You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ

JALAN RAJA CHULAN, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

KERTAS CADANGAN

MENAIK TARAF DAN BAIK PULIH ASET BILIK KAUNSELING SMK UNGKU AZIZ

TARIKH :

12 OKTOBER 2021 (SELASA)

MASA :

11.00 PAGI

TEMPAT :

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK UNGKU AZIZ

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK UNGKU AZIZ


KERTAS CADANGAN

MENAIK TARAF DAN BAIK PULIH BILIK KAUNSELING SMK UNGKU AZIZ

1.0 PENDAHULUAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan wajib yang
disediakan oleh setiap sekolah. Bilik Bimbingan dan Kaunseling yang kondusif sangat penting
dan perlu dititikberatkan agar dapat membina suasana teraputik. Justeru, Bilik Bimbingan
dan Kaunseling SMK Ungku Aziz memerlukan penyelenggaraan dan menaik taraf alat-alat
elektrik seperti lampu, kipas dan penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada murid-
murid, guru-guru, staff-staff dan para ibu bapa yang datang mendapatkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat menggantikan lampu dan kipas yang rosak agar dapat berfungsi dengan baik.
2.2 Supaya penghawa dingin dapat diselenggara dan berfungsi dengan baik.
2.3 Dapat memberi keselesaan kepada kepada murid-murid, guru-guru, staff-staff dan
para ibu bapa yang mengunjungi Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

3.0 MATLAMAT
Menaik taraf dan baik pulih aset Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz bertujuan
meningkatkan suasana bilik yang teraputik dan kondusif untuk perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.

4.0 TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 12/10/2021 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Bimbingan dan Kaunseling SMK Ungku Aziz

5.0 JENIS PERBELANJAAN

Bil . Perkara Harga seunit (RM) Kuantiti Jumlah(RM)

1 Kipas KDK siling 220.00 6 1320.00

2 Cangkuk kipas 30.00 5 150.00

3 Point wayaring 1.5mm kipas 90.00 3 270.00

4 Lampu led 30.00 9 270.00


5 Suis socket 2 point luping 180.00
wayaring 2.5mm bilik dan tv

6 Full servis overhaul 1hp 150.00


(Penghawa Dingin)

7 Full servis overhaul 2hp 200.00


(Penghawa Dingin)

8 Suis 1 geng corridor 20.00

Jumlah 2560.00

6.0 PENUTUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap agar permohonan kami untuk menaik taraf dan
baik pulih aset-aset di Bilik Bimbingan dan Kaunseling dapat dipertimbangkan dengan
sebaiknya dan diluluskan. Adalah menjadi harapan kami agar projek ini berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif utama iaitu untuk mewujudkan suasana bilik yang kondusif
dan teraputik.

Disediakan oleh; Disahkan oleh ;

(SITI MARIAM BINTI SHAARI) (PN. SITI RUSILAWATI BINTI SAMSUDIN)

Setiausaha, Pengetua,

Unit Bimbingan dan Kaunseling. SMK Ungku Aziz sabak Bernam.

You might also like