You are on page 1of 17

1

Nama Kursus: Akhlak Dan Tasawwuf

Kod Kursus: USN6113

Nama Pensyarah: Ustazah Dr.Norfadilah Binti Abdul Rahman

Tajuk Tugasan: Akhlak Hasad Dan Marah

Nama Pelajar: -Nur Atiqah Farzana Binti Zailey Akmar

-Aniqah Madihah Binti Munir

-Nur Athira Syafiqa Binti Mohd Yusoff

-Nur Shahira Atiqah Binti Md Sopian

-Nurul Ilya Afrini Binti Mohd Rozali

No Matrik: -I21105088

-I21105092

-I21105151

-I21105184

-I21105204
2

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Pendahuluan 4-6

3. Hasad 6-11

4. Marah 12-16

5. Penutup 16-17

7. Rujukan 17

PENGHARGAAN
3

Assalamualaikum w.b.t, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga kami menyiapkan kursus yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Akhlak Hasad
Dan Marah. Kerja kursus ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada kerja kursus.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk kami menyiapkan
kerja kursus ini.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sejuta penghargaan kami tujukan
kepada Ustazah Dr. NorFadilah Binti Abdul Rahman selaku pensyarah USN6113 yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan juga membimbing kami sepanjang melaksanakan kerja
kursus ini. Beliau juga telah banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada kami
untuk menyiapkan tugasan ini.

Sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan yang sangat
bertanggungjawab dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan
yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat serta cadangan.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibu Bapa yang turut membantu untuk
menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan
kerja-kerja seperti ini. Hal ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan
motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan ini. Kami berharap agar segala
tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat kepada
diri sendiri. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi kalian. Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN
4

Agama Islam sangat mengutamakan akhlak kerana tugas utama diutusnya Nabi
Muhammad SAW di muka bumi adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dalam
Islam akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Dianatar
contoh akhlak mahmudah ialah sabar, jujur, ikhlas, syukur, tawadu’, adil, amanah dan lain-
lain. Manakala contoh akhlak mazmumah pula ialah hasad, marah, takabbur, munafik, riak,
dengki, dan lain-lain. Semua akhlak yang tercela adalah penyakit hati yang amat berbahaya
dan harus dihindari terutama penyakit hasad kerana penyakit ini adalah dosa pertama yang
dilakukan makhluk Allah iaitu Iblis yang tidak patuh atas perintah Allah untuk sujud pada
Nabi Adam AS.

Para mufassir seperti ar-Razi, al-Qurthubi, Abu Hayyan al-Andalusi dan lain-lain sepakat
bahawa hasad iaitu harapan seseorang akan hilangnya nikmat dari orang-orang yang
dihasadkannya, atau benci dan tidak senang ketika dia melihat kebaikan ada pada diri orang
yang dihasadkan. Hasad adalah penyakit yang parah dan racun yang mematikan, tidak
seorangpun yang selamat kecuali yang diselamatkan oleh Allah disebabkan oleh itu
dikatakan: “Tidak ada tubuh yang selamat dari penyakit hasad, hanya saja seorang yang
tercela menampakkannya dan seorang yang mulia menyembunyikannya. Dan banyaknya
penyakit hasad ini ditengah-tengah kaum manusia, yang satu hasad kerana ilmunya, yang lain
hasad kerana hartanya, yang ini kerana kedudukannya, dan yang itu kerana jawatannya.

Hasad merupakan akhlak yang tercela yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap
fizikal dan agama. Hasad adalah penyebab utama terjadinya perpecahan dan perselisihan.
Sebahagian Ulama’ mengatakan “Hasad adalah dosa pertama penyebab terjadinya maksiat
kepada Allah dilangit” iaitu hasad Iblis kepada Nabi Adam AS. Hasad pada hakikatnya
adalah keberatan atau protes terhadap ketentuan Allah dan nikmatnya. 1 Bahaya dari hasad
ialah menghapuskan segala amal kebaikan seseorang seperti habisnya kayu bakar dimakan
api, hal ini disebabkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud maksudnya :
“Menceritakan kepada kami Uthman Bin Shalih al-Baghdadi, menceritakan pada kami Abu
‘Amir iaitu Abd al_malik bin ‘Amr menceritakan kepada kami Sulaiman Bin Bilal dari
Ibrahim bin Abi Asid dari datuknya, dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Nabi Muhammad
SAW bersabda: Jauhilah olehmu sifat hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan
kebaikan- kebaikan seperti api memakan kayu bakar.”

Perasaan marah merupakan salah satu daripada sifat mazmumah yang terdapat dalam jiwa
insan. Sifat ini telah diumpamakan dengan api yang marak menyala yang akan membakar
1
Muhammad Bin Ibrahim al-Hamad. Su’ul Khuluq Mazhahiruhu Asbabuhu ‘Ilajuhu. Cet. 1. H. 34-35
5

semua kebaikan yang telah dilakukan oleh pemiliknya. Oleh yang demikian, sifat marah perlu
disingkirkan daripada jiwa insan agar mereka mampu mencapai kebahagiaan yang hakiki.
Walaupun begitu, banyak tindakan-tindakan yang menyebabkan marah. Ada yang marah
disebabkan faktor lingkungan internal mahupun external, rasa marah biasanya muncul
disebabkan terdapat ketidakbenaran.

Marah pada asalnya merupakan sesuatu yang normal yang pernah dialami oleh
kebanyakan orang. Disatu sisi manusia memang perlu melepaskan amarah yang ada didalam
dirinya agar diperoleh kelegaan atau agar terlepas dari suatu beban emosi yang cukup berat
dalam hatinya. Walaupun marah merupakan suatu hal yang wajar dan sihat, namun jika tidak
dikendalikan dengan baik maka marah berpotensi besar untuk menimbulkan masalah baru.2

Al-Quran adalah kitab suci yang merupakan wahyu Allah, yang ditujukan untuk manusia,
diri peribadi dan alam semesta. Al-Quran merupakan kitab yang sempurna, pelbagai aspek
kehidupan manusia baik berhubungan akidah, ibadah, muamalat mhupun yang berhubungan
dengan kehidupan. Setiap jiwa manusia mengalami berbagai perubahan dan pengaruh,
apabila manusia sentiasa menjalankan perintah Allah dengan baik, maka akan memperoleh
ketenangan dalam hidup. Sebaliknya jika manusia tidak menjalankan perintah Allah dapat
digolongkan kedalam umat yang rugi. Surah al-‘Asr ayat 1-3:

)3( ‫ص ۡو ْا بِٱلص َّۡب ِر‬ ِّ ‫ص ۡو ْا بِ ۡٱل َح‬


َ ‫ق َوتَ َوا‬ َّ ٰ ‫وا ٱل‬
ِ ‫صلِ ٰ َح‬
َ ‫ت َوت ََوا‬ ْ ُ‫وا َو َع ِمل‬ ۡ ‫َو ۡٱل َع‬
ْ ُ‫)ِإاَّل ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬2( ‫) ِإ َّن ٱِإۡل ن ٰ َسنَ لَفِي ُخ ۡس ٍر‬1(‫ص ِر‬

Maksudnya : Demi masa(1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam


kerugian(2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menasihat-menasihati
supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran(3).

Seseorang yang tidak dapat mengendalikan dan mengarahkan jiwanya dan yang tidak dapat
menentukan kehendak dan akalnya, maka akan menimbulkan sifat marah. Ketika seseorang
sedang marah maka pasti ia tidak mampu lagi mengendalikan akal dan pergerakannya atau
bahkan tidak mampu mengawal percakapannya. Hal ini akan membawa kepada tindakan
yang tidak dapat dikawal atau mungkin akan terjadi sesuatu yang tidak diinginkan.3

Sifat amarah dapat mengeluarkan perintah kepada jasad melampiaskan kekesalan hati
dengan mencela, tindakan-tindakan dan wujudnya keksalan lain yang tergantung pada
tingkatan kemarahan dari keimanan seseorang. Untuk itu menahan amarah merupakan

2
Wetri Mudrison. 2005. Seni Pengendalian Marah dan Menghadapi Orang Marah. H. VIII.
3
Amir an-Najjah. 2000. Ilmu Jiwa Dalam Tasyawwuf. Jakarta Pustakan Azzam; Khalil al-Musawi. 1998.
Bagaimana Membangun Keperibadian Anda. H. 74-75.
6

perbuatan kebajikan dan Allah menyukai orang-orang yang membuat kebajikan. Firman
Allah dalam surah al-Imran ayat 134:

َ‫اس َوٱهَّلل ُ يُ ِحبُّ ۡٱل ُم ۡح ِسنِين‬ ۡ ۡ ٰۡ َّ ‫ٱلَّ ِذينَ يُنفِقُونَ فِي ٱل َّسرَّٓا ِء َوٱل‬
ِ ۗ َّ‫ضرَّٓا ِء َوٱل َك ِظ ِمينَ ٱلغ َۡيظَ َوٱل َعافِينَ ع َِن ٱلن‬

Maksudnya : (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik diwaktu lapang mahupun
sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnyadan memaafkan (kesalahan) orang. Allah
menyukai orang-orang yang membuat kebajikan.

HASAD

Kata hasad bermaksud iri hati atau dengki. 4 Hasad ialah rasa benci dan tidak suka terhadap
kebaikan yang diperoleh oleh orang lain. Al-Nawawi berpendapat bahawa hasad ialah
menginginkan hilangnya nikmat yang dimiliki oleh orang lain baik berupa masalah dunia
mahupun dalam masalah agama. Hasad ialah perasaan tidak senang kepada nikmat yang
dianugerahkan Allah kepada orang lain. Hasad bermula terjadi sejak zaman dahulu iaitu saat
Iblis menolak perintah Allah untuk bersuju kepada Nabi Adam AS. Sifat hasad ini bersumber
dari hati dan mengakibatkan hati menjadi binasa kerana adanya rasa benci dan adanya rasa
ingin dimuliakan.5

Hasad merupakan perbuatan dosa yang pertama kali terjadi dilangit iaitu ketika Iblis
dengki kepada Nabi Adam AS dan di bumi Kabil dengki kepada saudaranya sendiri Habil.
Iblis tidak sujud kepada Adam kerana dia tidak menerima bahawa lebih mulia dan lebih
tinggi darjatnya daripadanya yang hanya tercipta daripada tanah sedangkan dirinya tercipta
daripada api.

Hasad secara ringkas juga bererti kebencian terhadap nikmat yang dimiliki oleh orang lain
dan adanya keinginan dalam dirinya agar hilangnya nikmat yang dimiliki orang tersebut.
Nikmat yang selalu dibenci ialah kekayaan, kecantikan, kehormatan, kasih sayang orang lain
kepadanya, pangkat dan juga ilmu.6

Ulama’ mengertikan hasad itu tidak mencakupi kedengkian mengenai pihak yang lain
yang mempunyai atau terduga mempunyai nikmat, namun juga terhadap yang tidak
mempunyai nikmat apapun. Tetapi kedengkiannya menimbulkan kedengkian agar yang

4
Ahmad Warson Munawwir. 1997. Kamus al-Munawwir Arab-Indonesia.
5
Khamimudi. 2020. Fiqh Kesihatan: Inspirasi Meraih Cara Hidup Sihat Secara Kaffah.
6
Jalaluddin Rahmat. 2007. The Road To Allah: Tahap-Tahap Perjalanan Rohani Menuju Tuhan.
7

bersangkutan sentiasa berada dalam kesulitan dan kesedihan. Hasad juga bermaksud ingin
mendapatkan nikmat yang sama dengan nikmat yang dimiliki oleh orang lain dengan tidak
adanya harapan dalam dirinya untuk menghilangkan nikmat yang dimiliki orang lain.

Terdapat dua hadis mengenai sifat hasad ini iaitu yang pertama dari Riwayat Abu Daud,
sabda Rasulullah SAW: “Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, sebagaimana api
memakan (membakar) kayu.” Manakala yang kedua pula dari Riwayat Muslim, Rasulullah
SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian dengki mendengki, jangan putus-memutuskan
silaturrahim, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, tetapi jadilah kamu sekalian
hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah keatas
kamu.” Selain itu, Allah juga berfirman didalam surah al-Falaq ayat 1-5:

ۡ
َ َ‫ق ِإ َذا َوق‬
)3( ‫ب‬ ٍ ‫)و ِمن َش ِّر غَا ِس‬
َ 2( ‫ق‬ ِ َ‫قُ ۡل َأعُو ُذ بِ َربِّ ٱلفَل‬
َ َ‫) ِمن َش ِّر َما خَ ل‬1( ‫ق‬
ٰ
ِ َ‫َو ِمن َش ِّر ٱلنَّفَّ ٰث‬
)5( ‫) َو ِمن َش ِّر َحا ِس ٍد ِإ َذا َح َس َد‬4( ‫ت فِي ۡٱل ُعقَ ِد‬

Maksudnya ; Aku berlindung dengan Tuhan daripada kegelapan subuh(1) Daripada kejahatan
yang telah dijadikan.(2) Daripada bahaya kegelapan (malam) ketika kelam.(3) Daripada
kejahatan orang yang meniup di simpulan.(4) Dan daripada bahaya hasad, ketika dia
berhasad.(5)

Hasad al-gibta yang bermaksud mengharapkan menjadi seperti orang yang dihasadnya.
Contohnya ketika dia mengetahui seseorang itu maju dan untuk menjadi orang yang maju
seperti itu maka dia juga perlu menanam usaha untuk maju seperti orang tersebut. Begitu
juga ketika mendapati rumah tangga orang lain tenteram dan bahagia. Maka untuk menjadi
rumah tangga yang seperti itu dengan mencari jalan menjadikan rumah tangga yang tenteram
dan bahagia. Ketika melihat orang lain melakukan berbagai amalan yang mendekatkan
dirinya kepada Allah swt, maka dalam diri seseorang timbul juga perasaan iri dengan mereka,
maka dengan begitu timbullah perasaan dalam dirinya dan berusaha agar boleh menjadi
seperti orang lain.Seseorang itu juga tidak mengharapkan agar nikmat tu hilang daripada
orang lain tetapi mengharapkan agar nikmat yang sama juga ada pada dirinya. Firman Allah
dalam surah al-Muthaffifin ayat 26:

َ‫س ۡٱل ُمتَ ٰنَفِسُون‬ ۡ ٰ ۚ ٰ


ِ َ‫ك َوفِي َذلِكَ فَليَتَنَاف‬ٞ ‫ِختَ ُمهۥُ ِم ۡس‬
8

Maksudnya: Dan dalam (mencari kelebihan) itu, maka hendaklah belumba-lumba bagi orang
.yang inginkan perlumbaan

Dengki merupakan sifat yang dilarang, namun ketika sifat dengki ini bertujuan sebagai
motivasi diri agar bersemangat bekerja maka itu tidak menjadi masalah dan diperbolehkan
dalam ajaran Islam. Hasad yang dibolehkan dan hasad yang diharamkan. hasad dilarang yaitu
suatu sifat atau perbuatan tercela dengan tidak senang atas segala anugerah Allah swt yang
diberikan kepada orang lain baik berupa nikmat, keunggulan, kejayaan, harta, jabatan,
kecantikan ataupun kehormatan dan lain sebagainya serta berangan-angan ingin hilangnya
nikmat yang dimiliki orang lain. Mereka lebih senang ketika orang lain menderita dan celaka.
Sedangkan hasad yang dibolehkan ialah hasad yang positif, mengharapkan seperti nikmat
yang dimiliki oleh orang lain tanpa menghapus nikmat yang dimilikinya. Hasad yang
memotivasi diri agar mampu melakukan berbagai perbuatan baik dan tidak mengantar dirinya
dalam perbuatan tercela. Rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain,
lalu mengharapkan nikmat itu hilang daripada orang itu. Firman Allah dalam surah al-Imran
ayat 3:

‫صد ِّٗقا لِّ َما بَ ۡينَ يَد َۡي ِه َوَأن َز َل ٱلتَّ ۡو َر ٰىةَ َوٱِإۡل ن ِجي َل‬
َ ‫ق ُم‬ َ َ‫ك ۡٱل ِك ٰت‬
ِّ ‫ب بِ ۡٱل َح‬ َ ‫نَ َّز َل َعلَ ۡي‬

Maksudnya: Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang,
…tetapi apabila kamu mendapat keburukan maka mereka pun merasa gembira kerananya

Hasad dapat disebabkan oleh faktor internal dan ekstenal. Faktor internal, iaitu berkaitan
dengan apa yang datang dalam diri manusia sendiri. Suatu perkara ini muncul dari perkara
yang tidak disukai dan yang disukai ini tidak terpenuhi terhadap diri sendiri sehingga sifat
hasad muncul pada dirinya. Manakala faktor eksternal, iaitu faktor dari luar diri sendiri, baik
dari segi kalangan sosialnya. Seperti perkara yang muncul sebab lingkungan yang baik maka
lingkungan yang baik ini akan memberikan impak yang baik pula terhadap diri masyarakat
setempat itu. Tetapi ketika lingkungannya sentiasa memberikan pandangan yang buruk maka
buruk pula terhadap diri masyarakat dan generasi seterusnya.
9

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin yang di karang oleh Imam al-Ghazali bahwa terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan hasad, iaitu pertamanya ialah Perasaan permusuhan dan
kebencian.Perasaan ini merupakan sebab yang paling banyak menimbulkan hasad. Hal ini
adalah kerana siapa saja yang disakiti dengan sebab tertentu atau ditentang lantaran suatu
tujuan tertentu, maka akan merasakan sakit hati, marah, dan hasad di dalam dirinya. Sifat
hasad ini menuntut pelampiasan dan pembalasan dendam. perasaan hasad selalu dikaitkan
dengan perasaan permusuhan dan kebencian, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Selain
itu,rasa bangga diri yang merupakan perasaan ini adalah ia merasa berat hati ketika ada orang
lain yang lebih hebat darinya. Ketika ada orang lain yang sedarjat dengannya mendapatkan
jawatan, ilmu, atau harta, maka dia berasa gelisah ketika orang tersebut akan bersikap
sombong terhadapnya. Apalagi bila dia merasa tidak dapat mengunggulinya.

Ketiga ialah busuk hati dimana penyakit ini akan menimbulkan rasa tidak suka apabila
terdapat orang lain mendapatkan nikmat, kebahagiaan dari Allah swt. yang ketika diceritakan
kepadanya tentang kejayaan orang lain, maka hal ini akan membuatkan orang tersebut tidak
senang duduk. Sebaliknya ketika diceritakan kepadanya perihal kegagalan seseorang maka
dia malah akan berasa suka dan senang terhadap apa yang dialami orang yang dihasadnya.
Akhir sekali, rasa ingin menjadi pemimpin atau ketua.Seperti, orang yang bercita-cita
menjadi manusia yang tiada bandingannya dalam suatu cabang ilmu (sebab ingin disanjung
sebagai pakar sepanjang masa atau man of the year yang tiada bandingannya) maka ketika
terdapat orang lain yang dapat menandinginya.

Sifat hasad muncul dalam diri seseorang yang kurangn bersyukur atas nikmat yang telah
diberikan Allah kepadanya. Perlu kita sedari bahawa setiap nikmat yang didapatkan oleh
setiap orang adalah sudah menjadi ketetapan Allah swt dan itu juga merupakan hasil dari
usahanya. Pentingnya menyedari bahawa sifat hasad ini akan menghantarkan kepada perkara
yang negatif dan membuat diri tidak berfikir secara logik yang akan memudaratkan pada
kesihatan diri. Seharusnya mereka berasa senang dan gembira ketika melihat orang lain
mendapatkan nikmat serta kebahagiaan. Justru untuk diri sendiri seharusnya selalu mengarah
kepada hal-hal yang baik, misalnya, ketika ingin mendapatkan kedudukan seperti orang lain
maka perlu lebih berusaha tanpa hasad kepada orang lain dengan ingin membuat hilangnya
kedudukan yang diperolehi oleh orang tersebut.
10

Al-Ghazali dalam iẖya ulum ad-din juga menunjukkann secara panjang lebar berkenaan
cara mengubati yang dapat menghilangkan penyakit hasad dari hati, menurutnya hasad
merupakan salah satu penyakit hati yang berbahaya, penyakit hati tidak dapat diubati kecuali
dengan ilmu dan amal. Ilmu yang bermanfaat untuk mengubati penyakit hasad adalah
mengetahui dengan pasti bahawasannya hasad akan membawa kepada kemudharatan
terhadap ẖâsid, mudharat untuk agama dan hidupnya di dunia. Mudharat terhadap agama
adalah dengan hasad berarti ẖâsid marah terhadap ketetapan Allah, membenci nikmat Allah
yang telah dibagikan kepada hamba-Nya dan membenci keadilan Allah yang ditegakkan di
dalam umatNya dengan segala hikmahnya yang tidak tampak, kerana itulah kemudian ẖâsid
menyalahkan dan menganggap buruk hal-hal tersebut.

Ini adalah bentuk kejahatan terhadap ketauhidan dan keimanan, ẖâsid meninggalkan
akhlak para waliyullah dan para Nabiyullah yang mencintai kebaikan bagi hamba-hamba
Allah, dan ia lebih memilih mengikuti iblis dan orang-orang kafir yang menyukai musibah
dan hilangnya nikmat bagi orang orang mukmin. Adapun mudharat dalam urusan dunia bagi
ẖâsid adalah dengan hasadnya itu ia merasa tersiksa melihat nikmat Allah yang diberikan
kepada maẖsûd dan hatinya merasa sempit melihat musibah yang pergi dari maẖsûd, padahal
dengan hasadnya itu tidak membuat nikmat yang ada pada maẖsûd hilang.

Hasad tidak membawa mudharat bagi maẖsûd, malah justru membawa manfaat baginya
untuk agama dan dunianya. Manfaat hasad bagi maẖsûd dalam agama adalah statusnya
sebagai madhlûm (orang yang terdzalimi), terutama jika Hâsid menggunakan rasa hasadnya
dengan perbuatan dan perkataan seperti membicarakan maẖsûd, memfitnahnya dan
mencemarkan nama baiknya, semua ini sebenarnya merupakan hadiah yang diberikan ẖâsid
kepada maẖsûd, maksudnya adalah ẖâsid memberikan seluruh pahala kebaikan yang
dikerjakannya di dunia hingga pada hari kiamat ia menjadi bangkrut dan terhalang dari
nikmat. Manfaat bagi maẖsûd di dunia adalah maẖsûd merasa bahagia atas perasaan tersiksa,
penderitaan dan kesedihan yang dialami ẖâsid akibat hasadnya sendiri.
11

Jika terdapat amal yang bermanfaat sebagai penawar penyakit hasad adalah melakukan hal
yang berlawanan dengan hasad, contohnya jika hasad menyebabkan ẖâsid mencela maẖsûd
maka ẖâsid harus memaksakan diri untuk memujinya, jika hasad menyebabkan ẖâsid
bersikap sombong kepada maẖsûd maka ẖâsid mengharuskan dirinya bersikap tawadhu,
meskipun sebenarnya ẖâsid sangat terbebani dengan itu semua akan tetapi jika maẖsûd
mengetahui perbuatan baik ẖâsid padanyas dengan semula jadi hatinya akan menyayangi
ẖâsid, apabila ẖâsid melihat rasa sayang maẖsûd padanya maka ia pun akan menyayanginya,
dari rasa sayang ini akan muncul persamaan dan keselesaan yang akan menghilangkan
hasad.7

Selain merugikan rohani hasad juga merugikan jasmani, hasad yang parah dapat
menciptakan banyak penyakit. Sayyid Mujtaba Musawi Lari mengatakan “Pedihnya perasaan
psikologis hasid dapat memperlambat peredaran darah, melemahkan sistem saraf,
menghalangi kegiatan jasmani dan rohani, merintangi orang mencapai tujuan dan
harapanharapan hidup, serta merendahkan tingkat pemikiran manusia.”8 Pada hakikatnya
sikap hasid lebih rendah dari haiwan, kerana manusia yang diberi akal sihat tidak mungkin
akan merasa bahagia di atas penderitaan orang lain. Fikiran negatif yang timbul dari hasid
dapat dihilangkan dengan mengarahkannya kepada pikiran positif dengan cara memikirkan
kebahagiaan hidup. Fikiran negative tidak akan membawa kepada kehidupan yang positif.

Tetap konsisten (istiqamah) dalam kebenaran (al-haqq). Permohonan yang selalu


disampaikan kepada Allah adalah tetap berada pada sirat al-mustaqim (Q.S. al-Fatihah ayat
6):

‫ص ٰ َرطَ ۡٱل ُم ۡستَقِي َم‬ ۡ


ِّ ‫ٱه ِدنَا ٱل‬

.Maksudnya: Tunjukilah kami jalan yang lurus

Dan supaya tidak mengikuti langkah-langkah setan dan orang-orang yang telah
disesatkannya, karena hal itu selalu membawa kepada kemungkaran. Selain itu, di dalam
surah al-Baqarah ayat 168:

ٌ ِ‫ ّو ُّمب‬ٞ ‫ت ٱل َّش ۡي ٰطَ ۚ ِن ِإنَّهۥُ َل ُكمۡ َع ُد‬


‫ين‬ ْ ‫ض َح ٰلَاٗل طَيِّبٗ ا َواَل تَتَّبِع‬
ِ ‫ُوا ُخطُ ٰ َو‬ ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلنَّاسُ ُكل‬
ِ ‫وا ِم َّما فِي ٱَأۡل ۡر‬

7
Abu Hamid al-Ghazali. Ihya Ulum ad-Din. Jilid 3.
8
Sayyid Mujtaba Musawi Lari. 1990. Menumpas Penyakit Hati.
12

Maksudnya: Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di
muka bumi.Dan janganlah kamu mengikuti Langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu
musuh yang nyata bagimu.

MARAH

Marah dalam bahasa Arab iaitu Ghadhab (‫)غضب‬.Kata Ghadhab berasal dari akar kata
ghadhiba-yaghdhabu-ghadhaban ( - ‫با‬°°°‫ب (غض‬°°°‫ب – غض‬°°°‫ یغض‬bererti marah.Marah bererti
bimbang,kesal,muak dan sangat tidak senang kerana diri diperlakukan dengan tidak wajar.
Marah-marah sebagai kata kerja yang bermaksud berkali-kali marah ; mengeluarkan kata-
kata atau menunjukan sikap sebagai melepaskan kemarahan.Dalam bahasa arab, sebagaimana
diuraikan secara terperinci oleh sayyid Muhammad Nuh dalam kitab Afatun ‘Ala At-Thariq
marah memiliki beberapa makna:-

a. Marah yang bermaksud tidak rela terhadap sesuatu dan iri dari sesuatu.
Jika dikatakan,”ghadiba ‘alaihi ghadaban wa maghdhubatan”, bermaksud dia marah
atau tidak rela atas sesuatu.” Ghadiba lahu”, bermaksud marah atau tidak rela kepada
seseorang untuk kepentingan orang lain.
b. Menggigit sesuatu
Jika kita berkata,”ghadibat al-khailu ‘alal lujami”, maksudnya kuda mengigit besi
keldai.
c. Memberengut
Jika kita berkata, “naqatun ghadub, imra’atun ghadub”, maksudnya unta
memberengut, wanita itu muram.
d. Bengkak di sekitar sesuatu.
Jika kita berkata, “ghadabat ‘ainuhu wa ghudibat”, maksudnya bengkak disekitar
mata.
e. Kemurungan dalam hal pergaulan dan perilaku.
Jika kita berkata,” hadza ghudhabi”, maksudnya murung dalam pergaulan dan
perilakunya.
f. Penghalang yang terbuat dari kulit unta, biasanya dipakai untuk berperang. “al-
Ghadhabah” berarti kulit halus yang terbuat dari kulit kambing hutan.

Maka marah secara terminology bermaksud perubahan dalaman atau emosi yang
menimbulkan penyeranagn dan penyeksaan guna mengubati apa yang ada di dalam hati.
Perubahan yang lebih keras dari marah disebut al-Ghaizh sehingga orang-orang
13

mendefiniskan al-Ghaizh sebagai kemarahan yang hebat. Dalam bahasa yang ringkas, Imam
an-Nawawi mendefinisikan marah dari perspektif ilmu tasawuf, sebagai tekanan nafsu dari
hati yang mengalirkan darah pada bahagian wajah yang akibatnya timbul kebencian pada diri
seseorang.9

Ghadab juga bermaksud darah yang memanas di jantung. Orang yang marah boleh
mengakibatkan muka nampak merah dan pandangan mata menjadi seram, dengan diikuti
degupan jantung yang makin cepat dan tubuh berasa gementar. Imam al-Qurthubi berkata
bahwa marah juga dapat dimaksudkan dengan as-Syiddah iaitu kekuatan, keperkasaan,
ataupun kekerasan. Maka kalimat rajulul ghadhdhub diartikan seseorang yang yang
mempunyai perangai keras. Sedangkan lafaz ghadhdhub juga boleh diertikan ular jahat yang

mematikan kerana kekuatannya.

Orang yang marah tidak akan boleh mempertimbangkan baik dan buruk. Dia akan bertindak
mengikut kehendak nafsu amarahnya dan dia juga akan bertindak berdasarkan emosi saja.
Oleh yang demikian akan mudah dipengaruhi setan. Sebagai orang beriman dan bertakwa
kita harus boleh mengendalikan diri dari sifat amarah, kerana mengendalikan diri dari marah
adalah salah satu ciri orang yang bertakwa, Allah SWT berfirman dalam surat Ali Imran Ayat
134:-

َ‫اس َوهّٰللا ُ يُ ِحبُّ ْال ُم ْۚح ِسنِ ْين‬ ۤ َّ ‫الَّ ِذ ْينَ يُ ْنفِقُوْ نَ فِى ال َّس ۤ َّرا ِء وال‬
ِ ۗ َّ‫ض َّرا ِء َو ْال َكا ِظ ِم ْينَ ْال َغ ْيظَ َو ْال َعافِ ْينَ َع ِن الن‬ َ

Maksudnya: Orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang
yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang
berbusat kebaikan.

Selain itu,firman Allah SWT di dalam surah A’raf,ayat 17:

‫ار َّوخَ لَ ْقتَهٗ ِم ْن ِطي ٍْن‬ ۚ ۠ َ َ‫ك اَاَّل تَ ْس ُج َد اِ ْذ اَمرْ تُكَ ۗق‬
ٍ َّ‫ال اَنَا خَ ْي ٌر ِّم ْنهُ خَ لَ ْقتَنِ ْي ِم ْن ن‬ َ َ ‫قَا َل َما َمنَ َع‬

Maksudnya: …Katanya (Iblis) aku lebih baik daripada, Engkau (Tuhan) telah menciptakan
aku daripada api sedangkan Engkau ciptakan dia (manusia) daripada tanah.

Dan di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
“Tidaklah yang dikatakan kuat dengan menjatuhkan lawan tetapi yang dikatakan kuat itu
ialah seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

9
Yadi Purwanto,Rachmad Mulyono. 2006. Psikologi Marah Perspektif Psikologi Islami.
14

Marah ibarat sekam yang tersimpan dalam hati, seperti terselitnya bara di balik abu.
Walaupun amarah merupakan sifat yang diberikan Allah untuk hamba-Nya, namun
Rasulullah SAW mengajar umatnya agar menahan amarah. Di dalam hadis Riwayat Muslim,
baginda bersabda, maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata “Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda,”Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergulat.” Para sahabt
pun bertanya, “Lalu orang yang paling kuat itu yang seperti apa wahai Rasulullah?” Beliau
bersabda, “Orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.”

Menurut Imam Ghazali, dalam hal marah manusia memiliki tiga peringkat, iaitu:

i. Tidak memiliki rasa marah sama sekali. Dalam keadaan seperti seseorang telah
kehilangan kekuatan atau menjadi lemah pada saat dia memerlukan akibat
kekurangannya itu. Dan ini merupakan sikap yang keji sebagaimana diisyaratkan
dalam kata Imam Syafi’e, “Siapa yang pada saat memerlukan untuk marah namun
tidak bersikap tegas, makai a umpama seekor keldai.”
ii. Marah yang boleh dikawal merupakan ideal sebagaimana yang diucapkan Rasulullah
di dalam hadis diatas. Iaitu mengawal marah dengan bersikap tegas dan tidak
bercampur emosi.
iii. Marah yang berlebihan di mana kemarahan yang melampaui batas toleransi, sehingga
orang yang berkaitan kehilangan kawalan akalnya dan mengabaikan petunjuk syariat.
Sehingga ia seperti orang yang kehilangan arah dan bertindak membabi-buta.
Kemarahan ini sangat tercela dan dilarang dalam ajaran Islam, sebab secara lahiriah
pelakunya berubah menjadi buruk dan batinnyaa terlihat lebih buruk lagi.

Kemarahan merupakan suatu aspek kehidupan. Jika seorang naik darah atau berbuat
kekeliruan, pekerjaan dan kegiatannya mungkin terganggu kerana suasana kerja yang
menyebalkan. Emosi marah bukanlah hal yang dilarang kerana ia merupakan naluri yang
tidak hilang dari tabiat seseorang. Oleh disebabkan itu, seseorang perlu mengenali dahulu
hal-hal yang dapat menyebabkan kemarahan. Faktor yang menimbulkan kemarahan terdiri
dari dua faktor:

 Faktor fizik
-Manusia terdiri dari unsur jasmani dan unsur rohani. Kedua-dua unsur ini harus
diberikan perhatian yang seimbang, disamping memenuhi keperluan, rohani.
Faktor fizik juga harus mendapat perhatian untuk dapat mengenali sebab
kemarahan pada fizik iaitu:
15

- Keletihan yang berlebihan, contohnya orang yang terlalu penat kerana kerja
keras, akan lebih mudah berasa marah dan mudah tersinggung.
-Zat-zat tertentu yang dapat menyebabkan kemarahan. Contohnya, jika otak
kurang mendapat zat asam, maka orang tersebut akan mudah marah.
-Perubahan hormone juga dapat mempengaruhi kemarahan seseorang. Hal ini
dapat kita lihat dan buktikan sendiri pada sebahagian Wanita yang sedang dating
bulan, rasa marah merupakan ciri khas yang utama.
 Faktor psikologi

-Antara faktor psikologi yang menimbulkan kemarahan adalah berkait dengan


keperibadian seseorang. Self Concept yang salah akan menghasilkan peribadi yang
tidak seimbang kerana seseorang akan menilai dirinya berlainan dengan kenyataan
yang ada. Bahaya perdebatan sangatlah banyak, diantaranya ialah munculnya rasa
marah. Oleh itu, Islam melarang perselisihan.

-Senda gurau juga akan membawa kepada kemarahan kerana terdapatnya orang-
orang yang bergurau sehingga melampaui batas syar’i, baik dengan perkataan yang
tak berfaedah ataupun melakukan hal yang boleh menyakiti hati orang lain.

Kita dapat mengubati rasa marah dengan dua perkara utama iaitu dengan menerusi ilmu
dan juga menerusi amalan. Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk membaca doa ketika
marah. Dengan hati yang ingat kepada Allah, maka kemarahan yang tadinya meluap akan
menjadi reda. Doa ketika marah:-

‫ان‬َ ‫ َوَأ ِجرْ نِ ْي ِمنَ ال َّش ْي‬، ‫ َوَأ ْذ ِهبْ َغ ْيظَ قَ ْلبِ ْي‬، ‫اَللَّهُ َّم ا ْغفِرْ لِ ْي َذ ْنبِ ْي‬
ِ ‫ط‬

Maksud: “Ya Allah, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari
pengaruh setan.”

Kita juga boleh minta perlindungan Allah daripada syaitan yang menyesatkan dengan
melafazkan “Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan
Allah daripada syaitan yang direjam”. Hal ini adalah kerana, syaitan sentiasa menyuruh
manusia melakukan sesuatu perkara yang diluar fitrah manusia. Mereka akan berusaha
menghasut manusia supaya melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ketika seorang itu
dalam keadaan marah. Biasanya ketika kita sedang beremosi, perkara yang paling sukar
untuk dikawal adalah perkataan. Oleh kerana itu, apabila merasa marah, sebaiknya lekaslah
16

diam agar perkataan yang keluar dari mulut ketika sedang marah tidak melukai hati orang
lain. Hadis Riwayat Ibn Majah, sabda Rasulullah SAW: “ barangsiapa beriman kepada Allah
dan hari akhir, hendaknya berkata baik atau diam.”

Selain itu, menukar posisi kedudukan apabila marah boleh meredakan kemarahan. Di
dalam hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang dari kalian
marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu
yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring..” atau dengan kita mengambil wuduk.
Ini kerana kemarahan yang tak terkawal itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada
api. Maka air boleh memadamkan api. Hikmah wuduk itu sendiri dapat membersihkan
kekotoran hati, menyejukkan hati, melahirkan ketenangan dan dapat menghapuskan dosa
kecil.

Kesimpulan yang dapat kita perolehi daripada kedua-dua sifat mazmumah ini ialah, ianya
merupakan sifat yang sangat tidak baik dan hanya akan datangkan kemudaratan tidak hanya
pada orang lain tetapi juga akan membahayakan diri sendiri. Sifat ini juga mampu menghakis
amalan-amalan kebajikan kita sedikit demi sedikit. Oleh itu, kita haruslah menghindari dan
menyucikan diri kita daripada kedua-dua sifat ini dengan mendekatkan diri kepada Allah,
mendalami ilmu-ilmu agama serta sentiasa mengingati akan azab Allah SWT.

PENUTUP

Hasad dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang memilikinya dan
kepada agama Islam sendiri. Bagi individu yang mempunyai sifat hasad, dia akan terpinggir
dari hidup bermasyarakat, mempunyai perasaan yang sentiasa tidak aman dan akan
menyebabkannya melakukan perkara-perkara yang lebih keji. Apabila di akhirat, akan
menanggung kerugian yang lebih besar, tidak tertanggung dan menempah penyesalan yang
tidak terkira kerana tidak layak untuk menerima dan mendapat syafa’at, dan tidak
ditempatkan dalam tempat yang penuh kebaikan, kemewahan dan keberkatan. Umat Islam
akan menjadi tidak Bersatu dan tidak akan menjadi sebuah umat yang kuat sekiranya sifat ini
diamalkan oleh orang-orang Islam. Akhirnya umat Islam secara keseluruhannya yang akan
rugi.10

Marah pada hakikatnya merupakan gejolak hati yang mendorong kepada sikap agresif.
Perasaan marah ini akan meledak untuk mencegah timbulnya perkara negatif juga untuk
melegakan jiwa sebagai pembalasan perkara negative yang telah menimpa seseorang. Marah
10
Puan Siti Shamsiah binti Md Supi. 2002. Hasad Dengki. Institut Kefahaman Islam Malaysia.
17

juga merupakan suatu emosi yang mempunyai ciri-ciri aktiviti system saraf simpatetik yang
tinggi, dan adanya perasaan tidak suka yang amat kuat yang disebabkan adanya kesalahan
yang mungkin nyata salah atau mungkin pula tidak.11

RUJUKAN

 https://jheains.sabah.gov.my/index.php/penafian/21-terapi-minda/155-hasad-
dengki-menghakis-kebaikan
 Buku Tasawuf Suatu Pengenalan Asas, Dr. Shamsul Mohd Nor,Terbitan Galeri
Ilmu Sdn Bhd
 Muhammad Bin Ibrahim al-Hamad. Su’ul Khuluq Mazhahiruhu Asbabuhu
‘Ilajuhu. Cet. 1. H.34-35
 Wetri Mudrison. 2005. Seni Pengendalian Marah dan Menghadapi Orang Marah.
H. VIII.
 Amir an-Najjah. 2000. Ilmu Jiwa Dalam Tasyawwuf. Jakarta Pustakan Azzam;
Khalil al-Musawi. 1998. Bagaimana Membangun Keperibadian Anda. H.74-75.
 Ahmad Warson Munawwir. 1997. Kamus al-Munawwir Arab-Indonesia.
 Khamimudi. 2020. Fiqh Kesihatan: Inspirasi Meraih Cara Hidup Sihat Secara
Kaffah.
 Jalaluddin Rahmat. 2007. The Road To Allah: Tahap-Tahap Perjalanan Rohani
Menuju Tuhan.
 Abu Hamid al-Ghazali. Ihya Ulum ad-Din. Jilid 3.
 Sayyid Mujtaba Musawi Lari. 1990. Menumpas Penyakit Hati.
 Yadi Purwanto,Rachmad Mulyono. 2006. Psikologi Marah Perspektif Psikologi
Islami
 Puan Siti Shamsiah binti Md Supi. 2002. Hasad Dengki. Institut Kefahaman Islam
Malaysia
 Umar Latief. 2015.Konsep Amarah Menurut Al-Quran. Jurnal al-Bayan.
Vol.21.No 32

11
Umar Latief. 2015.Konsep Amarah Menurut Al-Quran. Jurnal al-Bayan. Vol.21.No 32

You might also like