You are on page 1of 6

PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

Tarikh : 3 September 2021

PUAN SURIANI BINTI HJ MOHSIN


NO. 22, JALAN KRISTAL 2/3
TAMAN VALERIA, SEKSYEN 7 SERAHAN TANGAN
40000 SHAH ALAM EMEL :
SELANGOR DARUL EHSAN suriani.mohsin@yahoo.com

PER : SURAT NASIHAT UNDANG-UNDANG ATAS ISU HIBAH HARTANAH

Kami merujuk kepada perkara di atas dan perbincangan di antara Puan Suriani dan Puan Isadora daripada
pihak kami pada 03/09/2021.

A. FAKTA MATERIAL

2. Menerusi perbincangan tersebut, kami telah dimaklumkan bahawa Puan telah menerima dan
menduduki sebuah apartment di London, United Kingdom (selepas ini akan dirujuk sebagai
“Hartanah tersebut”) sejak Januari 2010 melalui satu hibah yang diberikan oleh suami Puan, En.
Zaid bin Ibrahim kepada Puan semasa hayatnya sebelum beliau meninggal dunia akibat jangkitan Virus
Covid19 pada 06/06/2020.

3. Walaubagaimanapun, pada 31/08/2021, pihak Puan telah menerima sepucuk surat daripada Tetuan
Sally & Co yang mana memberi arahan kepada Puan untuk memberikan milikan kosong terhadap
hartanah tersebut.

4. Berikutan daripada itu, pihak Puan telah memohon untuk pihak kami memberikan nasihat undang-
undang berkenaan perkara ini.

B. ISU-ISU PERUNDANGAN

5. Setelah mengambil kira dan meneliti maklumat-maklumat yang diberikan oleh pihak Puan, kami
berpendapat bahawa permasalahan Puan terbahagi kepada beberapa isu perundangan penting seperti
berikut:-

A. Samada pemberian Hibah yang dibuat oleh Allahyarham En. Zaid kepada Puan Suriani adalah
sah menurut hukum syarak dan boleh dikuatkuasakan.

B. Samada Puan, sekiranya Hibah disahkan oleh Mahkamah, perlu mematuhi arahan daripada
peguam yang diwakili oleh waris-waris Allahyarham En. Zaid melalui surat guaman bertarikh
31/08/2021 yang meminta pihak Puan untuk memberi milikan kosong terhadap Hartanah
tersebut.

1
PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

C. Samada Hartanah tersebut yang berada di luar negara boleh diturunmilik kepada pihak Puan.

C. PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN & APLIKASI PADA FAKTA KES SEDIA ADA

6. Berdasarkan kepada isu-isu perundangan tersebut, beberapa rujukan haruslah dibuat kepada undang-
undang syariah yang terpakai dan hukum syarak.

6.1 ISU PERTAMA: Samada pemberian Hibah yang dibuat oleh Allahyarham En. Zaid
kepada Puan Suriani adalah sah menurut hukum syarak dan boleh dikuatkuasakan.

6.1.1 Untuk pengetahuan pihak Puan, jawapan kepada isu ini hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah
menerusi satu tuntutan pengesahan hibah kepada Mahkamah. Dalam menilai kes tuntutan
pengesahan Hibah ini, Mahkamah akan memperhalusi tiap-tiap syarat-syarat yang berkaitan
dengan rukun-rukun hibah.

6.1.2 Mengikut As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini di dalam kitabnya, terdapat 4 rukun-
rukun hibah yang perlu dipenuhi iaitu pihak-pihak yang melakukan aqad hibah iaitu pemberi
hibah (waahib) dan penerima hibah (al-mauhub lahu), sighah iaitu lafaz ijab dan qabul, dan
mauhub iaitu barang yang dihibahkan.

6.1.3 Bagi tujuan nasihat ini, pihak kami akan menjelaskan setiap rukun hibah ini dan terus
mengaplikasikan prinsip perundangan tersebut kepada fakta sedia ada yang diberikan oleh Puan
kepada kami bagi memudahkan Puan untuk memahami dengan lebih jelas berkenaan kes ini.

6.1.3.1 RUKUN PERTAMA: PEMBERI HIBAH (Al-Wahib) iaitu orang yang memiliki
barang atau harta yang dihibah hendaklah;

(a) seorang pemilik mutlak harta tersebut;


(b) berfikiran waras dan rasional semasa hibah dibuat;
(c) telah cukup umur (baligh);
(d) tidak dihalang atau ditegah dari menguruskan hartanya (mahjur ‘alaih)
(e) berkemampuan untuk melakukan segala urusan pentadbiran harta; dan
(f) membuat hibah secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

6.1.3.2 Oleh yang demikian, syarat-syarat ini perlulah dipenuhi oleh Allahyarham semasa
beliau membuat hibah semasa hayatnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan
oleh pihak Puan dan dokumen-dokumen berkaitan khususnya geran Hartanah tersebut
semasa perbincangan kali pertama antara pihak Puan dan pihak kami, kami berpendapat
bahawa Allahyarham adalah pemilik mutlak hartanah memandangkan Hartanah tersebut
tidak tertakluk kepada hutang kepada mana-mana institusi kewangan dan bebas dari
cagaran kepada mana-mana pihak. Berdasarkan maklumat Puan juga, Hibah tersebut
2
PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

telah dibuat dalam bentuk bertulis dan semasa majlis menandatangani hibah dibuat,
terdapat juga 2 saksi yang menyaksikan bahawa hibah tersebut telah dibuat dalam
keadaan yang waras dan tanpa paksaan.

6.1.3.3 RUKUN KEDUA: PENERIMA HIBAH (Al-Mawhub lahu) iaitu orang yang
menerima harta hendaklah;
(a) seorang yang masih hidup ketika Hibah berlaku;
(b) seorang yang cukup umur dan berkelayakan; jika tidak, penjaga atau pemegang
Amanah boleh dilantik bagi pihaknya; dan
(c) seorang yang boleh menguasai harta yang dihibahkan (Qabd).

6.1.3.4 Elemen yang membuktikan bahawa sesuatu hibah itu sempurna adalah apabila Penerima
Hibah mempunyai penguasaan terhadap harta yang dihibahkan atau juga dikenali
sebagai Al-Qabd. Pengertian qabd ini juga termasuklah pemilikan hartanah dikuasai
dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.

6.1.3.5 Dalam erti kata lain, qabd berlaku apabila harta dikuasai dengan cara yang sepatutnya
oleh penerima. Dan cara penguasaan itu, bagi harta tak alih, adalah dengan cara takhliah,
iaitu pemberi mengosongkan harta yang diberi agar boleh dimanfaatkan oleh penerima,
melepaskan haknya (memberi keizinan) atau mengenepikan segala halangan semasa
penyerahannya atau dengan penyerahan kunci jika barangan tersebut seperti rumah, atau
bercucuk tanam, mengutip buahan atau membuat binaan jika dihibahkan tanah. Bagi
harta alih pula, qabd berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau
mengasingkan harta tersebut dengan harta-harta lain.

6.1.3.6 Hibah yang telah berlaku penerimaannya (qabd) tidak boleh ditarik balik kecuali hibah
daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucu tertakluk kepada syarat-
syarat berikut:
(a) Anak atau cucu itu hendaklah mempunyai kelayakan (ahliyyah) mengikut Hukum
Syarak untuk menguruskan hartanya (tasarruf) seperti tidak gila atau tidak muflis;
(b) Harta yang dihibahkan (mawhub) hendaklah masih berada dalam pemilikan anak
atau cucu tersebut;
(c) Hibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan; dan
(d) Tidak berlaku kerosakan harta yang dihibahkan (mawhub), Jika kerosakan itu
bertaku pada sebahagian daripada fizikal harta yang dihibahkan (mawhub),
penarikan balik hibah terhadap bahagian lain yang tidak rosak dibenarkan.

6.1.3.7 Berdasarkan makluman Puan bahawa Puan telah menduduki hartanah tersebut sejak
Januari 2010 sehingga kini, perbuatan Qabd ini telah dipenuhi kerana penyerahan kunci
hartanah tersebut dan Tindakan Puan menduduki rumah tersebut adalah bukti jelas
penguasaan hartanah tersebut.

3
PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

6.1.3.8 Malahan, tidak ada penarikan balik oleh waris-waris dibuat ketika Allahyarham masih
hidup. Maka, kami berpendapat ketiga-tiga syarat tersebut telah Puan penuhi.

6.1.3.9 RUKUN KETIGA: BARANG/HARTA YANG DIHIBAH hendaklah:-


(a) wujud ketika hibah dibuat;
(b) barangan atau harta yang bernilai dan halal di sisi syarak; dan
(c) hak kepunyaan pemberi hibah.

6.1.3.10 Berdasarkan geran Hartanah tersebut yang telah diberikan kepada kami, kami
berpendapat geran tersebut adalah satu pembuktian dokumen yang kukuh untuk
mengesahkan kewujudan hartanah tersebut dan bahawa hartanah tersebut adalah milik
mutlak Allahyarham En. Zaid.

6.1.3.11 RUKUN KEEMPAT: SIGHAH IJAB DAN QABUL HIBAH iaitu lafaz atau
perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah hendaklah:-
(a) tidak tertakluk kepada syarat-syarat tertentu; dan
(b) tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu.

6.1.3.12 Puan ada memaklumkan kepada pihak kami berkenaan kronologi fakta yang berlaku
semasa sesi menandatangani Surat Perjanjian Hibah bagi hartanah tersebut.
Allahyarham En. Zaid telah bertindak berjumpa dengan Peguam Syarie untuk membuat
perjanjian Hibah dan setelah diterangkan kepada beliau, beliau mengakui telah faham
dan menurunkan cop jari pada perjanjian tersebut dan perkara yang sama juga telah
dilakukan oleh pihak Puan sebagai penerima Hibah hartanah tersebut. Maka jelaslah
bahawa telah berlaku ijab dan qabul yang sah antara pihak Puan dan Allahyarham En.
Zaid.

6.2 ISU KEDUA: Samada Puan, sekiranya Hibah disahkan oleh Mahkamah, perlu mematuhi
arahan daripada peguam yang diwakili oleh waris-waris Allahyarham En. Zaid melalui
surat guaman bertarikh 31/08/2021 yang meminta pihak Puan untuk memberi milikan
kosong terhadap Hartanah tersebut.

6.2.1 Untuk makluman Puan, sekiranya Hibah disahkan oleh Mahkamah, maka Puan memiliki hak
sepenuhnya keatas hartanah tersebut dan oleh itu, dan tidak ada apa-apa dari sudut undang-
undang yang mewajibkan Puan untuk mematuhi arahan milikan kosong yang diberikan oleh
peguam waris-waris Allahyarham En. Zaid.

6.3 ISU KETIGA: Samada Hartanah tersebut yang berada di luar negara boleh diturunmilik
kepada pihak Puan.

4
PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

6.3.1 Untuk makluman Puan, setelah perintah pengesahan hibah diperoleh daripada Mahkamah
Syariah, perintah tersebut boleh diserahkan kepada peguam di United Kingdom bagi tujuan
proses pemindahan/turun milik hartanah tersebut.

D. PROSEDUR

7. Suka untuk kami menyatakan sekali lagi bahawa segala syarat dan rukun yang disebutkan di atas
hendaklah dibuktikan di Mahkamah Syariah melalui satu tuntutan pengesahan hibah.

7.1 Seksyen 61 (3)(b)(vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:-

Mahkamah Tinggi Syar’iah hendaklah –


(a) …
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika
semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubungan dengan –
(iv) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan
wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam;

Perkataan “alang” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat 2014 membawa maksud
“pemberian”. “Pemberian semasa hidup” memberi maksud bahawa semasa seseorang itu masih hidup
dia memberi atau menyerahkan sesuatu harta kepada seseorang lain atau organisasi atau seumpamanya
tanpa sebarang tukaran atau balasan”. Maka, tuntutan Puan ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi
Syariah di mana Puan bermastautin, iaitu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

7.2 Bagi tujuan tuntutan tersebut, Puan perlulah mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan seperti:-
(a) Perjanjian Hibah;
(b) Geran Hartanah tersebut; dan
(c) apa-apa dokumen sokongan lain yang berkenaan untuk menyokong tuntutan.

7.3 Pihak kami akan menyediakan kertas kausa yang berkenaan untuk difailkan ke Mahkamah setelah
mendapat arahan daripada pihak Puan.

E. CADANGAN PENYELESAIAN/TINDAKAN KEPADA PERMASALAHAN

8.1 Berdasarkan kepada fakta-fakta yang diberikan oleh Puan, dan penelitian kami terhadap dokumen-
dokumen berkenaan, kami berpendapat bahawa kesemua rukun hibah yang telah dibincangkan adalah
sah dan sempurna mengikut hukum syarak. Maka, sekiranya tuntutan pengesahan hibah ini dibawa ke
Mahkamah, terdapat peluang yang tinggi untuk pihak Mahkamah meluluskan tuntutan ini dan
mengeluarkan perintah pengesahan hibah tersebut.

5
PARTNERS LEGAL ASSISTANT

NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL NUR AQILAH IZMAH BINTI AHMAD TARMIZI
LL.B (HONS) UiTM LL.B (HONS) UUM
DSLA UiTM
NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZARUDIN
SITI SHARINA BINTI ISMAIL LL.B (HONS) UiTM
LL.B (HONS) UiTM NORZIELA BINTI MOHAMED NASIR
LL.B (HONS) UiTM
LL.M UiTM
DLSP UiTM

8.2 Oleh yang demikian, sila pihak Puan maklumkan kepada kami samada Puan berhasrat untuk
meneruskan dengan Tindakan tuntutan pengesahan hibah ini di mahkamah di mana kami akan
menasihatkan pihak Puan berkenaan yuran guaman yang berkaitan dan proses-proses yang terlibat
secara lebih terperinci.

Kami berharap nasihat undang-undang yang diberikan oleh pihak kami ini mencukupi dan membantu pihak
Puan dalam membuat keputusan berkenaan tindakan seterusnya. Sekiranya pihak Puan mempunyai sebarang
pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak Puan boleh menghubungi peguam kami yang mengendalikan kes ini
iaitu Puan Isadora Ismail di talian 012-8635308.

Terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………
NUR’ ISADORA BINTI ISMAIL
MESSRS ISADORA & ASSOCIATES

You might also like