You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN APAR, BAU


NAMA PROGRAM:
PERTANDINGAN MEWARNA sempena Minggu Sains GAMBAR
Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 (sekurang-kurang 3 gambar)

TARIKH / MASA :
18 Julai 2022 – 18 Ogos 2022

TEMPAT :
Murid menyiapkan helaian gambar yang diberikan di
kediaman masing-masing.
SASARAN :
Semua murid

OBJEKTIF:
Meningkatkan kesedaran dan kepentingan sains bagi
pembangunan modal insan serta membudayakan sains
di kalangan rakyat Malaysia melalui pertandingan
mewarna.

BUTIRAN AKTIVITI:
1. Guru mengedarkan helaian gambar mengikut
kategori umur murid.
2. Makluman tentang syarat pertandingan kepada
murid oleh guru mata pelajaran P. Seni Visual.
3. Murid mewarnakan helaian gambar yang diberikan
di rumah masing-masing dalam tempoh masa yang
diberikan.
4. Guru penyelaras pertandingan (Cikgu Elvin)
mengumpulkan hasil kerja (gambar yang telah siap
diwarnakan).
5. Guru penyelaras pertandingan mengisi Senarai
Peserta Pertandingan (dimuat turun fail dalam
format Ms Excel) bagi tujuan penyediaan e-sijil dan
menghantarnya ke alamat emel
mewarna_msn@mysa.gov.my

PENILAIAN PROGRAM:
Kekuatan program:
- Penyertaan murid adalah pada semua peringkat iaitu
dari peringkat pra sekolah sehingga Tahun 6.
- Kertas pertandingan mewarna yang disediakan adalah
mengikut tahap keupayaan murid.

Kelemahan program:
- Kurang penyertaan daripada murid.
- Murid menyiapkan mewarna gambar yang diberikan
pada saat-saat akhir sehingga gambar yang diwarnakan
tidak begitu memuaskan – warna tidak terang, kurang
kreatif dalam mencampurkan warna agar gambar
nampak lebih menarik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Meminta murid untuk mewarnakan gambar yang diberikan
pada waktu P. Seni Visual di sekolah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

……………………………………… ……………………………………………
( PN. ELVIN NIPOK ) ( EN. WASI BIN STAR )
KETUA PANITIA SAINS GURU BESAR,
SK APAR SK APAR

You might also like