You are on page 1of 7

SEKOLAH – SEKOLAH

ZON SUNDAR

KERTAS KERJA
MAJLIS KISWAH MAHABBAH
PERINGKAT DAERAH LAWAS
TAHUN 2023/1444H

“RAMADAN, MADRASAH MENUJU TAQWA”

ANJURAN BERSAMA :
PPD LAWAS

SEKOLAH - SEKOLAH ZON SUNDAR


PENDAHULUAN

Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat islam
seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang
dijanjikankan- Nya. Amalan - amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-
quran. tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan
dilaksanakan khususnya dalam bulan Ramadan.

Rentetan itu, sekolah – sekolah zon Sundar dengan kerjasama PPD Lawas
telah merancang satu program yang dinamakan sebagai Majlis Kiswah Mahabbah
Peringkat Daerah Lawas tahun 2023/1444H yang bertujuan untuk mengeratkan
silaturrahim antara peserta program serta meraikan pelajar asnaf yang akan diberikan
bantuan pada tahun ini sebagai galakan untuk terus berusaha hingga meraih kejayaan
yang cemerlang. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang dan
ruang kepada mereka yang ingin beramal jariah dengan memberi sumbangan demi
kelancaran program ini. Diharapkan program ini dapat meraih keredaan Allah dan
memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala daripadaNya
serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam menghayati Ramadan.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi ruang dan peluang kepada peserta program yang ingin melakukan
amal jariah di dalam bulan Ramadan.
2. Merapatkan ukhwah antara peserta- peserta program yang terlibat.
3. Meraikan dan memberikan sumbangan kepada pelajar asnaf dan yatim
sekolah- sekolah zon Sundar sebagai galakan dan motivasi untuk maju dalam
pelajaran.
4. Memanfaatkan bulan Ramadan dengan menghidupkan malamnya dengan
menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah.
.

2
PELAKSANAAN

Hari : Khamis

Tarikh : 13 April 2023

Tempat : SK Awat – Awat

KUMPULAN SASARAN

Jumlah peserta program ialah seramai 100 orang terdiri daripada:

1. Wakil PPD Lawas


2. PGB sekolah-sekolah zon Sundar
3. Ahli jawatankuasa program Badudun Ramadhan Perdana Peringkat Daerah
Lawas tahun 2023
4. Wakil pelajar asnaf sekolah – sekolah zon Sundar
5. Wakil penyumbang Daerah Lawas

JAWATANKUASA MAJLIS KISWAH MAHABBAH PERINGKAT DAERAH LAWAS


TAHUN 2023 / 1444H

Pengerusi : Encik Omar Sidek Bin Murat

Naib Pengerusi I : Pn. Samdiah Bt Damit

Naib Pengerusi II : Pn. Rohani Bt Abu Bakar

Setiausaha : Ustzh Dygku Noor Nadillah Bt Awgku Abdullah

Ahli – ahli : Semua Guru Besar, sekolah - sekolah Zon Sundar

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM BADAR PERDANA PERINGKAT DAERAH


LAWAS TAHUN 2023 / 1444H

Bil Jawatankuasa Sekolah

1. a) Persiapan dan kelengkapan

b) Alat Siaraya SK. Awat-Awat

c) Keberhasilan

3
d) Pengacara Majlis

2. Sumbangan Asnaf dan anak yatim serta SK. Lintang


cenderahati

3. Buku Program Digital dan Buku Pelawat SK. Sundar

4. Pendaftaran dan surat jemputan SK. Aru Baru

5. Juru gambar dan Dokumentasi SK. Luagan

6. Jamuan SMK Sundar

7. Banner dan Tazkirah SJKC Soon Hwa Sundar

8. Imam Solat Tarawih, Azan, Doa SK. Awat-Awat

Bil Perkara Kuantiti Jumlah (Rm)

1 Makanan berat 110 x RM20 2200

2 Makanan ringan 110 x RM5 550

3 Air minuman 110 x RM2 220

Jumlah Keseluruhan RM 2970

ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER PENDAPATAN

Bil Sumber Jumlah

1 PPD Lawas RM 1500

2 SMK Sundar RM 200

3 Sekolah – sekolah Zon D RM500


Sundar

4 Orang perseorangan -

4
5. Baitulmal -

6. Bank Rakyat / Maybank -

Jumlah Terkumpul RM 2200

CADANGAN TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

4:45 pm – 5:05 pm Pendaftaran / kehadiran

5:00 pm – 5.05 pm Bacaan Doa

5:05 pm – 5:10 pm Ucapan alu-aluan Pengerusi Pengelola Majlis


Kiswah Mahabbah

5:10 pm – 5:20 pm Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas

5:20 pm – 5:30 pm Persembahan Tilawah al-Quran

5:30 pm – 6:00 pm Penyampaian Sumbangan

6.00 pm – 6:25 pm Tazkirah Ramadan

Penyampaian cenderahati penceramah

Berbuka Puasa

Solat Magrib

Jamuan

Solat Isyak

5
Bersurai

PENUTUP

Diharap program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta


program yang terlibat serta mencapai objektifnya. Semoga program yang bermanfaat
di bulan yang penuh keberkatan ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang
sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan kearah menjayakan program ini dan
memperoleh keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ _____________________________
(DYGKU NOOR NADILLAH BT ( SAMDIAH BT DAMIT )
AWGKU ABDULLAH) b.p. Pengerusi
Setiausaha, Majlis Kiswah Mahabbah,
Majlis Kiswah Mahabbah, Peringkat Daerah Lawas
Peringkat Daerah Lawas

6
7

You might also like