You are on page 1of 6

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Aplikasi Teknologi Dron Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


(The Application of Drone Technology in Teaching and Learning)
Aidei Ramli1*, Yuslan Ismail2
1
Fakuti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
2
Fakuti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p113749@siswa.ukm.edu.my

Accepted: 15 June 2022 | Published: 30 June 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.13
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dron atau dikenali sebagai teknologi pesawat tanpa pemandu telah menjadi
semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia mudah dikendalikan. Ini disebabkan
oleh teknologi dron yang menjadi semakin canggih dan telah dapat digunakan dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam bidang fotografi, perfileman pertanian, ketenteraan, pengawasan
sempadan negara, operasi mencari dan menyelamat. Dalam bidang pendidikan, teknologi
dron juga telah digunakan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dari peringkat
pengajian sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Oleh itu, penggunaan dron sebagai
alat bantu mengajar telah banyak membantu para pendidik di institut pendidikan untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan menggunakan kaedah
pengajaran yang menarik dan mudah difahami oleh pelajar. Terdapat pelbagai jenis dron
yang boleh digunakan untuk pendidikan dijual di pasaran kini dengan harga yang mampu
milik. Artikel ini akan menganilisis dapatan kajian lepas tentang keberkesanan aplikasi dron
dalam pembelajaran teknologi kejuruteraan, matematik, fizik dan geografi.

Kata kunci: dron, pendidikan, teknologi, pengajaran dan pembelajaran

Abstract: Drone or is known as unmanned aircraft technology has become popular in the
community because it easy to handle. This is due to technology drone is becoming increasingly
sophisticated and has been able to be used in various fields especially in photography, film
making, military, national border surveillance, search and rescue operation. In education field,
drone technology has also been used in teaching and learning from the primary school until
university level. Therefore, the use of drone as a teaching aids material has greatly helped
educators in educational institute to provide a fun learning environment by using interesting
teaching method and easy to understand by students. There are many different types of drones
that can be used for education sold in the market now at affordable prices. This article will
analyse the finding of previous studies on effectiveness of drone application in the learning of
engineering technology, mathematic, physic and geography.

Keywords: drone, education, technology, teaching and learning


___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pesawat tanpa pemandu atau lebih dikenali sebagai dron direka bentuk dengan menggunakan
sistem mekatronik yang membolehkan dron dikawal melalui alat kawalan jauh atau komputer.
Sistem mekatronik yang terdapat pada dron ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen

142
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mekanikal, elektrik, elektronik, sistem kawalan dan perisian komputer. Komponen utama yang
terdapat dalam dron adalah motor elektrik, kipas, litar pengagihan kuasa, pengawal kelajuan
kipas, pengawal penerbangan, kamera dan bateri (Micheal Smith, 2018).

Bateri

Rajah 1: Bahagian utama dron (The Basics of Quadcopter Anatomy,2018)


Teknologi dron telah mendapat perhatian masyarakat pada awal abad ke-21. Pada tahun 2013,
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon iaitu Jeff Bezos telah memperkenalkan pelan
mengkomersialkan dron kepada masyarakat untuk digunakan dalam aktiviti seharian (Saiful,
2022). Hasilnya, teknologi dron telah berkembang dengan lebih maju dan dicipta dalam
pelbagai bentuk dan fungsi yang sesuai untuk kegunaan masyaraka contohnya dron yang
memiliki kamera berkualiti tinggi sesuai digunakan dalam penggambaran filem. Kelebihan
dron yang dapat dikawal secara kawalan jauh telah menjadikan teknologi ini semakin meluas
penggunaannya dalam pelbagai aspek, misalnya untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat,
pengawasan sempadan negara, pemantauan trafik dan cuaca, bantuan memadamkan kebakaran
dan pertanian (Mohd Jasmy, 2018).

Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam mengadaptasikan penggunaan teknologi dron
dalam pengajaran dan pembelajaran. Fungsi yang semakin canggih dan pelbagai guna yang
terdapat dalam teknologi dron telah dapat membantu pelajar dalam mempelajari bidang sains,
geografi, matematik, pengaturcaraan komputer dan teknologi kejuruteraan (Gerald Hoxha,
2021).

Institusi pendidikan di negara-negara Eropah, Jepun, China dan Amerika telah menggunakan
dron sebagai alat pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan STEM. Di sana, para
pelajar seawal usia 12 tahun telah mula didedahkan dengan kemahiran menggunakan dron.
Tujuannya adalah untuk menyediakan para pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran
menggunakan teknologi dengan baik.

Para guru di Sekolah Rendah Bandar Kashiwazaki, Jepun telah menggunakan dron dalam kelas
pengaturcaraan komputer dengan melibatkan seramai 26 orang pelajar . Penggunaan dron di dalam kelas
pengaturcaraan komputer tersebut telah menjadikan aktiviti pembelajaran yang amat menyeronokkan

143
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

untuk para pelajar berdasarkan dapatan kajian soal selidik (Taro Saki, 2021). Di Malaysia, dron hanya
digunakan di institusi pengajian tinggi untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (Nadhira
Ahmad, 2018). Penggunaan dron dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan
menengah, merupakan salah satu elemen yang agak baru di negara ini. Ini kerana para guru
belum didedahkan lagi dengan kelebihan penggunaaan dron sebagai alat bantu mengajar
(Fatinah Manap, 2018).

3. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

Airbit telah diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2020 di negara Norway Airbit adalah
sejenis dron yang menggunakan microbit sebagai mikropengawal. Kini Airbit telah
diperkenalkan dengan meluas untuk pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan pusat
pengajian tinggi (Schuchter, 2021).

Rajah 2: Dron Airbit (Co-creational Education, 2021) 

Penggunaan Airbit di dalam pembelajaran teknologi kejuruteraan ini akan membolehkan para
pelajar mempelajari cara pemasangan komponen elektronik seperti mikropengawal dan litar
kawalan penerbangan untuk menghasilkan sebuah dron. Bahasa pengaturcaraan komputer
seperti Scratch, Java dan Phyton digunakan bagi membolehkan Airbit berfungsi dengan
mengikut aturcara yang telah dibangunkan oleh pelajar. Oleh itu, para pelajar akan dapat berfikir
secara kreatif dalam mempelajari pengaturcaraan komputer (Maria Klawe, 2015).

Kesimpulannya, penggunaan Airbit dalam pembelajaran dapat memberikan motivasi dan


merangsang minat murid untuk mempelajari bidang teknologi kejuruteraan (A. Schuchter,
2021). Aktiviti membina dan memasang dron di dalam kelas merupakan idea yang amat
menarik kerana para pelajar dapat mempelajari ilmu kemahiran teknikal dalam bidang elektrik,
elektronik, teknologi mekatronik dan pengaturcaraan komputer menerusi aktiviti pembelajaran
yang praktikal (Levy, 2015).

4. Aplikasi Dron Dalam Pembelajaran Matematik

Penggunaan dron dapat membantu para pelajar mempelajari dan memahami secara mendalam
topik matematik yang sukar difahami. Topik matematik yang sesuai dipelajari dengan
menggunakan dron ini adalah trigonometri, statistik dan liner algebra. Dalam pembelajaran
topik ini jenis dron yang telah digunakan ialah Parrot AR 2.0. Dron ini sesuai dan mudah
digunakan sebagai pembelajaran di dalam dan di luar kelas (Gerald Hoxha, 2021).

144
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 3: Parrot AR 2.0 (Adopting Drone Technology in Mathematical Education, 2021)

5. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Geografi

Phantom DJI amat sesuai digunakan dalam pembelajaran matapelajaran Geografi di sekolah
menengah. Ini kerana ia mempunyai kamera yang berkeupayaan mengambil gambar dengan
jelas dari jarak yang jauh. Selain itu ia mempunyai masa penerbangan selama 30 minit (Alif
Othman, 2018). Dron ini mempunyai kestabilan yang tinggi ketika terbang tinggi di udara.

Rajah 4: Phantom DJI (Pemanfaatan Teknologi Drone untuk Pembelajaran Geografi, 2018)

Penggunaan dron telah dipraktikkan sebagai alat bantu mengajar di luar kelas oleh seorang guru
yang bernama Alif Othman di Maktab Rendah Sains Mara Tun Muhammad Fuad Stephen,
Sabah. Melalui penggunaan dron ini, para pelajar telah melibatkan diri secara lebih aktif semasa
pembelajaran Geografi. Aktiviti pembelajaran ini merupakan aktiviti berkumpulan di mana
setiap kumpulan akan menerbangkan dron selama 1 hingga 3 minit untuk memerhatikan dan
mengambil data bergambar persekitaran fizikal dan budaya di sekitar kawasan sekolah.

Para pelajar dapat memanfaatkan penggunaan dron dengan membuat perbandingan ciri fizikal
dan budaya yang terdapat di dalam peta (Peta topografi & Google maps) dengan data yang
diperolehi daripada dron. Hal ini bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam
persekitaran menerusi peta secara masa nyata kerana peta yang kita lihat pada paparan Google
Maps hanya akan dikemaskini pada setiap 1 hingga 3 tahun. Perkara ini bertujuan untuk melihat
hubung kait antara ciri fizikal dengan ciri budaya yang terdapat di sesuatu kawasan.

6. Aplikasi Dron dalam Pembelajaran Fizik

Dron yang amat sesuai digunakan untuk pembelajaran fizik ini adalah parrot mini. Kelebihan
dron ini adalah ia mudah untuk dikendalikan oleh para pelajar. Penggunaan dron dalam
pembelajaran fizik telah dapat membantu para pelajar memahami topik halaju dan pecutan.

145
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 5: Parrot mini dron (Drones for the Science Classroom,2018)


Penggunaan dron telah menyebabkan pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari
matapelajaran Fizik. Ini dibuktikan melalui kajian soal selidik yang dilakukan ke atas pelajar,
yang telah melaporkan bahawa mereka berasa amat seronok belajar memahami konsep Fizik
dengan menggunakan dron. Kaedah rekabentuk kajian yang telah dijalankan ini telah
melibatkan dua kumpulan pelajar iatu kumpulan rawatan dan kawalan. Kumpulan kawalan
belajar secara konvesional iatu melalui kaedah penerangan guru. Pelajar dalam kumpulan
rawatan dapat menggunakan dron dalam pembelajaran fizik secara lebih praktikal. Aktiviti
eksperimen telah dilakukan oleh pelajar dalam kumpulan rawatan dengan mengira pecutan
dan halaju dron. Pelajar akan mencatat masa yang diambil oleh dron untuk terbang dari titik
permulaan hingga titik mendarat berdasarkan jarak yang telah ditentukan (Emanuel, 2017).

7. Kesimpulan

Pakar-pakar pendidikan telah mencadangkan supaya penggunaan dron dapat diketengahkan


dan menjadi sebahagian daripada kurikulum di institut pendidikan kerana aplikasi dron dalam
pembelajaran dapat membantu para pelajar mencipta serta membina pengetahuan dengan cara
yang lebih menyeronokkan. Oleh yang demikian, para pendidik boleh menggunakan dron
sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam membantu pelajar dalam membina kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Pembelajaran dengan menggunakan dron juga dapat
meningkatkan kemahiran murid untuk bekerjasama dalam satu kumpulan.

Para pendidik perlulah lebih bersedia untuk mengintegrasikan dron dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan dron dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan
suatu pendekatan kreatif, menarik dan terkini dan sesuai dengan perkembangan teknologi
semasa. Pendekatan pengajaran yang menggunakan teknologi ini akan menyebabkan para
pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran dan dapat meningkatkan minat mereka untuk
mempelajari sesuatu topik.

Kesimpulannya, para pelajar pada masa kini perlu diberikan pendedahan di dalam institusi
pendidikan tentang penggunaan teknologi dron dalam pembelajaran supaya para pelajar kini
akan akan lebih bersedia dengan masa hadapan yang lebih mencabar.

Permintaan industri dalam Revolusi Industri 4.0 kini tidak lagi tertumpu kepada pekerja yang
mempunyai penguasaan teori dan juga kemahiran praktikal sahaja, tetapi pekerja yang memiliki
pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara inovatif dan kreatif. Dalam
menuju era Revolusi Industri 4.0, dron akan banyak digunakan secara meluas dalam pelbagai
bidang pekerjaan. Pengintegrasian dron dalam pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan
kesedaran pada para pelajar tentang perkembangan teknologi di era Revolusi Industri 4.0.

146
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 2, 142-147, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rujukan

Bai, O., Chu, H., Liu, H., & Hui, G. (2021). Turkish Journal of Computer and Mathematics
Education Vol.12 No.11 (2021), 1722- 1727 Research Article Drones in Education: A
Critical Review.
Schuchter, A. (2021). Co-creational Education: A Project-based Flipped Classroom Workshop
Series for Online Education using Drone Building to Teach Engineering Subjects.
1(Csedu), 447–457.
Yepes, I., Augusto, D., & Barone, C. (2022). Use of Drones as Pedagogical Technology in
STEM Disciplines. 21(1), 201–233.
Bolick, M. M., Mikhailova, E. A., & Post, C. J. (2022). Education sciences Teaching Innovation
in STEM Education Using an Unmanned Aerial Vehicle (UAV).
Alif Othman. (2018). Pemanfaatan Teknologi Drone untuk Pembelajaran Geografi di
Pendidikan Menengah. 2(2), 80–88.
Duraj, S., Pepkolaj, L., & Hoxha, G. (2021). Adopting Drone Technology in Mathematical
Education. HORA 2021 - 3rd International Congress on Human-Computer Interaction,
Optimization and Robotic Applications, Proceedings, July.
Chou, P. N. (2018). Smart technology for sustainable curriculum: Using drone to support young
students’ learning. Sustainability (Switzerland), 10(10).
Ryu, J., Kirsten, S., & Riveraine, L. (2020). Idaho Drone League (iDrone) to Stimulate STEM
workforce. 21(2), 35–41.
Taro Saiki. (2021.). Effective Use of Drone in Elementary School Programming Classes.
Education Technology, 21.
Farr, V., & Light, G. (2019). Integrated STEM Helps Drone Education Fly. 2019 9th IEEE
Integrated STEM Education Conference, ISEC 2019, 398–401.
Tezza, D., Garcia, S., & Andujar, M. (2020). Let’ s Learn! An Initial Guide on Using Drones
to Teach STEM for
Yamamori, K. (2019). Classroom practices of low-cost STEM education using scratch. 4(6),
192–198.
Mohamad, W. S. N. (2022). Perkembangan dan potensi Teknologi Dron. In Dewan Kosmik (p.
5).
Bolick, M. M., Mikhailova, E. A., & Post, C. J. (2022). Education sciences Teaching Innovation
in STEM Education Using an Unmanned Aerial Vehicle (UAV).
Fatin, Aidah, M. J. (2018). Penerimaan Teknologi Dron Dalam Kalangan Pelajar Universiti
Awam. Dron Dalam Pendidikan:Himpunan Kajian Empirikal, 1(2), 34.

147
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like