You are on page 1of 3

SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU PENOLONG

KANAN DAN COP

KERTAS KERJA LAWATAN

Tajuk : JEMPUTAN PELAJAR KE PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR DI MBSA CONVENTION


CENTRE SHAH ALAM TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN
Program lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam
aktiviti sekolah. Program ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid-murid SMK Kuala
Selangor . Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah. Suasana
pembelajaran dan proses mendapatkan ilmu bermanfaat tidak terhad di dalam kelas semata-mata sahaja. Sehubungan
dengan itu, untuk proses pembelajaran yang lebih luas dan menyeluruh, Pesta Buku Antarabangsa Selangor menjadi
pilihan.

2.0 RASIONAL
Program ini berbentuk lawatan akademik yang telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Program ini akan
membawa peserta-peserta melawat Pusat Konvensyen MBSA yang menjadi tempat penganjuran Pesta Buku
Antarabangsa Selangor untuk memberi pelbagai kemudahan kepada murid melihat dan membeli buku-buku yang
bermanfaat dengan mudah dan murah sekaligus dapat membina keyakinan murid untuk berkomunikasi secara terus
bersama penulis –penulis buku terkenal.

3.0 MATLAMAT
3.1 Menanam budaya membaca ke arah melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
3.2 Melahirkan murid yang berkualiti dan berilmu.
3.3 Menanam sifat cintakan ilmu dalam diri murid-murid SMK Kuala Selangor.

4.0 OBJEKTIF
.
4.1 Melahirkan murid yang cintakan buku dan menjadikan buku sahabat mereka.
4.2 Mewujudkan perkongsian pintar antara aktiviti akademik dengan aktiviti kokurikulum.
4.3 Mengisi waktu senggang dengan cara yang berfaedah.
4.4 Melatih murid-murid untuk melaksanakan Literasi Maklumat diluar bilik darjah.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari : 8 Disember 2022 (Khamis)


5.2 Tempat : Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam
5.3 Bilangan Peserta : 40 Orang murid
5.4 Bilangan Guru : 4 orang
5.5 Negeri Yang Dilawati : Selangor

6.0 KUMPULAN SARASAN

Sasaran utama peserta program lawatan ini ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing
Rakan Sebaya dan Pengawas Koperasi SMK Kuala Selangor.
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Al-Irwan bin Saihiboll Rahim ( Pengetua )


Tim. Pengerusi : En Mohd Tauhid bin Ikhsan (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En Mohd Mohar bin Maarof ( PK HEM )
En Zulkifli bin Kamaruddin (PK Kokurikulum)
Pn Normah binti Misdi (PK Petang)
Penyelaras : Pn Siti Rubiah binti Harun
Setiausaha : Pn. Masdarina binti Mohd Ani
Bendahari : Cik Nur Alia Afifah binti Zakaria
Ahli Jawatankuasa : 1. En. Mohamad Faizal bin Ahmad Radman
2. Pn. Kalimah binti Misnat
3. Pn Roshayati binti Md Deros
4. Pn Noor Azuana binti Haris Fadzilah

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Al-Irwan bin Saihiboll Rahim ( Pengetua )


Tim. Pengerusi : En Mohd Tauhid bin Ikhsan (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En Mohd Mohar bin Maarof ( PK HEM )
En Zulkifli bin Kamaruddin (PK Kokurikulum)
Pn Normah binti Misdi (PK Petang)
Penyelaras : Pn Siti Rubiah binti Harun
Setiausaha : Pn. Masdarina binti Mohd Ani
Bendahari : Cik Nur Alia Afifah binti Zakaria
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn Noor Azuana binti Haris Fadzilah
2. Pn Hazwani binti Yusri
3. Pn Norasidah binti Agman
4. Cik Nur Fatinah binti Ahmad
5. Pn Roshayati binti Md Deros
6. Pn Noor Azuana binti Haris Fadzilah
7. En. Mohamad Faizal bin Ahmad Radman

9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 8 Disember 2022 (Khamis)

8.30 pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar di Foyer SMK Kuala Selangor
Sarapan pagi
Taklimat oleh guru penyelaras.

9.00 pagi : Bergerak ke Pusat Konvensyen MBSA dengan menaiki bas.

10.00 pagi : Dijangka tiba Pusat Konvensyen MBSA

10.15 pagi : Melawat pameran dan jualan

1.00 tengahari : Makan tengahari


Solat zohor

2.00 petang : Melawat pameran dan jualan.

4.30 petang : Bertolak pulang ke SMK Kuala Selangor


5.30 petang : Dijangka tiba di SMK Kuala Selangor
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 40 orang pelajar X RM. 15.00 = RM. 600.00

10.2 Penginapan - orang Pelajar X RM. - = RM. -

10.3 Makan 40 orang pelajar X RM. 15.00 = RM. 600.00

10.4 Lain-lain bayaran orang pelajar X RM. = RM.


(fail, sijil, alat tulis dan kad peserta kursus)

JUMLAH BESAR RM. 1200.00

Nota: Kutipan wang perlu dimasukkan ke dalam akaun SUWA

11.0 PENUTUP

Program lawatan yang dijalankan ini diharapkan dapat mencapai objektif yang disasarkan dan memberi manfaat yang
maksimum terhadap semua peserta. Semoga program ini juga mampu mencelikkan minda dan persepsi para peserta agar
lebih menghargai buku dan mencintai ilmu.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………………
(SITI RUBIAH BINTI HARUN ) (AL-IRWAN BIN SAIHIBOL RAHIM)
Guru Penyelaras Pengetua/Guru Besar

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Nota:
Program lawatan melibatkan aktiviti sukan, aktiviti berisiko, aktiviti lasak seperti aktiviti air, jungle trekking,flying fox,
night walk, wall climbing dan mendaki gunung, perlu disertai/disediakan jurulatih bertauliah atau penyelamat yang
memiliki sijil yang disahkan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan nisbah 1:10

You might also like