You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/341001150

Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid: Pengukuran Tahap


Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Conference Paper · March 2019

CITATIONS READS

3 61,401

1 author:

Kalai Selvan Arumugham


Ministry of Education, Malaysia
31 PUBLICATIONS   38 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Kalai Selvan Arumugham on 29 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Pentaksiran Bilik Darjah dan Kemenjadian Murid: Pengukuran Tahap
Perkembangan Pembelajaran Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Kalai selvan Arumugham, Phd


SMK Tunku Seri Indera Putera, Malaysia
kalvan_80@yahoo.com

ABSTRAK
Perubahan yang dilakukan dalam amalan pentaksiran adalah lebih
menjurus kepada proses untuk melihat perkembangan pembelajaran murid.
Sistem peperiksaan tradisional yang diamalkan didapati mempunyai pelbagai
kelemahan yang sememangnya didapati kurang sesuai untuk diamalkan pada
zaman ini. Setiap murid haruslah melalui proses pembelajaran agar mereka
dapat menguasai standard kandungan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Untuk merealisasikan matlamat ini Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah
diperkenalkan. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk melihat proses
pelaksanaan PBD khusus untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semua murid dikehendaki mencapai
kelulusan minimum dalam mata pelajaran ini. Kegagalan mereka untuk
mendapatkan pencapaian minimum akan memberi Impak yang mendalam
terutamanya apabila mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Penyelidikan kualitatif ini telah menggunakan pendekatan Kajian Kes
yang melibatkan seramai sepuluh orang guru Bahasa Melayu. Persampelan telah
dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar
tingkatan satu hingga tiga. Kaedah temubual dan pemerhatian telah digunakan
dalam proses pengumpulan data. Data temubual dan pemerhatian telah
ditriangulasikan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam
penyelidikan ini. Data telah dianalisis secara manual. Data telah dilaporkan
berdasarkan tema-tema yang telah dikenalpasti. Dapatan penyelidikan ini
menampakkan perbezaan dalam amalan pentaksiran dalam kalangan guru-guru
Bahasa Melayu. Ada dalam kalangan guru yang masih melaksanakan proses
pentaksiran yang bersifat ortodox berbanding sesetengah guru yang
melaksanakan pentaksiran untuk proses pembelajaran. Penyelidikan ini juga
mencadangkan agar penyelidikan lanjut terus dijalankan untuk melihat
keberkesanan PBD dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini kerana penyelidikan
yang berterusan akan membantu untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan
sesebuah Negara

Kata Kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Proses Pelaksanaan, Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu anjakan yang telah dilakukan selari
dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula
1
diperkenalkan pada tahun 2017. KSSM memberi penekanan kepada tiga aspek utama,
iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Proses
penggubalan kurikulum yang telah mengambil kira ketiga-tiga aspek ini telah meletakkan
pentaksiran sebagai satu elemen utama dalam pembelajaran. Ini kerana, tugas guru bukan
sahaja untuk menyampaikan kurikulum yang telah direka bentuk malah untuk mentaksir
murid-murid sepanjang proses pengajaran dijalankan. Tugas sebagai seorang pengajar
dan pentaksir bukanlah satu tugas yang mudah, memandangkan guru harus mempunyai
pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan kedua-dua tanggung jawab ini (Lane,
Oakes, Powers, Diebold, Germer, Common, & Brunsting, 2015). Dalam konteks
melaksanakan tugas sebagai seorang pengajar dan pentaksir, guru bukan sahaja perlu
menguasai kandungan kurikulum malah harus tahu untuk menggunakan kaedah yang
sesuai untuk menyampaikan kurikulum tersebut (Lam, 2015).

PBD merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses


perkembangan pembelajaran murid secara berterusan (Jacob & Parkinson, 2015). Proses
ini agak berbeza jika dibandingkan dengan peperiksaan yang hanya mengukur
pembelajaran murid di hujung proses pembelajaran. Kedua-dua konsep ini mempunyai
satu perbezaan yang agak ketara, memandangkan peperiksaan adalah lebih bersifat
pentaksiran sumatif manakala PBD adalah lebih bersifat pentaksiran formatif. Oleh
kerana peperiksaan dan pentaksiran adalah dua proses yang berbeza, maka guru haruslah
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mengendalikan kedua-dua proses ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Bahagian


Perkembangan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah
bersatu tenaga untuk merangka satu sistem pentaksiran yang berupaya untuk mentaksir
pelajar secara lebih holistik jika dibandingkan dengan peperiksaan. Proses ini juga
menampakkan keprihatinan KPM terhadap proses pembelajaran murid berbanding
dengan gred pencapaian seseorang murid. Berpaksikan kepada matlamat ini, ketiga-tiga
pihak ini telah berjaya merangka satu kurikulum yang meliputi ketiga-tiga standard, iaitu
standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Ketiga-tiga komponen
ini memerlukan guru sebagai agen pelaksana kurikulum harus mempunyai kompetensi
yang tinggi terhadap tugas mengajar dan mentaksir.

Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka dan memahami
cara guru-guru Bahasa Melayu menengah rendah melaksanakan PBD. Ini kerana,
memahami cara agen pelaksana kurikulum melaksanakan sesuatu program atau dasar
yang diperkenalkan akan membantu pelbagai pihak berkepentingan dalam bidang itu
untuk memahami secara mendalam tentang senario sebenar terhadap isu yang dikaji
(Koenig, Blomeke, Klein, Suhl, Busse & Kaiser, 2014). Dalam konteks penyelidikan ini,
PBD merupakan satu bentuk pentaksiran yang baharu saja diperkenalkan dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Oleh itu, pihak-pihak yang berkepentingan seperti KPM, BPK,
LPM, pentadbir dan malah guru-guru sendiri mungkin sehingga hari ini masih belum
menemui satu cara pelaksanaan PBD yang bersesuian. Aspek ini telah memberi ruang
kepada penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan ini. Tambahan pula, kebanyakkan
penyelidikan tentang PBS di Malaysia berfokuskan kepada mata pelajaran Bahasa
Inggeris, memandangkan mata pelajaran ini telah menampakkan kepentingan disamping
pencapaian pelajar yang kurang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini mata pelajaran Bahasa Melayu juga telah menampakkan
kepentingannya apabila mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran wajib lulus untuk
melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan sijil. Faktor ini
2
telah menampakkan kepentingan kepada penyelidik untuk mengkaji cara guru-guru
Bahasa Melayu melaksanakan PBD diperingkat menengah rendah memandangkan
penguasaan Bahasa Melayu diperingkat menengah rendah menjadi asas kepada murid-
murid untuk menguasai mata pelajaran ini diperingkat menengah atas.

Oleh itu, penyelidikan ini diharap dapat memberi satu gambaran yang jelas
tentang cara guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD yang kini telah menjadi satu
agenda utama KPM, BPK dan LPM yang ingin melihat proses pembelajaran berlaku
secara berterusan. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk meneroka cara guru-
guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD dan seterusnya memahami mengapa guru-guru
menggunakan cara tersebut untuk melaksanakan PBD.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Perubahan penekanan PBD daripada amalan pentaksiran sumatif yang banyak


memberi fokus terhadap ujian dan peperiksaan kepada amalan PBD yang mementingkan
pentaksiran bersifat formatif telah menimbulkan banyak rungutan dalam kalangan guru.
Hal ini adalah disebabkan perasaan kurang keyakinan dalam kalangan guru untuk
menjalankan PBD dalam proses PdP. Aplikasi pentaksiran formatif didapati masih lemah
dalam kalangan guru kerana guru tidak dapat mengintegrasikan PBD dalam proses PdP
kerana guru seringkali menganggap PBD adalah sesuatu yang terasing atau terpisah dari
amalan PdP (Kapambwe, 2010).

Penyelidikan yang dilakukan oleh Graham, Hebert & haris (2015) mendapati guru-
guru masih memerlukan latihan untuk melaksanakan PBD. Berikutan itu mereka
menyarankan guru-guru mempelbagaikan proses PdP disamping mengintegrasikan PBD
kedalam PdP. Proses ini memerlukan guru melakukan proses perancangan yang
sistematik. Perkara ini disokong oleh Follmer & Stefanou (2014) yang menyatakan
semua teknik yang membolehkan guru mendapatkan maklumat berkaitan status
kefahaman, kemahiran dan pengetahuan murid sesuai digunakan sebagai teknik dalam
melaksanakan PBD. Walau bagaimanapun, Qian (2014) menjelaskan tidak ada satu
penjelasan yang terperinci diberikan tentang cara guru-guru dapat melaksanakan PBD
disamping melaksanakan PdP. Marcenaro-Gutierrez & Vignoles (2015) menyatakan PBD
merupakan satu proses yang dijalankan selepas PdP dijalankan. Menurutnya lagi, PBD
sewajarnya dijalankan selepas guru menggunakan teknik PdP untuk menyampaikan
konsep atau standard kandungan. Mereka juga meyarankan guru perlu memulakan PBD
selepas sepuluh atau lima belas minit mengajar standard kandungan.

Guru juga kurang berpengetahuan terhadap penggunaan teknik PBD. Sebagai


contoh, penyelidikan yang dijalankan oleh Retnawati, Hadi & Nugraha (2016)
melaporkan guru-guru menggunakan teknik soal jawab sebagai salah satu teknik
pengajaran dan bukannya sebagai teknik PBD. Ini disokong oleh Wiliam & Thomposon
(2017) yang menyatakan guru-guru tidak memahami langkah ynag sepatutnya dijalankan
untuk melaksanakan PBD. Pemahaman guru-guru tentang langkah-langkah untuk
melaksanakan PBD masih berada pada tahap yang amat rendah. Dalam sesetengah
keadaan, guru tidak menyedari sama ada mereka melaksanakan PBD atau PDP. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan
untuk melakukan penambahbaikan dalam proses PdP. Maklumat yang tidak cukup ini
juga akan menyebabkan guru tidak dapat mengambil tindakan yang sewajar untuk
3
melaksanakn bimbingan terhadap murid mereka. Kesemua ini akan menyebabkan
matlamat PBD tidak dapat dicapai.

Penyelidikan-penyelidikan yang lepas banyak telah memberikan maklumat


tentang teknik-teknik PBD yang dapat digunakan oleh guru sepanjang mereka
melaksanakan PBD, namun tidak ada penjelasan yang terperinici yang diberikan tentang
cara melaksanakan teknik-teknik tersebut. Apa yang penting ialah maklumat yang
diperoleh daripada pelaksanaan PBD. Ini kerana tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid semasa PBD dijalankan akan banyak memberi maklumat kepada guru untuk
membuat keputusan dan pertimbangan tentang apa yang hendak dilakukan seterusnya
dalam proses PdP. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk meneroka
dan memahami cara guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD yang merupakan
agenda utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Pemilihan


kaedah ini adalah disebabkan keinginan untuk memahami dengan mendalam tentang cara
guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan PBD serta mendapat gambaran yang jelas
tentang amalan guru-guru sepanjang melaksanakan PBD. Dalam usaha menjadikan
fenomena penyelidikan ini lebih bermakna, penyelidikan ini dijalankan dengan
melibatkan seramai sepuluh orang guru yang khusus mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu. Pemilihan peserta dilakukan secara rawak dalam kalangan guru-guru Bahasa
Melayu dengan andaian semua guru Bahasa Melayu sedar tentang pelaksanaan PBD.
Walau bagaimanapun, penyelidik hanya memilih guru-guru Bahasa Melayu yang
mengajar Bahasa Melayu diperingkat menengah rendah memandangkan KSSM masih
dilaksanakan di ini. Kaedah ini dipercayai dapat meningkatkan kredibiliti dapatan kajian
ini. Pemilihan peserta kajian secara rawak akan memberikan kepelbagaian dalam dapatan
kajian memandangakan peserta ini dipilih tanpa dilihat kepada pengalaman mengajar dan
pengetahuan dalam bidang yang dikaji. Untuk tujuan pelaporan dalam penyelidikan ini,
nama dan identiti guru-guru dirahsiakan. Sepanjang pelaporan penyelidik telah
menggunakan nama samaran seperti Asmah, Rubi, Anim, Rohi, Mie, Has, Azha, Limah,
Uda dan Lid. Penyelidik juga telah memilih untuk menggunakan kaedah kajian kes.
Setiap maklumat yang diperoleh daripada peserta kajian dianggap sebagai maklumat
yang dikumpulkan untuk memahami kes yang dikaji. Penglibatan seranai sepuluh orang
guru juga telah membuka ruang kepada penyelidik untuk menganalisis dapatan dengan
menggunakan teknik multiple case study.

Dua teknik pengumpulan data digunakan, iaitu pemerhatian secara non-


participant dan temu bual. Pemerhatian secara non-participant dijalankan dalam proses
PdP supaya mendapat gambaran sebenar berkaitan pelaksanaan PBD. Data yang
diperoleh semasa pemerhatian akan diperkukuhkan melalui temu bual dengan
mengemukakan soalan susulan untuk mencungkil untuk mendapat penjelasan lanjut
tentang perlakuan yang ditunjukkan (Braun & Clarke, 2013; Delamont, 2016). Data yang
dikumpulkan dianalisis secara manual melalui dua peringkat, iaitu semasa kajian
lapangan dan analisis kandungan selepas penyelidikan ini dijalankan. Teknik gundalan
digunakan untuk menyiasat pola PBD yang kerap diamalkan oleh peserta kajian. Borang
matrik digunakan untuk penyimpulan analisis. Triangulasi antara teknik dan antara unit
digunakan dalam penyimpulan data. Proses ini membantu penyelidik untuk mendapatkan
4
data yang bersifat komprehensif, holistik dan diskriptif untuk penyelidikan ini. Walau
bagaimanapun, dapatan untuk penyelidikan ini tidak boleh digeneralisasikan luar
daripada konteks, peserta dan tempat penyelidikan ini dijalankan (Creswell & Creswell,
2017).

4.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan mengikut tema yang telah dikenaplasti. Dapatan


dibincangkan berdasarkan tema supaya data yang diperoleh dapat dibentangkan secara
mendalam serta dapat memperkayakan kefahaman terhadap cara guru-guru ini
melaksanakan PBD dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah data dianalisis
penyelidik telah mengenalpasti empat tema yang berkaitan dengan cara guru-guru Bahasa
Melayu melaksanakan PBD. Diantaranya, pentaksiran formatif, kerja rumah, aktiviti
pengayaan dan maklum balas lisan.

Pentaksiran Formatif

Asmah dan Rubi merupakan dua orang guru yang menggunakan pendekatan
pentaksiran formatif untuk melaksanakan PBD. Kedua-dua orang guru ini memberi
penekanan terhadap tahap pencapaian murid yang telah ditekankan dalam KSSM.
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) yang dibekalkan telah
menitikberatkan aspek pentaksiran. Di penghujung setiap modul, guru perlu mengukur
tahap pencapaian murid berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan.

Saya akan pastikan pelajar menguasai setiap tajuk yang diajar. Ini kerana, di
penghujung modul atau tajuk saya akan laksanakan pentaksiran. Pentaksiran ini
bersifat formatif, iaitu hanya uji tajuk-tajuk yang tertentu sahaja. Dalam DSKP
dah diberi tahu tentang bahagian-bahagian yang perlu diuji. Kebiasaannya
dalam Bahasa Melayu ni aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran bertutur,
menulis dan lisan. Jadi masa nak laksanakan pentaksiran formatif saya akan
pastikan setiap kemahiran ini diuji (Asma/TMB1).

Penjelasan yang diberikan oleh Asmah menampakkan guru ini hanya


melaksanakan PBD pada pengujung proses pengajaran sesuatu modul. Ini kerana, Asmah
ingin menguji beberapa topik dalam satu pentaksiran. Pada masa yang sama, elemen-
elemen yang berkaitan dengan bahasa juga telah dijadikan komponen dalam pentaksiran
formatif. Ini kerana dalam DSKP yang diberikan oleh BPK guru-guru perlu mentaksir
aspek-aspek ini. Disamping data temu bual, pemerhatian yang dilakukan terhadap Asmah
juga menampakkan PBD dijalankan dipenghujung setiap modul.

Sepanjang PdP Asmah didapati tidak melaksanakan sebarang proses


pentaksiran. Asmah hanya melakukan penyoalan lisan untuk memastikan standard
kandungan yang disampaikan difahami oleh murid-muridnya. Disamping temubual,
penyelidik juga telah melakukan pemerhatian terhadap proses PdP guru-guru ini. Pada
masa tersebut, penyelidik telah berada dalam bilik darjah dan memerhatikan cara Asmah
melaksanakan PBD. Sepanjang pemerhatian, penyelidik mendapati Asmah telah menguji
aspek-aspek yang ditekankan dalam DSKP. Kesemua bahan pentaksiran yang diberikan
kepada murid adalah bersifat pentaksiran formatif, iaitu merangkumi beberapa tajuk yang
telah diajar.

5
Seperti Asmah, Rubi juga telah melaksanakan PBD melalui pentaksiran formatif.
Rubi juga memilih untuk melaksanakan PBD berdasarkan tahap penguasaan murid.
Tahap penguasaan tersebut dilihat berdasarkan kepada DSKP yang dibekalkan. Setiap
aspek telah diperincikan dalam DSKP, maka Rubi hanya menjadikan DSKP sebagai
panduan untuk mentaksir muridnya.

Kaedah pelaksanaan PdP ketika waktu pengajaran dan pembelajaran amat


membantu murid kerana murid secara langsung mengetahui kelemahan mereka
mengikut kemahiran yang diberikan fokus utama pentaksiran. Guru pula dapat
melihat secara langsung perkembangan pembelajaran murid. Perkembangan
pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat diukur melalui
instrument perekodan PBD yang dibekalkan kepada setiap guru yang mengajar.
Pengukuran dibuat berdasarkan tahap penguasaan murid mengikut tahap
penguasaan yang dicapai (Rubi/ TMB 2).

Pemerhatian yang dilakukan terhadap Rubi juga mendapati Rubi memberi


penekanan terhadap tahap penguasaan murid. Sepanjang proses pelaksanaan PdP Rubi
tidak memberi sebarang aktiviti pentaksiran. Latihan-latihan yang diberikan hanyalah
bersifat aktiviti pengukuhan dan tidak ada unsur untuk penambahbaikan dalam proses
pembelajaran murid. Namun, pemerhatian yang dilakukan ketika Rubi melaksanakan
PBD, Rubi didapati banyak membimbing murid-muridnya untuk melakukan
penambahbaikan. Rubi juga telah menjalankan PBD berulang kali untuk membantu
murid-muridnya untuk meningkatkan penguasaan dalam topik-topik yang dipilih.

PBD yang dilaksanakan oleh Asmah dan Rubi adalah bersifat terasing daripada
proses PdP. Kedua-dua orang guru ini menjalankan PdP mengikut standard kandungan
berdasarkan DSKP. Setelah selesai beberapa topic, maka mereka telah menetapkan satu
masa tertentu untuk melaksanakan PBD. PBD dijalankan secara pentaksiran formatif,
iaitu guru-guru menyediakan soalan-soalan topikal untuk mentaksir pemahaman murid
tentang standard kandungan yang telah dipelajarinya. Setelah PBD dilaksanakan, mereka
juga melakukan proses penambahbaikan dengan memberikan maklumbalas kepada
murid-muridnya. Proses pengajaran mereka diteruskan untuk standard kandungan yang
murid-muridnya masih menghadapi masalah.

Saya akan mengulang tajuk-tajuk yang saya rasa pelajar-pelajar saya kurang
faham. Melalui pentaksiran yang dijalankan saya dah boleh tahu tahap
penguasaan pelajar saya (Asmah/TM2).

Kebiasaannya saya akan bagi maklum balas kepada pelajar untuk membantu
mereka melakukan proses penambahbaikan. Ini adalah untuk membolehkan
mereka mengenalpasti kesilapan yang mereka telah lakukan (Rubi/TM1).

Kedua-dua orang guru ini memberi maklum balas sama ada secara bertulis atau lisan
untuk tujuan membantu murid-muridnya meningkatkan penguasaan mereka. Proses
memberi maklum balas setelah pentaksiran formatif bukan sahaja membantu pelajar
untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid-muridnya malah
proses ini membuka ruang kepada murid-muridnya untuk mengalami proses
pembelajaran yang berterusan.

Kerja Rumah
6
Tema kedua yang dapat dikenalpasti melalui temu bual dan pemerhatian ialah
PBD dilaksanakan melalui kerja rumah murid. Anim dan Rohi didapati melaksanakan
PBD melalui kerja rumah yang diberikan setiap kali selesainya proses PdP. Anim dan
Rohi tidak mengumpulkan beberapa topik sekaligus untuk melaksanakan PBD. Kedua-
dua orang guru ini melaksanakan PBD pada setiap penghujung proses pengajaran.

PDB dilakukan pada setiap akhir sesi PdPc dalam kelas. PBD juga bergantung
kepada objektif tahap penguasaan yang ditetapkan. Pengamalan PBD yang telah
direkodkan dapat menunjukkan perkembangan invidivu seseorang pelajar
memandangkan pelajar akan dipantau dan diulang tahap penguasaan jika tidak
mencapai tahap. Setiap kali dah habis PdP saya akan bagi kerja rumah dan nilai
pelajar melalui kerja rumah tersebut (Anim/TM2).

PBD dilaksanakan berdasarkan topik yang saya telah ajar. Kebiasaannya


selepas saya melaksanakan PdP. Kadang kala ada juga saya buat teknik
penyoalan lisan. Semua ni bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan
kefahaman mereka. Semua ni saya buat melalui tugasan kerja rumah
(Rohi/TM2).

Anim dan Rohi telah menjadikan latihan kerja rumah sebagai cara mereka
melaksanakan PBD. Setiap tugasan yang diberikan adalah berdasarkan tahap penguasaan
murid yang telah ditetapkan. Mereka juga telah menjadikan DSKP sebagai panduan
untuk melaksanakan PBD. Pemerhatian yang dilakukan terhadap kedua-dua orang guru
ini mendapati, mereka akan memberikan kerja rumah setiap kali selesai proses
pengajaran. Murid akan menyiapakan kerja rumah tersebut setelah selesai proses PdP dan
menyerahkannya kepada guru dalam tempoh yang ditetapkan. Guru akan menyemak dan
memberi maklum balas kepada murid-muridnya secara bertulis. Proses untuk memberi
bimbingan hanya dilakukan sekiranya murid-murid didapati melakukan kesilapan yang
besar.

Setelah mengenalpasti kesilapan yang telah dilakukan oleh murid-muridnya,


maka guru akan mencatatkan kesilapan tersebut di papan putih sebelum memulakan
proses PdP. Guru akan memberi maklumat untuk membantu murid-muridnya supaya
tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Sekiranya perlu Anim dan
Rohi akan berjumpa dengan murid-muridnya secara bersemuka untuk membimbing
mereka. Melalui kerja rumah, guru-guru ini dapat melaksanakan proses pentaksiran
secara berterusan berdasarkan tahap penguasaan yang telah ditetapkan. Penilaian dan
pentaksiran juga dapat dilakukan secara khusus untuk standard kandungan yang telah
ditetapkan.

Kerja rumah juga didapati membantu guru-guru ini untuk mendapatkan


maklumat tentang tahap penguasaan murid. Melalui maklumat tersebut, guru-guru dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tidak ada standard kandungan
yang tidak dikuasai oleh murid-muridnya. Proses pentaksiran melalui kerja rumah dan
seterusnya bimbingan melalui kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid dilakukan
secara berterusan dan cara ini dikatakan membantu kedua-dua orang guru ini untuk
melaksanakan PBD.

Aktiviti Pengayaan
7
Tema yang ketiga yang dapat dikenalpasti ialah aktiviti pengayaan. Mie, Has,
Azha dan Limah merupakan empat orang guru yang melaksanakan PBD melalui aktiviti
pengayaan. Aktiviti pengayaan ini disediakan oleh guru-guru ini berpandukan kepada
DSKP dan seterusnya standard prestasi yang telah ditetapkan. Ini bermakna guru telah
melakukan perancangan sebelum melaksanakan PBD. Guru akan melaksanakan PdP
seperti yang telah dirancang, dan hanya melaksanakan PBD setelah beberapa standard
kandungan telah diajar. PBD dijalankan dengan menggunakan aktiviti pengayaan yang
telah disediakan berdasarkan standard kandungan.

Proses PBD berlaku sebaik sahaja PdPc berlangsung kerana mata pelajaran
Bahasa Melayu melibatkan kemahiran-kemahiran yang berlaku secara langsung
dalam proses PdP. Perkembangan pelajar diukur melalui tiga instrument, iaitu
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.Setiap kemahiran tersebut diukur sepanjang proses PdP dan
perkembangan pelajar boleh dilihat berlaku secara langsung dalam PdP
(Mie/TM1).

Saya akan menggunakan DSKP sebagai induk permulaan proses pentaksiran


dalam bilik darjah. Saya juga akan menyediakan RPH berasaskan Penguasaan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Disamping itu, menggunakan
buku teks mengikut unit dan tema yang telah ditetapkan dalam sukatan mata
pelajaran Bahasa Melayu. QR code yang diberikan juga diteliti dalam buku teks
mengikut unit dan tema bersama murid atau (aktiviti pengayaan) sebahagian
daripada proses dalam bilik darjah secara lisan dan tulisan. PBD juga
dijalankan melalui aktivi berpusatkan pelajar (Has/TM2).

Mie dan Has merupakan dua orang guru yang menjalankan PBD berdasarkan
DSKP yang telah dibekalkan. DSKP telah dirujuk kerana, dalam DSKP telah dinyatakan
dengan jelas standard kandungan-standard kandungan yang memerlukan PBD
dilaksanakan. Untuk setiap standard kandungan tersebut, guru-guru ini telah
menyediakan bahan dalam bentuk aktiviti pengayaan. Bahan aktiviti pengayaan ini juga
adalah berdasarkan tahap penguasaan yang dinyatakan dalam standard prestasi. Aktiviti
pengayaan yang dijalankan juga adalah berpandukan kepada enam tahap penguasaan
yang berbeza.

Tahap perkembangan pembelajaran pelajar dapat diukur melalui borang TP


yang telah disediakan. Jika berlaku peningkatan pencapaian, bermakna TP
berjaya. Proses ini dijalankan pada setiap kali PdP dijalankan. Semua pelajar
terlibat secara menyeluruh dan guru dapat mengenal TP pelajar secara telus
(Azha/TM2).

Proses pentaksiran bilik darjah dilakukan dengan menguji 3 kemahiran pelajar


iaitu, membaca, menulis dan mendengar dan bertutur. Ketiga-tiga kemahiran ini
diuji dalam waktu PdPc setiap minggu (Limah/TM1).

PBD tidak dilaksanakan pada setiap hari, namun keempat-empat orang guru
melaksanakan PBD berdasarkan keperluan. Mereka akan melaksanakan PdP seperti biasa
dan setelah beberapa tajuk telah diajar, maka PBD akan dilaksanakan. Melalui proses
pemerhatian yang dilakukan terhadap mereka, aktiviti pengayaan yang diberikan
8
dilaksanakan dalam bilik darjah semasa PdP dijalankan. Guru-guru akan melakukan
perbincangan dalam bilik darjah sejurus pelajar menyiapkan aktiviti pengayaan. Aktiviti
pengayaan ini juga dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti aktiviti bertulis,
perbincangan kumpulan, soal jawab lisan dan pembentangan. Hasrat utama guru-guru ini
ialah melalui PBD yang dilaksanakan mereka dapat mentaksir elemen-elemen seperti
kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur. Menurut mereka keempat-empat
aspek ini diberi penekanan dalam KSSM Bahasa Melayu. Oleh itu, guru-guru ini telah
menjadikan aspek ini sebagai asas dalam melaksanakan PBD.

Guru-guru ini juga telah membuat rekod pentaksiran dalam dokumen yang
disediakan. Berpandukan pelaporan yang diperoleh, guru-guru ini akan melakukan
penambahbaikan terhadap murid-murid yang didapati belum menguasai tahap
penguasaan ini. Proses ini akan memastikan murid-muridnya akan dapat mencapai tahap
penguasaan minimum sebelum guru-guru ini beralih kepada topik yang seterusnya.

Maklum Balas

Tema keempat yang diperoleh melalui data yang dikumpulkan ialah PBD
dilaksanakan melalui maklum balas. Uda dan Lid merupakan dua orang guru yang
didapati menggunakan cara ini untuk melaksanakan PBD.

PBD dilakukan secara berterusan dalam PdPc melalui pemerhatian, penglibatan


setiap individu. Dalam kerja kumpulan. Lihat penglibatan mereka dari segi
kerjasama dan keyakinan serta keberanian menyampaikan pendapat. Kaedah
lain melalui sesi soal jawab, aktiviti kuiz dan latihan penulisan. PBD dilakukan
secara menyeluruh terhadap semua pelajar dan secara rawak terhadap
seseorang individu terutama yang tahap penguasaannya agak ketinggalan
daripada rakan yang lain (Uda/TM2).

PBD dilakukan secara pembentangan dan latihan. Latihan yang diberikan


adalah seperti penulisan karangan, ULBS semua instrument dan soal jawab
bahan prosa komsas (Lid/TM2).

Kedua-dua orang guru ini melakukan PBD dengan menggunakan pelbagai cara seperti
aktiviti pengayaan, kerja rumah, maklum balas, sesi soal jawab dan pembentangan.
Namun, setiap aktiviti PBD akan disusuli dengan tindakan untuk memberi maklum balas.
Kedua-dua orang guru ini melakukan PBD melalui PdP. Ini bermakna PBD tidak
dilakukan secara terasing. Setelah selesai PBD dijalankan, maka guru-guru akan melihat
kepada tahap penguasaan murid-murid mereka. Melalui proses ini, guru akan
mengenalpasti keperluan untuk membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Maka, guru akan merangka semula strategi yang bersesuaian untuk
memastikan murid-muridnya menguasai tahap penguasaan yang belum dicapai.

Kedua-dua orang guru ini akan melakukan proses bimbingan dengan memberi
maklum balas. Semua maklum balas yang diberikan adalah secara bertulis dan diberi
bimbingan secara individu atau berkumpulan. Sekiranya ramai dalam kalangan murid
yang melakukan kesilapan yang sama, maka guru akan memberi maklum balas lisan
dalam kumpulan. Sekiranya guru-guru mendapati hanya individu-individu tertentu sahaja
yang melakukan kesilapan maka maklum balas bersemuka diberikan.

9
Sepanjang proses pemerhatian, kedua-dua orang guru ini telah mencatatkan
kesilapan umum yang dilakukan oleh murid-murid di papan putih. Seterusnya guru
membuat ulasan dan memberi penjelasan tentang kesilapan yang dilakukan oleh murid-
murid. Guru juga telah menjadikan contoh-contoh kesilapan murid untuk dibincangkan
semasa PdP dijalankan. Berpandukan kesilapan tersebut, semua murid akan mendapat
maklum balas. Melalui proses ini, murid-murid dapat membetulkan kesilapan mereka dan
seterusnya guru dapat mentaksir tahap penguasaan yang seterusnya.

Proses memberi maklum balas dalam bilik darjah telah membuka ruang kepada
murid-murid untuk menyoal semula komponen-komponen yang mereka masih kurang
faham. Murid-murid dapat berbincang bersama guru mereka untuk meningkatkan
penguasaan mereka terhadap standard kandungan yang telah dipelajari. Proses bimbingan
ini dapat membantu meningkatkan pengusaan murid dalam mata pelajaran ini.

5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Kesimpulannya, semua peserta penyelidikan ini telah menjalankan PBD seperti yang
disarankan oleh LPM dan BPK. Kesemua guru didapati melaksanakan proses
penambahbaikan sepanjang proses pelaksanaan PdP. Proses penambahbaikan yang
dilakukan sepanjang proses pengajaran merupakan satu cara yang terbaik untuk
melaksanakan PBD ( Chappuis, Stiggins, Chappuis & Arter, 2012). Melalui penyelidikan
ini, terdapat guru-guru yang menggunakan pendekatan pentaksiran formatif untuk
melaksanakan PBD. Kaedah ini telah dibincangkan oleh Griffin & Care (2014) yang turut
mengatakan pentaksiran formatif merupakan salah satu kaedah yang dapat digunakan
oleh guru-guru untuk melaksanakan PBD. Ini kerana, pentaksiran formatif akan
dijalankan sepanjang guru-guru melaksanakan PdP. Walau bagaimanapaun, proses ini
agak bercanggah dengan cadangan Griffin & Care (2014) kerana guru-guru dalam
penyelidikan ini mengasingkan pentaksiran formatif daripada PdP. Ini menampakkan
guru masih memberi fokus kepada sistem peperiksaan. Pentaksiran formatif memang
merupakan satu kaedah yang seringkali dikaitkan dengan PBD, namun cadangan yang
diberikan ialah pentaksiran formatif dijalankan semasa PdP dijalankan. Oleh itu, guru-
guru di Malaysia haruslah memikirkan cara yang terbaik untuk mengintegrasikan
pentaksiran formatif ke dalam PdP. Sekiranya amalan ini dapat dilakukan, maka
pelaksanaanya akan menjadi lebih mantap. Pelaksanaan PBD seharusnya tidak
diasingkan memandangkan ini adalah salah satu daripada proses pembelajaran (Omar &
Sinnasamy, 2017). Proses ini akan membantu guru-guru untuk mengenalpasti masalah
yang dhadapi oleh pelajar disamping melaksanakan proses penambahbaikan tehadap
pelajar dari semasa ke semasa.

Disamping itu, kerja rumah dan aktiviti pengayaan juga didapati merupakan cara
yang telah disarankan dalam sorotan karya-karya lepas. Yan & Cheng (2015) dalam
penyelidikannya telah menyatakan, PBD haruslah melibatkan aktiviti pentaksiran yang
berterusan. Ini bermakna setelah PdP dilaksanakan guru harus melaksanakan proses
pentaksiran untuk mengukur pemahaman murid-murid tentang standard kandungan yang
dipelajarinya. Murid-murid juga akan dapat tahu tentang penguasaan mereka sekiranya
pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran (Tong & Adamson, 2015). Guru-
guru dalam penyelidikan didapati telah menggunakan kerja rumah dan aktiviti pengayaan
untuk melaksanakan PBD. Mereka juga didapati telah memberikan maklum balas secara
lisan dan bertulis untuk kerja rumah dan aktiviti pengayaan yang mereka berikan.Walau
10
bagaimanapun untuk penyelidikan masa hadapan, dicadangkan agar cara kerja rumah dan
aktiviti pengayaan dilakukan dikaji secara mendalam disamping melihat kepada bahan-
bahan yang diberikan untuk tujuan aktiviti pengayaan dan kerja rumah. Ini kerana dalam
penyelidikan ini hanya cara PBD dilaksanakan sahaja difokuskan. Penyelidik tidak
melihat kepada bahan-bahan yang diberikan oleh guru-guru serta melihat keberkesanan
bahan tersebut untuk melaksanakan PBD. Selain itu, pandangan murid juga harus diambil
kira kerana pelaksanaan PBD ini melibatkan guru dan murid (Tong,2016).

Selain itu, guru-guru juga didapati sentiasa memberikan maklum balas kepada murid-
muridnya. Dapatan ini menyokong dapatan (Talib, Kamsah, Naim, Latif, Abu Naim &
Abdul Latif, 2014) yang menyatakan proses memberi maklum balas adalah satu kaedah
untuk guru-guru memberikan maklumat tentang kesilapan dan keperluan untuk
melakukan penambahbaikan. Setiap maklum balas yang diberikan akan membantu
pelajar untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan ( Zan & cheng, 2015). Guru-guru
yang terlibat dalam penyelidikan ini juga didapati telah menggunakan maklum balas
sebagi satu cara untuk membantu dan membimbing anak muridnya dalam proses
meningkatkan penguasaan mereka terhadap standard kandungan yang telah dipelajarinya.
Perkara ini juga telah dipersetujui oleh (Power, Watkins, Mautone, Walcott, Coutts &
Sheridan, 2015) yang mengatakan maklum balas yang diberikan akan sentiasa membantu
murid-murid untuk melakukan tindakan susulan. Guru yang sering memberi maklum
balas sebenarnya kearah untuk membantu murid-muridnya untuk mengambil tindakan
susulan terhadap proses pembelajarannya.

Secara keseluruhannya, guru-guru telah melaksanakan PBD seperti yang disarankan.


DSKP telah dijadikan sebagai panduan untuk melihat aspek tahap penguasaan pelajar.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam cara pelaksanaan PBD dalam kalangan
guru-guru Bahasa Melayu. Perkara ini menimbulkan persoalan kepada penyelidik kerana
DSKP yang dibekalkan kepada semua guru adalah sama, namun mengapa guru memilih
cara yang berbeza untuk melaksanakan PBD. Guru-guru yang memainkan peranan
sebagai agen pelaksana kurikulum seharusnya mempunyai satu bentuk pemahaman yang
sama terhadap dasar atau program pendidikan yang sedang dilaksanakan (Kaufman,
2018; Lingard & Thompson & Sellar; Parkay, Anctil & Hass, 2014). Keadaan ini perlu
dikaji semula memandangkan pihak penggubal dasar harus memastikan pelaksanaan
dasar pendidikan haruslah berada dalam landasan yang betul. Walaupun guru-guru ini
melaksanakan PBD seperti yang disarankan dalam sorotan karya-karya lepas, namun
aspek perbezaan pelaksanaan perlu dikaji semula untuk memastikan keseragaman dalam
kalangan guru-guru Bahasa Melayu. Jadi, diharapkan kajian ini dapat memberi impak
kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk memahami secara mendalam matlamat PBD
diperkenalkan. Disamping itu, LPM, BPK dan KPM juga boleh menjadikan dapatan
penyelidikan ini untuk melakukan penambahbaikkan dalam proses pelaksanaan PBD.
Pihak-pihak ini boleh memikirkan cara untuk membantu guru-guru meningkatkan
kemahiran mereka untuk melaksanakan PBD berdasarkan matlamat yang telah
ditetapkan. Penyelidikan ini juga telah menampakkan kepentingan untuk melaksanakan
kursus kepada guru-guru secara berterusan sehingga mereka meningkatkan kemahiran
dalam aspek pentaksiran.

Rujukan

11
Braun, V., & Clarke, V. (2013). Successful qualitative research: A practical guide for
beginners. sage.

Chappuis, J., Stiggins, R. J., Chappuis, S., & Arter, J. (2012). Classroom assessment for
student learning: Doing it right-using it well. Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and
mixed methods approaches. Sage publications.

Delamont, S. (2016). Fieldwork in educational settings: Methods, pitfalls and


perspectives. Routledge.

Follmer, D. J., & Stefanou, C. R. (2014). Examining the correspondence between a direct
and an indirect measure of executive functions: Implications for school-based
assessment. The School Psychologist, 68(3), 12-18.

Graham, S., Hebert, M., & Harris, K. R. (2015). Formative assessment and writing: A
meta-analysis. The Elementary School Journal, 115(4), 523-547.

Griffin, P., & Care, E. (Eds.). (2014). Assessment and teaching of 21st century skills:
Methods and approach. Springer.

Jacob, R., & Parkinson, J. (2015). The potential for school-based interventions that target
executive function to improve academic achievement: A review. Review of
Educational Research, 85(4), 512-552.

Kapambwe, W. M. (2010). The implementation of school based continuous assessment


(CA) in Zambia. Educational Research and Reviews, 5(3), 099-107.

Kaufman, A. S. (2018). Contemporary intellectual assessment: Theories, tests, and


issues. Guilford Publications.

Koenig, J., Blömeke, S., Klein, P., Suhl, U., Busse, A., & Kaiser, G. (2014). Is teachers'
general pedagogical knowledge a premise for noticing and interpreting classroom
situations? A video-based assessment approach. Teaching and Teacher
Education, 38, 76-88.

Lam, R. (2015). Language assessment training in Hong Kong: Implications for language
assessment literacy. Language Testing, 32(2), 169-197.

Lane, K. L., Oakes, W. P., Powers, L., Diebold, T., Germer, K., Common, E. A., &
Brunsting, N. (2015). Improving teachers' knowledge of functional assessment-
based interventions: Outcomes of a professional development series. Education
and Treatment of Children, 38(1), 93-120.

Lingard, B., Thompson, G., & Sellar, S. (Eds.). (2015). National testing in schools: An
Australian assessment. Routledge.

12
Marcenaro-Gutierrez, O., & Vignoles, A. (2015). A comparison of teacher and test-based
assessment for Spanish primary and secondary students. Educational Research,
57(1), 1-21.

Omar, H. M., & Sinnasamy, P. (2017). Between the ideal and reality: teachers’perception
of the implementation of school-based oral english assessment. The English
Teacher, 17.

Parkay, F. W., Anctil, E. J., & Hass, G. (2014). Curriculum leadership: Readings for
developing quality educational programs. Prentice Hall.

Power, T. J., Watkins, M. W., Mautone, J. A., Walcott, C. M., Coutts, M. J., & Sheridan,
S. M. (2015). Examining the validity of the Homework Performance
Questionnaire: Multi-informant assessment in elementary and middle school.
School Psychology Quarterly, 30(2), 260.

Qian, D. D. (2014). School-based English language assessment as a high-stakes


examination component in Hong Kong: Insights of frontline assessors.
Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 21(3), 251-270.

Retnawati, H., Hadi, S., & Nugraha, A. C. (2016). Vocational High School Teachers'
Difficulties in Implementing the Assessment in Curriculum 2013 in Yogyakarta
Province of Indonesia. International Journal of Instruction, 9(1), 33-48.

Talib, R., Kamsah, M. Z., Naim, H. A., Latif, A. A., Abu Naim, H., & Abdul Latif, A.
(2014). From principle to practice: Assessment for learning in Malaysian school-
based assessment classroom. International Journal of Social Sciences &
Education, 4(4), 850-857.

Tong, S. Y. A. (2016). Exploring students’ perception of and reaction to feedback in


school–based assessment. Malaysian Journal of ELT Research, 7(2), 44.

Tong, S. Y. A., & Adamson, B. (2015). Student voices in school-based assessment.


Australian Journal of Teacher Education, 40(2), 2.

Wiliam, D., & Thompson, M. (2017). Integrating assessment with learning: What will it
take to make it work?. In The future of assessment (pp. 53-82). Routledge.

Wilson, E. (Ed.). (2017). School-based research: A guide for education students. Sage.

Yan, Z., & Cheng, E. C. K. (2015). Primary teachers' attitudes, intentions and practices
regarding formative assessment. Teaching and Teacher Education, 45, 128-136.

13

View publication stats

You might also like