You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG MAJLIS GRADUASI KALI KE-16 sesi 2022

SMK Bandar Utama Damansara 3.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Yang  Berusaha Pn Azliza bt Mat Lazim


Pengetua Cemerlang
SMK Bandar Utama Damansara (3)

Pn Jessica Wong, NYPD PIBG

Pn Azliza bt Mat Lazim


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Roziha bt Razali
Penolong Kanan HEM

En Wong Chong Wei


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru dan semestinya anak-anak, para
graduan yang diraikan sekalian.
Bersyukur kita kepada tuhan swt kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul
pada hari ini untuk meraikan Majlis Graduasi kali ke-16 sesi 2022, SMK Bandar
Utama Damansara (3).
Saya mewakili semua ibu bapa khususnya AJK PIBG sesi 2022/2023 dan seluruh
warga SMKBUD3 mengalu – alukan kehadiran graduan sekalian ke majlis yang
penuh gilang-gemilang ini. Kita seharusnya berasa bersyukur dan begitu bertuah
kerana majlis ini dapat juga kita realisasikan walaupun dalam kesibukan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
Hadirin sekalian,

1
Saya difahamkan bahawa para graduan yang ada di dalam dewan ini adalah
merupakan kumpulan graduan kohort ke-16 SKK SMKBUD3 yang akan
meneruskan kecemerlangan yang telah dilakarkan oleh abang-abang dan kakak-
kakak sejak tahun 2005 lagi. Kita menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi
bahawa para graduan yang berada di hadapan saya pada hari ini akan terus
mencipta kecemerlangan dan seterusnya meletakkan nama SKK SMKBUD3 di
puncak kegemilangan.
Saya yakin para graduan yang ada di dalam dewan ini telah menjadikan segala
rintangan, kekurangan dan masalah yang telah ditempuh sepanjang tempoh
penularan pandemik Covid-19 di Malaysia dan seluruh dunia ini sebagai cabaran,
inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam bidang akademik dan membina
jati diri serta pemupukan sahsiah yang terpuji. Berkat kesungguhan, kesabaran
dengan semangat juang yang tinggi, maka pada hari ini, para graduan layak untuk
dianugerahkan Sijil Graduasi dari SKK SMK Bandar Utama Damansara 3. Justeru,
wajarlah untuk kita meraikan kejayaan para graduan semua dengan penuh syukur
dan takzim berkat kerja keras para pendidik yang dedikasi dan sokongan padu para
ibu bapa. Semoga majlis ini menjadi pendorong untuk para graduan menanam
tekad menjejakkan kaki ke institusi pendidikan tinggi pilihan demi mengejar cita-
cita dan merealisasikan impian masing-masing pada masa hadapan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
pemghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru khususnya
yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini. Kepada para graduan,
hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh para guru dan keluarga anda.
Balaslah jasa mereka dengan “tinta kejayaan’ yang hasilnya cukup bermakna dan
begitu indah untuk dikenang selama-lamanya.
Akhir sekali, saya bagi pihak PIBG, SKK SMKBUD3 merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan tahniah atas kejayaan semua khususnya para graduan yang
terpilih sebagai Tokoh Graduasi pada kali ini. Tahniah dan Syabas! Selamat Maju
Jaya!
Dengan ini merasmikan Majlis Graduasi kali ke-16, SMK Bandar Utama
Damansara 3. Sekian, terima kasih.
2

You might also like