You are on page 1of 17

BAHASA MELAYU

MODUL MARI BELAJAR


PERENGGAN PENDAHULUAN
UNTUK KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

SMK BUKIT PAYONG,JERTEH,


TERENGGANU
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

1.0 INFO & RUJUKAN BUKU UNTUK PELAJAR

BUKU MUKA SP PEMBELAJARAN TEMA(T) & UNIT(U)


TEKS SURAT
TING.1 28,88,148 3.4.2 Pendahuluan T3&U5,T8&U15,T13&U25
TING.1 33,93,153 3.4.3 Penutup/kesimpulan T3&U6,T8&U16,T13&U26
TING.2 44,49,122,172 3.4.3 Pendahuluan dan T4&U7&U8,T7&U19,T14&U27
kesimpulan/Penutup
TING.3 72-73 3.4.2 Pendahuluan Tema 6
TING.3 98-99 3.4.4 Penutup Tema 8

2.0 Pemahaman Tentang Perenggan Pendahuluan

Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Dalam perenggan


ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya atau
memberi perkenalan kepada tajuk karangan supaya pembaca lebih tertarik untuk membaca
perenggan seterusnya.Pendahuluan perlu mempunyai 3 konsep ayat iaitu ayat tema(ayat
pengenalan),ayat rangsangan(ayat ini boleh satu ayat atau lebih) dan ayat arahan (berfokus
kepada perbincangan kata kunci tajuk berdasarkan tugasan soalan)

Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat tema
atau ayat pengenalan. Satu ayat tema/pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan
membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. *Ini diikuti oleh satu,dua
atau tiga ayat rangsangan, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan
kenyataan dalam ayat tema/pengenalan.

Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat arahan yang membawa pembaca secara tegas kepada
tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi
nanti.

Contoh :
(1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran
air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja air
sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang melibatkan air yang diproses di loji
pembersihan. (4) Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang
menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap anggota masyarakat
sendiri yang tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut.

1
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Huraian:
Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat tema/ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga
ayat (4) ialah ayat rangsangan . Ayat (5) pula merupakan ayat arahan yang memberikan
bayangan paling dekat terhadap inti tajuk, “sikap masyarakat merupakan penyebab
pencemaran air”.

* Pada peringkat menengah rendah terutamanya bagi tingkatan 1 dan 2 sudah memadai
pelajar boleh membina satu ayat rangsangan sahaja,tetapi digalakkan untuk pelajar-pelajar
tingkatan 3 membina lebih daripada satu ayat rangsangan.

2.1 Membina Perenggan Pendahuluan

Teknik Asas.(teknik 3 ayat )


i.ayat tema
ii. ayat rangsangan perlu ditulis dalam perenggan pendahuluan
iii.ayat arahan

-Untuk menulis pendahuluan pelajar boleh menentukan terlebih dahulu jenis pendahuluan
yang hendak digunakan seperti pendahuluan jenis definisi, persoalan, suasana, sejarah,
pendapat tokoh, peribahasa dan sebagainya.

a. Pelajar membina ayat tema –ayat yang menyatakan pengetahuan pelajar tentang TEMA
tajuk atau kata kunci tajuk berdasarkan kehendak soalan yang diberi.Ayat tema ini boleh
menarik minat pembaca / pemeriksa untuk meneruskan pembacaan.

b. Pelajar menyokong ayat tema dengan ayat rangsangan yang sesuai.Hal ini bermakna ayat
rangsangan itu dapat menyatakan huraian ringkas berkaitan ayat tema dan tajuk soalan.Ingat
para pelajar jangan masukkan isi karangan dalam membina ayat rangsangan ini.

c.Pelajar membina ayat arahan (ayat yang dapat membayangkan isi karangan ) pada akhir
perenggan pendahuluan.Jelasnya ayat arahan ini dapat menyatakan kehendak soalan atau
arahan tugasan dalam soalan.

Contoh perenggan pendahuluan :

Remaja hari ini terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah yang boleh menjejaskan
keselamatan diri mereka.(Ayat Tema) Malah, setiap hari media massa sering melaporkan
ancaman terhadap keselamatan diri masyarakat khususnya golongan remaja.(Ayat
Rangsangan) Oleh itu, golongan remaja perlulah melakukan usaha-usaha bagi memastikan
keselamatan mereka terjamin.(Ayat Arahan)
(Pendahuluan Jenis Fakta )

2
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

2.2 JENIS-JENIS PENDAHULUAN

(i) *Pendahuluan jenis definisi/takrifan (belajar di tg.2)


(ii) *Pendahuluan jenis pendapat tokoh atau pendapat umum (belajar di tg.2)
(iii) Pendahuluan jenis suasana
(iv) *Pendahuluan jenis persoalan(belajar di tg.2)
(v) *Pendahuluan jenis peribahasa/ungkapan (belajar di tg.2 & 3 )
(vi) Pendahuluan jenis sejarah
(vii) Pendahuluan jenis fakta
(viii) Pendahuluan jenis puisi
(ix) *Pendahuluan jenis gabungan (belajar di tg.3)
(x) Pendahuluan jenis statistik

*Antara jenis pendahuluan yang dipelajari dan diberi contoh dalam buku teks. Manakala yang
lain merupakan tambahan untuk pengetahuan yang lebih meluas para pelajar tentang jenis-jenis
pendahuluan yang boleh ditulis dalam perenggan pendahuluan sesebuah karangan.

i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

memberikan takrif · makna · definisi

Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk
karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk
karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis
deskriptif dan perbahasan.

Contoh 1:

Tajuk: Isu Jenayah

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan.


Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut
kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 50 011 kes pada tahun 2018
kepada 53 210 kes pada tahun 2019 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin
serius dari semasa ke semasa.

Contoh 2:

Tajuk : Isu Penderaan

Dera bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman.
Mendera bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi.
Penderaan pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya, penderaan terbahagi
kepada dua jenis, iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental.
Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku
terutamanya kepada kanak-kanak.

3
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Contoh 3:

Tajuk: Isu Bencana Alam

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan kejadian ombak tsunami yang melanda kebanyakan
negara Asia. Tsunami berasal daripada bahasa Jepun yang membawa erti ombak
pelabuhan. Nama ini diberi rentetan ombak besar yang sering melanda pelabuhan Jepun akibat
gempa di dasar bumi. Gempa itu berlaku rentetan pergerakan plat tektonik bumi sehingga
menghasilkan ombak besar di kawasan persisiran pantai. Kedatangan tsunami membawa
bersama-sama seribu kekalutan, manakala pemergiannya meninggalkan seribu kesayuan dan
kepedihan buat mereka yang dilanda ujian itu.

ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH ATAU PENDAPAT UMUM

–menyatakan pendapat seseorang tokoh

Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk
perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah
meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang.
Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata.
Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan,
rencana dan perbahasan.

-manakala bagi pendahuluan jenis pendapat umum tidak mengemukakan pendapat daripada
seseorang tokoh.Hanya kenyataan ayat yang berbentuk pendapat umum atau tidak
spesifik.Kebiasaan pendapat ini diutarakan oleh masyarakat awam yang menjadi sesuatu isu
sebagai perbualan yang sentiasa didengari kita dan hangat diperkatakan berkaitan dengan
apa-apa sahaja isu yang berlaku.

Contoh 1:

Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Menteri Alam Sekitar,Sains dan Teknologi menyatakan pencemaran alam sekitar
berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh
dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi
pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

Contoh 2:
Tajuk : Kepentingan Bahasa Inggeris

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan
mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan
bahasa Inggeris. Beliau berkata bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini
terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap
penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. menurut beliau, bahasa Inggeris
banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.

4
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Contoh 3:Pendahuluan jenis pendapat(umum)


Tajuk : Kesan Bencana Alam (Tsunami)

Tsunami yang melanda perairan pantai kebanyakan negara Asia baru-baru ini dikatakan
bencana yang paling buruk pernah melanda kawasan-kawasan tertentu tidak lama
dahulu. Aceh merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat dilanda tsunami. Rata-rata
masyarakat dunia berpendapat bahawa bencana alam yang melanda Aceh baru-baru ini adalah
untuk melenyapkan sebahagian besar penduduk yang menderita di sana selama ini. Seluruh
kerajaan dunia turut menyatakan bahawa Aceh memerlukan beberapa dekad untuk pulih dan
membangun daripada kelukaan lama, yang juga diakui oleh pemimpin Indonesia sendiri.

iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA

menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

-Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan
fokus untuk tajuk karangan.
-Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif.

Contoh 1 :
Tajuk: Pengalaman ke Bukit Fraser

Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan
perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang
yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

Contoh 2:
Tajuk : Gambaran Tentang Kemalangan Ngeri Rumah Tertimbus

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah
rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik
yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih
belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan.
Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya
mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

Contoh 3:
Tajuk : Boros berbelanja

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Sunan dan menuju ke stesen bas untuk
menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Jeram. Dalam
perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya.
Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar
raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan
Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-asak masuk kerana pasar raya itu
terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-
dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak
hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan
membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan

5
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai
murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak.

iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -

mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

- Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan
beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.

Contoh 1:
Tajuk- Faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan
seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang
itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan ?

Contoh 2:
Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada-ada sahaja kemalangan jalan raya yang
dilaporkan di media massa? Hal ini amat membimbangkan terutamanya menjelang musim
perayaan. Siapakah yang patut dipersalahkan, pengguna jalan raya atau pihak kerajaan?
Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

Contoh 3:
Tajuk : Isu Kemalangan Jalan Raya( Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan
kadar kemalangan jalan raya)

Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa,
terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri
atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun
ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah
kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan
lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah
dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin
ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir
daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan
raya berlaku?

6
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA/COGAN KATA/UNGKAPAN

memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

-Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang
hendak dibincangkan.
-Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang
diberi.
-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.

Contoh 1:
Tajuk- Masyarakat Penyayang

Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan
tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam
sesebuah komuniti.

Contoh 2:
Tajuk :Rencana "Perpaduan Asas Kemajuan"

Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kaya dengan peribahasa yang meliputi semua
aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankanaspek kerjasama dan perpaduan
termasuklah "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni", "Hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah", "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", "Bagai aur dengan
tebing", dan Ibarat Telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua". Semua peribahasa yang
dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli
dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas
kemajuan sesebuah negara.

Contoh 3:
Tajuk : Peranan belia dalam pembangunan negara
Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara
peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah “jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kedua-
dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya
golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara
memang bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”,
“generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja penggerak wawasan”, “generasi muda
wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan
kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu
wawasan”. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan
membangunkan negara ini.

vi) PENDAHULUAN JENIS SEJARAH -

mengemukakan fakta sejarah atau peristiwa yang berlaku dan menulis tahun atau tarikh
kejadian tersebut.

7
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Contoh 1:
Tajuk: Kemerosotan Sukan Bola Sepak

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam
pertandingan bola sepak sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun
1980 apabila pasukan kita layak menyertai sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir
tahun 1970-an, dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita
setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah
punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh
merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
Contoh 2:
Tajuk: Impak Tsunami kepada kebanyakan negara dunia

Tanggal 26 Disember 2004, satu tragedi baru telah tercatat dalam sejarah dunia dan kotak
memori kebanyakan manusia. Tsunami melanda Asia kembali pada abad kini setelah bumi
digegarkan dengan ombak ini pada tahun 1946. Kedatangan tiga ombak besar yang dipanggil
ombak tiga beradik tersebut telah membawa pelbagai impak kepada kebanyakan negara
dunia.
vii) PENDAHULUAN JENIS FAKTA
- mengemukakan fakta yang rasional atau bersesuaian dengan kata kunci tajuk.Penulisan
jenis ini kerap digunakan oleh pelajar.
Contoh 1:
Tajuk: Bersama Memerangi Budaya Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini kian menjadi-jadi dan sukar
dibendung. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran membuktikan bahawa
masalah ini boleh dikatakan meningkat setiap tahun. Hakikatnya, budaya ponteng sekolah ini
tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, malah perlu ditangani segera
Contoh 2:
Tajuk: Faedah -faedah belajar dengan menggunakan komputer.

Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di
negara kita. Sebagai contoh, komputer seringkali digunakan oleh guru-guru semasa
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.Manakala murid pula belajar komputer secara
langsung melalui subjek Asas Sains Komputer dan pembelajaran secara tidak langsung dengan
ahli keluarga serta rakan-rakan,maka pada hari ini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid
sekolah telah mahir dalam menggunakan komputer. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar
dengan menggunakan komputer.

8
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

2.2.1 Menulis perenggan pendahuluan dengan menggunakan teknik FACLK (ArasTinggi)

Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)


Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus
penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama
tadi. Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan
penyataan soalan. Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L)
dan ayat kelima ialah kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Jika
murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang
lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta
menepati kehendak skema pemeriksa.

vii) Kaedah atau Teknik FACLK untuk Menulis Pendahuluan Jenis Fakta

Soalan Contoh 1( tema patriotisme)


Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana
mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut.

Perenggan Contoh 1-Pendahuluan Jenis Fakta

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat
di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F)
Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara
kita. (A) Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan
dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di
Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan
kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah
tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil
oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)

*Pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai F,A, C.(F,A + C,L+K )

* dapat menguasai F,A,C,L,K = lagi baik.

Contoh 2 menulis pendahuluan menggunakan teknik FACLK

TAJUK: CARA-CARA MEMUPUK AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM


KALANGAN KELUARGA

Perenggan Pendahuluan (Jenis ungkapan)

Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam kehidupan seharian. (F) Amalan nilai-
nilai murni ini patut dipupuk sejak dari /(sedari) kecil lagi.(A) Keluarga memainkan peranan
penting dalam memupuk amalan nilai-nilai murni kerana kalangan bijaksana pernah berkata,
rumah ialah syurga kepada kehidupan.(C) Oleh itu, matlamat “Rumahku Syurgaku” menjadi

9
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

hasrat semua keluarga.(L)Justeru, prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah
menjadi insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa.(K)

LATIHAN 1: Anda dikehendaki menulis perenggan pendahuluan berdasarkan pernyataan ayat dan
tugasan soalan di bawah.(sila guna teknik FACLK)

Pusat sumber sekolah atau perpustakaan merupakan gedung khazanah ilmu yang amat berharga. Di
dalamnya terdapat banyak buku yang dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat rujukan.

Jelaskan amalan baik yang boleh dilakukan oleh pelajar ketika berada di pusat sumber.

(soalan disesuaikan dengan buku teks tg.2 unit 7 tema 4,tajuk Cintai Buku)

viii) PENDAHULUAN JENIS PUISI


- boleh digunakan untuk tema yang bersesuaian dengan kehendak tajuk atau kata kunci
soalan seperti tema alam sekitar,bencana, sosial , ekonomi dan sebagainya

Contoh 1: Tema yang ada kaitan dengan bencana alam

Tikar pandan tikar mengkuang,


Alas nikah raja Melayu;
Tsunami menggunung insan terbuang,
Nyawa dilambung terkujur layu.

Pantun ini menerangkan kepada kita betapa kerdilnya manusia di sisi Tuhan. Nyawa manusia
pula dijelaskan sebagai begitu rapuh. Dalam sekelip mata sahaja, beratus ribu manusia
terkorban akibat dihempas badai.

ix) PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN

- menggabungkan mana-mana dua jenis pendahuluan dalam satu perenggan


pendahuluan.Ada juga yang boleh digabungkan lebih daripada dua jenis pendahuluan
bergantung kepada kemahiran atau keupayaan berfikir para pelajar.

Contoh 1: Gabungan –pendahuluan jenis ungkapan/peribahasa + jenis pendapat umum

Tsunami telah menggegarkan penduduk persisiran pantai Asia.Tanggal 26 Disember 2004


merupakan detik hitam yang paling diingati oleh masyarakat dunia lantaran kesedihan dan
raungan yang melanda negara-negara terbabit termasuklah Indonesia, Malaysia, Thailand, Sri
Langka, dan India. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara keseluruhannya,
Indonesia merupakan negara yang paling teruk terjejas akibat dilanda bencana alam
tsunami. Rata-rata ramai yang berpendapat bahawa kedatangan tsunami adalah untuk
menghilangkan penderitaan kebanyakan penduduk tersebut, lebih-lebih lagi penduduk Aceh di
Indonesia.

10
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Contoh 2: Gabungan –pendahuluan jenis persoalan + jenis pendapat tokoh

Tahukah anda bahawa sudah banyak pentadbiran negara yang tumbang kerana gejala rasuah?
Datuk Seri Zakaria bin Jaffar,bekas Timbaln Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan
Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),pernah berkata bahawa
beliau mengharapkan sumbangan orang ramai walaupun setitik peluh bagi menjadikan negara
kita bebas rasuah.Oleh sebab itu, setiap orang mesti memainkan peranan walau sekecil mana
sekalipun bagi membanteras rasuah.Dalam hal ini, jelaslah bahawa rasuah mendatangkan
banyak kesan buruk kepada negara kita.
(bahan petikan diambil daripada buku teks tg.3 ms 73 )

Contoh 3: Gabungan –pendahuluan jenis definisi + jenis persoalan

Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang
berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan
awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon
awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme
ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membendung gejala ini?

x) PENDAHULUAN JENIS STATISTIK


-ayat yang dibina adalah berkaitan maklumat yang mengandungi perkara-perkara
seperti perangkaan ,analisa, dan data-data yang dikemukakan oleh sesuatu pihak.
- biasanya dalam perenggan pendahuluan jenis ini pelajar menggunakan frasa ayat
seperti menurut statistik, mengikut statistik yang dinyatakan oleh dan sebagainya.

Contoh 1:
Tajuk: PERANAN PIHAK-PIHAK TERTENTU DALAM MENANGANI MASALAH
GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA.

Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung


dengan gejala negatif dalam kalangan remaja amatlah menggerunkan kita. Lebih kurang 71
peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati merokok, 40 peratus
menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian, dan 14 peratus menagih dadah.
Kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan pesatnya, serancak
pertumbuhan ekonomi negara. Sesungguhnya, pelbagai pihak memainkan peranan bagi
membendung masalah ini.

Contoh 2:
Tajuk: LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH VIRUS CORONA

Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak Covid-19 yang
mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember 2019. Penularan wabak Covid-
19 secara global telah menjangkiti lebih 100 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan
lebih 2 juta nyawa setakat ini. Di negara kita sendiri menurut Kementerian Kesihatan
Malaysia menyatakan status jumlah rakyat ini yang terkena Covid-19 sehingga 15 Jun 2021
ialah 5,419 kes. Justeru, penyebaran jangkitan koronavirus ini juga telah mengubah corak

11
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

kehidupan manusia serta merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik.Oleh


yang demikan langkah-langkah pencegahan harus dilakukan dengan segera bagi mencegah
virus Corona ini daripada terus merebak di negara kita.

2.3 UJI DIRI

Latihan 2:

i) Sila nyatakan jenis pendahuluan bagi tajuk gejala sosial di bawah


Jenis pendahuluan di bawah ialah pendahuluan
jenis……………………………..
ii) Sila pilih jawapan dan isi tempat kosong dalam perengggan pendahuluan di bawah
dengan jawapan yang paling tepat.

Tajuk: Gejala Sosial


Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial

Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelintir anggota
____________. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat.
Kini, gejala ini membabitkan golongan _______ yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara
ini, malah gejala ini melibatkan pelajar ___________. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah
ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar
_______sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan
golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan
sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah __________
mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung
gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk
membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja .

1)kerajaan 2) junior 3)masyarakat

4) muda 5) sekolah

Latihan 3

Arahan soalan: Berdasarkan perenggan pendahuluan yang diberikan, pelajar-pelajar


dikehendaki mengenal pasti dan mencerakinkan ayat tema,ayat rangsangan serta ayat arahan
ke dalam kotak yang disediakan.

Latihan 3.1- Tajuk: Peranan pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah gejala sosial
dalam kalangan remaja.

Perangkaan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung


dengan gejala negatif dalam kalangan remaja amatlah menggerunkan kita. Lebih kurang 71
peratus golongan remaja berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati merokok, 40 peratus
menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian, dan 14 peratus menagih dadah.

12
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan pesatnya, serancak


pertumbuhan ekonomi negara. Sesungguhnya, pelbagai pihak memainkan peranan bagi
membendung masalah ini.
( Pendahuluan jenis statistik)

Kotak jawapan untuk latihan 3.1


Ayat Tema

Ayat Rangsangan

Ayat Arahan (Kehendak/tugasan


soalan)

Latihan 3.2- Tajuk: Kesan budaya makan di luar kepada gaya hidup masyarakat.

Budaya makan di luar sudah menjadi cara hidup bagi kebanyakan penduduk di Malaysia
lantaran begitu banyak gerai dan restoran yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Mengapakah sesebuah keluarga perlu makan di luar? Mungkin ramai yang bersetuju bahawa
tidak salah sesekali makan di luar rumah. Namun, persoalannya mengapakan ada sesetengah
keluarga di Malaysia menjadikan tabiat makan di luar sebagai amalan setiap kali waktu makan?
Adakah mereka sudah terlalu kaya atau tidak tahu memasak? Persoalannya, apakah kesan
budaya ini kepada gaya hidup masyarakat?
(Pendahuluan jenis gabungan: Persoalan+peribahasa/ungkapan)

Kotak jawapan untuk latihan 3.2


Ayat Tema

Ayat Rangsangan

Ayat Arahan (Kehendak/tugasan


soalan)

Latihan 3.3- Tajuk: Usaha-usaha untuk membendung masalah inflasi

Inflasi ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan untuk jangka masa yang tertentu.
Inflasi tercetus apabila terdapat lebihan permintaan daripada penawaran bagi barangan dan
perkhidmatan. Pada masa ini , Malaysia mengalami kadar inflasi yang rendah iaitu pada kadar
3.5 peratus, namun hal berkenaan tetap meresahkan rakyat terutama dalam kalangan mereka
yang berpendapatan rendah.Hal itu, bermakna beban kewangan mereka akan semakin
menghimpit lalu kehidupan mereka semakin sempit. Oleh itu, usaha untuk menanganinya
harus difikirkan bersama-sama.
(Pendahuluan jenis definisi/takrifan)

13
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Kotak jawapan untuk latihan 3.3


Ayat Tema

Ayat Rangsangan

Ayat Arahan (Kehendak/tugasan


soalan)

Latihan 4.1 ( Pendahuluan Jenis Pendapat)


Arahan soalan: Sila suai padankan barisan kotak A pendahuluan dengan barisan kotak B
yang merujuk kepada ayat tema,ayat rangsangan dan ayat arahan bagi latihan di bawah

Tajuk karangan : Peningkatan kes pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin
memeningkan semua pihak. Namun begitu, punca masalah berkenaan perlu dikenal pasti
sebelum langkah-langkah yang ampuh boleh dilaksanakan. Bincangkan.

BARISAN KOTAK A BARISAN KOTAK B


Hal berkenaan semakin memeningkan
kepala semua pihak lalu
pelbagai cadangan telah diajukan bagi
membendung gejala ini. Oleh itu, timbul
cadangan agar hukuman rotan diadakan ayat tema
semula untuk menghukum mereka yang
melanggar disiplin atau melakukan
kesalahan jenayah atau salah laku di
sekolah.
ayat rangsangan
Namun begitu, punca masalah ini
mestilah dikenal pasti terlebih dahulu.

ayat arahan
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar
semakin membimbangkan. Malah,
setiap hari ada sahaja laporan tentang
pelanggaran disiplin tidak kiralah sama
ada melibatkan kesalahaan yang kecil
atau kesalahan yang besar oleh
golongan pelajar.
Latihan 4.2
Arahan Soalan: setelah jawapan suai padan telah diperoleh dan betul,maka pelajar dikehendaki
menyusun barisan kotak A untuk menjadikan ia satu perenggan pendahuluan jenis pendapat
yang lengkap serta betul kedudukan susunan perenggannya.Sila tulis dalam ruangan yang
disediakan di bawah.

14
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Latihan 5.1
Arahan Soalan: Perenggan pendahuluan di bawah baris-baris ayatnya tidak disusun mengikut
urutan yang sepatutnya.Pelajar dikehendaki menyusun kembali baris-baris ayat perenggan
pendahuluan tersebut supaya mengikut urutan yang betul.Sila tulis nombor baris ayat yang
betul kedudukan susunannya dalam ruangan yang disediakan di bawah.

Tajuk: Penggunan kad kredit menjadi keutamaan atau tidak dalam hidup remaja.

PETIKAN 1

Contoh Jawapan
Tanpa kad kredit, apakah diri akan dituduh ketinggalan zaman? 2

Mengapa menggunakan kad kredit? 1

PETIKAN 2

Sikap tersebut memang baik jika ada dalam diri, tetapi apakah kad kredit harus
diberi keutamaan atau menjadi agenda utama hidup remaja?

Sebenarnya kita bangga jika remaja kita menjadi manusia yang berkerjaya,
berwang, mahu bersaing dengan orang lain, dan tidak mahu diri diperkecil oleh
orang lain.

PETIKAN 3

Mungkin mereka menganggap kad kredit lambang prestij, selain mudah kerana
tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.
Tetapi persoalannya, benarkah kad kredit lambang manusia berprestij atau
sebenarnya mereka ingin menunjukkan kemegahan sebagai manusia “berwang”
walaupun sebenarnya akaun simpanan kosong?
Jika orang dewasa menggunakan kad kredit, bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi
bagi remaja yang baru bekerja atau masih menuntut menggunakan kad kredit,
memang membimbangkan kita.
( Pendahuluan Jenis Persoalan)

Latihan 5.2
Arahan Soalan: Nyatakan apakah ayat-ayat bagi petikan 1,petikan 2 dan petikan 3 tersebut?

PETIKAN 1

PETIKAN 2

PETIKAN 3

15
MOHAZ/SMKBP/KARANGAN/MEMBINA PENDAHULUAN/KEGUNAAN MENENGAH RENDAH

Latihan 5.3
Arahan Soalan: Setelah memperoleh jawapan yang betul dan tepat untuk latihan 5.2,maka
pelajar dikehendaki menyusun petikan tersebut bagi menulis perengggan pendahuluan jenis
persoalan yang lengkap.

NOTA BONUS-PENANDA WACANA


Penanda wacana digunakan untuk memantapkan jalinan idea dalam sesebuah perenggan.
Antara penanda wacana yang boleh digunakan ialah:

Penanda wacana berkaitan dengan sebab:


Hal ini berpunca daripada
Hal ini disebabkan oleh
Hal ini dikatakan demikian kerana
Penanda wacana berkaitan dengan kesan:

Hal ini menyebabkan


Oleh itu
Justeru,
Penanda wacana turutan isi( turutan isi, sebab, kesan)

Selain itu,
Tambahan pula,
Seterusnya,

16

You might also like