You are on page 1of 2
BAHAGIAN PELAJARAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN No. Rujukan: JAWI.Edu.900-3/6/4JId.2 (4) Tarikh: 3 Mei 2023M Ip Syawal 1444H GURU BESAR SIRAJ SSUINAN: ii GURU BESAR SRA euiaaea iii, KETUA GURU KAFA i. Pengarah sureunaees oS iii, KPPK Caw. KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN Putrajaya DARIPADA | BAHAGIAN PELAJARAN KPPK Caw. Labuan GARIS PANDUAN PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) PERKARA | JAWI DAN KEBENARAN MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEMASA FENOMENA CUACA PANAS: Assalamualaikum wrt. wbt. Tuan/Puan, Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dengan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa menghadapi fenomena cuaca panas luar biasa dan ketidaktentuan iklim (climate irregular) Fenomena yang berlaku boleh memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi sehingga boleh membawa maut akibat daripada gelombang haba (heatwave) melampau 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pelajaran JAWI mengingatkan semua Institusi Pendidikan Islam JAWI agar dapat mengambil langkah-langkah sewajamya khususnya berkaitan penutupan institusi pendidikan semasa menghadapi cuaca pada tahap gelombang haba melampau. Disertakan bersama-sama surat makluman ini Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas (KPM.100-1/3/2 JLD6 (94) bertarikh 28 April 2023 yang terpakai untuk operasi penutupan Institusi Pendidikan Islam JAWI bagi menghadapi fenomena tersebut (Lampiran 1). 4, Bahagian ini juga bersetuju memberi KEBENARAN kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di Institusi Pendidikan JAWI memakai pakaian sukan yang sopan dan patuh syariah semasa cuaca panas mengikut keperluan dan arahan semasa daripada pihak sekolah berdasarkan data dan makluman Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak sekolah juga disarankan tidak membebankan ibu bapa dan murid dengan arahan pentadbiran selain daripada kebenaran di atas. 5. Surat makluman ini terpakai kepada semua Institusi Pendidikan Islam JAWI termasuk Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) JAW! berkuat kuasa serta merta mulai tarikh surat ini dikeluarkan sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Penolong Pegawai Unit Pembangunan Murid, Encik Mohamad Nor bin Hassan di talian 03-22749333 samb. 1422 atau Puan Syuhaida binti Mat Saud di talian samb, 1412 Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan berhubung perkara di atas amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam. (SITI IAH BINTI IDRIS) Tel : 03-22749333 samb. 1300 Emel: razmah@jawi.gov.my

You might also like