perindustrian, pengguna, perladangan, pembinaan, pengangkutan serta perkhidmatan
serta mempunyai lebih 7 juta keanggotaan (Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2021).

Sehingga Disember 2021, statistik menunjukkan sebanyak __________koperasi


keluarga aktif yang telah berdaftar di Negeri Sarawak (Suruhanjaya Koperasi
Malaysia, 2021). Peranan koperasi keluarga ini cukup penting dalam menyatupadukan
ahli-ahlinya melalui satu payung yang dinamakan Koperasi Keluarga. Penubuhan
koperasi keluarga dikatakan agak mudah berbanding penubuhan koperasi dewasa
yang lain memandangkan komposisi ahlinya adalah terdiri dalam kalangan ahli
keluarga sendiri. Banyak peluang perniagaan yang boleh diusahakan dengan
penubuhan koperasi keluarga sekaligus menjana pendapatan anggota koperasi terbabit
(Noh, 2013).
Koperasi keluarga seperti koperasi dewasa yang lain terlibat menjalankan pelbagai
aktiviti perniagaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Walaupun dilihat
perkembangan koperasi keluarga di Malaysia bak cendawan tumbuh, sehingga kini,
perkembangan koperasi ini kurang dilihat dari segi sumbangan serta peranannya
dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Tambahan, kurangnya
perincian secara jelas mengenai profil demografi koperasi keluarga serta prestasi
terkini mendorong penyelidik untuk mengkaji pembolehubah-pembolehubah ini
dengan lebih lanjut.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti profil demografi, isu serta cabaran koperasi
keluarga di Sarawak serta melihat sejauhmana potensi perniagaan koperasi ini untuk
diperkasakan bagi membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial secara inklusif. Kajian
pertama seumpama ini boleh dijadikan asas kepada kajian-kajian koperasi di masa
akan datang.

3. Objektif Kajian
i. Mengenalpasti profil demografi Koperasi Keluarga di Negeri Sarawak
ii. Mengenalpasti isu dan cabaran Koperasi Keluarga di Negeri Sarawak
iii. Mengukur potensi perniagaan Koperasi Keluarga di Negeri Sarawak berdasarkan
profil demografi, isu serta cabaran yang dihadapi

4. Metodologi

Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik.


Kaedah banci (census) digunakan di mana semua populasi kajian yang terdiri
daripada koperasi keluarga aktif di 12 bahagian di Negeri Sarawak akan menyertai
kajian ini. Bilangan Koperasi Keluarga di negeri Sarawak yang direkodkan pada
tahun 2021 adalah sebanyak ________ koperasi yang menjalankan pelbagai fungsi
perniagaan. Kajian ini menggunakan semua populasi koperasi keluarga aktif sebagai
responden.

Bagi tujuan mencapai pengesahan kandungan dan pakar, soal selidik yang telah siap
dibangunkan akan dihantar kepada pakar dari industri dan universiti untuk disemak.
Selain itu, pengesahan dalaman (pre test) juga dilakukan bagi memastikan responden
yang bakal ditemubual memahami soalan yang dinyatakan dalam borang selidik
sebelum kutipan sebenar dilakukan. Pasukan penyelidik telah berbincang mengenai
kaedah untuk mengutip data deskriptif dalam kajian ini. Data tersebut digunakan
bertujuan menjawab objektif kajian yang telah dikenalpasti. Kutipan data dijalankan
mengunakan temubual bersemuka. Kaedah ini lebih sesuai digunakan bagi menangani
kekeliruan dan kesukaran menjawab soal selidik dalam kalangan responden.
Penyelidik bersama-sama dengan enumerator yang dilantik akan membantuk
menyemak soal selidik yang diisi responden bagi memastikan ketepatan makluman
yang disalurkan dalam borang soal selidik.
Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menggunakan perisian “Statistical
Package For Social Sciences (SPSS)” versi 23.0. Analisis frekuensi digunakan untuk
melihat profil demografi, isu serta cabaran Koperasi Keluarga di negeri Sarawak.
Selain itu, analisis taburan silang digunakan untuk melihat perhubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah. Bagi mengukur potensi perniagaan koperasi pula,
faktor pembolehubah bersandar iaitu nilai jualan dan keuntungan bersih digunakan
untuk mengukur potensi koperasi.

5. Skop Kajian

6. Kepentingan Kajian

7. Bajet Penyelidikan - Mizah

8. Carta Gantt – Mizah

9. Rujukan
Bustamam, U. S. A., Dali, N. R. S. M., Ramli, N. A., Kamarudin, N., Othman, K., Ismail,
Z., & Haris, A. (2019). Kampong Cooperatives Development and Sustainability From
Mizan Principles: A Case Study At Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Co-operative
Studies.
Dave, M. (2021). RETRACTED: Resilient to Crises: How Cooperatives Are Adapting
Sustainably to Overcome COVID-19-induced Challenges. International Journal of Rural
Management, 17(1_suppl), 13S-39S.
Francesconi, N., Wouterse, F., & Birungi Namuyiga, D. (2021). Agricultural cooperatives
and COVID-19 in southeast africa. The role of managerial capital for rural resilience.
Sustainability, 13(3), 1046.
Kyazze, L. M., Nkote, I. N., & Wakaisuka-Isingoma, J. (2017). Cooperative governance
and social performance of cooperative societies. Cogent Business & Management, 4(1),
1284391.
Malaysia, S. K. (2021). Perangkaan Koperasi Malaysia 2021. Kuala Lumpur:
Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
McKillop, D., French, D., Quinn, B., Sobiech, A. L., & Wilson, J. O. (2020). Cooperative
financial institutions: A review of the literature. International Review of Financial
Analysis, 71, 101520.
Noh (2013). Artikel “Orang Ramai Disaran Tubuh Koperasi Keluarga”.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/31/orang-ramai-disaran-tubuh-
koperasi-keluarga--noh

You might also like